RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

sekolah a.k.a school

arini aku cuti lagi. cuti dari menjaga Faiz yang suka menjerit (ya..dia sudah pandai menjerit.aku jugak yang ajar). aku cuti sebab mak faiz a.k.a akak ipar aku tak sihat.so, dia jaga faiz.

apelagi, aku pon terfikir nak keluar.aku nak pergi mencucuk mesin atm di bank islam. sebab Shuhada (coursemateku) cakap ada duit masuk RM300. Ya! tiga ratus (mataku bling2 sebentar). duit claim tesis yang diberi JPA.walaupun tak dapat nak dibandingkan dengan duit belanja untuk siapkan tesis tu tapi Alhamdulillah sebab ada gak duit bekap sebelum dapat gaji pertamaku. aku keluarkan duit tu sebab esok aku nak keluar berfoya-foya bersama Azira (coursemateku juga).ke mana? tunggu~ maklumlah dah lama terperap kat rumah ni.

aku ada driver.pergi mana-mana pon, mesti ada orang drivekan untuk aku.arini akak aku la jadi driver aku. lepas pergi bank, aku ikut dia pergi sekolah anak dia. Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Baru 1. ni sekolah lama aku, sebelum sekolah ni terbahagi dua.bukan bangunan dia terbelah. tapi di bahagikan SRK Selayang Baru 1 dan SRK Selayang Baru 2. maklumlah populasi pelajar.eh, murid-murid semakin meningkat.

~dulu sekolahku takde tingkat...kini bertingkat-tingkat (bukan mangkuk tingkat)
~dulu tingkap ada dawai besi...kini tiada lagi.
~dulu tempat perhimpunan a.k.a tamit (cemane tah eja) bertar je...kini bersimen, bermarmar.
~dulu sekolahku nampak muram, tak ceria...kini, pokok di mana2, dah macam taman bunga.

mula-mula menjejakkan kaki ke pintu pagar, aku dah tersenyum lebar. tengok budak-budak beratur nak masuk kelas lepas makan kat kantin (comel giler). riuh...kecoh...bising sekolah tu dengan jeritan budak-budak. tapi aku tetap tersenyum.

senyum mengingatkan zaman sekolahku dulu (rinduuuu). ada beberapa peristiwa yang aku tak boleh lupa sampai sekarang.

pertama...

masa sukaneka kat tamit tu, aku kena jalan dengan pantas atas bangku (kerusi panjang kat kantin tu) untuk sampai ke penamat. dengan tidak semena-mena, aku terjatuh (bedebuuukk) ke atas tar yang berbatu-batu tu. sakit woo. lututku berdarah. aku pikir balik cemane aku jatuh...ermm...penyebabnya adalah tali kasut boot askar yang aku pakai tu tersangkut, jadi aku tersadung la kaki aku sendiri. lalu rebahlah aku di atas tar yang empuk itu (empuk la sangat). kalau tak silap, aku nangis kot time tu. maklum lah darjah satu. pastu lutut berdarah.

kedua...

dalam kelas..masa tu subjek matematik ke english (aku tak ingat) tah. Cikgu Rusiah Sidek tanya sapa nak jawab soalan angkat tangan. aku pon angkat la tangan. bila beliau panggil aku ke depan, aku jalan dengan konfidennya. pastu aku cakap, "excuse me teacher, may i go to the toilet?". terus berubah air muka cikgu tu. sebabnya masa tu aku rasa nak pitam, muka dan pucat. dah lama aku tahan nak pegi tandas. last-last aku angkat tangan tapi timing tak betul. aku angkat tangan masa cikgu tanya sapa nak jawab soalan. pastu aku pergi la tandas.berjalan sambil nampak bintang-bintang di sekeliling kepala (cantik gak bintang-bintang tersebut).

ketiga...

masa sekolah dulu kan ada jadual bertugas. sapu sampah..susun meja..padam papan itam (yang sebenarnye kaler hijau) dan lain-lain. tapi setiap sorang akan ada satu tingkap untuk di jaga dan di cuci setiap hari.termasuklah aku...sedang asyik mencuci cermin kaca di tingkap tersebut (mane tak asyik, usha orang luar tingkap sekali), pranggg... pecah satu cermin. padan muka aku, sape suh tekan cermin tu kuat-kuat. pastu pegi usha-usha orang (balasan!!!) aku dah menggelabah. kena ganti ni. cikgu dah bagi warning, satu cermin rm3.80. aku bagitau cikgu, nanti aku ganti balik. aku balik rumah, cerita dengan mak. mak kata satu cermin tu rm1.80 je (diskaun dua hinggit). mak aku cakap, nanti dia pegi beli pastu bawak pegi sekolah.

kesian aku tengok budak-budak sekolah sekarang ni. bawak beg berat-berat. macam angkut semua buku yang ade je. aku dulu takde camtu pon. kalau budak sekolah menengah terbalik plak. macam bawak beg kosong...pelik...pelik...

dah abis belajar ni, baru la rindu nak kembali ke alam persekolahan, kembali ke alam universiti...

[:: ini bukan sekolahku ::]

naDDy: oh rindu nye!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 CoMMeNT: