RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Demam

"Saya tak sihat la awak...Demam...Selsema...Sakit-sakit badan..."

blogger-emoticon.blogspot.com


Kalau ada orang cakap macam kat atas ni, mesti reaksi spontan korang akan tanya, "dah pegi klinik ke?" "dah makan ubat?" "kenapa tak pegi klinik?" "kenapa tak makan ubat?"

Masing-masing ada pendapat sendiri untuk setiap alasan yang diberi.

Arini aku demam dan selsema. Aku dah check termometer guna temperatureblogger-emoticon.blogspot.comeh..eh..Aku dah check temperature guna termometer. Suhu badan normal 36.8°C. Aku tak pegi klinik dan aku tak makan ubat demam. Aku minum air 100plus je. Sebotol besar. Bukan aku takut doktor, bukan aku takut makan ubat. Tapi aku ada alasan aku sendiri.

Pertama: Aku rasa badan aku macam demam dan bila check suhu, normal. Kalau mengikut definisi Fever yang aku belajar, 37.2°C baru di kira demam tapi tu pon di paras terendah 'Low Grade Fever'.

Kedua: Menurut lecturer aku dulu, demam di sebabkan badan kita tak mempunyai rehat yang cukup. Jadi beban kerja yang di tampung badan mengganggu fungsi fisiologi setiap anggota badan. Penyelesaiannya, rehat dengan cukup.

Ketiga: Kalau aku pegi klinik, jumpa doktor, doktor akan bagi 'ubat demam' je. Kena cas mahal-mahal, dapat ubat seringgit dua yang boleh beli kat kedai. Tak ke sakit hati?

Keempat: Aku baru je 'demam' arini. Lain la kalau aku dah demam 3 ari, baru doktor tu bagi antiobiotik. Sebabnya dah memang protokol dia cenggitu. Kalau demam dah 3 ari, maknanya bukan pasal badan tak cukup rehat lagi. Tapi mungkin ada jangkitan kuman dalam badan. So, antibiotik la penyelesaiannya.

Kelima: Walaupun terlibat dalam bidang kesihatan, tapi bagi aku ubat tu penyelesaian kedua, ketiga atau mungkin keempat. Dalam kes demam ni, aku lagi suka minum 100plus. Dapat mengembalikan keseimbangan garam mineral dalam badan ni. 100plus juga terbukti baik untuk sesiapa yang kena denggi. Cuma berhati-hati dengan kandungan gulanya.

Sebagai kesimpulannya, badan kita, jadi kita yang tau dan faham. Kalau dah sakit, pandai-pandai cari penyelesaian. Jangan terlalu cemas dan jangan ambil mudah.

Tips untuk orang demam:
  • Jangan tak mandi. Sebaik-baiknya, basahkan dari kaki ke atas.
  • Kalau tanak mandi (terutama baby), lap-lap badan dengan towel lembab dan sejuk. Letak towel kat dahi, bawah ketiak dan celah peha. Tukar towel kalau dah panas. Nak guna ais pon boleh.
  • Banyakkan minum air suam. 100plus pon boleh.
  • Kalau dah amik ubat kat klinik, makan ikut arahan doktor, bukan ikut sesedap rasa.

naDDy: risau jugak pasal H1N1 ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 CoMMeNT:

zati_nadia said...

Innalillahiwainna ilahiroji'un..:)