RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Jubah labuh dan topi rambu-ramba

Ada yang tau, ada yang tak tau aku konvo 16 Ogos yang lepas. Konvo kat USM Penang. Konvokesyen ke 40 dengan tema Memastikan Kelestarian Hari Esok (esok je ke?).

Aku bertolak jumaat malam kul 11 camtu. 2 buah kete, seplo orang. Mak, ayah, abang dan akak ipar, abang dan akak ipar, akak dan tunang akak, anak buah dan aku.
Mula-mula bertolak asing, sebab 1 kete kena pegi umah makcik aku kat subang untuk amik surat tempah apartment dan lagi satu kete pegi amik tunang akak aku kat Setapak.
Lebih kurang kul 1 lebih, berenti kat R&R Tapah. Kasi driver rehat dan minum-minum jap. Ramai gak orang time tu. Abang aku cakap, sume nak pegi konvo kot.
Kul 4.30pagi sampai umah tunang akak aku kat Nibong Tebal. Yang kelakarnya, pusing dua kali gak sebab salah masuk jalan. Tunang akak aku lupa jalan umah dia sendiri. Tak cukup tido punya pasal ar kot.

Lepas dah rehat secukupnya, masa untuk bertolak ke pulau. Lebih kurang kul 10, kuar dari rumah tunang akak aku, pegi kedai mak ayah dia. Pegi makan sebelum bertolak mencari apartment kat Tanjung Bungah.

Check-in kul 2petang, kul 1.50, kitorang sampai kat apartment tu. Mula-mula tak perasan sebab tulisan Leisure Cove kat belah atas skali. Kene dongak baru la nampak.
Time nak check-in, orang tu tanye bape orang. Aku jawab 6 sebab limit dia 6 orang. Kang tak pasal-pasal kene bayar lebih.
Lepas dah angkat barang-barang, aku jenjalan kat apartment tu. Ada swimming pool kat rooftop. Aku pegi la tengok, mane tau nanti leh buat terjunan bebas kat rooftop tu. Terjun ke tepi pantai terus pon boleh sebab apartment dia tepi pantai betul-betul. Time tu kul 3 lebih dan ada 2 mamat putih tengah berjemur.
Pastu sambung lepak dalam apartment tu. Selesa jugak la. Ada 2 bilik, siap periuk, pinggan mangkuk, lengkap la macam rumah.

Kul 5 lebih kuar pegi makan. Makan kat Gurney Drive. Kitorang makan kat gerai-gerai yang dekat dengan roundabout tepi laut tu. Yang besnye makan kat sini, kita lalu je, orang2 gerai tu akan serbu kita. Tak kesah la korang duduk kat mane, setiap sorang dari gerai yang ada kat situ akan datang kat korang dan promot makanan yang dorang ada. Dah macam MLM pon ade. Sambil tunggu makanan, sambil tu usha orang. Macam-macam gelagat ada. Ada gak yang sibuk amik gamba dengan DSLR masing2. Nak letak kat blog agaknye.

Aku makan Sani Char Kuey Teow. Abang aku cakap kat KL pon ada, sedap gak. So, aku pon try. Orang kata kalau dah sampai penang, tak try pasembor, rugi la. So aritu aku try pasembor dari 2 gerai. 1 yang abang aku beli, 1 yang ayah aku beli. Yang ayah aku beli tu sedap sket. Mahal tapi berbaloi la.

Lepas makan, jenjalan kat tepi pantai tu. Dari jauh nampak cantik, bila dah dekat, sampah berterabur.
Bila makanan dah mendap sket. Naik kete, cari jalan nak ke USM supaya esok senang.

On the way nak balik ke apartment, abang aku yang kete lagi satu ingat nak ikut jalan lain. So aku yang dalam kete lagi satu ni follow je la.
Lalu kat bangunan putih cantik...Mahkamah rupanya..Lalu kat tempat bas, ramai orang tengah sibuk-sibuk turun bas..Oh jeti..Lalu kat deretan kedai.Aku sempat nampak ada ayya dok dalam kedai dengan lagi sorang ayya..
Pastu...lalu kat bangungan putih cantik tu lagi.."eh, macam kenal je bangunan ni"...Lalu kat tempat bas, tapi tak ramai orang dah.."eh, ni jeti tadi kan?"...Lalu kat deretan kedai. Ayya dah tinggal sorang, ayya lagi sorang dah takde..

trett..trett..bunyi mesej masuk..."Kita dah sesat"..

Aku dah agak dah. Asik pusing jalan sama je. Ingatkan nak pegi mane2 ke. Rupe2nya dah sesat.Last-last ikut jalan nak ke USM tadi balik. Cari jalan balik semula. Ni semua pasal abang aku nak cari jalan lain.
Kat penang ni kalau dah masuk town, susah nak cari signboard. Lagi satu, jalan dia one way, macam Melaka. Tu sebab senang nak sesat, susah nak cari jalan keluar.
Nasib baik tak pusing-pusing kat situ sampai pagi. Kalau tak, tak berkonvo la aku.

Plan nak berjakuzi kat rooftop apartment pon terbantut. Sebab dah lambat, jakuzi dah tutup, pool pon dah tutup...hampeh je..

Sampai apartment kul 10 lebih. Perut masing-masing dah lapar balik. Penat pusing-pusing kat town. Sampai je apartment, selongkar makanan yang ada. Nasib baik ada beli meggi, beli roti. Makan la berebut-rebut. Tapi berebut tu yang best.
Tak dapat berjakuzi kat rooftop, berjakuzi kat bath tub pon jadi la. Tapi bath tub tu tak cukup panjang.hehe..

Ari ahad tu, kul 5 aku dah bangun. Masak air, sediakan sarapan dan memekak bangunkan semua orang. Takut lambat sampai kat Dewan Tunku Syed Putra tu.
Aku siap-siap kemas sekali, untuk check-out. Book apartment last minute, so dapat semalam je la. Tu pon kira bernasib baik, ada gak kosong.

Kul 7 bergerak ke USM. Aku gelabah gak sket sebab dia kata kena daftar kul 7.30pagi. Nasib baik time aku sampai tu ngam2. Orang pon tak ramai lagi. Macam tak konvo pon ada gak. Tak meriah mane. Mungkin sebab ari last konvo USM.

Sampai je USM, terus cari tempat daftar, amik kad nama. Takde kad, takleh masuk dewan, takleh naik pentas. Time daftar tu, orang dia betul2kan jubah dan topi. Tapi nampak macam tak bes, akak aku tolong betulkan balik. Nasib baik dia dah konvo 2 kali. So, dia la jadi mak andam aku dengan kawan-kawan aku.

Sebelum nak konvo, aku takde semangat langsung. Macam malas nak pegi pon ada. Tapi pagi tu, bila dah tengok member2 dengan jubah konvo, dengan topi rambu-ramba, aku jadi bersemangat dan hati berbunga-bunga..

Sebelum masuk dewan, ada orang betul2kan jubah lagi. Imej tu penting..Dan ada orang bagi hand sanitizer dan screening for H1N1. Lagipon, awal-awal lagi USM dah bagitau kalau ada tanda2 H1N1, jangan datang konvo.

Aku masuk dewan dengan bangganya dan tak sangka aku konvo aritu. Hepi jugak la..Dewan tu takde la besar mane pon. Pentas dia pon sempoi je.
Masuk dewan, cari seat. Kat atas setiap kusi ada 1 paperbag berisi mask, tisu, bekas untuk isi sampah dah leaflet pasal H1N1.

Aritu ada 6 Ijazah yang akan di sampaikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan, Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Forensik), Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ijazah Doktor Pergigian, Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dan Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik..aku menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan..jangan tanya aku Seni Halus tu belajar ape, aku pon taktau...

Konvo aritu takde la skema pon. Sebab budak2 Seni Muzik yang havoc. Orang tepuk tangan, dorang hentak2 kaki. Siap bising-bising lagi. Tapi ok gak, takde la bosan sangat. Seblum stat majlis tu, dorang buat rehearsel ringkas sebab ramai tak datang rehearsel. Tapi ada gak insiden2 yang lawak. Topi rambu-ramba tu terjatuh, 2 kali lak tu. yang sorang tu jatuh lepas amik skrol dan yang sorang lagi jatuh betul2 depan Canselor. Dia tunduk, amik balik topi tu. Yang besnye, canselor pakaikan untuk dia. Semua orang tepuk tangan. Malu pon leh hilang kalau camtu. Nasib baik takde perkara memalukan terjadi kat aku. Cuma kasut je hampir2 nak tercabut sebab longgar. Tah cemane tah rupa aku time atas pentas tu. Kena tunggu gambar siap je la..huhu..

Caya tak aku leh tido time konvo tu? siap mimpi lagi.hahaha..Majlis tu bermula dengan penyampaian skroll, pastu ucapan2. Time ucapan2 tu la aku tido. Tapi time ucapan wakil siswazah tu aku tak tidor. Wakil siswazah tu cina. So bila dia bagi ucapan, ada la sleng cina dia tu. Dan yang kelakar, dia bunyi bunyi srettt....sedut hingus dia. selsema la tu. Abis satu dewan gelak. Dia pon gelak gak. 2-3 kali gak la dia buat bunyi tu..hehe..

Lepas abis majlis, masing-masing sibuk bergambar. Camera di mana2, dah macam artis pon ade. Aku dapat bunga dan 2 patung. Suke dapat sume tu tapi bile dah banyak sangat, takleh nak pegang. Last2 aku bagi je abang aku pegang.

Majlis selesai lebih kurang kul 12. Perut dah lapar, aku dengan famly pegi melantak kat gerai makanan yang ada. Jalan-jalan pakai jubah. Macam poyo pon ada, tapi sebab aritu ari penting aku, dan orang lain pon camtu, so poyo pon poyo la.hehe..

Ahad tu jugak aku pulangkan jubah, amik skrol dan tanskrip, amik frame gambar yang di tempah dan uruskan gambar pentas yang nak di pos ke rumah. Yuran konvo RM60, duit frame gambar RM150, duit gambar RM135 (termasuk kos pos)..banyak gak abis untuk konvo nih.dah la takde gaji, kena bayar benda2 tu plak. Nasib baik ada penderma yang murah hati.hehe..

Lepas dah settle sume, famly aku nak pegi Bukit Bendera plak. Kepala aku dah berat semacam. Pening sebab panas dan ramai orang kat USM tu. Aku ikutkan jela. Sebab bukan selalu datang Penang ni. Tapi tak jadi naik Bukit Bendera sebab orang ramai, kete kabel kol 5 petang baru ada. Time tu baru kol 3.30 petang. Tanak tunggu lama, kitorang tukar plan. Pegi Batu Feringghi, abang aku sebok nak mandi laut.

Sampai Batu Feringghi kul 4.30 petang. Ramai gak orang time tu. Ada yang mandi, ada yang berjemur, ada yang naik kuda, ada yang main jet ski, ada yang main yang macam parachute tu, parasailing nama dia..

Lepas abg aku dah puas mandi laut dengan main jet ski, kitorang gerak balik ke rumah tunang akak aku. Kitorang naik kete yang naik feri..hehe..

Sampai umah tunang akak aku dalam kol 9 malam. Mandi, makan dan berehat.
Isnin, 17 ogos 2009 jam 12tghari, bertolak balik. Brenti kat R&R Tapah kul 2 lebih. Tengah makan...

trett...trett...mesej masuk...

"dah sampai mane?"
"Tapah, brenti makan."
"jangan makan nasi ayam kat kedai cina"
"nape?"
"Tokei cina, tukang masak cina, frontline je pekerja indon, ada tanda halal. tapi kalau dah makan, teruskanlah.membazir amalan syaitan"

memang aku tengah makan nasi ayam dari kedai cina yang di maksudkan. aku tengok ada tanda halal.yang JAKIM punya. aku teruskan makan sebab yakin dengan halal JAKIM tu.
lepas siap makan. pegi borong jambu plak.mak yasarah pesan, so beli je la.beli untuk aku jugak. jambu batu takde biji dan jambu madu..sedap woo..
jalan 2 jam, rehat 2 jam..biasa la klu dah brenti rehat.takkan kejap je kan?

kul 5 petang, aku sampai rumah.kaki lenguh sebab duk dalam kete lama sangat.
arini baru update blog.jenjalan blog lain.mengikuti perkembangan semasa.



naDDy: ni entry bertulis.gambar nanti2. sebab camera tak dapat dikesan buat masa ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 CoMMeNT:

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

erk..?baru post entry ke..hehehe...oke,congratulations...
besh nye dpt g jenjalan penang...jauh tuu..huhuh

Unknown said...

uiks...cepatnye..baru je post..
bes tapi penat.

Firol said...

tahniah...
perjalanan konvo yang penuh warna warni...

Kapten Luffy said...

sorilah aku malu nak jumpa korang

hehe

ambik jer fon aku 0172742344

adik aku kedekut masa aku mintak fon no ko dia x mo bagi. aku just nak ucap tahniah jer

Unknown said...

Firol: tenkiu~

Luffy: ko memang pemalu.agak2nya cerita dalam blog pasal awek2 tu, betul tak eh? hehe..nanti aku kacau ko eh.no dah ade tu..haha

ueki said...

congrats...

kmoo bjya owh yeah

Unknown said...

tenkiu~
berjaya menamatkan pengajian.berjaya2 yang lain, lum lagi..

Sharif John said...

Tahniah ya utk konco... meriah je ngan family...

Kapten Luffy said...

eh aku mengharapkan satu sms ni

Unknown said...

John: konco? konco2 jahat ke? hehe..family yang menghappeningkan..

Luffy: nanti aku sms, ko bukan nak reply.