RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Nak masuk 2 kali dah ni

KJMC : Hello umi. Dah lulus exam Lembaga dah?
Aku : Hello.A'ah dah. Sape ni?
KJMC : KJMC. Kami nak menawarkan keje untuk umi. Kalau boleh, 15hb ni start.
Aku : Oh...ha! 15hb? 16hb ni saya konvo.
KJMC : Erm..kalau macam tu start 17hb la.
Aku : (gile terdesak ke korang ni)... 17hb saya ada kat penang lagi la. Kalau saya terima, bila-bila boleh start ke?
KJMC : Bukan la bila-bila. Tapi kalau boleh secepat mungkin la. Sebab ada 4 orang calon ni. Saya dah telefon sorang dan dia akan bagitau keputusan nanti.
Aku : Ooo..Kalau saya terima, berapa gaji eh?
KJMC : Macam yang kita bincang aritu la. RM1500 termasuk elaun.
Aku : Aritu tak bincang pasal gaji pon (jujur gila aku). RM1500 termasuk elaun? ermm....Saya nak pikir dulu la.
KJMC : Oklah, awak bincang dengan parents dulu. 13hb ni awak bagitau ye? Terima kasih..Bye.
Aku : Ok terima kasih. Bye..


Adeh~
Takde keje, nak keje. Dah dapat keje, berat plak nak terima.
Selayang ke Kelana Jaya....jauh tu. aritu pegi interbiu pon nak dekat sejam. tu naik kete. kalau naik kenderaan awam, lagi la lama.
Gaji RM1500...nanti abis duit untuk tambang pergi balik keje je.
Kontrak...aku terlupe plak nak tanye camne. Lagi satu, dorang tak tau aku under JPA. kalau tau, entah-entah tarik balik offer tu.
Kalau aku tolak tawaran ni, maknanya 2 kali dah la aku tolak tawaran kerja. Yang aritu sebab kena bayar penalti kalau langgar kontrak.

aku KOMPIUS http://emo.huhiho.com

Selasa ni ada interbiu kat Princecourt Medical Centre. Salah satu private hospital yang besar dan gah. Aku memang harap sangat keje kat situ. Sebab gaji paling kurang RM2100 dan ada geng kat situ. Princecourt Medical Centre ni under Petronas dan pesakit selalunya orang kaya-kayap atau omputih.

Ramai yang ingat kalau keje private hospital, gaji mesti mahal. Aku pon ingat camtu dulu. Tapi skang, bila dah tau. Takde maknenye. Dah 2 private hospital offer aku gaji RM1500. Kawan aku dapat offer RM1600. Around situ la gaji. Itu dah termasuk elaun. Kalau keje gomen, nak dekat 3000+ termasuk elaun. Tu baru diploma. Kalau degree, dekat 4k gak la.

Bukan la aku memilih sangat pasal gaji. Tapi kalau dah tak berbaloi. Baik tak yah. Nanti menyesal. Kawan aku kerja pembantu klinik pon nak dekat RM1000 gaji dia. Akak aku pon cakap, ko ada degree, paling kurang RM1800.

aishhhhhh~


naDDy: tunggu interbiu Princecourt..oh Princecourt!

Akhir

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 CoMMeNT:

paraxixth said...

ko lepasan kedoktoran ke?
hahaha
dip? ijazah?

Unknown said...

tak ar..nursing..ijazah..

bias® said...

berusahalah!!!

Kapten Luffy said...

murahnya gaji

tapi ok ler untuk first timer

Unknown said...

bias: baekkkkkk!

Luffy: agak murah la.

Firol said...

Yang penting kejer elok2....

RobinHood said...

okey okey la tuw....
xbleh memilih sgt...

Unknown said...

Firol: insyaALLAH

RobinHood: takleh eh nak demand? hehe

joegrimjow said...

ku degree
masuk nanti 3rd year
balik kg buat bisnes 3 bulan cuti
bulan lepas 3 ribu
hehe

jom jom bisnesss

Razman said...

siyez keje gomen leh dpt 3000?

Unknown said...

joe: jom..jom..tapi modal joe bayar.bole?hehe

Razman: yups!

kimisai said...

ala susah2 mtk je KPLI jd cikgu...elaun pon tinggi....hahaha

rezki jgn ditolak beb...

Unknown said...

kimisai: dengar cite cikgu pon banyak menganggur,takkan nak jadi cikgu plak...

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

owh,rakan rumah kite ade kt PCMC tu.hehe..

Unknown said...

daisy: ye ke?nurse eh?

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

naddy : tak la..die keje kat kaunter..admin assistant..hehehe..kdang2 tu wt keje nurse..cian die..huhuh...nnt klw dpt kt pcmc bgtau le..hik hik hik..