RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Gempa Tsunami

Sejak 2-3 hari ni kita di gemparkan semula dengan gempa bumi dan tsunami.

Aku teringat tsunami yang lepas. Time tu aku kat matrik, Kolej Mara Seremban. Sebelum tsunami terjadi, aku ade mimpi banjir besar kat KL. Penah gak dengar tsunami kat negara omputih dulu tapi tak amik port sangat. Bile terjadi kat Acheh tahun 2004 tu, baru paham kejadian sebenar tsunami.

Masa gegaran pertama, aku tak rasa sangat. Tapi masa gegaran kedua, memang terasa. Time tu malam. Kitorang sume kat asrama la. Aku dengan roomate tengah study atas katil.

Kalau dah name study atas katil, mestilah baring. Sedang aku nak ubah posisi, aku rasa macam bergoyang. Aku ingat roomate aku goyangkan katil, yela..bergurau-gurau. Tapi dia kata tak pon. Dia pon rasa bergoyang. Kenapakah?

Kitorang pegi luar bilik, kat beranda..Tengok luar, ade ape-ape ke. Tanye jiran sebelah bilik, dorang pon rasa bergoyang. Pastu ade sorang bersuara, "agaknya gempa kot?". Dengan gelabahnya, aku capai sweater, sarung tudung dan terus turun bawah.

Bile dah turun bawah, masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing. Ada yang telefon family, tanye rase ke tak gegaran tu. Yang nangis pon ade. Kisah lawak yang aku ingat ade 2,

Pertama,

Dalam sebok2 nak turun dari asrama, aku sempat kejutkan budak bilik sebelah. Dia ni memang kaki tido. Aku pon kejut la dia.
"Naz...Naz...bangun...turun bawah...!!"
"Ha~ kenapa nak turun bawah plak....." dia jawab dalam keadaan mamai
"Gempa la...semua orang turun..."
"Alaaaa....tanak la...."
Pastu aku pon tinggalkan dia. Dia memang jenis yang susah nak bangun dari tido. Nasib baik takde pape jadi kat dia.

Kedua,
Ini diceritakan oleh seseorang.
"Time goyang tu, aku tengah semayang. Tutup lampu semua. Gelap la. Tiba2 bunyi dong...dong...dong...Mangga kat almari bergerak sendiri dan mengetuk2 almari. Aku ingatkan hantu, terus aku berhenti sembahyang, keluar dari bilik"


Dunia dah makin tua, kita pon makin tua. Macam-macam ramalan ada pasal kiamat. Bencana pon dah macam-macam berlaku. Bumi dah mula mengamuk.

Dalam pada tu, ade kejadian menakjubkan berlaku semalam. Di Kuala Terengganu, ada keajaiban dapat dilihat (Sumber : Tolahah )

14

22

3

Kira-kira pukul 10.15 tadi (30.9.09) saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh kakak ipar menyuruh saya turun ke bawah melihat satu fenomena luar biasa bulan dan bintang dikelilingi pelangi. Sungguh menakjubkan… tetapi ada sesuatu yang lebih menakjubkan bila saya melihat kembali gambar yang telah dirakam melalui LCD…. nah terdapat kalimah Allah berhampiran dengan bulan.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 CoMMeNT:

Anonymous said...

fuyooo pic akhir tu gempak la.!!!
owh ko study kat mara seremban eh dulu!!

aku dulu2 tak rasa pulak gempak bumi ache tu! entahlah..

p/s- sedih lak tgk anak2 pandang menganges kehilangan bapak dan ibu! teruk lak aku rasa post blog 1st tu! hehe.. adeshh!

Unknown said...

Boneka: a'ah kolej mara seremban. padahal 3 tingkat je asrama tu. takpelah, tu peringatan untuk ko.

Sharif John said...

Tiada yang kekal melainkan ALLAH SWT....

Afif Zainuddin said...

perghh..
mmg terasa ke..
dasyat jugak ek~

Azuan said...

uit..
naseb baek aku tak pernah terasa lagi gempa3 nie..

paiseh said...

lu penah dengar lagu aurora tak? estranged..
tu lah benda dia.. pelangi tepi bulan tu..

tang kalimah tu.. subhanallahh~

Unknown said...

x der kat KL plak buat masa ni...
x dpt nak merasa tempias gempa...
owh, mcm tu rupanya aurora..

Unknown said...

John: yups!

Afif: terasa la.

azuan: naseb tak selalunye baik.nak rasa tak?

paiseh: ooo..baru ku tau itu aurora.

Ries Lee: erk~ ko kat mane?

Bijen M. said...

part citer hantu tu memang best.
hahah.

aku time tu tgh tdo atas sofa yg nyaman.
xrase pape.
kecewa juga xdpt merasai suasana tesebut.
isk.

Unknown said...

tapi kalau sofa ko tu di tingkat yang tinggi, mungkin rasa.

tapi lagi, tu pon kalau ko tak tidor mati la.

Aloy Paradoks said...

ye la... gua nampak kalimah tu...

mr.kordes said...

subhanallah...maha suci Allah....terpegun pakcik!!!

dunia dah tua...dah senja,manusia blm lg berubah2...masih lg memporak perandakan dunia.tensen ah pakcik kordi!!!

emak said...

mntk2 la d jauhi bencana alam ..

same2 berdoa.amin

Unknown said...

aloy: akak aku cakap, dulu pon dia penah nampak.

pakcik kordi: sebarkan ketensenan pakcik tu kat sume orang supaya mereka berpikir.

Azizan: kadang-kadang aku harap kita ditimpa bencana. biar sedar sket.

abang besi said...

abg besi pnh kena masa kt bangi dl..time tu mgrib tgh tgk tv..sekali rsae fening2 lalat da..upenye tsunammi daa...huhu....dunia dh mcm nie..tp manusia masih blm sdr..dan masih lg bermaharajalela mencari untung...

apesal ek?
hmm...

Unknown said...

dah memang manusia.makne manusia tu pon mudah lupa.lupa la.tak sedar diri.