RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Kak, pinjam...


Mula-mula,
"Kak, pinjam 4 ringgit nak beli cendol untuk Jack"
Sanggup dia naik ke tingkat 3, pegi surau, cari aku untuk pinjam duit. Aku bagi. Tak kesah sangat la. 4 ringgit je.

Lepas sebulan,
"Kak, pinjam 5o ringgit. Nanti saya bayar 10 ringgit setiap hari"
Aku berpikir, kalau dah nak bayar 10 ringgit setiap hari, baik takyah pinjam.

Seminggu selepas sebulan,
"Kak, pinjam 200...(dalam nada bergurau tapi berharap). Saya nak bayar hutang kat kawan saya"
"Kenape tak pinjam dengan family?"
"Family tak boleh tau la kak. Kalau family tau, mati la saya"
Aku pon buat-buat tak layan.

Dua minggu selepas sebulan,
"Kak, pinjam 100 je kak, aku tak cukup lagi 100 je mau bayar hutang kawan"

Tadi,
"Kak, pinjam 20 je kak. Saya terdesak sangat ni mahu bayar hutang kawan"
Aku pelik bin hairan. Dah pukul 11mlm, bile dia nak bayar hutang kat kawan dia. Pastu nak pinjam 20 ringgit, berapa la sangat.
"Sori la, aku takleh bagi la"


Kadang-kadang aku pelik dengan orang yang nak pinjam duit ni. Dah tau takde duit, buat la cara macam orang takde duit. Takyah nak hidup mewah, nak beli itu, nak beli ini. Ape orang nak, semua dia nak. Bile dah sempit, dah sesak kemudian hari, baru nak menggelabah.

Lagi satu hal, ape-ape hal pon. Family come first. Memang la mula-mula kene ceramah dengan family tu, tapi lame-lame family tu gak yang tolong. Air di cincang takkan putus.

Dalam kes aku ni, bukan aku tanak bagi pinjam. Tapi aku memang aku tanak bagi..hahahaha...Duit aku yang dia pinjam 4 ringgit tu pon dia dah lupa. Ni nak pinjam lagi. 4 ringgit tu tak berapa sangat. Kalau dia ingat, dan nak bayar, bayar lah. Kalau tak, aku tak kesah. Dan mengikut akak aku selaku penasihat aku, dia kata baik takyah bagi pinjam. Same gak nanti. Dia dah settle hutang dengan kawan dia. Nanti dia berhutang dengan aku, aku plak sangkut. Kitaran dia camtu gak. Tah bila akan berakhir.


naDDy: biar papa, asal bergaya atau biar tak bergaya, asal tak papa?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Copot dan Ciput

Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot.

copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu...cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap...ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab
cucah cari ciput cape copot.

ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum cambil chow came copot... Caja cuka cuka.


CECIAN, CIMA CACIH


Sumber: Isuhangat


naDDy: ceronok cak cerita ci?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masak, Gaji, BBQ

Aku gabung 3 cerita dalam 1 entri.

1. Masak

Kat tempat keje aku ade peruntukan untuk makan. Bos bagi RM30 sehari untuk 10 orang makan, jadi sorang 3hinggit. Kalau ikutkan memang tak cukup. Lagi plak yang nak makan tu lelaki. Walaupun badan kecik, makan banyak. Nak dijadikan kisah, ada sehari tu, orang yang di tugaskan masak takmo masak. Merajuk gamaknye. Sebab dia mintak dengan bos untuk naikkan peruntukkan tu. So, dah takde orang nak masak, Aku la kene masak. Tak pasal-pasal kene siang ayam, siang sayur, siang malam, pastu kene masak. Kat umah pon aku tak buat camtu. Al maklumlah ade mak, sume mak buat.


2. Gaji

Sepatutnya aku dapat gaji 1hb aritu, tapi semalam baru aku dapat gaji. Aku dapat RM700 untuk 19 hari bekerja. Sepatutnya 26 hari, tapi tolak 4 hari training dan 2 hari aku sakit, tinggal la 19 hari. Tapi tu pon dah masyuk. Aku buat part time je. Kalau fulltime, gaji tetap dalam RM850. Kalau aku keje cukup sebulan, sehari keje 10jam, lagi masyuukk...Tapi badan pon sakit ar. Cam aritu..hehe..


3. BBQ

Malam ni lepas keje, tempat keje aku nak buat BBQ. Sempena sale yang melebihi target bulan lepas. Target 45ribu, tapi dapat 52ribu. So, bos besar belanja semua staff makan BBQ.

" Nadrah, u boleh makan babi?"
"Tak boleh la. Kenapa u tanye?"
"Itu tadi Jack (manager) cakap mau buat babikiu"
"Bukan itu babi la. Ini BBQ. Bakar-bakar itu ayam, jagung, hotdog..Macam tu lah."
"Oh, saya ingat mau masak babi"
"hehe..."

Itu perbualan aku dengan staff kat tempat keje aku. Dia orang myanmar. Ye..pekerja kat tempat keje aku orang myanmar. Pekerja yang diambil dari agensi dan telah di latih untuk masak di tempat keje aku. Dorang ni tak pandai sangat bahasa melayu. Cakap omputih tu boleh la sket2. Cuma kadang-kadang ape yang dorang sebut, aku tak paham. Macam pelat pon ade. Cube bayangkan orang lidah pendek cakap, perkataan dia tak jelas kan? Camtu lah dorang ni. Aku bukan nak mengutuk, tapi nak suh korang imagine.


naDDy: sediakan perut sebelum BBQ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS