RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Berape ramai yang sanggup?

Pernah tak time memandu kereta atau menunggang motosikal atau menjadi penumpang kepada pemandu dan penunggang ni, korang menyaksikan eksiden. Tak kesah la eksiden kecik ke besar, serius atau tak serius. Eksiden/Kemalangan atau nama lainnya kecelakaan. Aku tak suke sangat ayat keCELAKAan tu.

Selalunya bile ade eksiden, orang akan memperlahankan kenderaan. Sebab nak tengok ape yang jadi dan tahap keseriusan eksiden tu. Aku pon penah tengok eksiden yang ngeri. Time tu aku sekolah rendah lagi. Tapi time tu aku tak jadi pemandu atau penumpang tapi aku jadi pejalan kaki. Eksiden antara lori minyak dengan motosikal. Penunggang moto tu di heret lebih kurang 10 meter.

Apa yang terjadi?
Penunggang moto tu mati ON THE SPOT.

Apa yang dapat dilihat?
Kesan seretan yang di buktikan dengan DARAH penunggang moto.

Lagi?
KEPALA HANCUR. OTAK BERTERABUR.

Nak tau cemane rupa otak yang hancur lalu berterabur?
Bayangkan telur goreng hancur, tapi telur putih je. Goreng tak berapa masak tapi kaler merah ke pink2 sket. Camtu la.

Sampai sekarang aku masih ingat kejadian tu. Sebab ade pakcik tu marah aku nak tengok dekat-dekat. Biarlah...aku nye mata...hehe

Tapi bukan aku nak cerita kesanggupan tengok eksiden.

Aku terpikir berapa ramai yang sanggup tolong orang yang eksiden.

Siang tadi, on the way balik ke rumah, kat Jalan Duta, ade 4 moto berhenti kat lorong kecemasan. Ingatkan eksiden dengan kete ke ape ke. Aku syak pakcik tu tergelincir dan terjatuh dari moto dan 3 lagi penunggang moto tolong pakcik tu. Sebab pakcik tu duduk atas divider jalan yang belah tepi tu sambil pegang kaki dia. Mungkin sebab hujan, jalan licin, tu yang pakcik tu tergelincir tu.

Tu kira eksiden gak kan? Tapi kira eksiden kecik la.

Mula-mula tu abang aku tanya, "ok ke tak tu?" tanye kat akak ipar aku dengan aku yang dalam kete la. Nampak ok je. Abang aku trus drive meninggalkan pakcik tu. Aku rasa kesian pon ade. Yelah, ok ke pakcik tu? kene pegi sepital tak? sape nak tolong dia nanti?

Aku rasa bersalah pon ada sebab tak tolong pakcik tu. Tapi aku bukan pemandu, jadi aku tak boleh buat ape. Air mataku hampir menitis tadi. Al maklumlah sejak blajar Nursing ni, jadi hati tisu.

Dulu masa akak drive, ada eksiden gak. Lalu betul2 seblah eksiden. Takde kereta pon nak brenti tolong. Aku dengan akak aku nak brenti, tapi mak aku tak bagi sebab mak aku takut tengok darah banyak-banyak.

Agak-agaknya berapa orang la yang sanggup tolong mangsa kemalangan sebelum bantuan sebenar tiba?

Mesti orang ada macam2 alasan untuk tidak menolong mangsa2 tersebut. Takut darah la. Tak reti nak buat apa la. Nak cepat la..Itu la..Ini la..Tapi ingat, setiap pertolongan yang kita hulurkan, akan dapat ganjaran. Walaupon kecik...INGAT!

Aku rasa sepatutnye semua orang kene belajar serba sedikit perubatan, langkah2 penjagaan diri mangsa dan orang yang memberi pertolongan. Yela, kita tolong orang, nanti last-last kita plak sakit. Bahaya memang bahaya bermain dengan darah dan nyawa tu. Sebab tu kene ada langkah berhati2.

[tengok yang dalam bulatan merah tu...macam altantuya.hehe]


naDDy: bayangkan kalau yang eksiden tu keluarga kita~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ko ni tak paham-paham ke?

Aku dah cakap aku tanak..aku tanak la. Yang ko asyik call aku lagi kenapa? Aku kata jangan call, jangan sms aku lagi dah. Nape la ko tak paham-paham jugak ar?

Semalam kol 1 pagi, ko call aku. Konon nak tanye kabar. Tanya kabar, tak payah la pagi-pagi buta, aku nak tidor. anta sms sudah la. Nak call pon, siang-siang takde ke? Malam-malam buat pe? Nak feeling lebih? Tak payah...

Tadi, ko anta mesej plak...

"Awak percayalah kasih sayang saya pada awak bukanlah main-main. Sebenarnya saya betul-betul ingin jadikan awak isteri saya yang sah, yakinlah"


Aduuhhhh~ isteri mende nye lagi..Isteri ko yang dah ada tu nak campak mane? Ko nak aku bermadu? Aku tak nak. Aku tak hingin. Biarlah tak dapat payung emas pon. Tapi aku tetap tanak..paham...TANAK !!!

Ko nak kat aku lagi buat ape? Ko dah ada anak dah pon. Sorang dah nak setahun, sorang lagi dah 2 bulan dalam kandungan. Ko gak yang bagitau aku dalam telefon semalam. Dahtu, pe ko nak dari aku lagi ha?

Dulu aku memang sayang ko. Tapi tu dulu. Sebelum aku tau ko dah kawin, dah ada anak. Dan sebelum ko mintak yang bukan-bukan dari aku. Aku lari dari ko sebab ko suruh aku tipu mak aku. Suruh aku cakap dengan mak aku yang kita dah terlanjur. Ko ingat aku bodoh? Ko ingat aku gile ke sampai nak menipu mak aku? Syurga aku masih di bawah kaki mak aku tau. Ko pon belum tentu jadi husband aku. Tapi bile aku tau ko dah kawin, dah ada anak. Langsung dah tak terlintas untuk aku kawin dengan ko. TIDAK LAGI.

Ko cakap isteri ko tau pasal aku dengan kau. Tapi aku suruh ko cakap dengan isteri ko untuk call aku, sampai sekarang takde pon call-call aku. Aku nak gak tau, betul ke isteri ko tau segala-galanya pasal aku dengan kau. Betul ke isteri ko benarkan ko kawin dengan aku? Aku sangat-sangat tak yakin dengan ape yang ko bagitau aku. Cukuplah ko tipu aku sekali, ni ko nak tipu aku lagi? Sori ar...Silap orang...

Isteri ko perempuan, aku perempuan. Perempuan mane yang rela di madu? Perempuan mane yang rela berkongsi kasih. Mulut memang cakap ye tapi hati, ko tau ke? Lagipon ko baru 2 tahun kawin dengan dia, ni dah nak kawin lain. Ko ni gile ke ape?

Kadang-kadang aku pelik, ko boleh plak call aku malam-malam. Aku tak angkat, ko call gak 5-6 kali. Baik ko pegi call isteri ko tu. Ko call aku ko dapat dosa je. Ko call isteri ko, dapat gak pahala. Aku tambah pelik bile ko boleh gelak-gelak lagi time cakap dengan aku. Ape ko ni takde perasaan bersalah ke? Aku plak yang rasa bersalah kat isteri ko, kalau-kalau isteri ko memang tak tau pasal ko dengan aku.

Ape punye manusia la ko ni. Aku dah cakap banyak kali. Jangan call..Jangan call..Ko diam jap..Pastu ko call balik.. Ko tau tak, aku jadi bengong lepas ko call. Sakit hati..geram...benci..semua ada..Dah la ko tipu aku. Ni ko nak kacau aku plak...

BODOH BODOH BANGANG BENGONG

aaaaaaarrrrrrrrggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!


naDDy: macam ni punye kes pon ade..aishhh~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Asal raya je balik kampung, asal balik kampung je raya.

Sejak azali lagi memang cenggitu. Asal raya je balik kampung...asal raya je balik kampung...asal balik kampung je raya...

Dulu masa kecik-kecik, semua suka balik kampung. Yela, dapat beraya kat rumah jenjiran. Kalau boleh semua rumah kat kampung tu nak raya. Maklumlah nak kutip duit raya.

Bile dah remaja, rasa dah malas nak balik kampung. Nak beraya dengan kawan-kawan. Nak pegi jenjalan rumah makwe/pakwe. Takkan nak pegi rumah makwe/pakwe, bawak satu family plak kan. Ingat nak meminang ke ape.

Bile dah dewasa, dah berumahtangga, baru la rasa nak balik kampung balik. Yela, nanti sedara mara kata ape plak kan. Pastu nak tayang anak isteri kat sedara. Yang ada anak, suh anak kutip duit raya kat pakcik/makcik. Buat backup di hari kemudian.

Tapi mungkin berbeza untuk yang dah dewasa tapi bujang. Maklumlah dok jauh dari mak ayah. Jumpa mak ayah pon sekali-sekala. So, time raya ni la nak jumpa mak ayah. Amik cuti lama-lama, luangkan masa bersama-sama dan melantak selagi ada makanan di atas meja...kan?

Bila dah tua, memang dok kampung je la. Takyah nak balik memane lagi. Tunggu masa je untuk ke 'kampung selamanya'.

Kenapa kena balik kampung time raya?
  • raya setahun sekali...raya puasa la.
  • time raya semua balik kampung
  • time raya jumpe sedara-mara yang dah lama tak jumpe.
  • time raya boleh kumpul macam-macam...kumpul duit raya, kumpul sedara-mara, kumpul lemak.
  • supaya tak lupa kampung kat mane.
Petang raya aritu aku balik kampung di Tampin, Negeri Sembilan atau Tampin, Melaka. Kat bandar Tampin tu ada pembahagi antara Negeri Sembilan dan Melaka. Kita boleh berada di dua negeri dalam satu masa. Ajaib bukan?

Kat kampung, aku jumpe sepupu, dua pupu, tiga pupu tapi kupu-kupu takde, pegi beraya kot. Masing-masing dah besar, dah berubah rupa bentuk. Yang dah bertunang pon ade, yang kahwin awal tahun ni, dah mengandung dah pon. wah~ cepatnye masa berlalu kan. Perubahan sangat cepat. Kalau aku tak balik kampung, mesti aku langsung tak kenal sedara mara. Terserempak tengah jalan pon, buat selamba je.

Aku yang pada mulanya malas nak balik kampung, rasa seronok plak. Sebab dapat tahu perkembangan semasa sedara-mara semasa sesi borak-borak khas.

Walaupun atok dan nenek dah takde, jangan ingat tak payah balik kampung. Kalau tak balik kampung pon, mesti berkumpul kat salah sebuah rumah. Kalau tak, hubungan kekeluargaan tah kemana.Kalau tak hubungan kekeluargaan tah kemana. Kalau tak hubungan kekeluargaan tah kemana.


naDDy: bukan blog je kene update, pengetahuan sedara-mara pon kene update jugak~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

H1N1 menyerang

laptop aku rosak...software je...



semalam dapat satu emel dari junior kat u. aku bukak, ade link satu web. ade link, aku klik.

tetiba kuar skrin biru..error...pastu hang..kene restart...

lepas restart, laptop jadi lambat.

tapi aku tetap meneruskan pembacaan blog yang telah 2 ari di tinggalkan sebab balik kampung.

pagi tadi nak on laptop...lambat sangat...fingerprint detector dah tak berfungsi...taip password..tunggu punye tunggu..bulat-bulat terus berpusing...
aku tunggu...tak masuk-masuk window...aku restart balik...tunggu lagi..nak dekat setengah jam, tak masuk-masuk window...

aku dah cuak...'pakwe' aku dah rosak? kenapa? pe sebab dia?

aku mati akal...aku off terus...pegi tengok tv

dah petang sket, abang aku balik. aku nak bagitau dia, tapi takut. dia ni angin sket. kang tak pasal-pasal aku kene BODOH.

tapi aku tengok mood dia ok arini. so aku mulakan bicara.dia suh bagi laptop kat dia.

lepas cubaan berkali-kali me'recovery system' tidak berjaya...laptop aku terpaksa di format semula.

lagu, gambar, movie, video...tak dapat di selamatkan.

dulu penah jadi camni gak. hard disk rosak..aku sedih sangat sebab laptop tu dah macam nyawa aku. tapi kali ni, aku tak kesah sangat. lagu leh donlod, movie leh donlod, gambar mintak dengan member.

laptop dah 80% siap. ni aku update blog gune pc abang aku. tunggu dia balik untuk sambung sket-sket yang aku tak tau nak buat.

nasib baik leh donlod driver HP dengan mudahnya.


naDDy: bile dah canggih sangat, nak repair pon payah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kan best kalau raya sebulan sekali

Rasa sunyi je dunia blog ni. Sebab masing-masing tak update blog. Sibuk beraya gamaknye. Ada la 2, 3 blogger tegar yang terus update walaupun blogger-blogger lain sibuk beraya.

Arini 1 Syawal, Hari Raya..Rutin hari raya mandi sunat hari raya,pakai baju baru, pegi semayang raya, bertakbir, ziarah menziarahi. Aku mandi sunat hari raya, pakai baju lama je. takde baju baru, duduk rumah tunggu tetamu datang, pegi kubur arwah nenek dan anak buah, pegi umah jiran aku. Rumah jiran yang wajib pegi setiap kali raya adalah rumah seblah ni. Aku panggil Cik Limah. Dah bercucu pon maintain Cik je.hehe..

Aku tak semangat sangat nak raya kali ni. Al maklumlah keje pon tak dapat lagi. Raya dalam keadaan biase-biase je.

Tetapi....

Seminggu sebelum raya, AKU DAH DAPAT DUIT RAYA...duit raya advance...akak aku bagi...RM100

2 hari sebelum raya, AKU DAPAT DUIT RAYA LAGI...abang aku bagi.dia bagi awal sebab dia nak balik rumah mertua dia kat Kelantan. dah lama dia tak bagi duit raya kat aku...RM30

1 hari sebelum raya, AKU DAPAT DUIT RAYA LAGI...abang ipar aku bagi.akak aku tak keje, jadi abang ipar la bagi.dapat lepas subuh...RM50

1 hari sebelum raya jugak, AKU DAPAT DUIT RAYA LAGI...abang aku bank-in kan.sebab dia kan Kelantan.raya rumah mertua...RM100

Pagi raya, AKU DAPAT DUIT RAYA LAGI...ayah aku bagi...RM50

so, JUMLAH TERKUMPUL = RM330


ha...sape kata dah besar tak dapat duit raya? aku dah 23tahun.tapi dapat duit raya lagi tau.

Setakat ni paling banyak aku penah dapat RM400+ time skola aritu la.

Ade sape2 nak bagi duit raya kat aku? silakan...silakan...

naDDy: korang dapat berapa duit raya?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ni je



SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi

MaaF ZaHiR & BaTiN




ni untuk raya tau!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALL...MAA...RIII...

Kepade mereka2 yang nak menghantar dan menerima hantaran..pikir2kan lah....


"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al Quran nih.. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah..Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin..

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta... ustazz.." jawab Nabil mengigil.

Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi..

Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.

Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya.

Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim..ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yangmengikuti ceramahnya..

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


naDDy: biar malu dahulu, jangan malu kemudian~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ibu Mertuaku

Suzana dan razman adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

********************

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua


Sumber: Isuhangat

naDDy: ape pekdah benci orang?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

G.L.A.M.O.R.O.U.S

UPSR dah abis ke eh? tapi aku ada kisah yang aku tak lupa masa UPSR dulu. tahun 1998. tahun komanwel.

Aritu exam paper ape tah. Aku dah tak ingat. Aku duduk barisan tepi sekali seblah pintu keluar masuk, tapi kira bahagian tengah la. Penjaga peperiksaan semua cikgu dari luar. Tapi ada sorang je cikgu dari sekolah aku tu. Nama dia Cikgu Azman Bin Sabu. Orangnya tinggi, badan bidang besar, kurus tapi kepala kecik je. bukan aku kutuk eh. tapi cikgu ni kira hensem gak la. Dia ni ajar Pendidikan Jasmani. dah kawin dah pon. ada anak dah.

Bila dah abis jawab soalan exam, aku pon kebosanan. Tak tau nak buat ape. Aku tengok orang lain tengah menggelabah jawab soalan lagi. Aku pon semak balik jawapan aku. 2 kali aku semak. Pastu aku taktau nak buat ape. Aku pon letak kepala atas meja...tidor...Yang penting muka menghadap ke pintu. Pintu tu tertutup, so takde orang nampak la, kot-kot ada kejadian yang tidak diingini berlaku..seperti proses kejadian peta dunia dan sebagainya.

Tengah aku sedap-sedap tidor dan lena di ulit mimpi, aku terdengar suara yang aku kenal sangat. Suara lelaki..memanggil nama aku dengan mendayu-dayu...

umiiiiii...........bangun umiiiii..........bangunnnnn..........
umiiiiii...........bangun laaaaa..........bangun umiiiiii......

aku rasa tak sedap. aku angkat kepala...tengok keadaan sekeliling...semua orang tengah tengok aku...rupa-rupanya Cikgu Azman punye suara. Dia kejutkan aku gune mikrofon kat depan dewan. Abis sume orang dengar...aku malu gile time tu...orang semua dok senyum-senyum kambing (memang cam kambing pon). Aku pon bangun, pegi tandas, basuh muka. Masuk dewan, buat muka selamba.

Sejak aritu, kalau aku nak tidor time exam, aku lebih berhati-hati. Aku tanak glamer dalam dewan peperiksaan lagi. Bagi peluang kat orang lain plak.



naDDy: korang penah di glamerkan?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Interbiol lagi

Semalam aku pegi intebiu lagi. Interbiu ke 4 untuk medical centre. Semalam di Tropicana Medical Centre, Damansara. Orang tu call kelmarin, suruh datang interbiu semalam. Aku nak mintak postpone, dia kata takleh. Yela..mengejut je. Aku macam berat nak pegi tapi setuju je la. Dan macam biasa, sebelum nak pegi interbiu, kene la cari jalan dan transport2 yang ada untuk ke tempat tu.


"Good morning.. Welcome...May I help u?"
"Morning...I come for an interview. Where should I go?"
"Oh...ok...under sape?"
"Dia tak cakap plak under sape. Dia suruh pegi tingkat 7 je"
"Ok...cik jalan terus, pegi kat lif..naik tingkat 7. Sebelum tu screening dulu ye" sambil menunjuk ke arah nurse yang tengah memegang sticker bulat warna hijau.
"Ok thank you"

"Ade selsema atau batuk?"
"Takde"

lalu tudung aku di tepek dengan sticker bulat warna hijau tersebut. "lor..itu je screening? tak check suhu badan ke ape ke?" aku cakap dalam hati je la.

Semasa menuju ke arah lif, aku nampak kawasan bersofa yang seolah-olah memanggil aku ke arah mereka. Aku tengok jam, awal lagi. Lepak dulu la. Aku baca Metro sambil bersms. Pastu sakit perut plak, pegi toilet dulu. Saje buang masa. Kul 10 baru aku pegi kat lif, naik ke tingkat 7. Tingkat paling atas rupanya. Lif dia pintu dua2 belah. Masa aku naik, ada sorang lagi yang naik..India..Macam berjawatan jugak la. Aku senyum sket je la kat dia. Dia pon nak pegi tingkat 7. Bila dah sampai tingkat 7, aku bagi dia kuar dulu, pastu ada orang nak masuk lif tu. Orang tu greet dia, " Morning sister". "Oh...sister" aku cakap dalam hati je la.

Kuar masuk orang kat Bahagian Pentadbiran tu. Tapi kat meja paling depan, takde orang pon. Aku tak tau nak tanye sape. Pastu aku nampak sofa lagi. Aku duduk lagi. Maklumlah awal sangat sampai..Aku tengok luar tingkap, ada kawasan perumahan. Mula berangan.."kalau keje sini, leh sewa kat situ atau kat situ..dekat je la". Bila dah puas berangan, aku masuk balik kat Bahagian Pentadbiran..."ish, nak masuk ke tanak ni? lecturer aku ajar, pegi tempat orang, jangan nak main redah je.sabar..tunggu.."

Aku nampak sorang mamat cina ni. Dari tadi dia sebok semacam je. Tanpa ragu-ragu, aku pon...

"Excuse me, I come for an interview"
"Ha? oh...actually I'm not working here. Ask someone inside"
"Owh...ok..sorry"

Pastu aku masuk, tanya kat akak yang tengah busy. Boleh dia tak perasan aku bagi salam. aishh...Dia suh aku tunggu kat luar balik.
Aku pon keluar la balik. Meninjau-ninjau kat luar tingkap. Pastu ade sorang ni datang, tanya nama aku. Lepas dah check nama aku kat bilik mana, dia suh aku duduk dulu..tunggu lagi..tunggu lagi....Pastu dia datang balik dengan borang. Dia suh aku isi, Lepas dah siap isi, aku tunggu dulu. Sambil bermain sms..

Tiba-tiba, orang yang naik lif dengan aku tadi masuk bilik yang aku duduk tu. "aik..sister ni interview aku ke?" Sah, memang dia interview aku. Muka serius je.

"Hi..I'm (apetah name dia, aku tak dengar sangat), sister here...U come for an interview?"
"Yes" sambil shake hand. aku duduk,dia diri...aduhhh..takde dinamika kemahiran betol aku ni.
"Wait for another sister to come. She'll be here in a minute"
"Oh..okay" sampai 2 orang nak interbiu.takpe..selamba je.

Sementara tunggu sorang lagi sister, aku borak2 dengan sister 1 tu. Borak-borak interbiu la. Bukan borak kosong. Bila sister 2 datang, sambung interview. Part yang paling bes...

"How do you know about Tropicana?"
"Actually Kelana Jaya Medical Centre ask me either I got offer from Tropicana or not. I said no because I never heard about Tropicana. I go back and search for your website, then I apply"
"Oh..they promote us for u..hahaha"
"hehehe"

bla..bla..bla..

"Ok. I think that's all. Our HR will contact u in 1 week, if they didn't call u. U call us"
"ha? I call u? oh...ok..thank you"
Lepas salam2 hari raya..aku blah.

Masuk dalam lif, timbul idea kat otak aku ni. Aku tekan semua tingkat yang ada. Aku nak tengok keadaan setiap tingkat sebenarnye. Sebab tu aku tekan sume nombor tingkat tu.

Tingkat 6....takde pape menarik
Tingkat 5....ade orang masuk plak. Dia tengok semua nombor menyala. Kene tekan dek aku. " Kenapa semua nombor menyala?" dia tanya...Aku senyum je.
Tingkat 4....orang tu cuba untuk meng'cancel'kan pemberhentian lif di semua aras. Tapi gagal.
Tingkat 3....orang tu tanya aku, "akak nak pegi level mane?", "G"
Tingkat 2....orang tu nak turun. sebelum turun, dia tanya aku, "akak tekan semua level ni eh?", aku jawab, "a'ah..hehe..i nak tengok semua level tadi..hehe" Dia pon turun. Aku pon cakap, "babai" sambil senyum..."bye" balas dia.
Tingkat 1....terbiar begitu saje.
Groundfloor...aku pon keluar lif.

sementara tunggu akak aku datang, aku lepak kat sofa mula2 aku datang tadi. baca majalah omputih. yang aku tak paham majalah omputih ni, tebal kemain, mahal plak tu tapi isi takde ape2. nape orang beli tah...pastu aku lepak kat sofa depan pintu masuk bangunan Tropicana Medical Centre ni plak. Sebelum balik aku sempat borak dengan staff nurse kat situ. aku tanya camne keje kat situ dan bape gaji? mula-mula dia takmo cakap. last-last dia cakap gak. Bile dia kata rm1800, hati aku berbunga-bunga..ok la jugak tu.ehehe..

naDDy: adakah makan di dalam kereta di kira makan di khalayak ramai?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seminggu makan sup tulang dari tulang yang sama

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata


"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

naDDy: bersyukurlah..kita dapat gak makan kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku malas cakap, tapi.....

korang tengok ar sendiri....

Your results:
You are Supergirl

























Supergirl
89%
Green Lantern
85%
Superman
80%
Wonder Woman
79%
Robin
42%
Spider-Man
40%
Batman
40%
Iron Man
40%
Hulk
30%
The Flash
30%
Catwoman
30%

Lean, muscular and feminine.
Honest and a defender of the innocent.




ni terpengaruh dek Firol la ni.

naDDy: abaikan gambar.rupaku bukan begitu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ingatkan setan dah kene ikat

Malam tadi ujan lebat...start kul 1 lebih camtu...sampai kol bape, aku tak sedar...tido la..pe lagi...

Masa mula2 ujan tu, aku tak tido lagi. nak dekat kul 2, baru tido.

Semasa ujan turun dengan lebatnya, otak aku ligat berpusing.

"kalau time2 camni, orang nak pecah rumah memang bagus sangat ni. dah la ujan. orang tengah syok tido. pastu bunyi bising pon orang tak sedar"

pastu aku pon tido...bangun sahur cam biasa...tido balik...bangun subuh plak...pastu melepak depan laptop

mak aku macam biasa la...pagi2 melawat tanah jajahan di sekeliling rumah...tiba-tiba mak aku terjumpa kotak untuk isi barang kemas di luar tanah jajahan (baikkan mak aku? melawat tanah jajahan jiran sekali)

kotak je yang tinggal...isi dah takde...

mak aku pegi la tanya jiran aku tu...crite punye crite...2 enset hilang...barang kemas satu kotak tu hilang...eh silap.bukan hilang..di rompak.

menurut orang kene rompak, beliau terdengar bunyi pergerakan dan bunyi bende bergerak tapi mengabaikan bunyi berkenaan kerana menyangkakan bahawa bunyi biasa atau bunyi kucing. barang-barang rompakan tersebut berada di dalam bilik dan orang kene rompak turut berada di dalam bilik tetapi tidak sedar kemasukan perompak yang durjana tersebut.

kejadian seperti ini juga pernah di alami oleh family aku. tapi time tu aku kat hostel. dalam kejadian ni, enset N series abg aku, enset abg aku lagi sorang, dan 2 wallet berisi duit yang beranggaran lebih kurang RM1000, lesap di songlap perompak.tetapi, enset akak aku dan enset ayah aku terselamat.

setelah di siasat, rupa-rupanya modus operandi si perompak adalah memasuki bilik yang tidak berpintu atau pintunya tidak perlu di bukak lalu akan menghasilkan apa2 bunyi. dalam kes rumah aku, 2 bilik abang aku tu memang takde pintu.tutup dengan langsir je. bilik akak aku dan bilik ayah aku ade pintu. kalau nak bukak, akan menghasilkan bunyi bising. nanti orang akan tersedar.

sama jugak dengan kes yang melanda jiran aku malam tadi. perompak ni kira perompak yang terer la.aku salute gak dengan cara dia merompak. mula-mula dia cabut cermin tingkap (ala yang macam kat sekolah tu), pastu dia bukak selak pintu. kalau yang ade selak kat atas dengan kat bawah tu pulak, dia amik cermin, dia letak kat bawah pintu, pastu dia tolak gune batang mop. kemudian operasi merompak di mulakan.

perompak kat kawasan umah aku ni bermusim. dah lama tak buat hal, tiba2 ade je kes. malam tadi tah berapa rumah kene rompak tah. sebab time yang rumah aku kene tu, ade gak rumah lain kene rompak. penah satu hari tu, orang hampir2 nak dapat tangkap perompak ni. time dia tengah nak merompak, orang nampak, pastu kejar. tapi sayang terlepas..kalau dapat, mati la perompak tu di kerjakan.

aku risau gak ni. bilik abang aku yang tak berpintu dulu, dah jadi bilik aku sekarang. kalau kene rompak, laptop...enset....waaaa...mau nangis aku...nauzubillah...mintak di jauhkan....



naDDy: ada gak setan terlepas..aaaiiissshhhh~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bikin malu saja ini orang~

Semalam aku pegi pejabat dia, "BERTUGAS DI LUAR KAWASAN"

Pagi ni aku pegi lagi, pejabat kosong, sorang pon takde.

Petang ni aku pegi,

"Ketua Kampung ada tak?"
"Ketua Kampung kat pejabat penghulu."
"Kat turun bukit tu?"
"A'ah."
"Okey mekasih."

Aku pon pegi ke Pejabat Penghulu. Dari jauh nampak semua berkunci. Pastu ada dua orang pakcik tengah duduk kat kusi meja bawah khemah.

"Ketua Kampung ada?" aku jerit dari jauh.
"Ni nak masuk ikut mane ni? sane ke sane ke sane? " tambah aku sambil menunjuk-nunjuk pintu-pintu yang ada..sume berkunci.

Salah seorang pakcik melambai kat aku, isyarat suruh datang kat dia. Aku pon jalan, pegi kat dia.

"Bak sini tu?" pakcik tu mintak kebenaran nak benda yang ada dalam plastik beg aku.

dalam tu ada salinan sijil dan salinan transkrip untuk di sahkan oleh Ketua Kampung.

Aku dah ragu-ragu, "sape plak pakcik ni, main nak je." aku bermonolog dalaman.

"Err...pakcik ni sape?"

"Tak kenal? ni la Ketua Kampung.." sampuk pakcik yang sorang lagi.

"Ohh...amiklah..tengok-tengok.." terus aku hulur salinan-salinan yang ada tu.

"Anak ni duduk mane?, anak sape?" tanye Ketua Kampung.

"Duk Jalan 13 A, anak Haji Daud, sebelah rumah Hajah Halimah tu."

"Pejabat tak bukak, tu yang duduk bawah khemah ni. Penghulu cuti, saya pon sebenarnye cuti tapi datang jap" Ketua Kampung beramah mesra.

"Oooo...pagi tadi saya pegi pejabat, takde orang"

"Pagi tadi meeting, lepas meeting, hujan plak. Tak dapat nak balik pejabat, saya naik motor je." tambah Ketua Kampung lagi.

"Ni, awak tolong saya. saya sign, awak tarik kertas ni satu-satu"

Kerjasama di antara Ketua Kampung dan aku pon bermula, sampai semua 45 salinan siap di tandatangani.

"Nanti awak pegi pejabat saya balik, suruh pembantu saya cop. Saya tak bawak cop ni" kata Ketua Kampung lagi.

Aku pegi pejabat Ketua Kampung tu balik.

"Assalamualaikum...pakcik, tadi tok ketua dah sign, ni nak cop plak. Dia tak bawak cop" (ha...tok ketua? belasah je)

"Tu cop atas meja, amik la. Cop sendiri. Nasib baik pakcik tak balik lagi"

"Aik..bukan kul 5 ke tutup?"

"Bulan puasa, kul 4 la dik..." time tu dah pukul 4.05 petang.

"Ok dah siap. satu salinan 5 sen, ni ada 45 salinan, jadi...."

Aku menyampuk, "jadi, percuma la..."

"Ek eh, nak percuma ye? Boleh...otograf kat buku ni"

"Kalau nak otograf saya, kene bayar la"

"Ewah-ewah, dia plak mintak bayaran kat kita"

"hehe...mekasih pakcik"

"sama-sama"


Pengajaran yang aku dapat: Lain kali hidup bermasyarakat. Jangan duk terperap je kat umah. Ketua Kampung sendiri pon tak kenal. Bila ade hal, baru nak cari orang tu. Buat malu je tak kenal Ketua Kampung sendiri...aiissshhhh~


naDDy: langkah seterusnya, pos surat-surat yang berkenaan. dateline dah dekat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak tegur.....member


"nak marah kang...nak tegur kang...member...

"aku bukan tanak tegur dia tu...member...kang tak pasal2 merajuk"

"gua malas cakap dengan dia, lu macam tak tau dia, dulu gua dah tegur, dia banned gua sampai skang"


"tu member ko, ko la tegur...kang aku tegur, dia kata aku menyebok plak"


"lu punya pasal la...kubor asing-asing"



Macam penah dengar atau sebut je dialog-dialog tu kan? Benda yang kita alami setiap hari.

Hidup kat dunia ni bukan sorang-sorang...datang dari sesebuah keluarga, kemudian ada kawan/member, pastu berumahtangga, pastu tua, pastu ke dalam (kubor la).

Semua tu melibatkan orang lain. Bukan kita sorang je. Hidup ni bukan AKU je tapi KITA dan MEREKA.

Nak hidup sorang? Dalam hutan pon, binatang hidup sesama binatang.




Kawan...Sahabat...Member...Teman... atau apa saja yang seerti dengannya ada fungsi-fungsi tertentu.

Bukan masa senang je sama-sama, masa susah pon kene together-gether.

Kalau member buat silap, jangan tak tegur. Dah tugas kita sebagai member untuk tegur member lain. Kalau tak, takde la namenya member.

Hidup bermasyarakat kan...orang buat silap, kita tegur...kita buat silap, orang tegur.

Kalau asik lu je nak tegur orang, bile orang tegur lu, lu melenting, memang lu nak kena penerajang ar kan.

Takde orang sempurna, mesti ade yang tak kena mane-mane.


Cuba fikir, kita tegur member kita untuk kebaikan jugak kan? Kalau yang saje nak menjahanamkan tu, baik takyah membe dengan orang cenggitu. buang karan je.

Contoh situasi: A dan B adalah BFF (best friend forever...la konon). A ni jenis yang menggedik tahap cipan (cipan pon tak gedik cam A) dan B ni jenis biasa-biasa je. Habis dengan sume orang si A nak mengada-ngada, tergedik-tergedik. Kadang-kadang B ni tahan je dengan perangai si A, dah BFF nak buat camne kan. Tapi bila dah si A ni di kutuk dan di mengata oleh orang lain, dan si B ni tau segala kutukan terhadap A, takkan si B ni nak diamkan diri je. Daripada si A kene sound direct oleh orang lain, baik B yang tegur A...slow talk omputih cakap. Mungkin berat si A nak terima teguran, tapi itu yang terbaik untuk si A.

Bulan-bulan puasa ni, kita ada membe yang tak puasa. Dah la tak puasa, pastu selamba kodok je makan depan kita. Mentang-mentang kita membe dia, dia buat selamba dia je la. Kita ni pon biarlah dia makan...tak puasa. Kita tau dosa tapi kita tak tau dia tau ke tak perbuatan dia tu berdosa. Kita pon diam je, buat selamba kodok gak dengan ketidak puasaan dia tu. Tak tegur, tak buat apa-apa. Malas nak amik port la konon.

Tapi jangan lupa, akhirat nanti kita akan dipersoalkan balik.

"ko dah tau dia tak puasa, dia makan....nape ko tak tegur dia?" "ko sorang je nak pahala? nak masuk syurga?"

Kita ni kene ingat, tugas kita kat dunia selain memperhambakan diri kepada ALLAH s.w.t, menjadi umat Muhamad s.a.w...kita juga kene menyeru kepada orang lain untuk buat apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang di larang.

Takkan nak baik sorang-sorang? Ilmu yang ada, jangan kedekut. Nanti kena tarik semua nikmat tu, baru tau.


TETAPI....nak tegur pon kene berhikmah..secara bijaksana...

Tengok orang tu cemane, cara camne dia leh masuk untuk kena tegur. Baru la tegur.

Ni tak, main terjah je. Nak nasihat orang, kita sendiri yang kena...kan naya tu...

Mungkin mula-mula member tu akan benci kita sebab teguran kita tu, tapi lama-lama nanti, dia yang akan berterima kasih kat kita. Baru dia tau sape THE REAL MEMBER



naDDy: aku ada kawan, ko kawan aku. ko buat silap, aku tegur. aku buat silap, ko tegur. kaunter teguran 24jam!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam bagus sangat !



Dapat keje...gaji mahal...bagus la?

Ada kete...keluaran terkini...bagus la?

Ada rumah...banglo plak tu...bagus la?

Ada makwe/pakwe...cantik la konon/hensem la sangat...bagus la?

Ada ijazah/diploma...tunjuk-tunjuk kat orang, bagitau sume orang...bagus la?

Dapat hadiah sana, hadiah sini...banyak peminat la konon...bagus la?


hellooooo....INGAT sikit....INGAT !!!

Dah la di jadikan dari air mani...yang paling kotor...binatang pon di jadikan dari air mani...cuma yang membezakan, kita ni manusia, 'mereka' tu binatang...tapi kalau dah perangai macam binatang, baik tak yah jadi manusia

Keluar plak dari tempat najis...dari tempat yang kotor....nak blagak?

Kecik-kecik, mak ayah bagi makan/minum, bagi pakaian, tatang bagai minyak yang penuh.

Bile besar, berlagak nak mampus (nasib baik tak mampus), mak ayah pon dah tak kenal. Bukan nak jenguk setahun sekali, nak calling-calling sebulan sekali pon HARAM.

Bile dah susah, dah terdesak...cari balik orang tua kutuk yang di lupekan tu..tak sedar diri punya orang (mengalahkan orang yang koma kat spital)


INGAT sikit....INGAT !!!

kita ni MATI anytime...dosa berkoyan-koyan...kalau jap lagi mati, sempat mintak maaf? dosa dengan ALLAH takpe lagi, tapi dosa dengan MANUSIA? selagi tak mintak maaf dengan tuan punye badan, jangan harap nak terhapus dosa nye...JANGAN HARAP !!!

Hidup ni jangan nak berlagak..jangan ingat kita ni bagus...sentiasa ingat ADA yang lagi bagus...yang MAHA segala-galanya...



naDDy: selalu ikut highway, smooth je...kali ni ikut jalan kampung, berliku-liku dan berlekuk-lekuk...baru ada cabaran.
naDDy: aku tak marah sape2 tau. jangan silap paham plak. aku bagi peringatan kat diri aku dan korang2.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS