RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

kalau dia kawan korang

Aku nak mintak pendapat.

Aku ada seorang kawan. Dia anak sulung. Mak ayah dah bercerai. Ada adik 4 orang, sorang dah keje dan 3 lagi masih belajar. Ayah plak tak berapa nak bertanggungjawab. Tak reti nak bagi nafkah. Mungkin jugak sebok bela anak tiri dengan bini baru. Nak kata tak mampu, mampu je. Sebab boleh pergi bercuti lagi dengan family baru tu.

Masalahnya sekarang kawan aku ni yang kene tanggung family dia. Memang dah jadi tanggungjawab dia sebagai anak sulung. Cuma kadang-kadang aku rasa dia terlalu di bebankan dengan tanggungjawab tu. Mak dia keje biasa je, gaji pon cukup-cukup je.

Bukan aku tak tolong kawan aku ni. Kadang-kadang bila dia cerita dia takde duit nak makan sebab abis duit dok bayar itu ini. Aku hulur la sekadar termampu.

Cuma....

Sampai bila nak tolong?

Ada tak pertolongan cara lain yang aku leh bagi?

Sebab aku tengok masalah ni takkan abis dan lepas 1 masalah, timbul masalah lain plak.

Korang ada idea tak?


naDDy: lain orang, lain masalah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 CoMMeNT:

MeTaFOra said...

apa kata umi srh dia cuba cari pndptan smpgn mcm ni..

berbekalkan modal Rm20, anda mampu menjana pendapatan
sampingan yang lumayan..100% komisen..terus masuk ke dlm akaun
anda tanpa melalui admin...

more info klik

http://www.rm20segera.com/?r=xcellent

tidak rugi anda mencuba..

Faizul said...

erm erm...
takpe suruh dia sabar..
n teruskan keje kuat2 n majukan diri.

Unknown said...

sempat lagi promot aja nih~