RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

loser ke?

aku selalu dengar orang cakap kalau pergi tengok wayang sorang-sorang tu loser. arini aku pergi shopping sorang-sorang.nak rasa tahap ke'loser'an yang orang selalu dok cakap. memang aku bukan pergi tengok wayang, tapi aku buat aktiviti berseorangan.loser kah?

hidup kat tempat orang dah nak dekat 6 bulan, kawan tu ada tapi bukan macam kawan-kawan time student dulu. macam lone ranger la kiranya aku kat sini. transport pon takde. nak guna public transport seperti bas, amatlah mengecewakan servisnya. nasib baik aku ada pakcik teksi yang selalu aku gunakan untuk kemana-mana. mesej je, pakcik tu mesti akan reply. anywhere, anytime, twentyfour hour available. kalau pakcik tu ada hal je, dia akan mesej cakap lambat sikit. jarang la dia tolak permintaan orang yang nak sewa teksi dia.

aku pergi shopping kat bangunan al bukhory sebab dalam tu ada giant. tak ramai orang. so kalau shopping sorang-sorang pon, takde la nampak pelik a.k.a loser sangat kan? tapi...makin nak dekat lunch hour, makin ramai plak orang. berfamily plak tu. aku dah la shopping sorang-sorang, tolak troli, barang banyak gila. terasa agak loser la jugak. aaahhhh...persetankan semuanya. bukan aku curi pon. aku bayar nanti. lagipon aku beli untuk jangka masa panjang., mungkin untuk 5-6bulan yang akan datang. buat stok. al maklumlah aku malas nak keluar. nanti kena keluar sorang-sorang lagi.loser lagi...

aku tengok barang dari satu lorong ke satu lorong. hampir semua lorong aku masuk dan apa je yang berkenan dan rasa perlu di hati, aku letak je dalam troli. makin lama makin penuh troli. aku bukan apa, risau tak cukup cash. lepas beli barang kat farmasi tadi, ada la dalam RM180 dalam purse. Malas nak pegi cucuk kat atm lagi. Aku tanya kat staff giant tu, leh guna bankcard ke kat sini. dia kata boleh. Aku rileks je la amik-amik barang lagi.


[isi troli aku separuh dari isi troli gambar di atas]


Bila dah puas memenuhkan troli dengan makanan, aku pergi beratur kat cashier. ade signboard tulis, 'You can withdraw your cash here'.. erk? boleh eh? lega sikit ati aku kalau tak cukup cash jap lagi. Aku tanye akak cashier tu, 'kak, kat sini leh guna bankcard tak? atau leh withdraw duit ke kat sini?. Sekali akak tu jawab, 'kalau visa card maybank boleh la dik, nak withdraw duit takleh'. lorrr..tulis je lebih.tah ape-ape tah.

Aku dah cuak dah...sekali jumlah harga barang melebihi RM180. Aku cakap akak tu, 'yang lebih tu simpan dulu kak, jap lagi saya datang balik'. Orang yang beratur belakang aku dah tengok lain macam je, dah sengih-sengih. agak loser la disitu sekali lagi. aaaahhh...tapi persetankan semua itu lagi sekali. bukan aku takde duit, cuma tak cukup cash je. Aku pon bayar setakat yang ada dan pergi atm untuk cucuk duit lagi. Pergi balik kat kaunter akak tu dan bayar barang yang aku suh tolak tepi tadi.

Perut dah lapar. Nak singgah marrybrown tapi segan la pulak dengan troli yang banyak barang. dan lagi sekali....persetankan apa orang nak cakap. Aku letak troli kat tepi, aku pergi kaunter, aku order makanan. Yang lapar aku, bukan dorang. Malu letak belakang. Lagipon aku bayar, bukan aku curi.

Dah siap beli makanan kat Marrybrown, aku tunggu pakcik teksi kat luar bangunan dengan troli yang penuh berisi barang. Aku letak troli jauh-jauh dari aku. Aku berdiri kat satu sudut. Aku tengok orang lalu lalang pelik je tengok troli penuh barang tapi tak bertuan. Ada la dalam 20minit troli tu terbiar keseorangan tapi.....takde orang nak curi pon barang-barang dalam tu apatah lagi nak usik.

Bila pakcik teksi sampai, aku lega....keloseran aku berakhir...

Kesimpulannya, tengok wayang sorang-sorang tak la se'loser' shopping satu troli penuh sorang-sorang..hehehehehe...

naDDy: 6 bulan lagi baru shopping besar~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 CoMMeNT:

Anonymous said...

umi..xloser lah beli brg sorg..aja pn selalu beli brg sorg2 je skrg ni..ileks r..fikir seorg wanita bekerjaya yg berjaya.haha..kdg2 sng g sorg dr g ramai2

Unknown said...

memang wanita bekerjaya dan insyaALLAH berjaya..hehehe..