RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

pantang ada peluang

pantang ada peluang, mesti nak bercakap.

Arini aku ada Kursus Orientasi untuk Pegawai Lantikan Baru. Baru tak baru sangat la. Dah nak masuk 4 bulan keje, baru nak orientasi. Tapi takpelah, pegi je. Dapat CPD point.hehehe..

Majoriti yang hadiri kursus berumur 23 tahun ke atas. Yang nak dekat 40 pon ada kot. Jumlah peserta 39 orang. Bilangan lelaki, seperti biasa la, satu perempat dari bilangan perempuan.

Selalunya perempuan yang banyak cakap...pot pet pot pet..tak henti-henti. Kali ni, lelaki pon tak kurang hebatnya...pot pet pot pet jugak. Bukan tak boleh nak cakap, tapi biarlah berpada-pada. Yang suara kuat, satu hal. Sampai nak bagi satu dewan dengar agaknya. Tapi kalau suara perlahan pon, apabila bergabung dengan suara-suara perlahan yang lain, akan menghasilkan satu suara yang kuat. Last-last jadilah pasar borong yang tidak berbau tetapi bising di dalam dewan.

Lepas je abis satu slot, penceramah keluar. Suis pon ter'on' secara otomatik. Mulalah sesi jual beli di pasar borong. Aku ingat time study je camtu. Rupanya dah keje pon sama gak. Aku rasa, lebih baik jangan duduk dengan orang yang kita kenal time hadiri kursus atau ceramah. Nanti penceramah berceramah kat depan, kita jadi penceramah kat belakang. Biar duduk dengan orang tak kenal. Kalau borak pon, sikit-sikit je. Malu-malu la konon.

Yang tu time takde penceramah. Time ada penceramah pon sama gak. Penceramah sebok cakap, dia jadi pengulas...aishhhh....Buat sssshhhhhh!! banyak kali pon same je. Diam kejap, pastu sambung borak balik. Takkan la penceramah nak kene marah kot. Masing-masing dah besar. Dah ada yang jadi mak orang, dah jadi bapak orang. Sendiri mau ingat la. Kalau ko tengah cakap-cakap, tapi orang lain pon cakap-cakap, ko geram tak? Pastu sape nak dengar ko cakap?


Budak kecik banyak cakap takpe...Macam dalam video ni.

video

naDDy: ubahlah oi.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

di label sebagai pandai melawan

dulu cita-cita nak jadi lawyer, tapi tah kot mana yang silap, jadi nurse.

jadi lawyer, leh argue, leh melawan.

ni kita baru nak suarakan pendapat kita sket, dah di label PANDAI MELAWAN.

tau la baru 4 bulan keje, takkan kene tunduk dengan khusyuk dan tawadduk, dengar je cakap, takleh nak bagi pendapat sendiri.

No freedom in expressing opinion...how are we going to improve?

aaaaiiiissssshhhhh~~

Yang atas kes lain, yang bawah ni kes lain plak.


Tadi aku termelawan Doktor Pakar...pakar tu. Tapi tu reaksi spontan aku. Beliau marah sebab ada katil tambahan. Untuk akreditasi, wad tak leh ada katil tambahan. Tapi masalah problemnya, kalau dah wad lain pon penuh, pesakit tu nak campak mana?

In giving care, patient come first right?

Aku bukanlah sengaja nak melawan pon. Kebetulan katil pakcik tu kat seblah tingkap. Bila doktor pakar tu tanya kenapa ada katil tambahan, aku dengan sister jawab dah penuh. Doktor pakar tu cakap balik, 'if Dato' know, u all going to get it'...kene marah la.. Pastu secara spontan aku terbuat gaya seolah-olah nak campak pakcik ke luar tingkap yang betul-betul sebelah katil pesakit tu.Sister sengih je...Doktor pakai tu dok ulang-ulang cakap yang Dato' akan marah. Aku tak pasti dia nampak tak reaksi spontan aku tu sebab aku membelakangi dia.

Time nak balik, akak cleaner tu tegur aku, 'pandai umi bergurau nak campak pesakit ke luar tingkap eh?' Aku jawab balik, 'saya serius tu kak. bukan main-main. Kadang-kadang pesakit memang dah penuh, dia (doktor pakar tadi) suruh masuk pesakit gak. Yang arini apasal nak angin.

Biarlah nak label aku sebagai pandai melawan ke, yang penting pendapat aku di suarakan.



naDDy: lumrah alam pekerjaan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS