RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

ha ha ha

aku tak jadi keluar dengan Azira arini. sebab: jangan tanya.

arini aku masak. masak cekodok labu, masak nasi, ikan bawal masak tomato dan bening kobis (bening = rebus).

lepas masak, aku menjalankan aktiviti harian...blogwalking (walaupun aku duduk je atas kusi ni). aku jumpa blog ni, pastu aku baca entri ni.

aku tengok semua video yang ada. lawak memang lawak. aku ketawa besar. sampai mak aku cakap : "ko gila ke ketawa sorang-sorang?"

pastu aku teringat video-video lawak yang aku penah tengok dolu-dolu...layann~~

[:: Geli Mat ::]



[:: Maggi Tom Yam ::]



[:: Telur-telur tu ::]



[:: Lawak Akad Nikah ::]




[:: Lawak Pak Arab ::]




naDDy: ketawa awet muda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sekolah a.k.a school

arini aku cuti lagi. cuti dari menjaga Faiz yang suka menjerit (ya..dia sudah pandai menjerit.aku jugak yang ajar). aku cuti sebab mak faiz a.k.a akak ipar aku tak sihat.so, dia jaga faiz.

apelagi, aku pon terfikir nak keluar.aku nak pergi mencucuk mesin atm di bank islam. sebab Shuhada (coursemateku) cakap ada duit masuk RM300. Ya! tiga ratus (mataku bling2 sebentar). duit claim tesis yang diberi JPA.walaupun tak dapat nak dibandingkan dengan duit belanja untuk siapkan tesis tu tapi Alhamdulillah sebab ada gak duit bekap sebelum dapat gaji pertamaku. aku keluarkan duit tu sebab esok aku nak keluar berfoya-foya bersama Azira (coursemateku juga).ke mana? tunggu~ maklumlah dah lama terperap kat rumah ni.

aku ada driver.pergi mana-mana pon, mesti ada orang drivekan untuk aku.arini akak aku la jadi driver aku. lepas pergi bank, aku ikut dia pergi sekolah anak dia. Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Baru 1. ni sekolah lama aku, sebelum sekolah ni terbahagi dua.bukan bangunan dia terbelah. tapi di bahagikan SRK Selayang Baru 1 dan SRK Selayang Baru 2. maklumlah populasi pelajar.eh, murid-murid semakin meningkat.

~dulu sekolahku takde tingkat...kini bertingkat-tingkat (bukan mangkuk tingkat)
~dulu tingkap ada dawai besi...kini tiada lagi.
~dulu tempat perhimpunan a.k.a tamit (cemane tah eja) bertar je...kini bersimen, bermarmar.
~dulu sekolahku nampak muram, tak ceria...kini, pokok di mana2, dah macam taman bunga.

mula-mula menjejakkan kaki ke pintu pagar, aku dah tersenyum lebar. tengok budak-budak beratur nak masuk kelas lepas makan kat kantin (comel giler). riuh...kecoh...bising sekolah tu dengan jeritan budak-budak. tapi aku tetap tersenyum.

senyum mengingatkan zaman sekolahku dulu (rinduuuu). ada beberapa peristiwa yang aku tak boleh lupa sampai sekarang.

pertama...

masa sukaneka kat tamit tu, aku kena jalan dengan pantas atas bangku (kerusi panjang kat kantin tu) untuk sampai ke penamat. dengan tidak semena-mena, aku terjatuh (bedebuuukk) ke atas tar yang berbatu-batu tu. sakit woo. lututku berdarah. aku pikir balik cemane aku jatuh...ermm...penyebabnya adalah tali kasut boot askar yang aku pakai tu tersangkut, jadi aku tersadung la kaki aku sendiri. lalu rebahlah aku di atas tar yang empuk itu (empuk la sangat). kalau tak silap, aku nangis kot time tu. maklum lah darjah satu. pastu lutut berdarah.

kedua...

dalam kelas..masa tu subjek matematik ke english (aku tak ingat) tah. Cikgu Rusiah Sidek tanya sapa nak jawab soalan angkat tangan. aku pon angkat la tangan. bila beliau panggil aku ke depan, aku jalan dengan konfidennya. pastu aku cakap, "excuse me teacher, may i go to the toilet?". terus berubah air muka cikgu tu. sebabnya masa tu aku rasa nak pitam, muka dan pucat. dah lama aku tahan nak pegi tandas. last-last aku angkat tangan tapi timing tak betul. aku angkat tangan masa cikgu tanya sapa nak jawab soalan. pastu aku pergi la tandas.berjalan sambil nampak bintang-bintang di sekeliling kepala (cantik gak bintang-bintang tersebut).

ketiga...

masa sekolah dulu kan ada jadual bertugas. sapu sampah..susun meja..padam papan itam (yang sebenarnye kaler hijau) dan lain-lain. tapi setiap sorang akan ada satu tingkap untuk di jaga dan di cuci setiap hari.termasuklah aku...sedang asyik mencuci cermin kaca di tingkap tersebut (mane tak asyik, usha orang luar tingkap sekali), pranggg... pecah satu cermin. padan muka aku, sape suh tekan cermin tu kuat-kuat. pastu pegi usha-usha orang (balasan!!!) aku dah menggelabah. kena ganti ni. cikgu dah bagi warning, satu cermin rm3.80. aku bagitau cikgu, nanti aku ganti balik. aku balik rumah, cerita dengan mak. mak kata satu cermin tu rm1.80 je (diskaun dua hinggit). mak aku cakap, nanti dia pegi beli pastu bawak pegi sekolah.

kesian aku tengok budak-budak sekolah sekarang ni. bawak beg berat-berat. macam angkut semua buku yang ade je. aku dulu takde camtu pon. kalau budak sekolah menengah terbalik plak. macam bawak beg kosong...pelik...pelik...

dah abis belajar ni, baru la rindu nak kembali ke alam persekolahan, kembali ke alam universiti...

[:: ini bukan sekolahku ::]

naDDy: oh rindu nye!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mari mengesend emel

Arini aku off duty dari menjaga Faiz. jadi aku bermalas-malasan dan melepakkan diri semahu-mahunya di atas katil. TIDUR ITU SYOK !!!

[:: Muhammad Faiz Khaizuran ::]

Lepas solat zohor, aku tengok enset...2 missed call. satu dari akak aku.satu dari zakira (coursemate aku). Aku missed call balik zakira. Konsep yang di amalkan: missed call di balas missed call.

******************************************************

Aku: Hello...Assalamualaikum...
Zakira: Waalaikumussalam.Ko tengah buatpe?
Aku: Takde ape. Baru lepas solat. Nape?
Zakira: Takde. Aku nak tanya...Kitakan dapat biasiswa JPA, ko ingat lagi tak surat biru tu.Kita bagi kat JPA kan?kita ada simpan copy tak eh?
Aku: Ha...kita bagi dorang.Tapi aku rasa, kita ada simpan gak la.Tapi tak tau aku letak mana..haha..
Zakira: Memang ade tapi tu yang lebih, yang tak guna...kita pon tulis pakai pensel je.
Aku: A'ah la...nasib baik ko ingatkan aku. Tapi aku letak kat mana tah. Nape ko tiba-tiba tanya?
Zakira: Takde. Tadi orang International Organisation of Migration call..yang aku pegi interbiu kat jalan sri petaling tu. Aku cakap, kalau SPA tak panggil bekerja dalam 6 bulan, kontrak terbatal. So, dorang nak bukti aku di taja JPA tu la..
Aku: Ooo...entah la wey. Aku punye pon aku tak ingat letak mana...hehe..sori tak dapat membantu...
Zakira: Ok takpe.
Aku: Ko kira dah dapat la kerja kat situ?
Zakira: Dah 70% confirm la. Dorang call tadi suruh buat medical check up. Kalau takde ape-ape, kira start kerja la.
Aku: waaa..besnye..sume dah nak start kerja...aja, fye, shikin, fara..pastu ko..Aku dah apply tapi tak dipanggil-panggil pon. Rasa give up plak..hehe
Zakira: Rileks la..Aku dah lama apply, kau baru lagi. Nanti dorang call la.
Aku: ermm..baiklah..
Zakira: Ok la eh. Nanti kita borak lagi. Bye. Assalamualaikum
Aku: Okeh..Bye..Waalaikumussalam.


*******************************************************

Tiba-tiba semangat aku mencari kerja berkobar-kobar dan berkibar-kibar bak bendera yang berkibar. Lalu aku buka emel, buka senarai hospital yang ada, edit cover letter dan memulakan operasi. Aku cari emel untuk hospital-hospital yang ade, attach resume, taip cover letter dan send.

Aku send kat hospital-hospital bawah ni:
haha...rasa macam ape je send emel banyak-banyak.tapi takpe, usaha lif kejayaan.
kepada sesiapa yang seangkatan denganku, diharapkan list hospital ni membantu anda.

naDDy: promosi hospital swasta secara besar-besaran. dapat ape-ape ke?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ada apa dengan KELANTAN ?

entri ini tidak berniat untuk merendahkan orang kelantan atau mana2 orang.


ayang: abang...mak macam tak suka orang kelantan.
abang: kenapa ayang cakap camtu?

*******************************************************

mak: ko serius ke dengan budak kelantan tu?
ayang: kenapa plak?
mak: ambo toksir la ore klate (mak taknak la orang kelantan).
ayang: kenapa?
mak: cari la orang negeri lain.asyik kelantan je (sebab ada sorang menantu kelantan dan sorang lagi bakal menantu, orang kelantan jugak).
ayang: tu yang mak taknak, nanti tu yang mak dapat.

******************************************************

abang: ooo camtu.takpelah yang.nak buat camne.dah mak cakap macam tu.tu mak ayang, ayang kena ikut cakap dia.abang taknak hubungan kita tak dapat restu.
ayang: takpe la bang.kita teruskan je.ape jadi kemudian, kita pon taktau lagi.
abang: hurmm...yela.abang sayang ayang.abang nak hidup dengan ayang.
ayang: hehe...ayang pon sayang abang.

setelah beberapa bulan berlalu, segala rahsia kenapa 'mak' tak suka orang kelantan pon terbongkar.

mak ayah: kami datang ni nak menjemput anak kami nak kawin.
sedara: yang mana?
mak ayah: yang ni (sambil menunjuk kepada abang ayang...abang kandung la)
sedara: ooo...dengan orang mana?
mak ayah: orang kelantan (ni la bakal menantu tadi).
sedara: hurmm..menantu perempuan kelantan takpe.jangan lelaki sudah la.ko tau kenapa kan?
mak ayah: yela.nanti dah kawin, kena ikut balik kelantan.

'ayang' meng'ooo panjang di dalam hati sambil tersenyum.segala-galanya telah terbongkar.bukan 'mak' je tak suka orang kelantan.'ayah' pon sama.'ayang' pon menceritakan insiden yang terjadi kepada 'abang'.

ayang: camna bang?nanti bila abang nak bawak balik ayang ke kelantan?
abang: bila kita kawin, terus la balik kelantan.
ayang: ha..lagi la mak ayah tak bagi camtu.
abang: jangan la bagitahu dorang lagi.
ayang: dorang dah memang tahu pon la abang.

*******************************************************

'abang' berkerja dan tinggal di seremban.
'ayang' belum bekerja dan tinggal di selangor.
'mak ayah' berasal dari negeri sembilan dan tinggal di selangor.

...dah macam cinta tiga segi plak...

naDDy: apa pendapat korang?kenapa ada persepsi macam tu kat orang kelantan? orang kelantan je ke?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

News from Ampang Gleneagles Hospital

News from Ampang Gleneagles Hospital Important news to pass it on

Please spend 1 minute and read on... News from Gleneagles Hospital (Ampang) URGENT !!!!! from Gleneagles Hospital Limited


Seven women have died after inhaling a free perfume sample that was mailed to them. The product was poisonous. If you receive free samples in the mail such as lotions, perfumes, diapers etc. throw them away. The government is afraid that this might be another terrorist act. They will not announce it on the news because they do not want to create panic or give the terrorists new ideas. Send this to all your friends and family members.


Warmest Regards,

Mei ling
Gleneagles Hospital Limited
Human Resource Department

taken here


naDDy: bila Gleneagles nak panggil interview ni???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...K.E.R.J.A...

trot...trot...trot...

abg: ko kat ne ni?
aku: kat bilik la.nape?
abg: aku ingt ko dh blk umah.
aku: lum.esok.npe lak?
abg: bile ko start kje?
aku: kje jd nurse lum lagi.tggu dpt lesen bulan 8 nti.bru leh jd nurse.smntra ni kje la ape2 dlu.npe lak? (byknye nape aku tnye)
abg: aku nk suh ko jage faiz (anak abg)
aku: bpe ko nk byr aku? bile start?
abg: aku byr rm250 sebulan.ko blk umah nti, kira start la.
aku: hmmmm..ok la.

fuuuuhhh ...kalau la kerja datang bergolek macam tu, kan senang.tapi, kalau senang sangat hidup ni,x best la.

aku baru je abis blaja (secara formal la).baru je 3 hari duk umah ni.hari kedua balik, dah start keje.kejenye 'babysitter'.standard pekerjaan untuk dak pompuan yg baru abis blaja.kan?
aku jd babysitter ni dah lame dah.sejak skola rendah agi.sbb mak aku mmg amik upah jaga anak org.so, mcm2 perangai budak aku dah jumpe.lagi2 plak, aku blaja psl bebudak atau skemanye Neonatal & Pediatrics mase kat unibersitipayung.

rutin aku:

~bangun tidur
~solat + ngaji
~tunggu faiz datang
~main2 dengan faiz jap
~mandikan faiz
~buat susu kalau faiz lapar
~tidurkan faiz
~tidurkan diri sendiri
~faiz bangun, check pampers
~tukar pampers faiz
~bagi faiz makan
~tidurkan faiz
~tidurkan diri sendiri
~mandikan faiz lg (mandi petang lak)
~tunggu mak ayah faiz blk dari kerja
~abis syif....

cmtu la rutin aku hari2.ni baru 3 hari.ade lagi brape hari kene lalui camtu? wallahua'lam..sampai aku dpt kerja baru la kan?

cakap pasal kerja.aku nak buat iklan sket.khas untuk mereka yang baru abis blaja dan sebok cari kerja (sebok ke?)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah memaklumkan akan menganjurkan sebuah Karnival Kerjaya pada 15-17 Mei, 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Karnival itu akan menyediakan satu platform bagi untuk memahami trend terbaru dalam pasaran pekerjaan.

Lebih daripada 500 buah syarikat akan menyertainya dan temuduga berlangsung di tapak karnival itu juga. Lebih daripada 5000 jawatan adalah menunggu untuk dipenuhi untuk para siswazah. Untuk lebih maklumat sila lawat http://www.mycef.com.my

Sila bawa bersama salinan resume anda - pendrive/cd


naDDy : siapkan resume!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NoT YeT !!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS