RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Perjalanan yang memenatkan

Trip yang aku kata 8 jam, bertukar menjadi 14jam. Aku bertolak kul 10 pagi 5 Jun 2009 dan tiba di destinasi kul 2 pagi 6 Jun 2009. Lama kan? Sebabnya...treler bawak kertas recycle terbalik di Kuala Lipis. Menurut pemberita sesat, sebuah kereta dari arah Kuala Lipis ke Gua Musang ingin memotong tapi tak sempat, lalu melanggar bahagian depan treler dari arah bertentangan. Treler yang cuba mengelak, terbalik dan melintang kedua-dua belah jalan. Menurut pemberita lain pula, 2 orang di sahkan meninggal dan seorang cedera (tapi dalam berita takde plak cakap camni). Eksiden tu terjadi pada pukul 4 pagi 5 Jun 2009 tapi kren dan polis datang pukul 4 petang (bodoh kan?) Kitorang tersangkut dalam jammed tu selama kurang lebih 6 jam. Dalam pukul 8 malam, baru la kereta boleh meneruskan perjalanan.


[:: Di bawah matahari yang terik ::]

[:: Kenderaan beratur. Gerak 10 saat, berhenti setengah jam ::]

[:: Dari satu lane, jadi dua lane ::]

[:: Ada yang parking kat tepi jalan dulu. malas main gear & jimat minyak ::]

[:: Ada yang berpicnic ::]

[:: Ada yang sanggup berjalan ke depan sebab nak tengok apa terjadi ::]

[:: Hari makin panas ::]

[:: Kereta pon panas. Parking tepi, matikan enjin, kasi sejuk dulu ::]

[:: Malam pon tiba ::]

[:: Bas transnasional trip 9 pagi, sepatutnya sampai kul 5 petang tapi... ::]

[:: Akhirnya kereta di kedua2 belah boleh menyambung perjalanan ::]

Perjalanan yang sangat lama...bosan...panas...rimas...semua ada. Dah la masa tu stomach ache relapse berlaku. Di tengah hutan. Kedai makan yang ada toilet pon kurang. Tahan punya tahan, akhirnya aku surrender. Aku kena buat sesuatu untuk hilangkan sakit perut tu. Apa aku buat? RAHSIA. Sampai kat satu stesen minyak, aku terdengar perbualan seseorang yang mengalami apa yang aku alami dan melakukan apa yang aku lakukan. hahahaha...

Sampai je rumah untuk kitorang menginap, mandi..sembahnyang..boom tdo...penat giler...

naDDy: pihak berwajib, sila buat jalan alternatif untuk melalui Raub ke Kota Bharu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 CoMMeNT: