RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Di duga atau menduga?

Esok InsyaALLAH aku akan menghadiri temuduga pertama. Temuduga bagi jawatan Nurse di Kelana Jaya Medical Centre. Perasaan aku sekarang ni....cuak...blur...malas...bersemangat...

cuak sebab first time interview.

blur sebab tak tau nak prepare apa..apa yang akan di tanya..apa yang kena jawab...

malas nak baca nota-nota lamaku.

bersemangat sebab nak rasa pengalaman pertama di duga dan menduga dalam temuduga.

Ini panggilan kedua temuduga yang aku dapat sejak aku apply kerja secara online. Panggilan temuduga pertama oleh Putra Medical Centre. tapi aku tak pergi sebab jauh...kat Alor Setar, Kedah. Lagipon, takde orang nak temankan aku aritu (alasan je nih).

ni detail interview aku esok...huhu...takooott....

Tempat : Kelana Jaya Medical Centre, Selangor (tingkat 4)
Tarikh : 12 Jun 2009
Masa : 12 tengahari

dalam ke'cuak'an dan ke'blur'an, aku sempat gak melakukan blogwalking (eventhough im sitting). pastu aku terjumpa tips yang berguna untuk aku esok. sesape yang tak pergi interview pon boleh baca..aku tak kesah..aiman lagi tak kesah...

Tingkahlaku & Adab semasa Temuduga

1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Kawal Emosi semasa Temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
2. Jawab dengan jelas dan lantang
3. Kikiskan sifat ego anda
4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
5. Banyakkan senyuman
6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.


naDDy: doakan aku supaya segala-galanya berjalan lancar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 CoMMeNT:

FdausAmad said...

lu nk snipe kucing liar ka?

hysman said...

aminn..
gud luck..
:p

Unknown said...

FdausAmad: ha? apekah? tak paham...

hysMan: alhamdulillah semuanya berjalan dan berlari dengan lancar...