RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

kecelaruan minda dalam memilih kerjaya

plan memang nak update blog tapi malas. asyik baca blog orang je. tapi di sebabkan ada orang ni suruh aku update, aku update la.

********************

bila dah alami, baru kita tau macam mana rasanya. rasa ape? rasa stroberri..hehe.. (takde kena-mengena)

dah dekat 2 bulan aku abis menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) Kubang Kerian, Kelantan...iye,kat Kelantan pon ada USM.ramai yang tak tahu.termasuklah aku masa mula-mula dulu. aku bukan nak cerita pasal USM. tapi nak cerita pasal aku. dah nama blog ni pon "aKu & HiDuP", bukannya "USM & HiDuP" kan?

sebulan pertama, aku tak bosan. sebab aku ada kerja.sebagai babysitter.jaga anak buah aku. Muhamad Faiz Khaizura. tapi bulan kedua, aku kebosanan, ketandusan, dan ke- yang sebagainya. hidup dah macam apa tah. bangun tido, on laptop, buat kerja sesikit, pastu ngadap je laptop ni sampai la ngantuk.pastu tido.

ramai sangat tanya "dah dapat keje?", "dah cari keje ke?", "bila start keje?"

penat aku nak jawab. tapi aku jawab jela.kadang-kadang aku kopipes je jawapan.sebab dah malas tahap cipan..ahaha..lagi satu, nasib baik ada on-screen keyboard.sambil baring pon leh jawab soalan-soalan di atas.walaupun lambat, aku peduli apa.janji aku jawab.klik-klik je kat mouse tu ha.

berbalik kepada tajuk entri di atas. sebenarnya aku ada masalah dalam memilih kerjaya. bukannya aku tak tahu nak jadi apa.aku tahu dan aku yakin. aku nak jadi NURSE. walaupun cecita aku memula nak jadi doktor..macam yang kebanyakkan orang nak jadi.tapi hasrat tu terpaksa dikuburkan sebab pointer dulu tak cukup.tapi aku bersyukur gak tak amik Medic. dan bersyukur sangat pilih Nursing a.k.a Kejururawatan. ada yang tanya, apa aku belajar dalam nursing. nanti aku bagitau dalam entri lain.

majoriti student USMKK dapat biasiswa JPA. ada yang cakap hebat.bagi aku, biasa je.sebab ramai yang dapat. kitorang dapat lebih kurang rm4800 satu sem..banyak memang banyak.terasa la kaya sekejap.tapi duit tu mengalir bak air terjun...ho ho ho (gelak sinchan)

macam sistem barter la kan.orang bagi sesuatu, kita mesti balas dengan sesuatu gak.so, bila JPA dah bagi duit yang banyak tu, sebagai balasan aku kena la kerja dengan pihak kerajaan selama 5 tahun. dan dalam masa setahun dari tarikh aku mohon kerja dengan kerajaan, sekiranya mereka tidak memanggil aku untuk berkhidmat dengan mereka, maka terbatallah kontrak tersebut..duit dapat free..pastu takyah kerja dengan kerajaan.

masalah yang aku hadapi sekarang adalah...pihak swasta takmo amik aku yang ada kontrak dengan JPA ni.dorang kata, nanti sia-sialah dorang train aku, pastu aku blah sebab kerajaan panggil..betul gak tu.kalau aku jadi bos pon, aku cakap camtu gak. buat rugi jek...

dah banyak jawatan Nurse yang aku apply dan dah ada tawaran tapi aku terpaksa tolak sebab perkara di atas. dan setelah di fikir-fikirkan, aku kena cari kerja yang takde kontrak dan aku boleh blah tanpa sebarang masalah. di samping dapat membantu sistem kewangan yang dah punah wa ranah ini.

[ :: aku di situ ::]

********************

"Hello. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Nape?"

"Kat Klinik Dahlia kat Bandar Baru Selayang (BBS) ada jawatan kosong. Pembantu. berpengalaman atau tidak. No telefon...."

"Oh ye ke? takpe-takpe..Petang nanti aku pergi"

"Ok. Bye"

"Bye"

Aku pon mesej akak aku, ajak dia pergi Klinik Dahlia tu. Dia kata ok je. Kul 2.30 petang, akak aku datang. Dia suruh aku cepat sebab nak pergi amik Muhamad Faiz Khaizuran kat taska. Faiz demam panas. Aku pon siap la cepat-cepat. Amik Faiz kat taska. bawak pergi klinik...klinik mana? Ya...Klinik Dahlia...alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..Lepas dah settle hal Faiz. aku tanya akak kat kaunter tu.pasal jawatan kosong. dia suruh tulis nama, alamat, no. i/c, no fon, pengalaman bekerja, sebab berhenti kerja, transport dan bila boleh kerja. .dia kata nanti dia call balik..aku pelik nape dia tak mintak resume je.kan senang...hurmmm..

naDDy: tunggu panggilan dari Klinik Dahlia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 CoMMeNT:

Kapten Luffy said...

kebanyakan kerja sekarang memang kontrak pun

Kapten Luffy said...

eh

ada adik aku dalam gambar tu

ahaks

Unknown said...

Monkey D Luffy: oh ye ke? alaa...adik anda ada dalam gambar tu? adik haruan tasek pon ade tu..cari la..hehe

hysman said...

mane kamoo???

kontrak lame2 pemenent laa..
huhu..follow da flow..

StingRay said...

wahhh...gambar misi...



misiiiiii....

EN.ROBOT said...

wah,.,.da keje nnt leh la mintak mc manyak2 kan kan kan...?

bias® said...

wah....aweks...ramai...bes....

Unknown said...

hysMan: di situuuu...tu kalau lama..kalau kejap?

StingRay: ada 38 misi disitu.kalau sume menyahut...bergegar bangunan...hehe

En. Robot: bole...bole...'spesel' price..

bias: aaaiiissshhhhh...

Husna Z.A., 2009 said...

oow, aku mlas nk baca, aku tgk gmba dan cari diri aku je..
knapakah aku pada ketika itu tidak pegang tgn seperti gadis depan yg len?..
jawapannya: I'm unique..ahahaha (gelak mama shin chan)

Unknown said...

buat kenyataan jujur ko eh?

eskius me, bai dengan mas pon tak pegang tangan eh.takde la unik sangat mama sinchan oi!