RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Perang

[ :: puff...kebabooom ::]

Pagi ni perang meletus lagi. Entah perang dunia ke berapa. Setahu aku, perang dunia ke-3 berlaku semasa Aku baru mengenal dunia, semasa hidung masih berhingus, semasa mulut hanya mengeluarkan bunyi 'uweeekkk' 'uweeekkk' (nangis) dan kebanyakan masa di habiskan untuk tidor.

4 tahun Aku di negeri orang, entah berapa kali perang dunia dah meletus di rumah ini. Hari ini, aku di rumah dan perang meletus lagi.

Isunya isu berbangkit. Apabila masing-masing menuding jari, tak sedar tanggungjawab, hanya bercakap di belakang pesalah dan tidak cuba mencari penyelesaian. Isu-isu yang Aku dah kenal pasti setelah aku mengenal dunia, hidung tidak lagi berhingus (kecuali selsema), mulut sudah pandai menuturkan perlbagai perkataan dan masa di gunakan untuk pelbagai aktiviti.

Antara isu yang di kenalpasti adalah : tanggungjawab, duit, anak-anak dan harta.

Hari ni isunya duit. 'Everythings needs money but Money is not everythings'.

Bila terlampau banyak duit, masalah timbul...perebutan harta, gila kuasa, wasiat.

Bila takde duit, masalah timbul jugak...nak itu tak dapat, nak ini tak dapat, berebut duit yang sikit.

Agaknya semua orang hadapi masalah yang sama ke? Semua keluarga akan bergaduh sebab duit? Duit ni berhantu kot. Boleh buat orang gembira tak ingat dunia, dan boleh buat orang jadi tak tentu hala.

Satu hari nanti Aku akan berkeluarga (insyaALLAH). Adakah Aku akan hadapi masalah duit ni jugak? Kalau tanak ada masalah duit, nak pakai apa? Sistem barter? Macam zaman dulu-dulu...Tapi masalah jugak.

Sebagai orang yang paling kurang berkuasa, Aku hanya mampu mendiamkan diri semasa perang berlaku dan tanpa di sedari, hatiku sebak dan pipiku basah.

Tapi hari ni Aku tertanya-tanya, itu saja ke yang Aku mampu buat. Aku rasa Aku dah cukup dewasa untuk semua ini dan Aku mampu untuk berkata sesuatu bagi menyelesaikan peperangan ini. Tapi 'mampu' itu masih tidak mencapai tahap yang optimum.

Satu hari nanti mungkin...Sekiranya perang dunia meletus lagi...Aku tidak meminta tapi Aku sentiasa bersedia...


naDDy: patutkah meriam di bedil, nuklear di lancarkan dan fosforus di lepaskan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 CoMMeNT:

EN.ROBOT said...

plg penting,.,.masih adakah es0k utk kita jika letusan perang berlaku,.,.? hmm,..,itu kite tak tau,.,. (,")v peace,.~

Kapten Luffy said...

susah jugak jd org kaya

huhuhu

Unknown said...

En. Robot: betol!!! itu yang kita tak tau.

Monkey D Luffy: so, nak jadi apa?