RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Poket Doraemon

Arini hari terakhir untuk bank-in duit pembayaran frame gambar konvokesyen. Jadi semalam aku pergi la bank-in duit. Mula-mula ingat takmo beli frame ni sebab tengah takde duit, baik guna untk hal-hal penting. Tapi di sebabkan mak aku kata, "beli je lah, sekali ni je.nanti nak tunggu master ke PhD ke, lambat lagi". So, aku beli je la. Tak baik melawan cakap mak. Lagipon duit mak aku, bukan duit aku..hehe..

Pelik tak? Ada orang tak tau bank-in tu apa. Dia tanya aku, bank-in tu duit dalam bank ke? Tak pasal-pasal kena explain kat mamat ni. Bank-in tu bahasa omputih kan?Ke ada istilah lain? Di sebabkan aku dan dia hanya cakap omputih dalam berkomunikasi, so im spekang london la. Aku cakap melayu pon, bukan dia paham.

Lepas dah bank-in duit dalam Bank Islam sebanyak RM150, aku kena fotostat slip bank tu sebagai bukti pembayaran. Kot-kot ada apa-apa jadi di kemudian hari. Lepas tu aku kena pos borang pesanan bersama-sama slip bank tersebut. Aku kompius kejap. Nak bagi slip ori ke slip yang di fotostat? Banyak kali dah tertanya-tanya camni. Kalau ada resit atau surat, nak bagi yang ori ke yang salinan. Last-last aku post slip bank yang ori.

Proses-proses di atas memerlukan beberapa alatan seperti gunting, stapler dan gam. Jadi, aku kena bawak semua tu dari rumah la. Gunting untuk potong borang pesanan, stapler untuk kepilkan slip bank dengan borang pesanan dan gam untuk lekatkan sampul surat. Aku ni jenis malas bawak beg, apatah lagi handbag. Alasan lain sebab takut di ragut. So aku letak semua alatan tu dalam poket seluar. Nasib baik poket seluar aku besar. Leh la sumbat macam-macam. Macam poket doraemon. Nampak macam selekeh je, tapi aku peduli apa? blogger-emoticon.blogspot.com

Sebelum settlekan urusan aku, aku ikut abang aku pegi tukar moderm. Moderm baru ade wi-fi. Nasib baik ada stok. Last. So sekarang online guna wi-fi la. Semalam try download, slow gile..tak sampai 20kb/sec..pastu tetiba je stop. Tapi pagi ni aku dah berjaya download 2 movie dan kelajuan dia memuaskan. Nasib baik laju, kalau tak takleh mendownload ar.


naDDy: pagi ni hujan..sejuk~ blogger-emoticon.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 CoMMeNT:

paiseh said...

modem lah.. bukan moderm!

Unknown said...

sukati aku ar!

=P~









hehe (malu....)

zati_nadia said...

salam..
uiks umi..
klau x silap zati..yg ori simpan n yg copy pos kat diorang..kat dlm iklan promo tu dia ada kasi tau la..
ha...ni mesti x abis baca nih..hehe..

tapi x pe kot..still diorang terima lagi..insyaAllah..

p/s:memula nak beli gak frame tue..tp sayang...kat grik x dok bank islam la..huhu..x kan nak g jejauh seemata2 nak bank in demi frame yg ekskusif tuh..huhu..xde maknenyer..^_^

Kapten Luffy said...

mahalnya frame

Unknown said...

zati_nadia: waalaikumussalam. ye ke?hentam je la.yang penting dah pos.hehe.memang aku baca camtu2 je..nape tak cakap? leh aku bank-in kan.



Luffy: frame tu kayu.ada ukir2.3 keping. pastu ada tulis Universiti Sains Malaysia.sebab tu mahal...kot~

zati_nadia said...

x sempat nak cakap..dh due date pon..haha..lagi lak..klu 1.50 takpe la gak..ni rm150..huhu..dok brani ar nk pinjam bebanyak kat org..umur nie x tentu..hehe..^_^

Unknown said...

ye la kan.benda dah lepas.takleh nak buat apa.akak aku kata nanti time konvo, mesti ada jual gak.so bleh la bli.

bias® said...

wuiyoo...wifi...

EN.ROBOT said...

modem tu pon simpan dlm poket gak ke..?
ngeee.,.,~

Unknown said...

bias: waipai~


robot: aik! mane tau nih?