RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Cinta Terlarang 5 (TAMAT)

sambungan dari Cinta Terlarang 4

Benar jangkaan Lina. Perasaan Fendi telah berubah. Ada sesuatu menyelubungi hati dan minda Fendi. Kali ini Lina bertekad untuk mengetahui apa yang terbuku di benak Fendi. Lina memaksa Fendi untuk memberitahu segala-galanya. Menurut Lina, ini soal dua hati dan bukannya mengani Fendi sahaja.

Fendi menjadi serba salah. Di luah mati emak, di telan mati bapak. Akhirnya Fendi akur. Fendi memberitahu Lina bahawa dia tidak dapat menjadi Fendi yang sebelumnya. Perasaannya telah lain. Hatinya takut, ragu-ragu dan rasa kurang terjamin. Ikutkan hati, Fendi memang ingin meneruskan perhubungannya dengan Lina tetapi dia hanya akan menipu dirinya. Fendi memang sayang akan Lina tetapi perhubungan mereka melibatkan pihak lain. Yakni ibubapa Fendi dan ibubapa Lina.

Hanya ibu Lina yang tahu mengetahui persahabatan Lina dan Fendi. Tapi hanya persahabatan dan bukannya percintaan. Manakala bapa Lina dan ibubapa Fendi tidak mengetahui apa-apa. Di awal-awal dahulu, Fendi ada menceritakan tentang masalah ibubapanya kepada Lina. Ibu Fendi pernah memberitahu Fendi bahawa sekiranya ingin mencari calon isteri, carilah yang senegeri, jangan yang jauh-jauh. Kadang-kala Fendi berasa di anak tirikan oleh ibubapanya sendiri. Ini kerana Fendi di besarkan oleh atuknya. Jadi Fendi khuatir sekiranya ibubapanya tidak boleh menerima Lina dan Lina akan merasai apa yang Fendi telah lalui.

Ibu Lina pula bersikap acuh tak acuh. Kadang-kala apabila Fendi berbual dengan ibu Lina, Fendi rasa begitu mesra dan mungkin ibu Lina boleh menerima Fendi. Tetapi kadang-kala, Fendi di perli oleh ibu Lina. Bukan saja Fendi tapi Lina juga bingung dengan sikap ibunya itu. Di sebabkan inilah Fendi merasakan bahawa perhubungan mereka tidak akan kemana.

Perasaan Fendi juga telah berubah. Fendi terlalu banyak berfikir mengenai perhubungan mereka dan keputusan ini yang dapat di fikirkannya. Fendi seorang yang mementingkan jaminan, seperti Lina. Tetapi kali ini, Lina sanggup mempertaruhkan perasaannya kerana dia telah terlalu sayang akan Fendi. Namun, Fendi sudah tidak dapat jadi seperti dahulu. Perasaannya benar-benar berubah. Menurut Fendi, biarlah mereka menangis sekarang daripada menangis di kemudian hari. Kerana tangisan nanti lebih parah.

Dalam kesedihan, Lina terpaksa menerima keputusan Fendi. Lina dan Fendi berpisah demi kebaikan bersama. Mereka memutuskan untuk terus bersahabat kerana sememangnya mereka bermula sebagai sahabat. Kisah cinta mereka bukan saja Cinta Terlarang daripada ibubapa tetapi juga daripada mereka. Mereka melarang diri mereka untuk terus mencintai antara satu sama lain. Sebagai tanda kasih sayang Fendi pada Lina, Fendi mendedikasikan lagu di bawah ni:





naDDy: abis suda~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS