RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Cinta Terlarang 4

sambungan dari Cinta Terlarang 3

Hari rabu Lina dan Fendi membuat janji untuk bertemu. Fendi hanya boleh bertemu Lina sehingga pukul 11 kerana selepas itu Fendi perlu pergi ke Shah Alam untuk bertemu rakannya. Setelah berkira-kira Lina berjanji untuk bertemu Fendi pada jam 10. Itu sahaja kesempatan masa yang ada untuk mereka bertemu.

Kali ini Lina tidak memberitahu ibunya bahawa dia ingin bertemu Fendi. Lina yang sememangnya tahu bahawa ibunya tidak membenarkan Lina keluar berseorangan untuk bertemu Fendi telah mengajak ibunya untuk keluar bersama dengan alasan membeli-belah. Ibu Lina bersetuju dan memberitahu Lina bahawa mereka akan keluar pukul 10 lebih kerana pusat membeli-belah hanya akan di buka selepas pukul 10.

Lina menjadi resah kerana dia telah berjanji dengan Fendi untuk bertemu pada pukul 10. Sekiranya Lina dan ibunya keluar dari rumah pada pukul 10, pukul berapa pula Lina akan sampai ke tempat yang di janjikan dan kemungkinan dia tidak dapat bertemu Fendi. Segala perkembangan yang terjadi, pasti Lina akan memberitahu Fendi dan setelah Fendi mengetahui hal ini, Fendi mencadangkan agar Lina memujuk ibunya supaya keluar awal. Pujukan Lina menjadi.

Keesokan harinya, Lina bangun awal seperti biasa. Selepas solat subuh, Lina menggosok pakaian yang akan di pakai untuk bertemu Fendi. Hatinya sudah tidak sabar. Semasa menggosok pakaian, ibu Lina bersuara, "hari macam nak hujan, tak shopping la maknanya. kalau nak shopping pon, keluar lambat-lambat sikit" . Lina mendiamkan diri. Hatinya luruh bak dedaun di musim luruh. Moodnya untuk bertemu Fendi telah pudar.

Lina meng'sms' Fendi yang telah tiba di KL Sentral. Lina memberitahu bahawa temujanji mereka mungkin tidak dapat di penuhi. Fendi hanya membalas "takpela, takyah la" . Lina tahu Fendi kecewa dan sedih tentang apa yang berlaku. Tapi dia terpaksa terima. Perbualan mereka di teruskan dengan ber'sms'.

"Secara tak jujurnya memang Fendi tak sedih sebab tak dapat jumpa Lina. Fendi memang nak jumpa Lina sangat-sangat. Dah rindu sangat-sangat ni"

"Lina tau. Walaupun Fendi cakap Fendi faham dan tidak kisah dengan keadaan kita ni tapi Lina tau sebenarnya sedih, kecewa dan marah."

"Fendi rasa perhubungan kita tak sampai ke mana. Kita mungkin boleh jadi kawan baik atau abang dan adik"

"Kalau jadi kawan baik takpe. Kalau jadi abang dan adik, takpelah. Lina dah banyak abang, Fendi pon dah ramai adik."

"Betul gak tu."

"So, Fendi nak teruskan hubungan kita atau Fendi perlukan masa untuk berfikir? Apepon keputusan yang Fendi ambil, Lina terima. Lebih baik kita menangis sekarang dari menangis kemudian. Nanti lagi parah, susah."

"Fendi rasa kita setakat ni je la. Terima kasih kerana membenarkan Fendi mencintai seseorang. Sayang Fendi pada Lina takkan pernah padam."

"Thanks for everything Fendi."

"ok"

............................. Lina tidak membalas sms dan mendiamkan diri. Hatinya sedih.

"Takkan nak diam je?"

"Dah tak tahu nak cakap apa, diam je la. Kalau cakap nanti, lagi sedih".

kring...kring...kring....Fendi menghubungi Lina

"Helo. ok ke tak ni?"

"Ok. tanak cakap la. Nanti nangis"

"Lina jangan camni. Susah gak Fendi nak buat keputusan ni."

................. Lina diam.

"Ok la. kita teruskan je."

"Fendi pasti ke? Lina tak nak Fendi rasa terpaksa dan terseksa. Lina nangis ni, biasa la. Perempuan memang suka nangis."

"Iye kita teruskan. Ok la Lina, Fendi nak kena bertolak ke Shah Alam plak ni. Nanti kita sambung.

"Ok. take care. Lina sayang Fendi. Bye."

"Fendi sayang Lina jugak. Bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam"


Petang itu mereka ber'sms' lagi. Tapi kali ini Lina berasa lain. Fendi yang sebelum ini berlainan dengan Fendi yang sedang bermesej dengannya. Tapi Lina tidak berani menanyakan apa-apa kerana luka pagi tadi masih belum terubat. Lina tertanya-tanya tapi pertanyaannya hanya terbuku di kalbu.

bersambung...


naDDy: nantikan episod terakhir. malas dah tulis panjang-panjang.hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 CoMMeNT:

Monkey D Luffy said...

takkan masalah susah nak jumpa nak putus lak

ish3

naDDy said...

Monkey D Luffy: sabar dulu.jangan buat kesimpulan sendiri.