RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.
Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Pelacur puasa, GRO tadarus

Terkejut?

Aku pon.

Tu muka depan Mingguan Warta Perdana, Ahad 11 Oktober 2009. Perdana memang terbit awal dari tarikh dia.

Aku petik sesikit je dari berita tu.


Pegawai JAWI, yang menyertai operasi mencegah maksiat di ibu kota pada Ramadhan lalu, berasa sayu menyaksikan beberapa GRO sedang bertadarus al-Quran, sementara menanti pelanggan datang ke kelab malam tempat mereka bertugas.

Seorang GRO memberitahu, walaupun pekerjaan mereka di cemuh masyarakat, namun mereka berasa tidak salah merebut peluang membaca al-Quran di bulan mulia seperti umat Islam lain.

"GRO itu memberitahu saya mereka juga ingin melakukan ibadah sepanjang Ramadhan walaupun bekerja sebagai GRO" "Mereka berkata, tidak semua GRO memilih pekerjaan ini dengan rela hati, sebaliknya ada yang melakukannya kerana terdesak atau di paksa oleh pihak lain," katanya.

Dalam kes berasingan, seorang pelacur muda yang berumur 19 tahun di tahan di siang hari ketika melayan pelanggannya di sebuah hotel murah di Jalan Haji Taib mendakwa dirinya tetap menjalani ibadah puasa walaupun dia menjual tubuhnya.

"Saya sungguh terkejut ketika pelacur it di bawa ke pejabat agama, dia meminta makanan untuk berbuka" "Pelacur itu mendakwa ibadah puasanya tetap SAH kerana dia hanya menerima pelanggan yang sedia memakai kondom sahaja ketika melanggannya di siang hari pada bulan puasa," katanya.

"Saya tidak tahu dari mana pelacur itu mendapat ajaran dan nampak sangatlah dia cukup jahil dalam agama," katanya lagi.



errkk~ terkedu aku.

Bila aku terbaca berita ni, perkataan pertama keluar adalah BODOH...

Tapi aku pikir balik. Dorang ni ade IMAN jugak sebenarnye, cuma tak berapa nak ada.

Aku pikir lagi. Ada gak niat dorang nak buat AMAL IBADAH....kita?

Aku harap, dorang akan di beri TAUFIQ dan HIDAYAH oleh Nya.

Kita ni selalu di beri peringatan, tapi asyik lupa je kan?


naDDy: nauzubillah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gempa Tsunami

Sejak 2-3 hari ni kita di gemparkan semula dengan gempa bumi dan tsunami.

Aku teringat tsunami yang lepas. Time tu aku kat matrik, Kolej Mara Seremban. Sebelum tsunami terjadi, aku ade mimpi banjir besar kat KL. Penah gak dengar tsunami kat negara omputih dulu tapi tak amik port sangat. Bile terjadi kat Acheh tahun 2004 tu, baru paham kejadian sebenar tsunami.

Masa gegaran pertama, aku tak rasa sangat. Tapi masa gegaran kedua, memang terasa. Time tu malam. Kitorang sume kat asrama la. Aku dengan roomate tengah study atas katil.

Kalau dah name study atas katil, mestilah baring. Sedang aku nak ubah posisi, aku rasa macam bergoyang. Aku ingat roomate aku goyangkan katil, yela..bergurau-gurau. Tapi dia kata tak pon. Dia pon rasa bergoyang. Kenapakah?

Kitorang pegi luar bilik, kat beranda..Tengok luar, ade ape-ape ke. Tanye jiran sebelah bilik, dorang pon rasa bergoyang. Pastu ade sorang bersuara, "agaknya gempa kot?". Dengan gelabahnya, aku capai sweater, sarung tudung dan terus turun bawah.

Bile dah turun bawah, masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing. Ada yang telefon family, tanye rase ke tak gegaran tu. Yang nangis pon ade. Kisah lawak yang aku ingat ade 2,

Pertama,

Dalam sebok2 nak turun dari asrama, aku sempat kejutkan budak bilik sebelah. Dia ni memang kaki tido. Aku pon kejut la dia.
"Naz...Naz...bangun...turun bawah...!!"
"Ha~ kenapa nak turun bawah plak....." dia jawab dalam keadaan mamai
"Gempa la...semua orang turun..."
"Alaaaa....tanak la...."
Pastu aku pon tinggalkan dia. Dia memang jenis yang susah nak bangun dari tido. Nasib baik takde pape jadi kat dia.

Kedua,
Ini diceritakan oleh seseorang.
"Time goyang tu, aku tengah semayang. Tutup lampu semua. Gelap la. Tiba2 bunyi dong...dong...dong...Mangga kat almari bergerak sendiri dan mengetuk2 almari. Aku ingatkan hantu, terus aku berhenti sembahyang, keluar dari bilik"


Dunia dah makin tua, kita pon makin tua. Macam-macam ramalan ada pasal kiamat. Bencana pon dah macam-macam berlaku. Bumi dah mula mengamuk.

Dalam pada tu, ade kejadian menakjubkan berlaku semalam. Di Kuala Terengganu, ada keajaiban dapat dilihat (Sumber : Tolahah )

14

22

3

Kira-kira pukul 10.15 tadi (30.9.09) saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh kakak ipar menyuruh saya turun ke bawah melihat satu fenomena luar biasa bulan dan bintang dikelilingi pelangi. Sungguh menakjubkan… tetapi ada sesuatu yang lebih menakjubkan bila saya melihat kembali gambar yang telah dirakam melalui LCD…. nah terdapat kalimah Allah berhampiran dengan bulan.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALL...MAA...RIII...

Kepade mereka2 yang nak menghantar dan menerima hantaran..pikir2kan lah....


"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al Quran nih.. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah..Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin..

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta... ustazz.." jawab Nabil mengigil.

Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi..

Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.

Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya.

Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim..ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yangmengikuti ceramahnya..

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


naDDy: biar malu dahulu, jangan malu kemudian~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seminggu makan sup tulang dari tulang yang sama

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata


"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

naDDy: bersyukurlah..kita dapat gak makan kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak tegur.....member


"nak marah kang...nak tegur kang...member...

"aku bukan tanak tegur dia tu...member...kang tak pasal2 merajuk"

"gua malas cakap dengan dia, lu macam tak tau dia, dulu gua dah tegur, dia banned gua sampai skang"


"tu member ko, ko la tegur...kang aku tegur, dia kata aku menyebok plak"


"lu punya pasal la...kubor asing-asing"



Macam penah dengar atau sebut je dialog-dialog tu kan? Benda yang kita alami setiap hari.

Hidup kat dunia ni bukan sorang-sorang...datang dari sesebuah keluarga, kemudian ada kawan/member, pastu berumahtangga, pastu tua, pastu ke dalam (kubor la).

Semua tu melibatkan orang lain. Bukan kita sorang je. Hidup ni bukan AKU je tapi KITA dan MEREKA.

Nak hidup sorang? Dalam hutan pon, binatang hidup sesama binatang.




Kawan...Sahabat...Member...Teman... atau apa saja yang seerti dengannya ada fungsi-fungsi tertentu.

Bukan masa senang je sama-sama, masa susah pon kene together-gether.

Kalau member buat silap, jangan tak tegur. Dah tugas kita sebagai member untuk tegur member lain. Kalau tak, takde la namenya member.

Hidup bermasyarakat kan...orang buat silap, kita tegur...kita buat silap, orang tegur.

Kalau asik lu je nak tegur orang, bile orang tegur lu, lu melenting, memang lu nak kena penerajang ar kan.

Takde orang sempurna, mesti ade yang tak kena mane-mane.


Cuba fikir, kita tegur member kita untuk kebaikan jugak kan? Kalau yang saje nak menjahanamkan tu, baik takyah membe dengan orang cenggitu. buang karan je.

Contoh situasi: A dan B adalah BFF (best friend forever...la konon). A ni jenis yang menggedik tahap cipan (cipan pon tak gedik cam A) dan B ni jenis biasa-biasa je. Habis dengan sume orang si A nak mengada-ngada, tergedik-tergedik. Kadang-kadang B ni tahan je dengan perangai si A, dah BFF nak buat camne kan. Tapi bila dah si A ni di kutuk dan di mengata oleh orang lain, dan si B ni tau segala kutukan terhadap A, takkan si B ni nak diamkan diri je. Daripada si A kene sound direct oleh orang lain, baik B yang tegur A...slow talk omputih cakap. Mungkin berat si A nak terima teguran, tapi itu yang terbaik untuk si A.

Bulan-bulan puasa ni, kita ada membe yang tak puasa. Dah la tak puasa, pastu selamba kodok je makan depan kita. Mentang-mentang kita membe dia, dia buat selamba dia je la. Kita ni pon biarlah dia makan...tak puasa. Kita tau dosa tapi kita tak tau dia tau ke tak perbuatan dia tu berdosa. Kita pon diam je, buat selamba kodok gak dengan ketidak puasaan dia tu. Tak tegur, tak buat apa-apa. Malas nak amik port la konon.

Tapi jangan lupa, akhirat nanti kita akan dipersoalkan balik.

"ko dah tau dia tak puasa, dia makan....nape ko tak tegur dia?" "ko sorang je nak pahala? nak masuk syurga?"

Kita ni kene ingat, tugas kita kat dunia selain memperhambakan diri kepada ALLAH s.w.t, menjadi umat Muhamad s.a.w...kita juga kene menyeru kepada orang lain untuk buat apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang di larang.

Takkan nak baik sorang-sorang? Ilmu yang ada, jangan kedekut. Nanti kena tarik semua nikmat tu, baru tau.


TETAPI....nak tegur pon kene berhikmah..secara bijaksana...

Tengok orang tu cemane, cara camne dia leh masuk untuk kena tegur. Baru la tegur.

Ni tak, main terjah je. Nak nasihat orang, kita sendiri yang kena...kan naya tu...

Mungkin mula-mula member tu akan benci kita sebab teguran kita tu, tapi lama-lama nanti, dia yang akan berterima kasih kat kita. Baru dia tau sape THE REAL MEMBER



naDDy: aku ada kawan, ko kawan aku. ko buat silap, aku tegur. aku buat silap, ko tegur. kaunter teguran 24jam!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam bagus sangat !



Dapat keje...gaji mahal...bagus la?

Ada kete...keluaran terkini...bagus la?

Ada rumah...banglo plak tu...bagus la?

Ada makwe/pakwe...cantik la konon/hensem la sangat...bagus la?

Ada ijazah/diploma...tunjuk-tunjuk kat orang, bagitau sume orang...bagus la?

Dapat hadiah sana, hadiah sini...banyak peminat la konon...bagus la?


hellooooo....INGAT sikit....INGAT !!!

Dah la di jadikan dari air mani...yang paling kotor...binatang pon di jadikan dari air mani...cuma yang membezakan, kita ni manusia, 'mereka' tu binatang...tapi kalau dah perangai macam binatang, baik tak yah jadi manusia

Keluar plak dari tempat najis...dari tempat yang kotor....nak blagak?

Kecik-kecik, mak ayah bagi makan/minum, bagi pakaian, tatang bagai minyak yang penuh.

Bile besar, berlagak nak mampus (nasib baik tak mampus), mak ayah pon dah tak kenal. Bukan nak jenguk setahun sekali, nak calling-calling sebulan sekali pon HARAM.

Bile dah susah, dah terdesak...cari balik orang tua kutuk yang di lupekan tu..tak sedar diri punya orang (mengalahkan orang yang koma kat spital)


INGAT sikit....INGAT !!!

kita ni MATI anytime...dosa berkoyan-koyan...kalau jap lagi mati, sempat mintak maaf? dosa dengan ALLAH takpe lagi, tapi dosa dengan MANUSIA? selagi tak mintak maaf dengan tuan punye badan, jangan harap nak terhapus dosa nye...JANGAN HARAP !!!

Hidup ni jangan nak berlagak..jangan ingat kita ni bagus...sentiasa ingat ADA yang lagi bagus...yang MAHA segala-galanya...



naDDy: selalu ikut highway, smooth je...kali ni ikut jalan kampung, berliku-liku dan berlekuk-lekuk...baru ada cabaran.
naDDy: aku tak marah sape2 tau. jangan silap paham plak. aku bagi peringatan kat diri aku dan korang2.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ape merdeka-merdeka?

MERDEKA is INDEPENDENCE

MERDEKA adalah BEBAS

Bebas daripada apa saja yang menyekat, menghalang dan menjajah.

52 tahun dulu, kita MERDEKA dari di jajah oleh penjajah.

Tapi sekarang, aku lihat kita kembali di jajah.

Ya, Malaysia di perintah oleh orang kita sendiri tapi hakikatnya penjajahan masih berlaku dan entah bila penghujungnya.

Bagaimana kita di jajah?

Cuba lihat persekitaran kita, apa yang kita pakai, apa yang kita dengar, apa yang kita guna dan bagaimana kita berkelakuan?

Ada yang dari negara yang pernah menjajah kita.

Dulu kita benci negara tersebut TAPI sekarang kita mengagung-agungkan mereka. Ape kejadahnye semua ini???

Aku bukan menolak teknologi atau perubahan. Tapi dalam meniti arus dunia (wah~) kita kena beringat agar tak melampaui dan sentiasa berjaga-jaga.

Yang baik kita amik, yang buruk campak tepi.


Cuba kita renung balik, apa yang kita dapat dari kemerdekaan pada hari ini?

Lihat dari kacamata seorang yang neutral...bukan di pihak kerajaan...dan bukan di pihak pembangkang...

Apa yang aku dapat?

  • aku dapat hidup di tempat yang aman, berbanding negara yang tengah berperang
  • aku dapat membersar dalam keadaan yang agak sempurna
  • aku dapat pelajaran yang mencukupi, alhamdulillah sampai ijazah dah pon.
Tapi aku tak lupa, semua ni datang dari yang empunya dunia dan akhirat. Tanpa Dia, ape pon tak dapat.


naDDy: merdekakah? lu pikir la sama-sama aku~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku 555 baru

Arini 14 Syaaban 1430H. Ada apa arini? Lepas maghrib nanti, buku lama kita akan di tutup dan buku baru akan di buka. Buku 555 kita dengan ALLAH. Malam ni malam Nisfu Syaaban.

NISFU SYAABAN

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban
  • Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat. Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x atau
  • Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah atau
  • Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
  • Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  • Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x. Baca doa nisfu Sya'aban

[:: klik untuk besarkan ::]

4. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban).

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menangis


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

Air mata yang tiada di tuntut

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2.Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
3.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
6. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..


Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah SAW bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Wallahua'lam


naDDy: reminder for me and you~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

di kala kita terlalu sibuk dengan dunia

adakah kita ingat?

ISRAK MIKRAJ

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.


v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Sumber : Kotak E-mail


naDDy: Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hidup di duniaMu, sampai ke akhiratMu dan kekuatan untuk melaksanakan perintahMu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS