RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Pelacur puasa, GRO tadarus

Terkejut?

Aku pon.

Tu muka depan Mingguan Warta Perdana, Ahad 11 Oktober 2009. Perdana memang terbit awal dari tarikh dia.

Aku petik sesikit je dari berita tu.


Pegawai JAWI, yang menyertai operasi mencegah maksiat di ibu kota pada Ramadhan lalu, berasa sayu menyaksikan beberapa GRO sedang bertadarus al-Quran, sementara menanti pelanggan datang ke kelab malam tempat mereka bertugas.

Seorang GRO memberitahu, walaupun pekerjaan mereka di cemuh masyarakat, namun mereka berasa tidak salah merebut peluang membaca al-Quran di bulan mulia seperti umat Islam lain.

"GRO itu memberitahu saya mereka juga ingin melakukan ibadah sepanjang Ramadhan walaupun bekerja sebagai GRO" "Mereka berkata, tidak semua GRO memilih pekerjaan ini dengan rela hati, sebaliknya ada yang melakukannya kerana terdesak atau di paksa oleh pihak lain," katanya.

Dalam kes berasingan, seorang pelacur muda yang berumur 19 tahun di tahan di siang hari ketika melayan pelanggannya di sebuah hotel murah di Jalan Haji Taib mendakwa dirinya tetap menjalani ibadah puasa walaupun dia menjual tubuhnya.

"Saya sungguh terkejut ketika pelacur it di bawa ke pejabat agama, dia meminta makanan untuk berbuka" "Pelacur itu mendakwa ibadah puasanya tetap SAH kerana dia hanya menerima pelanggan yang sedia memakai kondom sahaja ketika melanggannya di siang hari pada bulan puasa," katanya.

"Saya tidak tahu dari mana pelacur itu mendapat ajaran dan nampak sangatlah dia cukup jahil dalam agama," katanya lagi.



errkk~ terkedu aku.

Bila aku terbaca berita ni, perkataan pertama keluar adalah BODOH...

Tapi aku pikir balik. Dorang ni ade IMAN jugak sebenarnye, cuma tak berapa nak ada.

Aku pikir lagi. Ada gak niat dorang nak buat AMAL IBADAH....kita?

Aku harap, dorang akan di beri TAUFIQ dan HIDAYAH oleh Nya.

Kita ni selalu di beri peringatan, tapi asyik lupa je kan?


naDDy: nauzubillah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 CoMMeNT:

Boneka tak sakit said...

alaa kesian lak aku tgk diorang!!
pelacur tak semesti yer masuk neraka.!

Islam nie fitrah sbnr yer!! semua org nak rasa bahagia dan di rahmati..

biar pow pelacur..

Nabil Fizri said...

gro lacur

Ries Lee said...

diorang masih ada agama...
dan masih igt kat tuhan...
itu sebenarnya yg berlaku...

p/s : layout baru kan? lebih suke yg sebelum ni... maaf, juz pandangan jer ni..

azuan said...

manusia...manusia..

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

Boneka: pe ko maksudkan dengan fitrah ek?


Nabil: ek?


Ries: btol3...layout sebelum ni dah lame gune.so tukar la.kenape yg ni x bes ek?


Azuan: ermmm...

mOhd irWAn said...

kupu -kupu malam..
betarung jiwa raga mencari rezeki..

Boneka tak sakit said...

fitrah la.. ko tgk lah kamus! ko nie pow!!
fitrah nie benda yg semula jadi! kita nak!
mcm makan.. minum! dan kebahagian! ketenagan pemikiran!

Manusia memang perlukan agama! kalau tak hidup memang rasa gelap dan tak bermakna!

tu bab 1 subjek agama tingkatan 1!
SEKIAN..

wei aku setuju kata mamat2 yg komen pasal layout ko! yg lama lagi unik! nie mcm gelap masa depan je hehehe...

[ o k e d ] said...

pelacur..sekurangnye die cuba mngamalkan ilmu yg die ade..mungkin die tak tau mngenai brsetubuh tu..

tbe2 gua pandang pelacur ni sbg seorang yg baik..nth laa..fitrah manusia kan..

mungkin jugak die tak mnrima pndidikan yg smpurna..latarblakang yg jauh beza dr kite..hny tahu rukun islam dan rukun iman..tapi tak tau how..when..where or with whom they should do the rukun tu kan?

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

mOhd irWAn: persoalannye, halalkah?


Boneka: aku ade kamus BI-BM denga kamus medical je.hehe...ooo aku paham dah...aku dah bosan layout lama.tukar yang ni plak.nanti dah bosan, aku tukar lagi.


oked: sape lah kita nak judge orang kan. kita pon tak tau diri kita cemane nanti.

Sharif John said...

Kesian juga... semoga diberi petunjuk dariNya dan diberi rezeki dgn cara yg halal... amin....

Ries Lee said...

ermmm...
x lawa la layout ni...
maaf lg skali...
pandangan saya jer...

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

John: amin~


Ries: tak lawa ek? sakit mata tak tengok?

Jard The Great said...

ku sokong pendapat boneka.. ehehe

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

Jard: yang pasal fitrah ke pasal layout nih?

abang besi said...

sian diorg...kn...hmm...tp gila punya jahil....huhu....

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

abang besi: zaman jahiliyyah dah kembali.malah lebih teruk.