RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Ketidakpuashatian

Arini aku tak keje. Aku pegi intebiu yang di tunggu-tunggu iaitu intebiu dengan pihak SPA. Surat panggilan intebiu untuk 2 jawatan: Jururawat U41 / Pengajar Jururawat U41. Tempat: Pusat Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Cenderasari, 50520 Kuala Lumpur.

Sebelum kul 8 aku dah ade kat tempat intebiu. Dah ramai gak yang datang. Semuanya lebih kurang 20 orang. Arini intebiu untuk 2 jawatan. Pegawai Penyelidik Q41 dan Jururawat U41/ Pengajar Jururawat U41.

Giliran aku ke 8. Time tunggu, masing-masing bincang pasal ape yang mungkin di tanya. Aku pasang telinga je la. Kebanyakan yang datang intebiu adalah golongan berumur yang dah berkali-kali mohon SPA ni.

Aku sempat gak call membe aku, tanye ape soalan yang ditanya dan hafal ape-ape yang patot. Last minute la..

Tiba giliran aku, penemuduga keluar bilik, nak pegi minum. Time tu dah pukul 11. Aku lepak lagi. Tunggu sampai dorang abis minum. Aku pon lapar gak. Tapi tahan je la.

Yang aku tak puas hati adalah......

1. Aku kene soal pasal 'dressing'. Dia tanye pasal langkah2. Aku rasa aku dah jawab betol, macam yang lecturer aku ajar. Tapi dia kata aku silap. Penggunaan perkataan aku pon tak betol. 'Sterile area' maksudnya kawasan sterile. Tak semestinya kawasan tu kene luas sebesar bilik. Tapi penemuduga tu kata cakap 'sterile set' sudah lah. Dia kata area tu macam satu bilik ke. Lagi satu, 'consent' tu izin kan? Kalau nak buat ape-ape prosedur, kene ade consent. Yang selalunya operation la kene ade consent. Tapi ni aku gune perkataan 'consent' untuk buat prosedur 'dressing'. Aku siap cakap 'verbally consent' lagi. Tapi dia kata perkataan tu terlalu bombastic...Aduh~makne sama gak. Teringat pensyarah aku yang nak jawapan sebijik2 perkataan dalam kepala dia. Takleh lain sikit pon..

2. Penemuduga salahkan aku takde pengalaman. Dia tanye aku keje ape sekarang. Aku cakap la jadi waitress. Dia kata keje aku takde kaitan dengan ape yang aku belajar 4 tahun. Dan sia-sia la aku belajar selama ni. Aku jawab balik, aku kata aku apply ape yang aku belajar kat U time aku keje tu jugak. Nursing not only for nursing job, nursing is holistic and applicable to any circumstances! Tapi aku tetap di tentang, dorang kata tak sama. Ade betol dan ade tak betolnye.

3. Aku kan penah dapat tawaran dari private hospital. Dorang kata aku memilih. Aku jawab la balik sebab-sebab aku tak boleh nak terima tawaran tu. Dan salah satu sebab UTAMA adalah aku terikat dengan JPA ni. Dan lagi sekali aku di salahkan tak merebut peluang dan pengalaman yang di beri.

4. Dorang nasihatkan aku untuk terima je tawaran dari private hospital sementara dapat tawaran keje kerajaan. Cakap memang la senang. Yang kene bayar penalti kalau aku lari kontrak kat private hospital tu sape? AKU gak kan??? Bukan dorang. "Awak keje la private dulu, nanti dah ade pengalaman, baru keje kerajaan"....erk~ lain macam je bunyi. Aku terpikir, aku freshie, kalau aku buat silap time kat private hospital, semua aku kene tanggung. kalau kat hospital kerajaan, kerajaan kene tanggung. Sebab itukah dia cakap camtu?


Itu kisah aku tak puas hati dengan dorang. Tapi aku pon ade silap gak. Aku ni fail bab isu-isu semasa. Bile dia tanye, aku pon blur la. Jawab sepatah-sepatah je.

Dia tanye hobi aku. Aku jawab melayari internet, baca blog, chatting. Pastu dia tanye aku masuk blog Rosmah ke? aku cakap tak minat politik. Aku suka blog personal. Baca life story orang. Dia cakap pasal bahaya chatting. Aku cakap aku tau dan aku tak bodoh untuk transfer duit bagi orang yang tidak dikenali. Dia tanye aku Facebook, aku cakap aku tak berminat.


Teruk gak kene hentam arini. Intebiu yang paling teruk. Intebiu private senang je.

Kawan aku pon kene hentam semalam. Penemuduga tu siap cakap suruh apply lagi tahun depan je. Cari pengalaman dulu. Kalau ko dah tak bagi keje, macam mane nak ade pengalaman. Kang aku kata bangang kang..marah plak. Tapi memang bangang pon.

Tapi kan...aku pikir satu je. Kalau dorang tanak amik aku, dorang la rugi. Dah tanggung aku belajar 4 tahun, pastu tanak gunakan khidmat aku...kan? kan? kan?

hahahahahahahahahahahahaha~

naDDy: intebiu punye pasal, aku berlapar. kul 3 petang baru aku makan dengan lahapnye di mcD.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

20 CoMMeNT:

pakcik kordi said...

yeah!ist komenntor!sengal la org tu!hahaha....rugi tk amik nadd!rugi beb!rugi!pakcik kordi rasa dia tgh period kot!uiks!!!

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

pakcik kordi: sorang lelaki, kompom tak period. yang sorang lagi pompuan, tu tak pasti.hehe

Boneka tak sakit said...

hahah ko tau apa aku pk! mula nak komen nie!
lama tak nampak pic patung ko tu haha.!!

owh dasyat juga ko!
ko lawan eh.. ala... ko sabar jelah! rupa yer pengalaman penting gila la kan! tapi nak cari kerja semua nak pengalaman lak!

ko kata swasta tak teruk camnie kena hentam kan??

tapi yg nie ko tau apa yg penting dia kondam2 ko kurang pengalaman. okay lah tu.. ambik yg jernih buang yg keruh.. atau terbalik kan.. buang yg keruh ambik yg jernih sama je cuma proses dia logic sikit..

apa aku merepek2 nie eh! alamakan huhuhu..

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

Boneka: aku tak suke buang2 ni, membazir...tapi kan bile pikir balik, mungkin dia saje nak tengok tahap kesabaran aku kot..

♥ayudeadwish♥ said...

alaaaa~~ cian
aku dulu dapat panggilan interview spa jawatan juruteknik pun aku tak gi
malasla.. sbb :
-leceh
-ssh nak dapat
-law dapat pon ti dia akan kontrak pastu law dia nak dia amik tak nak dia maen buang ikut sesuka ati
-takpon dia akan sambung2 kontrak sampai dia musan
-biasanyer org yg ade kabel2 dalam je dapat..law takde tu mmg tipis r harapan..

tu yg aku menci tu

Sharif John said...

Betul tu... apa la... by the way.... i like nurse

Ries Lee said...

yela...
aku pun bengang la...
mcm nak dpt experience...
asal nak mintak keje tanya experience...

aku suka nurse lah..

cybernetic88 said...

haha. ko htnm je laki tu. bnyk tnya pulak an. hehe

fara_nieza said...

hye umi...aku pn dah g in terview SPA on 28th..aku xde kna truk sgt, aku kene due2 laki..sian ko..nway, insya allah ade la rezeki ko dmana2 nnti..gud luck

sharamli said...

kecut dgr bab hentam2 ni..hu3

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

ayu: nak kabel je.bagi kete kebal kang, baru tau.


John: ye ke? selalu orang tak suke nurse. nurse garang, kan?


Ries Lee: suke nurse jugak? masuk spital la.


cybernetic: nanti kalau terserempak tengah jalan, aku hentam eh.


fara: kira ok la ko tak kene hentam.


sharamli: itu baru sikit. jangan hentam exam dah.hehe

Nabil Fizri said...

hentam saja

Firol said...

adakah penemuduga itu seekor haiwan..

bagi je...diorang mungkin dah ada list yg ditetapkan kabel..

berdasarkan penglmn aku la

paiseh said...

rilek laa woi.. saiko je tu.. nk tengok lu hati kering ke tak. kalu mcmtu dah tak tahan, macamana nak keja.. pikir aa~

pakcik kordi said...

nt pkcik kordi santet diorg.amcm nadd?

aloy_paradoks said...

erm betul betul, padan muka dia orang..

Husna Z.A., 2009 said...

biasalah penemuduga tu stat kje kejaan time dia abeh SPM, manekan same kite yg degree, dorang kan lagi terer.. sampai term english pun nak pertikai..(geram tol..stetmen aku ni leh kene saman huhu)

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

Nabil: hentam suda...


Firol: seorang haiwan kot.


paiseh: tu la. bile pk, aku rase camtu gak.


pakcik kordi: takyah ar pakcik. sian dorang.


aloy: kan...


Husna: dorang terer sangat.sebab tula kan..hehee

StingRay said...

haih....makan mekdi lagi. =p


nak.

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

dah jadi hasil dah, nak ke?