selalunya kalau seseorang tu terer dalam sesuatu hal atau bidang, dia akan di panggil pakar.
pakar yang berpangkat pon ada.
tapi bila yang dah pakar ni berperangai atau berfikiran macam bukan pakar, nak panggil apa?
errrmmmmm.....pening ah nak pikir!!!
naDDy: otak mu dimanakah? di lututkah atau di kepalakah?
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Pakar
Read User's comments(3)
Cacat atau maut ???
Entri kat blog ni banyak pasal keje aku kat wad. Sebab kebanyakan masa aku di habiskan di wad dan di wad jugak aku belajar banyak benda tentang hidup, aku belajar banyak benda tentang sikap manusia.
Kali ni aku nak kongsi satu kisah yang bagi aku agak sedih. Walaupun bukan melibatkan ahli keluarga aku, aku rasa sangat sedih dan bersimpati kepada pesakit dan keluarga pesakit.
Pesakit adalah seorang yang berumur 13 tahun, bagi aku dia masih kanak-kanak yang tidak memahami erti kehidupan lagi.Adik ni telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan salur darah di kaki kirinya terputus. Pelbagai usaha telah di lakukan bagi menyambung semula salur darah yang terputus tapi gagal. Pada mulanya, dia hanya berasa kebas dan sejuk pada hujung-hujung jari kaki kirinya. Tapi semakin hari, keadaan kaki adik semakin teruk atau dalam erti kata lainnya 'MATI'. Apa yang di maksudkan mati adalah apabila salur darah terputus, tiada darah mengalir, maka tiada oksigen untuk sel-sel dan tisu-tisu bagi kaki pesakit untuk terus melakukan aktiviti normalnya.
Doktor telah mencadangkan supaya satu pembedahan di lakukan pada kaki pesakit tersebut. Pembedahan itu akan menyebabkan adik itu kehilangan kaki kirinya dari paras bawah lutut ke hujung kaki. Pembedahan ini amat perlu untuk di lakukan kerana jika kaki yang telah 'MATI' ini tidak di buang, kuman yang ada pada kaki yang 'MATI' ini akan tersebar ke seluruh badan adik ni dan jangkitan kuman pada seluruh badan termasuk otak mungkin akan berlaku. Atau dalam erti kata lain, maut menanti adik ni. Bayangkan bangkai kucing yang telah mati walaupun beberapa jam....berulat kan? Macam tu jugaklah yang jadi kat kaki adik ni.
Setelah berkali-kali doktor menerangkan kepada ibubapa adik ni tentang keadaan anaknya dan betapa pentingnya pembedahan di lakukan, ibubapa adik ni tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan anak mereka di potong kaki. Ustaz yang selaku kaunselor bagi pesakit di hospital juga telah di panggil bagi memberi nasihat kepada ibubapa adik ni. Ustaz telah memberi kata dua kepada ibubapa adik tersebut,
"Makcik sanggup terima kecacatan anak makcik atau makcik sanggup kehilangan nyawa anak makcik?"
"Makcik sanggup terima apa-apa saja yang akan berlaku pada anak makcik tapi makcik taknak buat pembedahan"
Aku sedih, sangat sedih...Sedih mengenangkan apa yang bakal berlaku pada adik ni. Memang dia bukan ahli keluarga aku, takde apa-apa hubungan pon dengan aku. Tapi aku dah anggap setiap pesakit adalah ahli keluarga aku dan jika sesuatu yang buruk menimpa mereka, aku amat sedih. Bertambah sedih sekiranya mereka menolak rawatan yang insyaALLAH dapat menyelamatkan nyawa mereka.
Aku juga sedih kerana aku tahu adik ni bakal terseksa akibat jangkitan kuman. Dan satu hari nanti, sekiranya dia ingin di rawat bagi mengatasi jangkitan kuman yang di alami, semua sudah terlambat. Aku sentiasa berdoa agar ibubapa adik ni di beri petunjuk oleh ALLAH s.w.t untuk membuat keputusan yang betul. Aku belum ada anak dan aku mungkin tak paham perasaan ibubapa, tapi sanggup mereka kehilangan nyawa anak mereka demi kecacatan yang bakal di tanggung...YA ALLAH~
Sayang...amat sayang...Umur adik ni masih muda. Sekiranya ibubapa dia bersetuju untuk membuat pembedahan, insyaALLAH dia akan selamat, cuma hidup dalam kecacatan. Dan aku yakin kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup.
Ketika aku taip entri ni, aku sedih dan hampir mengalirkan airmata. Aku rasa macam tak dapat nak membantu adik ni, rasa macam tak berfungsi sebagai seorang nurse dengan sebaik-baiknya. Aku nak sangat bercakap dengan ibubapa adik ni lagi sekali, cuba nak pujuk dorang untuk kali terakhir. Hati aku tak lega selagi tak dapat terangkan dengan keluarga adik ni. Kadang-kadang pesakit dan keluarga pesakit tak paham penyakit yang di hidapi dan aku rasa berbesar hati untuk membuatkan mereka paham. Cuma aku takut tindakan ini menyalahi etika kerja. Kadang-kadang aku pelik jugak dengan etika-etika ni. Terlalu memikirkan profesionaliti tanpa menghiraukan humaniti.
naDDy: bersyukurlah kita masih ada tubuh badan yang sihat dan sempurna jika di bandingkan dengan orang lain~
Sayang sebab ape?
Sejak akhir-akhir ni, aku selalu tertanya-tanya...perlu sebab ke untuk kita sayang seseorang?
Dulu aku dengan coursemate aku penah bincang pasal hal ni. Sebab boyfren coursemate aku selalu tanye coursemate aku kenapa sayang dia.
Aku cakap dengan coursemate aku, kadang-kadang sayang tu datang dari rasa kesian atau rasa simpati. Tapi sayang tu jugak akan datang dengan tiba-tiba.
Sekarang aku plak dalam dilema. Tertanya-tanya kenapa aku sayang seseorang. Kalau family tu lain lah. Hari-hari kita dengan dorang, susah payah pon dengan dorang. Memang la kena sayang.
Tapi ni sayang seseorang yang kita baru kenal. Baru tak baru sangat la. Lame pon tak lame sangat.
Dari rindu ke sayang, dari sayang ke cinta.
Sekarang ni aku tengah konfius samada aku sayang dia atau rasa sunyi aku yang menyebabkan aku perlu dia untuk berbual setiap hari dan sms setiap hari. Dia tak macam yang aku harapkan dan aku tak tau ape yang serasi antara kitorang. Tapi aku masih rasa rindu dan sayang kat dia.
Aku pon tak tau samada sayang aku ikhlas atau terpaksa. Dah banyak kali aku nak cakap dengan dia tentang hal ni tapi aku takut aku akan mengecewakan dia. Aku memang seorang yang memerlukan kepastian dalam setiap yang aku lakukan.
Perlukah aku bincang dengan dia?
Perlukah aku tanye kenapa dia sayang aku?
Kadang-kadang kita takut untuk terlalu sayang pada seseorang sebab takut kehilangan dia atau sayang kita tidak terbalas seperti yang di harapkan.
naDDy: lame tak update, sekali update entri jiwang...haha~

Cantik salah, tak cantik pon salah
Tak cantik, nak cantik. Bila dah cantik, jadi masalah plak. Cemane tuh?
Aku pernah terpikir, susah tak jadi orang cantik ek? Yela, pegi mane2 mesti ade orang usha. Silap2 boleh kene kacau. Yang lebih teruk lagi, jadi mangsa rogol...Nauzubillah~
Kalau yang tak cantik, nak jadi cantik. Macam-macam produk di gunakan..krim itu, krim ini...nak putihkan muka...nak hilangkan jerawat...nak hilangkan parut...buat pelastik surgeri pon ade...
Orang yang cantik ni selalu konfiden je. Orang yang kurang cantik plak, selalu rendah diri, malu2. Tapi kan cantik tu subjektif. Kalau pon kita tak yakin pada diri kita, jangan tunjuk kat orang. Biar kita je yang rasa.
Tak di nafikan imej tu penting. Kene jaga personaliti. Tapi jangan sampai melampau dah la. Jangan mengubah sampai apa yang kita buat tu jadi haram dan berdosa.
__________Cantik vs Tak Cantik__________
Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Ajoi untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada... Pengarah tersebut mengarahkan Ajoi menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Ajoi melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.
Ajoi : "Kamu memohon sebagai apa?"
Calon 1 : "Sekretari"
Ajoi : "Kamu merasa cantik ke tak?"
Calon 1 : "lebih kurang macamtu la"
Ajoi : "Permohonan Kamu tidak diterima."
Calon 1 : "Sebabnya?"
Ajoi : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok... "
Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"
Ajoi : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 1 : "kenapa pulak ?"
Ajoi : "Buat sakit mata aje
naDDy: kalau nak dipikirkan masalah ni, sampai bile2 tak sudah~
Gewam !!!
by
Unknown
|
Labels:
perasaan

I am sick of people who don't understand or pretending not to understand
. I'm rejecting your call, not replying to your message because I DON'T WANT TO TALK TO YOU. Don't you get it? In what language do I have to tell you ha?
Do I have to say the **** word, then you will be understand. People chat to find pleasure and if we dont find one, it is better to end the conversations and bye-bye
. I want PLEASURE not MISER (my own word for misery). If the good way doesn't work, only one way out to solve the problem. BLOCKING you up!
No more messaging, no more talk and most importantly no more PRESSURE!

naDDy: bila aku marah, aku lagi suke cakap omputih. kepuasan berganda!!!
Surat masa depan
Aku tengah tunggu surat.
Surat masa depan.
Bukan surat yang datang dari masa depan.
Macam la ada mesin masa kan?
Aku tengah tunggu surat.
Surat yang akan menentukan masa depan.
Surat keputusan exam Lembaga aritu.
Lulus/Gagal.
Aku tengah tunggu surat.
Hujung minggu ni atau awal minggu depan.
Ikut hati tak sabar nak tau keputusan.
Tapi hati berdebar-debar.
Aku tengah tunggu surat.
Surat oh surat~
Kalau Lulus, Alhamdulillah.
Kalau Gagal, parah~

naDDy: abang posmen, ada surat untuk aku tak? 

mane tahan
arini genap 3 minggu
minggu depan masuk 4 minggu
dalam surat tu kata, kalau dah sebulan aku kena tuntut
4 minggu tu sebulan la kan?
aku bukan ape
risau...risau sangat-sangat
hidup tak keruan
bukannya murah, bukannya senang aku dapat 'dia'
baru je 6 bulan, dah jadi camtu.
sekarang 'dia' tercampak tah kemana
bapa banyak tangan dah pegang dia
aku rindu 'dia'
rindu sangat-sangat
kalau aku leh duduk senang hati
, takpe la~
sampai bila?
aku mana tahan

arrrrgggghhhhhh
oh GBS service centre, bila SE w910i aku nak siap?

, takpe la~sampai bila?
aku mana tahan

arrrrgggghhhhhh
oh GBS service centre, bila SE w910i aku nak siap?

naDDy: gambar je la yang ada.ni pon Uncle Google bagi~
Cinta Terlarang 5 (TAMAT)
sambungan dari Cinta Terlarang 4
Benar jangkaan Lina. Perasaan Fendi telah berubah. Ada sesuatu menyelubungi hati dan minda Fendi. Kali ini Lina bertekad untuk mengetahui apa yang terbuku di benak Fendi. Lina memaksa Fendi untuk memberitahu segala-galanya. Menurut Lina, ini soal dua hati dan bukannya mengani Fendi sahaja.
Fendi menjadi serba salah. Di luah mati emak, di telan mati bapak. Akhirnya Fendi akur. Fendi memberitahu Lina bahawa dia tidak dapat menjadi Fendi yang sebelumnya. Perasaannya telah lain. Hatinya takut, ragu-ragu dan rasa kurang terjamin. Ikutkan hati, Fendi memang ingin meneruskan perhubungannya dengan Lina tetapi dia hanya akan menipu dirinya. Fendi memang sayang akan Lina tetapi perhubungan mereka melibatkan pihak lain. Yakni ibubapa Fendi dan ibubapa Lina.
Hanya ibu Lina yang tahu mengetahui persahabatan Lina dan Fendi. Tapi hanya persahabatan dan bukannya percintaan. Manakala bapa Lina dan ibubapa Fendi tidak mengetahui apa-apa. Di awal-awal dahulu, Fendi ada menceritakan tentang masalah ibubapanya kepada Lina. Ibu Fendi pernah memberitahu Fendi bahawa sekiranya ingin mencari calon isteri, carilah yang senegeri, jangan yang jauh-jauh. Kadang-kala Fendi berasa di anak tirikan oleh ibubapanya sendiri. Ini kerana Fendi di besarkan oleh atuknya. Jadi Fendi khuatir sekiranya ibubapanya tidak boleh menerima Lina dan Lina akan merasai apa yang Fendi telah lalui.
Ibu Lina pula bersikap acuh tak acuh. Kadang-kala apabila Fendi berbual dengan ibu Lina, Fendi rasa begitu mesra dan mungkin ibu Lina boleh menerima Fendi. Tetapi kadang-kala, Fendi di perli oleh ibu Lina. Bukan saja Fendi tapi Lina juga bingung dengan sikap ibunya itu. Di sebabkan inilah Fendi merasakan bahawa perhubungan mereka tidak akan kemana.
Perasaan Fendi juga telah berubah. Fendi terlalu banyak berfikir mengenai perhubungan mereka dan keputusan ini yang dapat di fikirkannya. Fendi seorang yang mementingkan jaminan, seperti Lina. Tetapi kali ini, Lina sanggup mempertaruhkan perasaannya kerana dia telah terlalu sayang akan Fendi. Namun, Fendi sudah tidak dapat jadi seperti dahulu. Perasaannya benar-benar berubah. Menurut Fendi, biarlah mereka menangis sekarang daripada menangis di kemudian hari. Kerana tangisan nanti lebih parah.
Dalam kesedihan, Lina terpaksa menerima keputusan Fendi. Lina dan Fendi berpisah demi kebaikan bersama. Mereka memutuskan untuk terus bersahabat kerana sememangnya mereka bermula sebagai sahabat. Kisah cinta mereka bukan saja Cinta Terlarang daripada ibubapa tetapi juga daripada mereka. Mereka melarang diri mereka untuk terus mencintai antara satu sama lain. Sebagai tanda kasih sayang Fendi pada Lina, Fendi mendedikasikan lagu di bawah ni:

naDDy: abis suda~
aduyai ~
by
Unknown
|
Labels:
perasaan
aku rasa macam nak ubah template blog ni.
dah bosan.
aku memang cepat bosan.
suka tukar-tukar.
tapi tak jumpa template yang sesuai lagi.
background gelap memang cantik.
tapi asik guna background gelap je.
blog dulu gelap, blog ni gelap. gelap masa depan~

Cinta Terlarang 4
sambungan dari Cinta Terlarang 3
Hari rabu Lina dan Fendi membuat janji untuk bertemu. Fendi hanya boleh bertemu Lina sehingga pukul 11 kerana selepas itu Fendi perlu pergi ke Shah Alam untuk bertemu rakannya. Setelah berkira-kira Lina berjanji untuk bertemu Fendi pada jam 10. Itu sahaja kesempatan masa yang ada untuk mereka bertemu.
Kali ini Lina tidak memberitahu ibunya bahawa dia ingin bertemu Fendi. Lina yang sememangnya tahu bahawa ibunya tidak membenarkan Lina keluar berseorangan untuk bertemu Fendi telah mengajak ibunya untuk keluar bersama dengan alasan membeli-belah. Ibu Lina bersetuju dan memberitahu Lina bahawa mereka akan keluar pukul 10 lebih kerana pusat membeli-belah hanya akan di buka selepas pukul 10.
Lina menjadi resah kerana dia telah berjanji dengan Fendi untuk bertemu pada pukul 10. Sekiranya Lina dan ibunya keluar dari rumah pada pukul 10, pukul berapa pula Lina akan sampai ke tempat yang di janjikan dan kemungkinan dia tidak dapat bertemu Fendi. Segala perkembangan yang terjadi, pasti Lina akan memberitahu Fendi dan setelah Fendi mengetahui hal ini, Fendi mencadangkan agar Lina memujuk ibunya supaya keluar awal. Pujukan Lina menjadi.
Keesokan harinya, Lina bangun awal seperti biasa. Selepas solat subuh, Lina menggosok pakaian yang akan di pakai untuk bertemu Fendi. Hatinya sudah tidak sabar. Semasa menggosok pakaian, ibu Lina bersuara, "hari macam nak hujan, tak shopping la maknanya. kalau nak shopping pon, keluar lambat-lambat sikit" . Lina mendiamkan diri. Hatinya luruh bak dedaun di musim luruh. Moodnya untuk bertemu Fendi telah pudar.
Lina meng'sms' Fendi yang telah tiba di KL Sentral. Lina memberitahu bahawa temujanji mereka mungkin tidak dapat di penuhi. Fendi hanya membalas "takpela, takyah la" . Lina tahu Fendi kecewa dan sedih tentang apa yang berlaku. Tapi dia terpaksa terima. Perbualan mereka di teruskan dengan ber'sms'.
"Secara tak jujurnya memang Fendi tak sedih sebab tak dapat jumpa Lina. Fendi memang nak jumpa Lina sangat-sangat. Dah rindu sangat-sangat ni"
"Lina tau. Walaupun Fendi cakap Fendi faham dan tidak kisah dengan keadaan kita ni tapi Lina tau sebenarnya sedih, kecewa dan marah."
"Fendi rasa perhubungan kita tak sampai ke mana. Kita mungkin boleh jadi kawan baik atau abang dan adik"
"Kalau jadi kawan baik takpe. Kalau jadi abang dan adik, takpelah. Lina dah banyak abang, Fendi pon dah ramai adik."
"Betul gak tu."
"So, Fendi nak teruskan hubungan kita atau Fendi perlukan masa untuk berfikir? Apepon keputusan yang Fendi ambil, Lina terima. Lebih baik kita menangis sekarang dari menangis kemudian. Nanti lagi parah, susah."
"Fendi rasa kita setakat ni je la. Terima kasih kerana membenarkan Fendi mencintai seseorang. Sayang Fendi pada Lina takkan pernah padam."
"Thanks for everything Fendi."
"ok"
............................. Lina tidak membalas sms dan mendiamkan diri. Hatinya sedih.
"Takkan nak diam je?"
"Dah tak tahu nak cakap apa, diam je la. Kalau cakap nanti, lagi sedih".
kring...kring...kring....Fendi menghubungi Lina
"Helo. ok ke tak ni?"
"Ok. tanak cakap la. Nanti nangis"
"Lina jangan camni. Susah gak Fendi nak buat keputusan ni."
................. Lina diam.
"Ok la. kita teruskan je."
"Fendi pasti ke? Lina tak nak Fendi rasa terpaksa dan terseksa. Lina nangis ni, biasa la. Perempuan memang suka nangis."
"Iye kita teruskan. Ok la Lina, Fendi nak kena bertolak ke Shah Alam plak ni. Nanti kita sambung.
"Ok. take care. Lina sayang Fendi. Bye."
"Fendi sayang Lina jugak. Bye. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam"
Petang itu mereka ber'sms' lagi. Tapi kali ini Lina berasa lain. Fendi yang sebelum ini berlainan dengan Fendi yang sedang bermesej dengannya. Tapi Lina tidak berani menanyakan apa-apa kerana luka pagi tadi masih belum terubat. Lina tertanya-tanya tapi pertanyaannya hanya terbuku di kalbu.
bersambung...
naDDy: nantikan episod terakhir. malas dah tulis panjang-panjang.hehe

Cinta Terlarang 3
sambungan dari Cinta Terlarang 2
Hari demi hari berlalu. Lina dan Fendi berkongsi cerita, berkongsi masalah dan berkongsi pendapat. Masa di rasakan begitu lama, padahal mereka baru saja bermadu kasih selama 2 minggu. Biasalah adat bercinta, sehari di rasakan setahun.
Minggu hadapan Fendi akan turun ke Kuala Lumpur bagi menghadiri kursus yang di anjurkan oleh tempat kerjanya. Kesempatan ini mahu Fendi gunakan bagi bertemu kekasih hatinya Lina. Lina juga turut teruja mahu berjumpa Fendi sejak pertemuan pertama mereka 2 bulan yang lalu. Tetapi kali ini, Fendi dan Lina berharap mereka hanya akan berdating berdua tanpa di temani sesiapa.
Lina berasa bimbang dan takut hajat mereka untuk bertemu atau lebih tepat lagi, berdating tidak kesampaian. Ini kerana, walaupun keluarga Lina bersikap terbuka tetapi dalam pergaulan antara lelaki dan wanita, mereka sedikit mengongkong. Lina berasa tertekan setiap kali hal ini timbul. Tidak terkecuali semasa Lina berpasangan dengan lelaki lain.
Lina memberitahu Fendi supaya tidak terlalu berharap untuk berjumpa kerana alasan tersebut. Fendi sememangnya faham dengan keadaan Lina setelah beberapa kali berbual sendiri dengan ibu Lina di telefon. Selalu juga Fendi di perli oleh ibu Lina semasa berbual di telefon, namun Fendi tetap sabar demi sayangnya pada Lina.
Janji di buat. Ahad ini Fendi dan Lina akan bertemu buat kali kedua. Fendi telah meminta kebenaran sendiri daripada ibu Lina untuk keluar bersama Lina. Ibu Lina mensyaratkan supaya Fendi datang menjemput Lina di rumah dan menghantarnya pulang. Walaupun Fendi tidak berkenderaan, dia tidak kisah untuk menuruti syarat ibu Lina tersebut. Hati Lina dan Fendi telah berbunga-bunga untuk bertemu.
Namun, pada malam sebelum mereka sepatutnya bertemu, Fendi memberitahu Lina bahawa dia mempunyai sedikit kesulitan untuk bertemu. Fendi terpaksa berkejar ke tempat lain pada waktu petang dan mereka hanya mempunyai kesempatan masa yang sedikit untuk berjumpa. Dan Fendi tidak mempunyai kesempatan masa untuk menjemput Lina di rumahnya. Fendi mencadangkan supaya Lina keluar sendirian untuk ke tempat yang mereka berjanji untuk bertemu.
Sebagai anak yang taat, Lina tetap meminta kebenaran kepada ibunya. Namun ibunya tetap berkeras tidak mahu membenarkan Lina berjumpa Fendi sekiranya Fendi tidak datang ke rumah terlebih dahulu. Fendi bukan tidak mahu datang ke rumah Lina tapi sekiranya Fendi datang, sudah pasti Fendi dan ibu Lina berbual panjang dan tidak berkesempatan untuk Fendi dan Lina keluar dating. Jadi, temujanji mereka terpaksa di batalkan.
Hari ahad berlalu dengan begitu sahaja tanpa mereka berdua bertemu. Isnin dan selasa Fendi sibuk dengan kursus, jadi mereka memang tidak berpeluang bertemu. Lina yang pada mulanya menyangka Fendi akan pulang ke Kuantan pada malam Selasa itu kembali gembira dan menaruh harapan. Fendi akan pulang ke Kuantan pada malam Rabu. Jadi mereka sekali lagi membuat janji untuk bertemu.
bersambung...
naDDy: dah macam novel la pulak!

Cinta Terlarang 2
sambungan dari Cinta Terlarang 1
Akhirnya, temujanji di rancang setelah ibu Lina memberi kebenaran. Temujanji pertama gagal kerana hari hujan dan menyukarkan untuk Lina dan Fendi bertemu. Temujanji kedua di rancang untuk keesokan harinya. Fendi bertemu Lina tetapi di temani ibu Lina. Mereka bertiga ber'dating' di Restoran Haslam berdekatan dengan rumah Lina.
Pada mulanya ibu Lina hanya ingin membeli barang di pasaraya berdekatan dan pulang setelah bertemu Fendi. Tapi, ibu Lina mengambil keputusan untuk berdating bersama-sama. Sepanjang dating tersebut, ibu Lina lebih banyak bersembang dengan Fendi berbanding Lina. Lina hanya tersenyum dan mengiyakan perbualan mereka. Sambil tersenyum, hati Lina berkata, "ni sape yang dating ni, aku ke mak? baik aku balik je.huhu"
Fendi di soal siasat dengan berbagai-bagai soalan oleh ibu Lina "asal mana? kerja apa? tinggal di mana? dah lama ke kenal Lina?" Fendi menjawab dengan tenang dan selamba. Bercerita tentang tempat tinggal, Fendi menanyakan tentang rumah sewa kepada ibu Lina kerana teman serumahnya mengalami masalah keserasian antara satu sama lain.
Selesai makan, ibu Lina menunjukkan rumah sewa yang kosong kepada Fendi (amaran keras: ibu Lina bukan agen rumah sewa! ). Kemudian mereka bertiga pulang ke rumah masing-masing.
Keinginan Fendi untuk bertemu Lina dengan kadar segera adalah kerana Fendi akan di tukarkan ke Kuantan. Jadi sebelum berpindah lebih jauh, Fendi meng'grab' peluang yang ada.
Sebulan berlalu, Lina tidak mendengar khabar berita dari Fendi. Mungkin Fendi sibuk di tempat baru atau Fendi sudah tidak mahu berhubung dengan Lina.
Lina bukan seorang yang memulakan perbualan, samada di dalam ruang chatting ataupon ber'sms'. Tapi hari itu, Lina terlihat nama Fendi online di Skype. Lina mengambil keputusan untuk menegur dan bertanya khabar kepada Fendi. Borak punya borak, Lina memberitahu Fendi bahawa dirinya telah singlet...eh single...Fendi terkejut dengan nada gembira.
Sejak aritu, Fendi kerap ber'chatting' dengan Lina di Skype. Apabila laptop Fendi mengalami masalah, mereka berhubung melalui telefon. Pantang ada peluang, Fendi pasti menghubungi Lina. Pada waktu malam, mereka berbual hampir sejam.
Apabila Fendi telah mempunyai keberanian untuk menyatakan perasaannya yang sebenar, dia memberitahu Lina bahawa dia telah jatuh cinta kepada Lina dan sayang akan Lina. Lina yang sememangnya telah tahu hasrat hati Fendi, berpura-pura tidak tahu.
"Sejak bila suka Lina?"
"Sejak mata bertemu mata."
"Tapi kenapa Lina? Kenapa sayang Lina?"
"Kena jawab ke soalan tu?"
"Takde lah..Lina nak tahu je.."
"Entah..perasaan tu datang tiba-tiba."
"Ingatkan aritu diam, takmo kawan dah"
"Hehe..." Fendi ketawa kecil
bersambung...
naDDy: suka-suki aku je nak tulis ape...

aku terjumpa
Bangun pagi
, buang selimut tebal
, mandi ala-ala P. Ramlee
, sembahyang subuh (takde emoticon), mengaji
Al Quran, hati rasa tenang
dan
mengantuk balik. Niat hati nak tidor tapi perut lapar
, buat air milo dan rebus telur separuh masak
(ala-ala rebus gitu). On laptop, cek email, blogwalking
, aku terjumpa sesuatu
.

.Doa pagi...
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn..
ingat aku jumpa ape ha? doa tu nak baca bila-bila pon boleh, tak semestinya pagi.
naDDy: aku yang takde keje, memain emoticon tapi syok gak~
Cinta Terlarang 1
Amir, Lina dan Fendi adalah 3 sahabat yang berkenalan melalui laman chatting Skype. Pada awal perkenalan, Lina hanya berkawan dengan Amir dan apabila Fendi memerlukan pertolongan dalam membuat blog, Amir memperkenalkannya dengan Lina. Fendi merupakan teman sekuliah Amir. Lina yang agak mahir dalam membuat blog dan hal-hal berkaitan komputer tanpa segan-silu menghulurkan bantuan kepada Fendi.
Akhirnya, blog berjaya di buat dan banyak ilmu yang mereka kongsi. Persahabatan mereka semakin akrab. Hampir setiap hari berbual di Skype. Berkongsi cerita, bergurau senda dan bertukar-tukar pendapat. Kalau bukan dengan Amir, Lina pasti berchatting dengan Fendi.
Lina merupakan pelajar tahun 3 di sebuah IPTA di pantai timur manakala Amir dan Fendi merupakan pelajar tahun 4 di sebuah IPTA di utara tanahair. Perkenalan mereka bermula semasa Lina di tahun 2 dan Amir di tahun 3. Pada masa itu, Lina baru berjinak-jinak dengan dunia blog. Di sebabkan Lina rajin meng'explore', maka Lina dapat belajar pelbagai perkara dengan cepat dan tangkas. Pengalaman dan ilmu yang di perolehi itulah digunakan untuk mengajar Fendi dan berkongsi dengan orang lain.
Akhirnya, tiba masa untuk Amir dan Fendi menamatkan pengajian mereka. Jadi Lina, Amir dan Fendi sudah tidak dapat berhubung antara satu sama lain melalui Skype. Mereka mengambil keputusan untuk bertukar-tukar no. telefon.
Walaupun mereka jarang berhubung melalui telefon, tetapi persahabatan mereka tidak terputus. Sms bagi bertanya khabar pasti di hantar sekali-sekala.
Setelah 2 tahun berkawan, pada 9 Januari 2009, Lina menerima panggilan daripada Fendi. Lina agak terkejut kerana Fendi tidak pernah menghubungi Lina. Rupa-rupanya, hari tersebut adalah harijadi Fendi, jadi dia dapat membuat panggilan percuma ke semua no. maxis. Agak lama Fendi dan Lina berbual, maklumlah free...Fendi memberitahu yang dia kini bekerja di kawasan berdekatan dengan tempat tinggal Lina. Fendi mengajak Lina untuk keluar bersama-sama sekiranya Lina pulang ke rumahnya. Lina kata "orait je".
Hari ini hari jadi Lina dan sebagai pengguna maxis, Lina juga dapat membuat panggilan percuma ke semua no. maxis. Amir dan Fendi tidak terkecuali dari menerima panggilan dari Lina. Lina menghubungi Fendi terlebih dahulu. Bertanya khabar Fendi, bertanya khabar Amir dan memberitahu Fendi bahawa Lina sudah berada di rumah dan telah tamat pengajian.
Menurut Fendi, Amir kemalangan dan terpaksa bercuti dari pekerjaan yang di lakukan. Di sebabkan Fendi mempunyai urusan untuk di selesaikan, Lina memutuskan panggilan dan mengambil keputusan untuk menghubungi Amir. Walaupun Lina berkenalan dengan Amir terlebih dahulu tapi Lina sudah lama tidak mendengar khabar berita dari Amir. Lina ada meng'sms' Amir tapi Amir tidak membalas. Jadi Lina bertindak mendiamkan diri. Memang betul kata Fendi, Amir kemalangan dan agak teruk. Kaki Amir patah dan perlu di masukkan besi. Amir masih tidak boleh berjalan dan kebosanan duduk di rumah. Setelah hampir sejam berbual di telefon, Lina menamatkan panggilannya dengan Amir.
Lina kembali menghubungi Fendi. Borak punya borak, akhirnya Fendi terlepas cakap. Walaupun secara tersirat, rupa-rupanya Fendi memendam perasaan terhadap Lina. Tetapi, di sebabkan pada masa itu Lina sudah mempunyai kekasih hati, Fendi terpaksa mendiamkan diri. Namun begitu, hasrat Fendi untuk bertemu Lina masih di teruskan. Selama 2 tahun berkawan, Amir, Lina dan Fendi tidak pernah bertemu. Lina hanya pernah melihat gambar Fendi di Friendster. Fendi mengajak Lina untuk keluar bersama dan sebagai anak bongsu, Lina terpaksa meminta kebenaran ibu bapanya sebelum keluar bersama siapa-siapa pon.
bersambung.....
naDDy: percubaan menulis cerpen~

semalam aku happy sebab nak tunggu arini tiba.
tapi bila arini tiba, aku sedih.
lepas beberapa sms, call dan perbincangan, aku gembira kembali...
tapi mungkin tak segembira sebelum ni.
mudahnya perasaan berubah. dalam beberapa kelipan mata je. sebab kelip sekali, pasti berkelip lagi.so beberapa la...huhu...

naDDy: jiwa kacau~
Subscribe to:
Posts (Atom)