RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Exercise terlampau

Tengok dulu, komen kemudian







macam nak tercabut tangan budak tu aku tengok. kalau la tercampak, menangis tak sudah la gamaknye~

aku amik kat OhTidak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedah here I come episode 1

Tarikh: 11 Januari 2010
Masa : Lebih kurang pukul 3 petang


Aku: Hello

Dia 1: Hello ****

Aku: Saya nak tanya tentang penangguhan lapor diri bagi jawatan Nurse U41.

Dia 1: Sekejap ye.

Aku: ok.

Dia 2: Hello...

Aku: Hello..Saya nak tanya tentang pengguhan lapor diri bagi jawatan Nurse U41

Dia 2: Awak ni sape ni? Call orang tak reti nak memperkenalkan diri?

Aku: Oh.. saya Umi Nadrah. Awak ni siapa?

Dia 2: Macam ni ke awak call orang. Tak memperkenalkan diri, tiba-tiba tanya

Aku: Maafkan saya. Saya Umi Nadrah. Puan ni siapa?

Dia 2: Sepatutnya awak call, perkenalkan diri dulu. Awak nak cakap dengan siapa sebenarnye ni?

Aku: Saya pon tak tahu saya bercakap dengan siapa. Tadi saya bercakap dengan orang lain dan kemudian talian saya di sambung ke puan. Saya nak tanye tentang penangguhan lapor diri bagi jawatan nurse U41.

Dia 2: Macam ni ke awak nak jadi nurse? Berkomunikasi macam ni? Cara awak cakap ni biadap dan seolah-olah macam awak tak berminat nak bertugas di tempat yang awak mohon.

Aku: Bukan macam tu puan. Saya nak mohon penangguhan sebab sekarang saya sedang bekerja dan notis berhenti kerja saya sebulan. Jadi saya nak tangguh sehingga bulan depan. Jadi bulan Februari saya boleh la lapor diri.

Dia 2: Kalau hal penangguhan ni selalunya di uruskan oleh pihak ***. Kami tak tahu berkenaan penangguhan ni. Siapa yang bagi surat kat awak? Jadi awak kene ikut surat tu la.

Aku: Surat dari *** dan mengikut surat saya di kehendaki lapor diri dalam tempoh 15 hari dari 4 Januari 2010. Saya ingin mohon penangguhan dan mereka kata boleh. Jadi ni yang saya call pihak **** untuk mendapatkan kepastian. Dan saya telah pon menghantar surat penangguhan lapor diri kepada pihak *** dan pihak ****.

Dia 2: Sepatutnya awak kena datang lapor diri dahulu. Kemudian baru bincang pasal hal penangguhan ni. Dan saya rasa kita tak sepatutnya berbincang dalam telefon. Awak sepatutnya turun ke sini berbincang pasal hal penangguhan. Dalam telefon tak sesuai untuk berbincang.

Aku: Bukan ape puan, saya jauh dan saya juga bekerja. Sebab itu saya call dan tanya macam mane prosedur yang sebetulnya.

Dia 2: Cara awak cakap ni mengeruhkan lagi keadaan. Memang awak tak berminat nak bekerja disini dan seolah-olah menyindir saya.

Aku: Puan, puan jangan salah sangka. Saya bukan nak menyindir puan apatah lagi nak bersikap kurang ajar.

Dia 2: Yela. Awak cakap awak bekerja la, jauh la. Biadap cara awak ni. Macam ni ke seorang nurse berkomunikasi. Dari mane awak belajar?

Aku: ........ (aku diam...ah sudah, dia dah pikir kot lain plak dah)

Dia 2: Saya tak tahu la macam mane awak ni. Kat mana awak belajar?

Aku: USM...

Dia 2: Oh USM..takpe-takpe, nanti saya call USM tanya macam ni ke mereka ajar awak. Saya tak tahu la. Nanti kalau awak datang berkhidmat kat sini, macam-macam kes awak timbulkan dengan sikap awak yang macam ni.

Aku: ........( diam dan terus diam)

Dia 2: Jadi awak nak datang untuk lapor diri tak?

Aku: Kalau puan dah cakap saya kena lapor diri, jadi saya datang la. Lagi satu puan, saya nak tanya, time lapor diri nanti saya kena pakai uniform ke?

Dia 2: Yela. Time awak mintak kerja tu jawatan beruniform ke tak?


Aku: Beruniform. Tapi puan, saya takde uniform dan bukankah uniform di sediakan?

Dia 2: Memang di sediakan tapi lambat la. Abis kalau takde uniform, awak nak bekerja macam mane? tak payah bekerja?....Ya allah...saya tak tahu la awak ni macam mana. Dengan sikap awak macam ni...entah la.

Aku: Puan, saya mintak maaf banyak-banyak. Saya memang takde niat nak kurang ajar atau sakitkan hati puan. Saya call ni sebab saya memang betul-betul tak tahu dan saya nak bertanya prosedur yang sebenarnye macam mane. Sekiranya saya menyakitkan hati puan, betul-betul saya mintak maaf.

Dia 2: ermmm..yela. Terpulanglah pada awak. Kalau awak nak lapor diri, awak datang la. Kalau tanak, terpulang.

papp....gagang di letak. talian diputuskan.


naDDy: bersambung...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bayi-bayi zaman sekarang

aku tak tau nak cakap ape dah....













last but not least....versi wife phua chu kang



comel kan? hehehehehe


naDDy: korang jangan make-over anak atau anak buah korang plak pasni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mana satu?

Aku nak beli fon baru tapi aku tengah berkira-kira nak beli ke tak.

Fon aku SE w910i tu dah memang tak bole repair. Sekarang ni aku gune fon Moto L6 abang aku yang pon tak berapa nak ok jugak. Tengah call boleh dengar bunyi-bunyi bising. Dah beli betry baru pon tak berapa nak tahan lama. Hari-hari kene cas.

Mula-mula ingat nak beli fon 3g je terus tapi budget ciput. Lagipon bulan ni aku dah nak resign keje Cone Pizza nih. Aku dah dapat greenlight untuk mencapai cita-cita aku untuk jadi cik nurse.hehehe...

Aku nak beli Nokia X3, baru kuar September 2009.


Yang ni specification dia:


Semalam aku survey harga, AP set RM500, Ori set RM580. Tu harga selepas diskaun 10%.

Sekarang ni aku konfius. Nak beli fon baru ke nak simpan duit sementara dapat gaji pertama keje baru nanti?

Lagi satu, berbaloi tak fon ni harga macam yang aku cakap ni? Kalai ikut specifications, memang yang macam aku nak.


naDDy: Tolong bagi cadangan~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS