RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Lembaga

malam ni aku bertolak ke USM Kubang Kerian, Kelantan untuk amik exam Lembaga....lembaga ape? Lembaga Jururawat Malaysia...

**************************

"aik...kata dah abis blaja.exam ape lagi"

"yang tu exam universiti. untuk dapat ijazah. ni exam untuk dapat lesen"

"lesen? lesen ape plak?"

"lesen untuk mempraktikkan ape yang dah blaja. macam doktor...nurse pon kena ada lesen gak."

"oOoOo...kalau tak lulus exam ni cemane?"

"kalau tak lulus ni, leh amik lagi sekali."

"kalau tak lulus lagi?"

"kalau tak lulus lagi...tak leh jadi nurse la. sia-sia la belajar 4 tahun. kena kerja lain la plak"

"oOoOo.. good luck la eh!"

"oKey...mekasih"

**************************

Exam ni serentak seluruh Malaysia... 23 Jun 2009...8 pagi...

kepada kawan-kawan yang seangkatan denganku...SELAMAT MENJAWAB DENGAN BETUL...lulus pon jadi la...

naDDy: semoga selamat segala-galanya!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kerja yang sesuai untuk aku

sebelum baca entri ni sampai abis, klik gambar di bawah....

amacam???

di saat aku menanti tawaran pekerjaan...aku dapat emel...emel yang mengandungi job predictor...taip nama anda, kemudian akan terteralah pekerjaan yang sesuai untuk anda...

bila aku taip nama aku (kat atas tu), tu la pekerjaan yang keluar...hahahaha (tergelak besar aku)

lepas Najib, aku la PRIME MINISTER...susunan abdul rahman pon dah habis...ok la kan..perdana menteri perempuan....hahahahaha (masih tergelak)

nak tau apa pekerjaan yang sesuai untuk anda? download ni .

naDDy: suka hati sangat aku ni...exam lembaga menanti tak hengat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

berita baik ke?

entri ni untuk sesiapa yang memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)...termasuk la aku...berita baik ke buruk ke...lu pikir la sendiri...wa punya kapla suda pening...

[:: Petikan Kosmo arini ::]

naddy: sejauh mana kesahihan berita ni? itu yang kita nak tau...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di duga atau menduga?

Esok InsyaALLAH aku akan menghadiri temuduga pertama. Temuduga bagi jawatan Nurse di Kelana Jaya Medical Centre. Perasaan aku sekarang ni....cuak...blur...malas...bersemangat...

cuak sebab first time interview.

blur sebab tak tau nak prepare apa..apa yang akan di tanya..apa yang kena jawab...

malas nak baca nota-nota lamaku.

bersemangat sebab nak rasa pengalaman pertama di duga dan menduga dalam temuduga.

Ini panggilan kedua temuduga yang aku dapat sejak aku apply kerja secara online. Panggilan temuduga pertama oleh Putra Medical Centre. tapi aku tak pergi sebab jauh...kat Alor Setar, Kedah. Lagipon, takde orang nak temankan aku aritu (alasan je nih).

ni detail interview aku esok...huhu...takooott....

Tempat : Kelana Jaya Medical Centre, Selangor (tingkat 4)
Tarikh : 12 Jun 2009
Masa : 12 tengahari

dalam ke'cuak'an dan ke'blur'an, aku sempat gak melakukan blogwalking (eventhough im sitting). pastu aku terjumpa tips yang berguna untuk aku esok. sesape yang tak pergi interview pon boleh baca..aku tak kesah..aiman lagi tak kesah...

Tingkahlaku & Adab semasa Temuduga

1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Kawal Emosi semasa Temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
2. Jawab dengan jelas dan lantang
3. Kikiskan sifat ego anda
4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
5. Banyakkan senyuman
6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.


naDDy: doakan aku supaya segala-galanya berjalan lancar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan yang memenatkan

Trip yang aku kata 8 jam, bertukar menjadi 14jam. Aku bertolak kul 10 pagi 5 Jun 2009 dan tiba di destinasi kul 2 pagi 6 Jun 2009. Lama kan? Sebabnya...treler bawak kertas recycle terbalik di Kuala Lipis. Menurut pemberita sesat, sebuah kereta dari arah Kuala Lipis ke Gua Musang ingin memotong tapi tak sempat, lalu melanggar bahagian depan treler dari arah bertentangan. Treler yang cuba mengelak, terbalik dan melintang kedua-dua belah jalan. Menurut pemberita lain pula, 2 orang di sahkan meninggal dan seorang cedera (tapi dalam berita takde plak cakap camni). Eksiden tu terjadi pada pukul 4 pagi 5 Jun 2009 tapi kren dan polis datang pukul 4 petang (bodoh kan?) Kitorang tersangkut dalam jammed tu selama kurang lebih 6 jam. Dalam pukul 8 malam, baru la kereta boleh meneruskan perjalanan.


[:: Di bawah matahari yang terik ::]

[:: Kenderaan beratur. Gerak 10 saat, berhenti setengah jam ::]

[:: Dari satu lane, jadi dua lane ::]

[:: Ada yang parking kat tepi jalan dulu. malas main gear & jimat minyak ::]

[:: Ada yang berpicnic ::]

[:: Ada yang sanggup berjalan ke depan sebab nak tengok apa terjadi ::]

[:: Hari makin panas ::]

[:: Kereta pon panas. Parking tepi, matikan enjin, kasi sejuk dulu ::]

[:: Malam pon tiba ::]

[:: Bas transnasional trip 9 pagi, sepatutnya sampai kul 5 petang tapi... ::]

[:: Akhirnya kereta di kedua2 belah boleh menyambung perjalanan ::]

Perjalanan yang sangat lama...bosan...panas...rimas...semua ada. Dah la masa tu stomach ache relapse berlaku. Di tengah hutan. Kedai makan yang ada toilet pon kurang. Tahan punya tahan, akhirnya aku surrender. Aku kena buat sesuatu untuk hilangkan sakit perut tu. Apa aku buat? RAHSIA. Sampai kat satu stesen minyak, aku terdengar perbualan seseorang yang mengalami apa yang aku alami dan melakukan apa yang aku lakukan. hahahaha...

Sampai je rumah untuk kitorang menginap, mandi..sembahnyang..boom tdo...penat giler...

naDDy: pihak berwajib, sila buat jalan alternatif untuk melalui Raub ke Kota Bharu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

K-S-A-E-L-T <------------ apakah?

kelmarin buat kenduri...makan ayam masak cili padi.

semalam
sakit perut...rasa macam nak tercabut sistem penghadaman.

arini
aku nak jalan jauh...naik keta 8 jam...sapa tau pergi mana?

arini perut aku sakit lagi...walaupun sudah kurang tahap kritikalnya...tapi masih di tahap berjaga-jaga...relapse mungkin berlaku.

esok aku di negeri orang...negeri yang pernah ku duduki selama 4 tahun.

lusa juga di negeri orang...hari membina masjid...tapi bukan untuk aku.

tulat jugaa di negeri orang tapi berlainan daerah/jajahan mungkin...bergantung kepada perubahan semasa.

tulat jugaaa aku bertolak pulang ke negeriku...insyaALLAH


[:: IkLaN WaBerMaX ::]

naDDy: mak aku kata, kalau sakit perut a.k.a ci-bi (paham-paham sendiri)...mandi basah rambut.kasi sujuk itu badan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS