Trip yang aku kata 8 jam, bertukar menjadi 14jam. Aku bertolak kul 10 pagi 5 Jun 2009 dan tiba di destinasi kul 2 pagi 6 Jun 2009. Lama kan? Sebabnya...treler bawak kertas recycle terbalik di Kuala Lipis. Menurut pemberita sesat, sebuah kereta dari arah Kuala Lipis ke Gua Musang ingin memotong tapi tak sempat, lalu melanggar bahagian depan treler dari arah bertentangan. Treler yang cuba mengelak, terbalik dan melintang kedua-dua belah jalan. Menurut pemberita lain pula, 2 orang di sahkan meninggal dan seorang cedera (tapi dalam berita takde plak cakap camni). Eksiden tu terjadi pada pukul 4 pagi 5 Jun 2009 tapi kren dan polis datang pukul 4 petang (bodoh kan?) Kitorang tersangkut dalam jammed tu selama kurang lebih 6 jam. Dalam pukul 8 malam, baru la kereta boleh meneruskan perjalanan.
Perjalanan yang sangat lama...bosan...panas...rimas...semua ada. Dah la masa tu stomach ache relapse berlaku. Di tengah hutan. Kedai makan yang ada toilet pon kurang. Tahan punya tahan, akhirnya aku surrender. Aku kena buat sesuatu untuk hilangkan sakit perut tu. Apa aku buat? RAHSIA. Sampai kat satu stesen minyak, aku terdengar perbualan seseorang yang mengalami apa yang aku alami dan melakukan apa yang aku lakukan. hahahaha...
Sampai je rumah untuk kitorang menginap, mandi..sembahnyang..boom tdo...penat giler...
naDDy: pihak berwajib, sila buat jalan alternatif untuk melalui Raub ke Kota Bharu.
Sampai je rumah untuk kitorang menginap, mandi..sembahnyang..boom tdo...penat giler...
naDDy: pihak berwajib, sila buat jalan alternatif untuk melalui Raub ke Kota Bharu.
0 CoMMeNT:
Post a Comment