RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.
Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

babi la!

"Staff nurse, akak tu mintak tolong. Patient tu tak duduk diam, gerak sana gerak sini"

Staff nurse tu merujuk kepada aku.

Akak tu merujuk kepada student praktikal sem 6 yang tengah buat dressing. Dressing bukan pakaikan baju, tapi cucian luka.

Dan yang melaporkan kepada aku adalah student praktikal sem 1.

Aku pon pegi la tengok. Patient dah resah tak dok diam. Tapi student praktikal tu teruskan jugak buat dressing dan bandage tangan dia.

"Azli dok la dendiam. Nak cuci luka ni"

"Dahla..dah.."

"Belum lagi, sikit lagi ni"

"Tengok Azli ni, dah ke tepi katil dah. Kaki tah kemana, besi ni tah ke mane. Meh sini ke tengah katil" Sambil pegang tangan dan kaki Azli, aku tarik dia ke tengah katil.

"Adoi...sakit la"

"Sakit la sebab Azli tak tolong. Azli tolak kaki, misi tolong tarik"

Aku pon tarik tapi tak gerak.

"Tolak la badan tu Azli"

"Tadi suh tolak kaki" ......eh melawan plak dia ni.

"Yela, tolak kaki tu, tolak la badan sekali. Kalau tak camne nak gerak"

Azli pon tolak la badan dia. Bila dah ke tengah katil, aku nak angkat kaki dia letak atas Bohler Braun Frame, dia jerit.

[ ni bohler braun frame ]


"Aaaaa...sakit-sakit..."

"Jap, nak betulkan kaki ni. Nanti lagi sakit" Aku teruskan angkat kaki dia.

"Babi la...."

"Ha ??!!" aku pulak kene babi. Nasib baik la ko ni ade cerebrall concussion, disorientated, confuse. Aku tergelak dah time tu. Takde la amik ati. Tapi rasa lawak..hehehe...

"Tak pasal-pasal staff nurse dapat sekor"

"Takpela. babi mahal gak pe. hehehehe"

Student praktikal tu sambung buat dressing kat kaki Azli ni pulak. Azli ni boleh pulak buat-buat tidor. Aku saje kacau dia.

"Azli....tau tak ni kat mana ni?"

Azli geleng je. tak jawab ape.

"Ni kat hospital ni"

Pastu Azli sambung buat-buat tido.

Student praktikal sambung buat dressing, aku pergi sambung keje aku.


naDDy: arini dapat babi, esok dapat ape plak?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Copot dan Ciput

Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot.

copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu...cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap...ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab
cucah cari ciput cape copot.

ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum cambil chow came copot... Caja cuka cuka.


CECIAN, CIMA CACIH


Sumber: Isuhangat


naDDy: ceronok cak cerita ci?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Transformer lagi?

Dulu ade Transformer 3. Ni Transformer 4 plak.




naDDy: takut gak kalau2 laptop aku BERTUKAR

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

G.L.A.M.O.R.O.U.S

UPSR dah abis ke eh? tapi aku ada kisah yang aku tak lupa masa UPSR dulu. tahun 1998. tahun komanwel.

Aritu exam paper ape tah. Aku dah tak ingat. Aku duduk barisan tepi sekali seblah pintu keluar masuk, tapi kira bahagian tengah la. Penjaga peperiksaan semua cikgu dari luar. Tapi ada sorang je cikgu dari sekolah aku tu. Nama dia Cikgu Azman Bin Sabu. Orangnya tinggi, badan bidang besar, kurus tapi kepala kecik je. bukan aku kutuk eh. tapi cikgu ni kira hensem gak la. Dia ni ajar Pendidikan Jasmani. dah kawin dah pon. ada anak dah.

Bila dah abis jawab soalan exam, aku pon kebosanan. Tak tau nak buat ape. Aku tengok orang lain tengah menggelabah jawab soalan lagi. Aku pon semak balik jawapan aku. 2 kali aku semak. Pastu aku taktau nak buat ape. Aku pon letak kepala atas meja...tidor...Yang penting muka menghadap ke pintu. Pintu tu tertutup, so takde orang nampak la, kot-kot ada kejadian yang tidak diingini berlaku..seperti proses kejadian peta dunia dan sebagainya.

Tengah aku sedap-sedap tidor dan lena di ulit mimpi, aku terdengar suara yang aku kenal sangat. Suara lelaki..memanggil nama aku dengan mendayu-dayu...

umiiiiii...........bangun umiiiii..........bangunnnnn..........
umiiiiii...........bangun laaaaa..........bangun umiiiiii......

aku rasa tak sedap. aku angkat kepala...tengok keadaan sekeliling...semua orang tengah tengok aku...rupa-rupanya Cikgu Azman punye suara. Dia kejutkan aku gune mikrofon kat depan dewan. Abis sume orang dengar...aku malu gile time tu...orang semua dok senyum-senyum kambing (memang cam kambing pon). Aku pon bangun, pegi tandas, basuh muka. Masuk dewan, buat muka selamba.

Sejak aritu, kalau aku nak tidor time exam, aku lebih berhati-hati. Aku tanak glamer dalam dewan peperiksaan lagi. Bagi peluang kat orang lain plak.



naDDy: korang penah di glamerkan?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku malas cakap, tapi.....

korang tengok ar sendiri....

Your results:
You are Supergirl

























Supergirl
89%
Green Lantern
85%
Superman
80%
Wonder Woman
79%
Robin
42%
Spider-Man
40%
Batman
40%
Iron Man
40%
Hulk
30%
The Flash
30%
Catwoman
30%

Lean, muscular and feminine.
Honest and a defender of the innocent.




ni terpengaruh dek Firol la ni.

naDDy: abaikan gambar.rupaku bukan begitu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bikin malu saja ini orang~

Semalam aku pegi pejabat dia, "BERTUGAS DI LUAR KAWASAN"

Pagi ni aku pegi lagi, pejabat kosong, sorang pon takde.

Petang ni aku pegi,

"Ketua Kampung ada tak?"
"Ketua Kampung kat pejabat penghulu."
"Kat turun bukit tu?"
"A'ah."
"Okey mekasih."

Aku pon pegi ke Pejabat Penghulu. Dari jauh nampak semua berkunci. Pastu ada dua orang pakcik tengah duduk kat kusi meja bawah khemah.

"Ketua Kampung ada?" aku jerit dari jauh.
"Ni nak masuk ikut mane ni? sane ke sane ke sane? " tambah aku sambil menunjuk-nunjuk pintu-pintu yang ada..sume berkunci.

Salah seorang pakcik melambai kat aku, isyarat suruh datang kat dia. Aku pon jalan, pegi kat dia.

"Bak sini tu?" pakcik tu mintak kebenaran nak benda yang ada dalam plastik beg aku.

dalam tu ada salinan sijil dan salinan transkrip untuk di sahkan oleh Ketua Kampung.

Aku dah ragu-ragu, "sape plak pakcik ni, main nak je." aku bermonolog dalaman.

"Err...pakcik ni sape?"

"Tak kenal? ni la Ketua Kampung.." sampuk pakcik yang sorang lagi.

"Ohh...amiklah..tengok-tengok.." terus aku hulur salinan-salinan yang ada tu.

"Anak ni duduk mane?, anak sape?" tanye Ketua Kampung.

"Duk Jalan 13 A, anak Haji Daud, sebelah rumah Hajah Halimah tu."

"Pejabat tak bukak, tu yang duduk bawah khemah ni. Penghulu cuti, saya pon sebenarnye cuti tapi datang jap" Ketua Kampung beramah mesra.

"Oooo...pagi tadi saya pegi pejabat, takde orang"

"Pagi tadi meeting, lepas meeting, hujan plak. Tak dapat nak balik pejabat, saya naik motor je." tambah Ketua Kampung lagi.

"Ni, awak tolong saya. saya sign, awak tarik kertas ni satu-satu"

Kerjasama di antara Ketua Kampung dan aku pon bermula, sampai semua 45 salinan siap di tandatangani.

"Nanti awak pegi pejabat saya balik, suruh pembantu saya cop. Saya tak bawak cop ni" kata Ketua Kampung lagi.

Aku pegi pejabat Ketua Kampung tu balik.

"Assalamualaikum...pakcik, tadi tok ketua dah sign, ni nak cop plak. Dia tak bawak cop" (ha...tok ketua? belasah je)

"Tu cop atas meja, amik la. Cop sendiri. Nasib baik pakcik tak balik lagi"

"Aik..bukan kul 5 ke tutup?"

"Bulan puasa, kul 4 la dik..." time tu dah pukul 4.05 petang.

"Ok dah siap. satu salinan 5 sen, ni ada 45 salinan, jadi...."

Aku menyampuk, "jadi, percuma la..."

"Ek eh, nak percuma ye? Boleh...otograf kat buku ni"

"Kalau nak otograf saya, kene bayar la"

"Ewah-ewah, dia plak mintak bayaran kat kita"

"hehe...mekasih pakcik"

"sama-sama"


Pengajaran yang aku dapat: Lain kali hidup bermasyarakat. Jangan duk terperap je kat umah. Ketua Kampung sendiri pon tak kenal. Bila ade hal, baru nak cari orang tu. Buat malu je tak kenal Ketua Kampung sendiri...aiissshhhh~


naDDy: langkah seterusnya, pos surat-surat yang berkenaan. dateline dah dekat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kuah? nasi? tumpah? membazir~

Suatu ketika dahulu,

"slurrppp...slurrppp....ah......"
"slurrppp...slurrppp...ah......"

Bunyi minum air horlick ais oleh si anak.

"slurrppp...slurrppp...ah...."
"slurrppp...slurrppp...ah...."

Bunyi minum air kosong oleh si anak.

Tiba-tiba ada suara muncul, "minum air kosong pon nak berbunyi, macam sedap sangat je"

"sedap ape..nikmat.."


Suatu ketika beberapa hari lepas,

"slurrppp...slurrppp...ah..."
"slurrppp...slurrppp...ah..."

Bunyi minum air kosong oleh si ibu.

Tiba-tiba si anak bersuara, " haha...patutlah orang pon minum berbunyi.membe sume tegur.mak pon sama. sedap eh air kosong?"

"sedap la.."


naDDy: ape simpulan bahasa yang sesuai? sila sambungkan tajuk entri ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kalau korang kena, ape korang patut jawab

"Korang kat stesen bas dan kawan korang ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?"
Korang harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

"Korang hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan kawan sebilik korang bertanya: "Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

"Korang tengah menulis surat dan kawan korang menegur: "Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"

"Korang sedang makan nasik dan ade orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

"Korang baru balik kerja dan jiran korang bertanyer: "Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

"Korang sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu lompang siket pipi dia.

"Korang tengok tv ceriter melayu, kawan korang datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar".

naDDy: melayu tipikal

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ha ha ha

aku tak jadi keluar dengan Azira arini. sebab: jangan tanya.

arini aku masak. masak cekodok labu, masak nasi, ikan bawal masak tomato dan bening kobis (bening = rebus).

lepas masak, aku menjalankan aktiviti harian...blogwalking (walaupun aku duduk je atas kusi ni). aku jumpa blog ni, pastu aku baca entri ni.

aku tengok semua video yang ada. lawak memang lawak. aku ketawa besar. sampai mak aku cakap : "ko gila ke ketawa sorang-sorang?"

pastu aku teringat video-video lawak yang aku penah tengok dolu-dolu...layann~~

[:: Geli Mat ::]



[:: Maggi Tom Yam ::]



[:: Telur-telur tu ::]



[:: Lawak Akad Nikah ::]




[:: Lawak Pak Arab ::]




naDDy: ketawa awet muda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS