RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Perfecto!

Aku bukan perfectionist tapi cuba nak buat sesuatu kerja tu dengan perfect.

Bila dah buat kerja tak perfect, sampai terbawa-bawa dalam tidur...termimpi-mimpi.

Dah bangun tidur, tidur semula, mimpi yang sama lagi....aisssshhhh~

Harap belum terlambat untuk lakukan dengan lebih baik!

Anda bagaimana?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

happy busy

biarlah busy mane pon keje, banyak mane pon kje kita, tapi kalau keje dalam keadaan happy, tenang, ada kerja berpasukan, mesti tak rasa beban keje tu. balik lambat pon takpe.


TAPI...


kalau keje tak banyak, tapi keadaan tegang, suasana kerja tensen, buat kerja sendiri-sendiri, mesti rasa macam kerja tu beban sangat. rasa nak balik keje cepat-cepat.


kadang-kadang kita boleh tahu macam mana suasana kerja yang akan kita hadapi dengan mengetahui sikap rakan sekerja kita.


naDDy: korang?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cacat atau maut 2

Ingat kisah budak yang kaki gangrene tu? Boleh baca kat sini...

Sebelum aku bercuti seminggu yang lalu, aku sempat tunaikan keinginan aku untuk bercakap dan memujuk adik tu supaya bersetuju dengan pembedahan yang doktor cadangkan. Susah jugak nak cari peluang untuk berseorangan dengan adik tu. Cakap one-to-one dengan dia. Akhirnya peluang tiba, aku pon merembat peluang tersebut.

Puas aku pujuk adik tu. Cakap pasal umur dia masih muda, tak puas hidup, tak puas nak pergi sekolah, nak kerja, nak balas jasa mak ayah dia. Cakap yang dia akan terseksa lebih teruk lagi kalau tak buang kaki dia tu. Aku tanya kenapa dia takmo buang kaki tu, dia cakap dia tanak cacat, tanak pakai kaki palsu, nanti kawan-kawan ejek. Aku ingatkan adik tu pasal iklan Petronas dulu, yang kaki budak tu melambung time main bola. Aku cakap orang cacat pon boleh berjaya. Dalam pada aku bercakap-cakap tu, airmata aku mengalir...Airmata adik tu pon turut mengalir..Aku sedih mengenangkan nasib dia tapi keputusan bukan di tangan aku.



Lepas aku balik bercuti, aku tanye membe-membe perkembangan adik tu. Dorang cakap adik tu pegi hospital swasta untuk dapatkan rawatan lanjut dan sama jugak, hospital tu mencadangkan kaki adik tu di potong. Memang itu je jalan penyelesaian yang ada.

Sampai situ je la perkembangan adik tu yang aku tau. Aku harap dan berdoa agar keputusan dia berubah dan bersetuju untuk memotong kaki dia. Dan aku harap penyiksaan dia berkurangan.

naDDy: 1 keputusan kecil tapi mampu memberi impak yang besar~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cacat atau maut ???

Entri kat blog ni banyak pasal keje aku kat wad. Sebab kebanyakan masa aku di habiskan di wad dan di wad jugak aku belajar banyak benda tentang hidup, aku belajar banyak benda tentang sikap manusia.


Kali ni aku nak kongsi satu kisah yang bagi aku agak sedih. Walaupun bukan melibatkan ahli keluarga aku, aku rasa sangat sedih dan bersimpati kepada pesakit dan keluarga pesakit.

Pesakit adalah seorang yang berumur 13 tahun, bagi aku dia masih kanak-kanak yang tidak memahami erti kehidupan lagi.Adik ni telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan salur darah di kaki kirinya terputus. Pelbagai usaha telah di lakukan bagi menyambung semula salur darah yang terputus tapi gagal. Pada mulanya, dia hanya berasa kebas dan sejuk pada hujung-hujung jari kaki kirinya. Tapi semakin hari, keadaan kaki adik semakin teruk atau dalam erti kata lainnya 'MATI'. Apa yang di maksudkan mati adalah apabila salur darah terputus, tiada darah mengalir, maka tiada oksigen untuk sel-sel dan tisu-tisu bagi kaki pesakit untuk terus melakukan aktiviti normalnya.


[ Istilah perubatan 'gangrene' , istilah mudah 'mati' - gambar contoh ]

Doktor telah mencadangkan supaya satu pembedahan di lakukan pada kaki pesakit tersebut. Pembedahan itu akan menyebabkan adik itu kehilangan kaki kirinya dari paras bawah lutut ke hujung kaki. Pembedahan ini amat perlu untuk di lakukan kerana jika kaki yang telah 'MATI' ini tidak di buang, kuman yang ada pada kaki yang 'MATI' ini akan tersebar ke seluruh badan adik ni dan jangkitan kuman pada seluruh badan termasuk otak mungkin akan berlaku. Atau dalam erti kata lain, maut menanti adik ni. Bayangkan bangkai kucing yang telah mati walaupun beberapa jam....berulat kan? Macam tu jugaklah yang jadi kat kaki adik ni.

Setelah berkali-kali doktor menerangkan kepada ibubapa adik ni tentang keadaan anaknya dan betapa pentingnya pembedahan di lakukan, ibubapa adik ni tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan anak mereka di potong kaki. Ustaz yang selaku kaunselor bagi pesakit di hospital juga telah di panggil bagi memberi nasihat kepada ibubapa adik ni. Ustaz telah memberi kata dua kepada ibubapa adik tersebut,

"Makcik sanggup terima kecacatan anak makcik atau makcik sanggup kehilangan nyawa anak makcik?"

"Makcik sanggup terima apa-apa saja yang akan berlaku pada anak makcik tapi makcik taknak buat pembedahan"

Aku sedih, sangat sedih...Sedih mengenangkan apa yang bakal berlaku pada adik ni. Memang dia bukan ahli keluarga aku, takde apa-apa hubungan pon dengan aku. Tapi aku dah anggap setiap pesakit adalah ahli keluarga aku dan jika sesuatu yang buruk menimpa mereka, aku amat sedih. Bertambah sedih sekiranya mereka menolak rawatan yang insyaALLAH dapat menyelamatkan nyawa mereka.

Aku juga sedih kerana aku tahu adik ni bakal terseksa akibat jangkitan kuman. Dan satu hari nanti, sekiranya dia ingin di rawat bagi mengatasi jangkitan kuman yang di alami, semua sudah terlambat. Aku sentiasa berdoa agar ibubapa adik ni di beri petunjuk oleh ALLAH s.w.t untuk membuat keputusan yang betul. Aku belum ada anak dan aku mungkin tak paham perasaan ibubapa, tapi sanggup mereka kehilangan nyawa anak mereka demi kecacatan yang bakal di tanggung...YA ALLAH~

Sayang...amat sayang...Umur adik ni masih muda. Sekiranya ibubapa dia bersetuju untuk membuat pembedahan, insyaALLAH dia akan selamat, cuma hidup dalam kecacatan. Dan aku yakin kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup.

Ketika aku taip entri ni, aku sedih dan hampir mengalirkan airmata. Aku rasa macam tak dapat nak membantu adik ni, rasa macam tak berfungsi sebagai seorang nurse dengan sebaik-baiknya. Aku nak sangat bercakap dengan ibubapa adik ni lagi sekali, cuba nak pujuk dorang untuk kali terakhir. Hati aku tak lega selagi tak dapat terangkan dengan keluarga adik ni. Kadang-kadang pesakit dan keluarga pesakit tak paham penyakit yang di hidapi dan aku rasa berbesar hati untuk membuatkan mereka paham. Cuma aku takut tindakan ini menyalahi etika kerja. Kadang-kadang aku pelik jugak dengan etika-etika ni. Terlalu memikirkan profesionaliti tanpa menghiraukan humaniti.

naDDy: bersyukurlah kita masih ada tubuh badan yang sihat dan sempurna jika di bandingkan dengan orang lain~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aritu babi, kali ni haramjadah

Ingat tak kisah aku di babikan? Leh baca kat sini.

Tapi bukan jadi time tu je. Lepas tu pon kene babi gak. Tapi secara berjemaah la. Pagi2 memang kene tukar cadar pesakit. Nak tanak kita kene gerakkan pesakit tapi ada la teknik2 dia. Nak di jadikan cerita ada seorang pesakit ni berumur dalam 15 tahun la. Dia patah tulang belakang dan baru menjalani pembedahan semalamnya. Time nak tukar cadar, kami terpaksa pusingkan dia ke kiri dan kanan. Tapi dia mengadu sakit. Memang la sakit tapi kalau tak gerak, lagi sakit. Pastu dia BABI kan kami yang menukar cadar dia. Siap ugut kitorang lagi. Lebih kurang camni ayat dia, "Siaplah hampa semua. nanti aku keluar, sorang-sorang kena.Siaplah hampa" .

Kenapa aku cakap di babikan secara berjemaah? Sebab time tu ada 3 orang staff nurse termasuk aku yang menukar cadar dia. So, berjemaah lah kan?

Ok, aku teruskan dengan kisah haramjadah plak.

Yang ni berlaku pada hari lain, dengan orang yang lain.

Wad ada 28 katil tetap dan boleh tambah 2 katil tambahan tapi terpaksa guna katil yang tak boleh di tegakkan bahagian kepala untuk jadikannya 30, 45 atau 90 darjah. Dan ada seorang pakcik ni terpaksa di letakkan kat katil ni. Pakcik ni berumur dalam 70-an la. Kaki dia telah di potong di bahagian bawah lutut dan menyukarkan untuk dia bergerak.

Pagi tu dia mengadu penat sebab terpaksa baring rata je. Aku nasihatkan dia untuk duduk bersandar tapi masalahnya dia tak boleh mengengsot ke kepala katil untuk bersandar. So terpaksalah aku dan seorang staff nurse lelaki tarik dia ke arah kepala katil. Tiba-tiba dia mengeluarkan ayat,

'Buat apa lah guna katil haram jadah ni?!! Tukar la katil lain...'

Aku jawab, 'Takde katil lain dah pakcik. Kalau ada kami dah bagi dah'

Beberapa jam selepas tu, tiba masa untuk membuka balutan luka setiap pesakit. Tibalah di katil bersebelahan pakcik 'haramjadah' tadi.

Yang ni pon seorang pakcik jugak, berumur dalam lebih kurang 60-an. Luka dia di bahagian tangan. Pakcik ni tak bagi aku bukak luka dia sebab dia cakap nurse buat kasar, so dia nak buat sendiri. Dengan muka bengisnya, dia membebel-bebel la cakap pasal nurse buat keje ganas la, tak tau dia tu sakit la, ape la. Pastu aku bagi la dia bukak sendiri luka dia. Punye la lama aku tunggu, dia siap leh jawab telefon plak lagi. Bila aku nak tolong, dia marah aku plak. Ayat tak boleh blah yang dia keluarkan adalah,

' Semalam ada budak bodoh mana tah, haramjadah betol dia. Main bukak je balutan pakcik ni. Tak reti kita ni sakit. Dok cakap sikit, sikit...Padahal kita tengah sakit. Bodoh betul la budak tu'

Amboi pakcik ni, lancangnye mulut. Budak tu pelajar, memang la tak pandai. Tapi jangan la sampai macam tu. Yang ni aku cakap dalam hati je. Terkejut aku dengar kenyataan pakcik tu.


Kalau nak tahu, makcik yang jaga suami dia kat katil depan pon boleh dengar 2 kali aku dapat haramjadah. Aku cakap kat makcik tu, 'Harini saya kenyang makan haramjadah makcik..hehehe'.

Kalau budak muda, cakap kurang ajar, aku boleh terima lagi. Dah memang jenis darah panas, maki orang je la keje. Tapi yang ni dah tua. Kubur kata mari, rumah kata pergi tapi mulut nauzubillah lancang. Tau la tengah sakit tapi takkan sampai macam tu kot.

Dan satu pesanan penaja, kalau masuk wad, janganlah ingat nurse-nurse atau doktor-doktor ni nak menjahanamkan diri anda. Kami ni berkhidmat untuk sihatkan anda. Kalau ada pon yang berniat nak menjahanamkan diri anda tu, adalah amat sedikit peratusannya.


naDDy: staff nurse lelaki tu tanya aku haramjadah dalam bahasa omputih ape? ape ek?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

di label sebagai pandai melawan

dulu cita-cita nak jadi lawyer, tapi tah kot mana yang silap, jadi nurse.

jadi lawyer, leh argue, leh melawan.

ni kita baru nak suarakan pendapat kita sket, dah di label PANDAI MELAWAN.

tau la baru 4 bulan keje, takkan kene tunduk dengan khusyuk dan tawadduk, dengar je cakap, takleh nak bagi pendapat sendiri.

No freedom in expressing opinion...how are we going to improve?

aaaaiiiissssshhhhh~~

Yang atas kes lain, yang bawah ni kes lain plak.


Tadi aku termelawan Doktor Pakar...pakar tu. Tapi tu reaksi spontan aku. Beliau marah sebab ada katil tambahan. Untuk akreditasi, wad tak leh ada katil tambahan. Tapi masalah problemnya, kalau dah wad lain pon penuh, pesakit tu nak campak mana?

In giving care, patient come first right?

Aku bukanlah sengaja nak melawan pon. Kebetulan katil pakcik tu kat seblah tingkap. Bila doktor pakar tu tanya kenapa ada katil tambahan, aku dengan sister jawab dah penuh. Doktor pakar tu cakap balik, 'if Dato' know, u all going to get it'...kene marah la.. Pastu secara spontan aku terbuat gaya seolah-olah nak campak pakcik ke luar tingkap yang betul-betul sebelah katil pesakit tu.Sister sengih je...Doktor pakai tu dok ulang-ulang cakap yang Dato' akan marah. Aku tak pasti dia nampak tak reaksi spontan aku tu sebab aku membelakangi dia.

Time nak balik, akak cleaner tu tegur aku, 'pandai umi bergurau nak campak pesakit ke luar tingkap eh?' Aku jawab balik, 'saya serius tu kak. bukan main-main. Kadang-kadang pesakit memang dah penuh, dia (doktor pakar tadi) suruh masuk pesakit gak. Yang arini apasal nak angin.

Biarlah nak label aku sebagai pandai melawan ke, yang penting pendapat aku di suarakan.



naDDy: lumrah alam pekerjaan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

berita kematian

Tadi tengok berita, Achik spin meninggal. Terkejut tapi kene percaya. Ajal tak kira umur, masa dan sesiapa juga.

Dalam berita kat tv3 tadi pon ada 2 berita kematian lain. Satu perempuan yang mati di jerut dan di pijak sehingga terkeluar janinnya. Di jumpai di Taman Tasik Perdana. Satu lagi seorang lelaki di jumpai mati keras di mana tah tak ingat.

Dasyat manusia zaman sekarang ni. Kejam.

Kelmarin ada seorang pesakit aku meninggal. Macam tak percaya, baru je minggu lepas bergurau-senda dengan pakcik tu. Tiba-tiba meninggal depan mata. Pesakit lelaki, 36 tahun, kemalangan dan baru menjalani pembedahan 2 hari sebelum meninggal.

Sehari sebelum meninggal dunia, pesakit mengadu susah bernafas dan telah di beri bantuan oksigen. Keadaan bertambah teruk keesokan harinya iaitu hari pesakit meninggal dunia. Dia ditempatkan di katil berhadapan kaunter jururawat supaya keadaannya mudah di pantau.

Pada hari tersebut iaitu 15/4/10, aku ditugaskan untuk menghantar pesakit lain ke hospital lama. Lepas je hantar pesakit, aku naik ke wad dalam pukul 4.45petang. Aku nampak isteri pesakit yang meninggal ni menangis dan tengah di tenangkan oleh makcik lain. Aku tanya dengan senior kenapa. Senior cakap pesakit mengalami sesak nafas. Aku pon terus pergi ke pesakit nak tengok keadaannya macam mana.

Pesakit dalam keadaan resah, tak tentu arah. Bayangkan korang duduk di tempat yang sempit yang kekurangan udara? Pesakit tu alami berganda-ganda lebih dasyat dari tu padahal dia telah di bekalkan dengan oksigen yang paling banyak.

Oksigen dalam badan pesakit semakin kurang dan dalam sekelip mata pesakit rebah tak sedarkan diri. Dengan pantas, doktor melakukan intubation dan CPR di lakukan bergilir-gilir. Teamwork sangat penting time ni dan semua orang kena alert. Walaupun aku tak berapa mahir nak handle kes-kes emergency camni, aku nak gak involve.

Keadaan pesakit makin tenat, nadi tak dapat di kesan dan bacaan denyutan jantung semakin berkurang. Akhirnya doktor mengambil keputusan untuk menerangkan kepada waris pesakit yang pesakit semakin tenat dan mungkin akan meninggal. Walaubagaimanapun, kitorang masih cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan pesakit.

Setelah hampir sejam, tiada tanda-tanda positif dari pesakit. CPR di berhentikan dan doktor mengisytiharkan pesakit meninggal jam 6 petang kepada waris. Aku sedih time tu dan hampir menitiskan airmata. Tapi nurse kena tabah. Mana bole nangis depan orang.

Punca kematian tak dapat di ketahui kerana keluarga pesakit membantah untuk membuat post-mortem. Kemungkinan faktor menyebabkan kematian adalah saiz badan pesakit yang agak besar, prolonged bed-ridden, pesakit ada tekanan darah tinggi, fat embolism.

Pesakit eksiden kira-kira sebulan lepas dan patah kaki kiri dan tangan kiri. Bila dah patah, kene rehat atas katil. Dan di sebabkan mengambil masa yang lama untuk di bedah, pesakit terpaksa berehat lebih lama la (prolonged bed-ridden).

Fat embolism berlaku apabila pemecahan lemak yang berlaku menyebabkan pecahan-pecahan lemak menghalang peredaran darah ke seluruh badan apatah lagi di jantung yang merupakan pengepam utama darah. Sekiranya jantung tidak berfungsi maka oksigen tidak dapat di bekalkan.

ermm...fobia gak aku malam tu. Susah nak tidur, terbayang wajah arwah di saat malaikat mencabut nyawanya.

Wad aku banyak gak budak-budak muda eksiden. Bila dah masuk wad, tapi tanak dengar cakap nurse, payah gak la.

Tengok la video yang aku jumpa ni.






naDDy: amacam? bes?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

babi la!

"Staff nurse, akak tu mintak tolong. Patient tu tak duduk diam, gerak sana gerak sini"

Staff nurse tu merujuk kepada aku.

Akak tu merujuk kepada student praktikal sem 6 yang tengah buat dressing. Dressing bukan pakaikan baju, tapi cucian luka.

Dan yang melaporkan kepada aku adalah student praktikal sem 1.

Aku pon pegi la tengok. Patient dah resah tak dok diam. Tapi student praktikal tu teruskan jugak buat dressing dan bandage tangan dia.

"Azli dok la dendiam. Nak cuci luka ni"

"Dahla..dah.."

"Belum lagi, sikit lagi ni"

"Tengok Azli ni, dah ke tepi katil dah. Kaki tah kemana, besi ni tah ke mane. Meh sini ke tengah katil" Sambil pegang tangan dan kaki Azli, aku tarik dia ke tengah katil.

"Adoi...sakit la"

"Sakit la sebab Azli tak tolong. Azli tolak kaki, misi tolong tarik"

Aku pon tarik tapi tak gerak.

"Tolak la badan tu Azli"

"Tadi suh tolak kaki" ......eh melawan plak dia ni.

"Yela, tolak kaki tu, tolak la badan sekali. Kalau tak camne nak gerak"

Azli pon tolak la badan dia. Bila dah ke tengah katil, aku nak angkat kaki dia letak atas Bohler Braun Frame, dia jerit.

[ ni bohler braun frame ]


"Aaaaa...sakit-sakit..."

"Jap, nak betulkan kaki ni. Nanti lagi sakit" Aku teruskan angkat kaki dia.

"Babi la...."

"Ha ??!!" aku pulak kene babi. Nasib baik la ko ni ade cerebrall concussion, disorientated, confuse. Aku tergelak dah time tu. Takde la amik ati. Tapi rasa lawak..hehehe...

"Tak pasal-pasal staff nurse dapat sekor"

"Takpela. babi mahal gak pe. hehehehe"

Student praktikal tu sambung buat dressing kat kaki Azli ni pulak. Azli ni boleh pulak buat-buat tidor. Aku saje kacau dia.

"Azli....tau tak ni kat mana ni?"

Azli geleng je. tak jawab ape.

"Ni kat hospital ni"

Pastu Azli sambung buat-buat tido.

Student praktikal sambung buat dressing, aku pergi sambung keje aku.


naDDy: arini dapat babi, esok dapat ape plak?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu hari ini: ayam masak kicap.

arini aku masak ayam masak kicap. kul 3 baru masak sebab semalam aku keje syif malam dan semestinye aku tido lepas balik dari keje. kalau tak tido, macam orang mabuk je la . macam di awang-awangan je.


Ye, kat sini aku masak. Kalau kat umah dulu aku makan je ape mak aku masak. Tolong tu ade la sikit-sikit, tapi sikit sangat la. Bukan tak tahu masak, tapi malas. Dah ade mak, mak la masak. Kan? Kalau nak ikutkan masak ni takde susah sangat, campak-campak je dah jadi. Asalkan ade rasa la. Masak kari, rasa kari. Masak sambal rasa sambal. Dan arini aku masak kicap, rasa la kicap nye. Kalau nak tanya aku sukatan, memang aku tak tahu nak jawab. Agak-agaknya sudah. Sesedap lidah merasa dan seringan-ringan tangan mencampak bahan-bahan masakan.


Malam ni aku keje malam lagi. Memang standard keje malam 2 ari pastu dapat kelepasan malam atau hari tidur. Bayangkan 2 malam tak tido, masuk ari ketiga kalau tak tido, leh bengong rasanya. Tapi...tapi...tapi...ada gak yang curi-curi tido time keje malam kan? Tak tahan woo. Tapi bagi aku, baik jangan tido kejap pon, sebab nanti bile dah dapat tido, lagi la mengantok. Ape yang aku buat, jalan-jalan cari keje kat dalam wad tu. Hilang gak ngantok..hehe


Lupa nak bagitau, aku sekarang berkhidmat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah. Aku di tempatkan di wad Kenanga 3A, wad Orthopedik lelaki. Apa itu Orthopedik? Pegi tanya pakcik Google. Tapi kalau orang tanye, aku cakap wad patah-patah je. Memang 90% kes kat wad aku tu yang patah-patah je. Tulang kan ade banyak, jadi mana-mana tulang pon leh patah kalau jatuh apatah lagi eksiden.

Nanti aku cerita pasal wad aku lagi. Perut dah lapa nih. Ayam masak kicap pon dah siap.



Aku kene masak banyak sebab periuk ni besar. Kalau masak seketul je, tak padan lak.

Mari makan!!!!

naDDy: entri ditaip semasa masak dan makan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Angkut


Ni barang-barang yang akan aku bawak ke Kedah esok. Ade lagi satu beg isi laptop dan beberapa pasang kasut. Melampaukah?

Aku tak tau balik bila plak, sebab tu aku angkut barang-barang yang aku perlukan nanti. Nak beli, duit. So, angkut saja.

Dalam luggage ada pakaian.
Dalam beg atas luggage tu ada hanger, iron, toiletries ( tul ke eja?)
Dalam beg camping tu ade baju untuk pakai 2-3 ari.
Dalam kotak ade buku-buku.
Atas kotak, buku la. Kan dah nampak...ish~
Meja tu bukan nak bawak sekali, tapi aku malas nak alih time amik gambar.

Esok awal-awal pagi nak bertolak. Kat sana tak tau dapat online ke tak. Nak beli broadband, usha-usha tadi, maxis je yang ade coverage. Tapi tak tau bila nak beli. So, aku akan rindu nak blogwalking, chatting, dan -ing2 yang lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedah here I come episode 3-final episode

Episod 1 di sini dan episod 2 di sini.

Yang ni episod 3 dan episod terakhir. Episod akan datang dah tukar tajuk "Kedah here I am"

Kan aku duk kat Hotel Sri Malaysia, dapat breakfast free. So, ari ahad tu aku breakfast kat cafe dia lagi. Tapi yang bestnye, pakai baju semalam. Yela. aku bawak sepasang je baju kurung. Tak budget plak kene extend. Pastu buat muka selamba je la. Mungkin la orang keje kafe tu perasan. Tapi ape yang penting, tadak bau ha...

Selesai breakfast, aku pegi ***. Aku cakap nak lapor diri bagi jawatan Nurse U41 kat orang kaunter depan tu, dia tengok aku atas bawah. Sebab? Tak pakai uniform. Dia suruh aku duduk dulu. Aku pon duduk la dengan 2 orang lagi Nurse U41 yang dah lapor diri minggu lepas. Sorang tu orang kedah dan sorang lagi orang johor yang intebiu sama-sama dengan aku kat KL aritu.

Aku tanye dorang, dorang jawab.

"Dapat spital mane?"
"Hospital Sultanah Bahiyah"

"Dapat kuarters?"
"pempuan dapat, lelaki tak"

"Aritu lapor diri camne?"
"datang sini dulu, jumpa matron, pastu matron bagitau dapat spital mana, pegi kat spital tu"

"Matron garang tak?"
"hehe..masuk-masuk je dah kene sembur sebab tak pakai uniform. tapi dia baik la"

"ooo...ni sure2 kene sembur gak nih. Kenapa datang sini lagi arini?"
"Matron nak jumpa"

"Oh...dah lama ke tunggu? Kenapa tunggu ek?"
"Leh tahan la. Matron tengah jumpa bidan-bidan yang baru di lantik. Ade briefing"


Tak lame lepas tu, Sister panggil suruh masuk dewan, jumpa dengan Matron dan bidan-bidan tersebut. Kitorang 3 orang pon join sekali. Aku sorang je tak pakai uniform. Otai bukan?

Matron terangkan pasal cuti nak dekat 3 jam gak ar. Lepas tu jumpa dengan matron lain. Dia berkenalan dengan kitorang dan terangkan tugas-tugas kitorang nanti. Cakap-cakap, nak dekat kul 1 baru settle. Aku tak lapor diri lagi ni. Lepas tu aku cari matron tadi, nak cakap pasal lapor diri. Tapi Sister suruh jumpa Encik Z dan di sebabkan dah time lunch, aku kene datang balik kul 2.

Family aku dah cekout hotel kul 12 tadi lagi. Duk dalam kete kat tepi stadium. Sepanjang aku kat *** tu, akak aku asik sms tanye dah abis ke belum. Lame sangat nak uruskan pasal lapor diri. Kul 1 dorang amik aku, pegi makan. Tepat kul 2, aku pegi balik *** dan cari Encik Z tapi dia lum sampai. Tunggu punye tunggu, kul 3 lebih baru encik Z muncul dan buat surat untuk di beri pada spital yang aku dapat. Aku cakap dengan encik Z, aku nak tangguh. Dia kata nanti bincang dengan matron spital.

Nasib baik dapat spital dekat. Bukan apa, aku pikir waktu pejabat dah nak abis. Nanti urusan tak settle, padahal dah nak kene balik malam tu jugak. Takkan nak extend lagi kot.

Sampai spital, aku pegi HR, cakap nak lapor diri dan buat penangguhan. Orang HR tu bagi borang yang banyak nak kene isi dan suruh jumpa matron. Aku jumpa matron, lalu bermulalah adegan cemas.

"Assalamualaikum, saya datang nak lapor diri"
"Waalaikumussalam..jawatan apa?"
"Nurse U41 tapi saya nak buat penangguhan"
"Ha? Awak nak lapor diri tapi nak buat penangguhan? Tak boleh ni. Awak dah lapor diri di *** dah?"
"Dah. Saya cakap kat sana nak tangguh tapi dorang suruh saya bincang dengan matron spital. Ni yang saya datang ni."
"Awak ni dah kira lapor diri dah ni, gaji dah jalan. Takleh nak tangguh lagi la. Kenapa awak nak tangguh?"
"Saya tengah bekerja dan notis berhenti kerja sampai 31 Januari, so 7hb saya lapor diri dan bertugas la"
"Awak keje ape sekarang?"
"Partime kat fastfood"
"Serabut saya camni. Dah lapor diri tapi nak tangguh. Awak dah pegi HR?"
"Dah. dorang bagi borang ni dan suruh jumpe matron"
"Kalau awak nak tangguh, kira awak tak lapor diri lagi la. Sekejap saya pegi tanye orang HR"


aaahhh sudah. jadi cenggini plak dah. time call cakap lain. bila dah datang cakap lain...aku cakap dalam hati je la.

Pastu matron tu datang balik dan ikut dia pegi bilik mesyuarat. Dalam tu ada orang yang incharge pasal lapor diri, doktor dan beberapa student medical. Masalah aku di terangkan kat dalam bilik mesyuarat tu la. Doktor tu mintak surat tawaran aku. Dia pon kata kau takleh tangguh dah sebab aritu ari last aku. Aku kene explain balik kenapa aku nak tangguh. Doktor tu tanya kalau aku berhenti mengejut, bos akan amik tindakan ape2 ke? Aku cakap, tak tau la. Doktor tu bagi cadangan tanya bos aku dulu macam mane. Pastu aku terangkan yang aritu aku dah call *** dan **** cakap pasal penangguhan dan dorang kata boleh tapi aku kene lapor diri dan datang berbincang dulu. Ayat tak bleh blah, dorang cakap pelantikan aku terbatal la. Kiranya macam aku dah tolak tawaran ni.

Belum settle pasal hal penangguhan, matron tu bangkitkan isu aku tak pakai uniform. Orang yang incharge pasal lapor diri tu pon paham. Aku ni freshie, mane de uniform. Bukannya dari kolej, mane boleh nak samakan. Tapi matron tu beriya-iya cakap kene gak pakai uniform. Tiba-tiba ade Datok masuk, tanye nape kecoh2. Datok tu ingatkan masalah uniform. Tapi bila dah explain balik, baru dia paham dan bagi cadangan supaya berurusan balik dengan KKM. Kecoh memang kecoh dalam bilik tu. Aku sorang nak lawan dengan dorang yang ramai. Suara aku tinggi gak la. Cuma nasib baik aku tak nangis. Aku masih kuat untuk menegakkan ape yang aku rasa betol.

Last-last, masuk bilik matron, bincang balik dengan matron. Dan dia suruh aku balik berurusan dengan KKM. Pastu ikut KKM la nak bagi surat tawaran baru ke cemane. Aku kene marah gak pasal datang lambat. Padahal aku dah datang awal-awal kat ***. Dorang yang uruskan lambat. Salah aku gak ke? Sebelum balik, sempat gak la dia membuat anggapan tak betol pasal aku. Dia cakap,

"DARI CARA AWAK NI, MACAM AWAK TAK BERMINAT PON NAK BEKERJA. DATANG TAK PAKAI UNIFORM"

"saya nak mohon penangguhan sebab tu tak pakai uniform dan lagi 1, uniform saya belum siap"

"AWAK LEBIH SAYANGKAN KERJA FASTFOOD AWAK BERBANDING KERJA NURSE NI"

"bukan camtu.saya cuma mintak tangguh 2 minggu je pon. 7hb nanti saya datang la berkhidmat.

time tu ade beberapa staff nurse lagi kat situ. dia pon start membebel. cakap budak-budak baru ni berlagak la. mentang-mentang ada degree tapi buat keje tak reti. bebelan yang merupakan sindiran dan cabaran.

Sebelum nak balik, aku mintak maaf kat matron tu kalau menyusahkan dia dan terima kasih banyak-banyak. Baru la nada dia berubah sikit. Takde nak bom-bom aku sangat.

Aku terus balik KL petang tu jugak dan esoknya pegi KKM. Settle senang je dengan orang KKM. KKM cakap dorang akan berurusan dengan ****.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedah here I come episode 2

sambungan dari sini

Lebih kurang kul 8pagi, 16 Januari yang lepas, aku bertolak ke Alor Setar, Kedah bagi menguruskan hal penangguhan lapor diri aku tu.

Sampai kat Alor Setar dalam kul 3petang dan terus check-in hotel. Kitorang duk kat Hotel Sri Malaysia, betul-betul sebelah stadium. Petang tu aku tengok ade gerai-gerai macam pasar malam kat sekeliling stadium. Lepas maghrib kitorang pegi jalan-jalan cari makan kat stadium tu, sebab ada kedai makan gak. Rupa-rupanya ada perlawanan bola. Kedah vs Johor FC kot, tapi Kedah kalah.hehe..Masa jalan-jalan keliling stadium, hijau-kuning-hijau-kuning-hijau-kuning.

Bila dah selesai makan, kitorang sambung jalan-jalan kat keliling stadium. Lengang takde orang, semua dah masuk stadium sebab game dah mula. Gerai-gerai pon dah kehilangan tokei.

Esoknya iaitu Ahad, 17Januari, kitorang pegi la ke *** untuk menguruskan hal lapor diri. Tapi tengok parking lot kosong je. Aku pegi kat penjara sebelah *** tu, tanya abang polis tu.

Aku: Tumpang tanye, *** sebelah ni tutup ke?

Abang polis: Entahlah, saya pon tak tahu.

Aku: Arini ada ape-ape acara ke?

Abang polis: Owh, arini ade pertabalan Sultan Kedah.

Aku: La ye ke? Jadi cuti la ye, tutup la ye?

Abang polis: Yela tu kot. Kenapa ye?

Aku: Saya datang nak lapor diri.

Abang Polis: oooo..baru abis belajar ye? nak keje kat sini ke?

Aku: A'ah.....ermm...takpelah erk. mekasih.


Aduyaii....kenapa la aku tak tengok kalendar yang Ahad tu Kedah cuti sebab pertabalan. Patutlah time turun hotel ada orang-orang kerabat pakai baju macam pahlawan dolu-dolu je. Rupa-rupanya Hari Pertabalan Sultan Kedah...dugaan...dugaan...

Aku terpaksa extend hotel lagi sehari...Akak aku terpaksa suruh budak-budak sekolah pergi sekolah dengan mak ayah dorang (sebab selalu akak aku yang bawak), abang ipar aku terpaksa ponteng kerja dan anak buah aku terpaksa ponteng sekolah.

Hati aku dah sedih dah. Kuat betol dugaan. Dari sebelum datang. Yang ni dah datang, pastu tak tau ape lagi. Muka pon dah toya semacam, sampai akak dengan abang ipar aku pon perasan.

Balik hotel, bagitau reception nak extend hotel dan lepak kat hotel jap. Dah tengahari, lapor...kuar jalan-jalan cari makan. Kitorang pegi kat Pekan Rabu, soping dan makan, pegi Muzium Padi dan pusing-pusing kat pekan Alor Setar tu.

Dahla time tu aku sakit gusi sebab nak tumbuh gigi, pastu di tambah dengan hal ni lagi. Lagi toya la muka aku. Pegi jenjalan pon macam orang takde perasaan.

Dah petang, balik hotel rehat. Malam tu makan KFC. Jalan kaki je pegi KFC sebab memang sebelah hotel je. Strategik gak la Hotel Sri Malaysia ni.

esoknya aku pegi *** tu semula.

naDDy: bersambung lagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedah here I come episode 1

Tarikh: 11 Januari 2010
Masa : Lebih kurang pukul 3 petang


Aku: Hello

Dia 1: Hello ****

Aku: Saya nak tanya tentang penangguhan lapor diri bagi jawatan Nurse U41.

Dia 1: Sekejap ye.

Aku: ok.

Dia 2: Hello...

Aku: Hello..Saya nak tanya tentang pengguhan lapor diri bagi jawatan Nurse U41

Dia 2: Awak ni sape ni? Call orang tak reti nak memperkenalkan diri?

Aku: Oh.. saya Umi Nadrah. Awak ni siapa?

Dia 2: Macam ni ke awak call orang. Tak memperkenalkan diri, tiba-tiba tanya

Aku: Maafkan saya. Saya Umi Nadrah. Puan ni siapa?

Dia 2: Sepatutnya awak call, perkenalkan diri dulu. Awak nak cakap dengan siapa sebenarnye ni?

Aku: Saya pon tak tahu saya bercakap dengan siapa. Tadi saya bercakap dengan orang lain dan kemudian talian saya di sambung ke puan. Saya nak tanye tentang penangguhan lapor diri bagi jawatan nurse U41.

Dia 2: Macam ni ke awak nak jadi nurse? Berkomunikasi macam ni? Cara awak cakap ni biadap dan seolah-olah macam awak tak berminat nak bertugas di tempat yang awak mohon.

Aku: Bukan macam tu puan. Saya nak mohon penangguhan sebab sekarang saya sedang bekerja dan notis berhenti kerja saya sebulan. Jadi saya nak tangguh sehingga bulan depan. Jadi bulan Februari saya boleh la lapor diri.

Dia 2: Kalau hal penangguhan ni selalunya di uruskan oleh pihak ***. Kami tak tahu berkenaan penangguhan ni. Siapa yang bagi surat kat awak? Jadi awak kene ikut surat tu la.

Aku: Surat dari *** dan mengikut surat saya di kehendaki lapor diri dalam tempoh 15 hari dari 4 Januari 2010. Saya ingin mohon penangguhan dan mereka kata boleh. Jadi ni yang saya call pihak **** untuk mendapatkan kepastian. Dan saya telah pon menghantar surat penangguhan lapor diri kepada pihak *** dan pihak ****.

Dia 2: Sepatutnya awak kena datang lapor diri dahulu. Kemudian baru bincang pasal hal penangguhan ni. Dan saya rasa kita tak sepatutnya berbincang dalam telefon. Awak sepatutnya turun ke sini berbincang pasal hal penangguhan. Dalam telefon tak sesuai untuk berbincang.

Aku: Bukan ape puan, saya jauh dan saya juga bekerja. Sebab itu saya call dan tanya macam mane prosedur yang sebetulnya.

Dia 2: Cara awak cakap ni mengeruhkan lagi keadaan. Memang awak tak berminat nak bekerja disini dan seolah-olah menyindir saya.

Aku: Puan, puan jangan salah sangka. Saya bukan nak menyindir puan apatah lagi nak bersikap kurang ajar.

Dia 2: Yela. Awak cakap awak bekerja la, jauh la. Biadap cara awak ni. Macam ni ke seorang nurse berkomunikasi. Dari mane awak belajar?

Aku: ........ (aku diam...ah sudah, dia dah pikir kot lain plak dah)

Dia 2: Saya tak tahu la macam mane awak ni. Kat mana awak belajar?

Aku: USM...

Dia 2: Oh USM..takpe-takpe, nanti saya call USM tanya macam ni ke mereka ajar awak. Saya tak tahu la. Nanti kalau awak datang berkhidmat kat sini, macam-macam kes awak timbulkan dengan sikap awak yang macam ni.

Aku: ........( diam dan terus diam)

Dia 2: Jadi awak nak datang untuk lapor diri tak?

Aku: Kalau puan dah cakap saya kena lapor diri, jadi saya datang la. Lagi satu puan, saya nak tanya, time lapor diri nanti saya kena pakai uniform ke?

Dia 2: Yela. Time awak mintak kerja tu jawatan beruniform ke tak?


Aku: Beruniform. Tapi puan, saya takde uniform dan bukankah uniform di sediakan?

Dia 2: Memang di sediakan tapi lambat la. Abis kalau takde uniform, awak nak bekerja macam mane? tak payah bekerja?....Ya allah...saya tak tahu la awak ni macam mana. Dengan sikap awak macam ni...entah la.

Aku: Puan, saya mintak maaf banyak-banyak. Saya memang takde niat nak kurang ajar atau sakitkan hati puan. Saya call ni sebab saya memang betul-betul tak tahu dan saya nak bertanya prosedur yang sebenarnye macam mane. Sekiranya saya menyakitkan hati puan, betul-betul saya mintak maaf.

Dia 2: ermmm..yela. Terpulanglah pada awak. Kalau awak nak lapor diri, awak datang la. Kalau tanak, terpulang.

papp....gagang di letak. talian diputuskan.


naDDy: bersambung...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku memang tak boleh di harap

....eh bukan...bukan...

Aku memang tak berharap. Aku memang tak berharap untuk lulus intebiu SPA aritu. Masih ingat entri ketidakpuashatian ni. Yela. teruk gak aku kene hentam. Dan patah semangat aku dibuatnya. Sampaikan nak apply private hospital lain pon takde semangat. Nak update blog pon takde semangat.hehe..

Tapi semalam, keputusan intebiu aritu keluar. Kat website SPA tulis 11 Disember 2009, tapi semalam kawan aku sms bagitau keputusan dah keluar. Balik je keje, aku terus on laptop dan cek keputusan.

Dan ini yang aku dapat


Aku di tawarkan untuk 2 jawatan. Alhamdulillah dapat jawatan yang aku nak iaitu Nurse U41. Kawan aku yang di suruh apply balik tahun depan pon lulus intebiu ni. Tapi dia dapat jawatan pengajar nurse U41. Dan ramai lagi coursemate yang intebiu aritu berjaya. Syukur sangat-sangat.

Selepas difikir-fikirkan semula, mungkin penemuduga saja nak uji aku masa intebiu aritu atau dorang memang kene terima aku sebab aku penah di taja oleh pihak dorang.

Ape-ape pon, aku BERSYUKUR sangat-sangatttttttt.


naDDy: tunggu surat tawaran dari kementerian kesihatan plak. kemane aku akan di campak?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masak, Gaji, BBQ

Aku gabung 3 cerita dalam 1 entri.

1. Masak

Kat tempat keje aku ade peruntukan untuk makan. Bos bagi RM30 sehari untuk 10 orang makan, jadi sorang 3hinggit. Kalau ikutkan memang tak cukup. Lagi plak yang nak makan tu lelaki. Walaupun badan kecik, makan banyak. Nak dijadikan kisah, ada sehari tu, orang yang di tugaskan masak takmo masak. Merajuk gamaknye. Sebab dia mintak dengan bos untuk naikkan peruntukkan tu. So, dah takde orang nak masak, Aku la kene masak. Tak pasal-pasal kene siang ayam, siang sayur, siang malam, pastu kene masak. Kat umah pon aku tak buat camtu. Al maklumlah ade mak, sume mak buat.


2. Gaji

Sepatutnya aku dapat gaji 1hb aritu, tapi semalam baru aku dapat gaji. Aku dapat RM700 untuk 19 hari bekerja. Sepatutnya 26 hari, tapi tolak 4 hari training dan 2 hari aku sakit, tinggal la 19 hari. Tapi tu pon dah masyuk. Aku buat part time je. Kalau fulltime, gaji tetap dalam RM850. Kalau aku keje cukup sebulan, sehari keje 10jam, lagi masyuukk...Tapi badan pon sakit ar. Cam aritu..hehe..


3. BBQ

Malam ni lepas keje, tempat keje aku nak buat BBQ. Sempena sale yang melebihi target bulan lepas. Target 45ribu, tapi dapat 52ribu. So, bos besar belanja semua staff makan BBQ.

" Nadrah, u boleh makan babi?"
"Tak boleh la. Kenapa u tanye?"
"Itu tadi Jack (manager) cakap mau buat babikiu"
"Bukan itu babi la. Ini BBQ. Bakar-bakar itu ayam, jagung, hotdog..Macam tu lah."
"Oh, saya ingat mau masak babi"
"hehe..."

Itu perbualan aku dengan staff kat tempat keje aku. Dia orang myanmar. Ye..pekerja kat tempat keje aku orang myanmar. Pekerja yang diambil dari agensi dan telah di latih untuk masak di tempat keje aku. Dorang ni tak pandai sangat bahasa melayu. Cakap omputih tu boleh la sket2. Cuma kadang-kadang ape yang dorang sebut, aku tak paham. Macam pelat pon ade. Cube bayangkan orang lidah pendek cakap, perkataan dia tak jelas kan? Camtu lah dorang ni. Aku bukan nak mengutuk, tapi nak suh korang imagine.


naDDy: sediakan perut sebelum BBQ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketidakpuashatian

Arini aku tak keje. Aku pegi intebiu yang di tunggu-tunggu iaitu intebiu dengan pihak SPA. Surat panggilan intebiu untuk 2 jawatan: Jururawat U41 / Pengajar Jururawat U41. Tempat: Pusat Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Cenderasari, 50520 Kuala Lumpur.

Sebelum kul 8 aku dah ade kat tempat intebiu. Dah ramai gak yang datang. Semuanya lebih kurang 20 orang. Arini intebiu untuk 2 jawatan. Pegawai Penyelidik Q41 dan Jururawat U41/ Pengajar Jururawat U41.

Giliran aku ke 8. Time tunggu, masing-masing bincang pasal ape yang mungkin di tanya. Aku pasang telinga je la. Kebanyakan yang datang intebiu adalah golongan berumur yang dah berkali-kali mohon SPA ni.

Aku sempat gak call membe aku, tanye ape soalan yang ditanya dan hafal ape-ape yang patot. Last minute la..

Tiba giliran aku, penemuduga keluar bilik, nak pegi minum. Time tu dah pukul 11. Aku lepak lagi. Tunggu sampai dorang abis minum. Aku pon lapar gak. Tapi tahan je la.

Yang aku tak puas hati adalah......

1. Aku kene soal pasal 'dressing'. Dia tanye pasal langkah2. Aku rasa aku dah jawab betol, macam yang lecturer aku ajar. Tapi dia kata aku silap. Penggunaan perkataan aku pon tak betol. 'Sterile area' maksudnya kawasan sterile. Tak semestinya kawasan tu kene luas sebesar bilik. Tapi penemuduga tu kata cakap 'sterile set' sudah lah. Dia kata area tu macam satu bilik ke. Lagi satu, 'consent' tu izin kan? Kalau nak buat ape-ape prosedur, kene ade consent. Yang selalunya operation la kene ade consent. Tapi ni aku gune perkataan 'consent' untuk buat prosedur 'dressing'. Aku siap cakap 'verbally consent' lagi. Tapi dia kata perkataan tu terlalu bombastic...Aduh~makne sama gak. Teringat pensyarah aku yang nak jawapan sebijik2 perkataan dalam kepala dia. Takleh lain sikit pon..

2. Penemuduga salahkan aku takde pengalaman. Dia tanye aku keje ape sekarang. Aku cakap la jadi waitress. Dia kata keje aku takde kaitan dengan ape yang aku belajar 4 tahun. Dan sia-sia la aku belajar selama ni. Aku jawab balik, aku kata aku apply ape yang aku belajar kat U time aku keje tu jugak. Nursing not only for nursing job, nursing is holistic and applicable to any circumstances! Tapi aku tetap di tentang, dorang kata tak sama. Ade betol dan ade tak betolnye.

3. Aku kan penah dapat tawaran dari private hospital. Dorang kata aku memilih. Aku jawab la balik sebab-sebab aku tak boleh nak terima tawaran tu. Dan salah satu sebab UTAMA adalah aku terikat dengan JPA ni. Dan lagi sekali aku di salahkan tak merebut peluang dan pengalaman yang di beri.

4. Dorang nasihatkan aku untuk terima je tawaran dari private hospital sementara dapat tawaran keje kerajaan. Cakap memang la senang. Yang kene bayar penalti kalau aku lari kontrak kat private hospital tu sape? AKU gak kan??? Bukan dorang. "Awak keje la private dulu, nanti dah ade pengalaman, baru keje kerajaan"....erk~ lain macam je bunyi. Aku terpikir, aku freshie, kalau aku buat silap time kat private hospital, semua aku kene tanggung. kalau kat hospital kerajaan, kerajaan kene tanggung. Sebab itukah dia cakap camtu?


Itu kisah aku tak puas hati dengan dorang. Tapi aku pon ade silap gak. Aku ni fail bab isu-isu semasa. Bile dia tanye, aku pon blur la. Jawab sepatah-sepatah je.

Dia tanye hobi aku. Aku jawab melayari internet, baca blog, chatting. Pastu dia tanye aku masuk blog Rosmah ke? aku cakap tak minat politik. Aku suka blog personal. Baca life story orang. Dia cakap pasal bahaya chatting. Aku cakap aku tau dan aku tak bodoh untuk transfer duit bagi orang yang tidak dikenali. Dia tanye aku Facebook, aku cakap aku tak berminat.


Teruk gak kene hentam arini. Intebiu yang paling teruk. Intebiu private senang je.

Kawan aku pon kene hentam semalam. Penemuduga tu siap cakap suruh apply lagi tahun depan je. Cari pengalaman dulu. Kalau ko dah tak bagi keje, macam mane nak ade pengalaman. Kang aku kata bangang kang..marah plak. Tapi memang bangang pon.

Tapi kan...aku pikir satu je. Kalau dorang tanak amik aku, dorang la rugi. Dah tanggung aku belajar 4 tahun, pastu tanak gunakan khidmat aku...kan? kan? kan?

hahahahahahahahahahahahaha~

naDDy: intebiu punye pasal, aku berlapar. kul 3 petang baru aku makan dengan lahapnye di mcD.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Along kata muka aku ade ong!

Iye...betol...percayalah~

Bukan Along bukit beruntung...bukan Along abang aku...tapi Along yang datang berurusan kat tempat kerja aku semalam.

"Mana??!!!"

Aku dengar orang menjerit...terkejut aku...Rupa-rupanye lelaki cina tengah bercakap telefon. Tak lama lepas tu ade sorang perempuan bangsa India ke apetah duduk sekali dengan lelaki cina tu.

Aku ingatkan perempuan tu nak cari kerja ke ape..Tapi aku dengar cina tu tanye akaun bank. Pastu time hantar makanan yang di order, aku nampak macam surat perjanjian memungut hutang.

Konfem la tu along...

Tiba-tiba Along tu panggil aku, "Melayu semayang kene bayar hutang tak?", "Mestilah...", aku jawab. Pastu dia cerita pasal sorang melayu ni, isteri 2, kereta Mercedes, rumah besar, pinjam duit kat dia, pastu takmo bayar. Aku nak keje, dia pegi cerita macam-macam plak.

Yang aku tak puas hati pasal Along ni, dia order makanan macam-macam, pastu dia suh peminjam tu yang bayar. Kesian aku tengok perempuan tu korek duit nak bayar bil.

Bile perempuan tu dah blah, Along tu panggil aku. Dia tanye, "u sudah kawin?" "boyfren ada?" "kalau tada, saya jadi u punye boyfren" "U PUNYA MUKA BANYAK ONG"

Aku jawab satu perkataan je, " HA??!!!" , pastu aku blah...

Pastu aku tengok Along tu tidor kat sofa. Dia kata nak tidor kejap, dia suh tengok-tengokkan kete dia kat luar, takut kene saman sebab parking kat tempat takleh parking. Along pon takut bayar saman...ape daaa..



naDDy: ade gak customer panggil aku sayang..hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 jam tiap-tiap hari

Mula-mula 4 jam 4 hari, sekarang 11 jam tiap-tiap hari. tolak 2 jam rehat, lebih kurang 9 jam aku bekerja. Sebab tu la aku tak update belog. Jalan-jalan kat blog orang pon kurang. Baca tapi tak komen. Ada gak yang tak baca, sori la eh. Aku penat gile. masuk keje kol 12 tengahari, rehat kul 5.30-7.30 petang dan balik kol 11malam.

Ramai tanye, "camne keje? bes?" Best memang best tapi penat ar. Bayangkan aku berdiri je selama bekerja tu. Nak curi-curi duduk pon susah sebab ade cctv. Pastu kene jalan laju-laju. Sebab kalau lambat, nanti customer marah, bos pon marah.

Dulu aku tanak keje yang kene berhadapan dengan orang ramai. Low self confident sket ar. Tapi sekarang aku suke, bole kasi up self confident aku. Orang tak tau kalau kita tak confident, kalau kita pandai cover. So, cover la sebaik mungkin...hehe..

Sepanjang lebih kurang 3 minggu aku bekerja, ade beberapa kategori customer yang aku dapat kenalpasti.

1. Keluarga...yang ni selalunya cina. Sekali datang 5-8 orang. Penuh kedai. Order banyak-banyak. Italian Cone Pizza gak yang untung. Ada yang friendly, ade yang fussy..manusia kan.

2. Couple...tak kira lelaki perempuan, atau lelaki-lelaki..Ya! Lelaki-lelaki...gay la kan. Sebabnya dah 3 kali couple tu datang berdua. Dari gaya dorang pon leh agak. Muka hensem tapi sayang, gay. Aku tak cakap dengan member keje aku pon dorang leh perasan..hehe

3. Budak sekolah...selalunye cina la. Balik sekolah, singgah makan ramai-ramai. Banyak betol duit dorang ni. Sekali makan banyak-banyak, of course la kene charge mahal-mahal. Tapi 1 je aku tak suke, al maklumlah baru balik sekolah, macam-macam bau ada..tahan saje la..hehe.

4. Yang ni aku tak tau nak kategori ape. Ade customer perempuan melayu yang selamba badak hisap rokok. Italian Cone Pizza ni leh duduk luar kedai gak, khas untuk smoker atau sape yang suke menghirup angin malam la. Kalau siang-siang duk luar, panas ar~ Yang aku takleh lupe dialog customer sorang ni. Dia cakap dengan anak buah dia. "Duduk luar la ye sayang, auntie nak hisap rokok". Aduh~ bawak budak kecik, takyah ar hisap rokok. Nanti-nanti la.

Haaa....dan yang paling bes, masa aku keje aku nampak 2 couple. Perempuan agak berumur dan lelaki tu dalam lewat 20an. Siap pegang-pegang tangan lagi. Aku terkedu dan terpikir..Ini ke sugarmummy dan toyboy? Selalu baca je, ni nampak depan mata.

Macam-macam jenis manusia ade kan. Tapi aku suke customer yang leh melawak dan faham kesibukan kitorang. Lagi satu, kitorang tak cukup staff. Sape nak keje, leh la apply.


naDDy: update gak akhirnye. aku nak bersiap pegi keje..daaa~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 jam 4 hari

Aku penah tulis pasal Pizza berbentuk kon. Aku cakap ada sambungan. Ni la sambungannya.


Yang sebenarnya....dragon ballz ade 7 bijik kesemuanya.hehe...


Yang sebenarnya, aku dah 4 hari keje kat Italian Cone Pizza tu. Setiap hari keje 4 jam, selama 4 hari. 4 hari ni training je. Keje tanpa gaji. Kalau lulus training, baru la di ambil bekerja. Tapi manager tu kata, mesti akan di ambil punye lah.


__________Hari Pertama__________


Aku datang kul 12tengahari.

"Saya datang nak keje"

"Oh, awak start arini?"

"A'ah"


"Kejap eh, manager takde"


Aku pon tunggu la. Nak dekat 1230, baru manager sampai. Dia suruh Ashvini bagi aku baju, apron dan key. Aku mintak baju size M, suar size 30 tapi yang ade baju size L, suar size 26 dengan 32. Aku amik je la baju tu, suar aku tak amik. Aku pakai suar sendiri. Yang penting hitam. Pastu Ashvini nak bagi key, aku cakap takyah sebab aku dah pakai tudung. Gile pe nak pakai key je, tak pakai tudung..hehe..

Pastu aku diperkenalkan dengan pekerja2 yang ada. Bahagian kitchen semua lelaki, muka comel2 tapi......... Manager tu nama Jack. Dia suh aku jadi runner je aritu. Bukan berlari-lari eh. Tapi tolong sesikit, yela..hari pertama.

Aku kene lap pintu, lap meja, lap cermin. Bagi sesape yang tak tahu, untuk lap cermin, sila gune surat khabar untuk lebih berkilat, bukan gune kain. Lepas abis mengelap, aku kene hantar makanan yang di order. Susah jugak sebab tak kenal rupa bentuk makanan dengan nama. Dah la macam-macam jenis pizza dan spaghetti.. Tak gheti aku heh~

Aku di demo sekali je bagaimana cara2 nak amik order. Pastu bile time customer ramai, tak cukup kaki, tangan dan badan, aku memberanikan diri untuk ambik order. Aku dabel tripel cek. Takut silap. Nasib baik ok.

Walaupun kelam kabot tapi aku seronok. Jack kata " bagus ar U, I belum ajar, U sudah pandai. Esok I ajar lagi."

__________Hari Kedua__________

Aku datang2 je, Jack dah panggil. Dia nak ajar aku cara amik order. Dia terangkan satu2 menu yang ade. Mane sedap, rasa ape, macam mane nak kasi sale tinggi. Baru lah senang sikit aku nak amik order kalau customer tanye ni ape, ni ape ni ape.

Dah 2 hari, lunch hour je mesti ramai customer. Sampai kene amik meja dari luar. Aku pon amik order dengan lebih yakin dan serve pada customer. Satu yang paling penting, lepas dah amik order, kene repeat ape yang di order. So, jangan bosan untuk mendengar apa yang waitress ulang. Kalau silap, jangan nak salahkan waitress plak, sebab dia dah ulang...Tapi customer always right...an? an? an?

Tengah nak kemas2 meja...PRANGGGGGG....botol chilli pepper terjatuh..."Oh my God!" Itu yang terpacul dari mulut aku. Dah asik cakap omputih, tu la jadinya. Bukannye nak sebut "Ya ALLAH'...time tu ade 5 orang customer, bos dan bos yang baru masuk. Aku ingat kene marah, tapi Jack gelak dan dia ajuk aku cakap Oh my God tu.. Tak kene ganti pon sebab dulu Jack penah pecahkan jugak. Punca botol tu jatuh adalah bekas botol-botol tu takde penahan tepi, so menggelongsor jatuh ke lantai, lalu hancur berderai lah ia.

Aku legaaaaaa~

__________Hari Ketiga__________

Aku datang dengan tidak bersemangat. Aku dah rasa bosan. Time bz tu aku suke la tapi bile dah takde customer, aku bosan. Tak tahu nak buat ape.

Aku masuk, tengok Vini takde, Jack pon takde, yang ade 2 orang tukang masak yang comel. Aku tanye salah sorang, "Vini mane?" Pastu dia jawab ape tah. Aku tak paham dan tak dengar dia cakap ape.

Pastu mulakan keje macam biasa. Kemas kalau ade kotor2, amik order, layan customer, senyum dan senyummmmm...Yang kedua penting keje waitress ni kene PERAMAH. Customer masuk kene cakap, "HI MISS/SIR, WELCOME~" kenapa aku capital letter kan? sebab cakap tu dalam nada menjerit, bersunggoh-sunggoh lah. Malu kene masuk lam poket. Bile customer nak balik, kene menjerit lagi, "THANK YOU MISS/SIR, PLEASE COME AGAIN".

Arini aku sorang pekerja perempuan kat Italian Cone Pizza tu. Customer pon tak menyerbu secara serentak time lunch hour. Satu keluar, satu masuk. So, aku berjaya handle kesemua customer dengan baik. Aku keje dalam keadaan hepi walaupon pada mulanya tak bersemangat.


__________Hari Keempat__________

Esok hari keempat.

Tak tahu ape akan terjadi.

Aku nak datang bekerja dengan tak bersemangatlah.

Nanti mesti hepi, macam hari ketiga.hehehe...



naDDy: jangan tanye aku keje cawangan mane dan jangan mintak pizza free kat aku. Aku bukan tokei okey?





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Interbiol lagi

Semalam aku pegi intebiu lagi. Interbiu ke 4 untuk medical centre. Semalam di Tropicana Medical Centre, Damansara. Orang tu call kelmarin, suruh datang interbiu semalam. Aku nak mintak postpone, dia kata takleh. Yela..mengejut je. Aku macam berat nak pegi tapi setuju je la. Dan macam biasa, sebelum nak pegi interbiu, kene la cari jalan dan transport2 yang ada untuk ke tempat tu.


"Good morning.. Welcome...May I help u?"
"Morning...I come for an interview. Where should I go?"
"Oh...ok...under sape?"
"Dia tak cakap plak under sape. Dia suruh pegi tingkat 7 je"
"Ok...cik jalan terus, pegi kat lif..naik tingkat 7. Sebelum tu screening dulu ye" sambil menunjuk ke arah nurse yang tengah memegang sticker bulat warna hijau.
"Ok thank you"

"Ade selsema atau batuk?"
"Takde"

lalu tudung aku di tepek dengan sticker bulat warna hijau tersebut. "lor..itu je screening? tak check suhu badan ke ape ke?" aku cakap dalam hati je la.

Semasa menuju ke arah lif, aku nampak kawasan bersofa yang seolah-olah memanggil aku ke arah mereka. Aku tengok jam, awal lagi. Lepak dulu la. Aku baca Metro sambil bersms. Pastu sakit perut plak, pegi toilet dulu. Saje buang masa. Kul 10 baru aku pegi kat lif, naik ke tingkat 7. Tingkat paling atas rupanya. Lif dia pintu dua2 belah. Masa aku naik, ada sorang lagi yang naik..India..Macam berjawatan jugak la. Aku senyum sket je la kat dia. Dia pon nak pegi tingkat 7. Bila dah sampai tingkat 7, aku bagi dia kuar dulu, pastu ada orang nak masuk lif tu. Orang tu greet dia, " Morning sister". "Oh...sister" aku cakap dalam hati je la.

Kuar masuk orang kat Bahagian Pentadbiran tu. Tapi kat meja paling depan, takde orang pon. Aku tak tau nak tanye sape. Pastu aku nampak sofa lagi. Aku duduk lagi. Maklumlah awal sangat sampai..Aku tengok luar tingkap, ada kawasan perumahan. Mula berangan.."kalau keje sini, leh sewa kat situ atau kat situ..dekat je la". Bila dah puas berangan, aku masuk balik kat Bahagian Pentadbiran..."ish, nak masuk ke tanak ni? lecturer aku ajar, pegi tempat orang, jangan nak main redah je.sabar..tunggu.."

Aku nampak sorang mamat cina ni. Dari tadi dia sebok semacam je. Tanpa ragu-ragu, aku pon...

"Excuse me, I come for an interview"
"Ha? oh...actually I'm not working here. Ask someone inside"
"Owh...ok..sorry"

Pastu aku masuk, tanya kat akak yang tengah busy. Boleh dia tak perasan aku bagi salam. aishh...Dia suh aku tunggu kat luar balik.
Aku pon keluar la balik. Meninjau-ninjau kat luar tingkap. Pastu ade sorang ni datang, tanya nama aku. Lepas dah check nama aku kat bilik mana, dia suh aku duduk dulu..tunggu lagi..tunggu lagi....Pastu dia datang balik dengan borang. Dia suh aku isi, Lepas dah siap isi, aku tunggu dulu. Sambil bermain sms..

Tiba-tiba, orang yang naik lif dengan aku tadi masuk bilik yang aku duduk tu. "aik..sister ni interview aku ke?" Sah, memang dia interview aku. Muka serius je.

"Hi..I'm (apetah name dia, aku tak dengar sangat), sister here...U come for an interview?"
"Yes" sambil shake hand. aku duduk,dia diri...aduhhh..takde dinamika kemahiran betol aku ni.
"Wait for another sister to come. She'll be here in a minute"
"Oh..okay" sampai 2 orang nak interbiu.takpe..selamba je.

Sementara tunggu sorang lagi sister, aku borak2 dengan sister 1 tu. Borak-borak interbiu la. Bukan borak kosong. Bila sister 2 datang, sambung interview. Part yang paling bes...

"How do you know about Tropicana?"
"Actually Kelana Jaya Medical Centre ask me either I got offer from Tropicana or not. I said no because I never heard about Tropicana. I go back and search for your website, then I apply"
"Oh..they promote us for u..hahaha"
"hehehe"

bla..bla..bla..

"Ok. I think that's all. Our HR will contact u in 1 week, if they didn't call u. U call us"
"ha? I call u? oh...ok..thank you"
Lepas salam2 hari raya..aku blah.

Masuk dalam lif, timbul idea kat otak aku ni. Aku tekan semua tingkat yang ada. Aku nak tengok keadaan setiap tingkat sebenarnye. Sebab tu aku tekan sume nombor tingkat tu.

Tingkat 6....takde pape menarik
Tingkat 5....ade orang masuk plak. Dia tengok semua nombor menyala. Kene tekan dek aku. " Kenapa semua nombor menyala?" dia tanya...Aku senyum je.
Tingkat 4....orang tu cuba untuk meng'cancel'kan pemberhentian lif di semua aras. Tapi gagal.
Tingkat 3....orang tu tanya aku, "akak nak pegi level mane?", "G"
Tingkat 2....orang tu nak turun. sebelum turun, dia tanya aku, "akak tekan semua level ni eh?", aku jawab, "a'ah..hehe..i nak tengok semua level tadi..hehe" Dia pon turun. Aku pon cakap, "babai" sambil senyum..."bye" balas dia.
Tingkat 1....terbiar begitu saje.
Groundfloor...aku pon keluar lif.

sementara tunggu akak aku datang, aku lepak kat sofa mula2 aku datang tadi. baca majalah omputih. yang aku tak paham majalah omputih ni, tebal kemain, mahal plak tu tapi isi takde ape2. nape orang beli tah...pastu aku lepak kat sofa depan pintu masuk bangunan Tropicana Medical Centre ni plak. Sebelum balik aku sempat borak dengan staff nurse kat situ. aku tanya camne keje kat situ dan bape gaji? mula-mula dia takmo cakap. last-last dia cakap gak. Bile dia kata rm1800, hati aku berbunga-bunga..ok la jugak tu.ehehe..

naDDy: adakah makan di dalam kereta di kira makan di khalayak ramai?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS