RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Ketidakpuashatian

Arini aku tak keje. Aku pegi intebiu yang di tunggu-tunggu iaitu intebiu dengan pihak SPA. Surat panggilan intebiu untuk 2 jawatan: Jururawat U41 / Pengajar Jururawat U41. Tempat: Pusat Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Cenderasari, 50520 Kuala Lumpur.

Sebelum kul 8 aku dah ade kat tempat intebiu. Dah ramai gak yang datang. Semuanya lebih kurang 20 orang. Arini intebiu untuk 2 jawatan. Pegawai Penyelidik Q41 dan Jururawat U41/ Pengajar Jururawat U41.

Giliran aku ke 8. Time tunggu, masing-masing bincang pasal ape yang mungkin di tanya. Aku pasang telinga je la. Kebanyakan yang datang intebiu adalah golongan berumur yang dah berkali-kali mohon SPA ni.

Aku sempat gak call membe aku, tanye ape soalan yang ditanya dan hafal ape-ape yang patot. Last minute la..

Tiba giliran aku, penemuduga keluar bilik, nak pegi minum. Time tu dah pukul 11. Aku lepak lagi. Tunggu sampai dorang abis minum. Aku pon lapar gak. Tapi tahan je la.

Yang aku tak puas hati adalah......

1. Aku kene soal pasal 'dressing'. Dia tanye pasal langkah2. Aku rasa aku dah jawab betol, macam yang lecturer aku ajar. Tapi dia kata aku silap. Penggunaan perkataan aku pon tak betol. 'Sterile area' maksudnya kawasan sterile. Tak semestinya kawasan tu kene luas sebesar bilik. Tapi penemuduga tu kata cakap 'sterile set' sudah lah. Dia kata area tu macam satu bilik ke. Lagi satu, 'consent' tu izin kan? Kalau nak buat ape-ape prosedur, kene ade consent. Yang selalunya operation la kene ade consent. Tapi ni aku gune perkataan 'consent' untuk buat prosedur 'dressing'. Aku siap cakap 'verbally consent' lagi. Tapi dia kata perkataan tu terlalu bombastic...Aduh~makne sama gak. Teringat pensyarah aku yang nak jawapan sebijik2 perkataan dalam kepala dia. Takleh lain sikit pon..

2. Penemuduga salahkan aku takde pengalaman. Dia tanye aku keje ape sekarang. Aku cakap la jadi waitress. Dia kata keje aku takde kaitan dengan ape yang aku belajar 4 tahun. Dan sia-sia la aku belajar selama ni. Aku jawab balik, aku kata aku apply ape yang aku belajar kat U time aku keje tu jugak. Nursing not only for nursing job, nursing is holistic and applicable to any circumstances! Tapi aku tetap di tentang, dorang kata tak sama. Ade betol dan ade tak betolnye.

3. Aku kan penah dapat tawaran dari private hospital. Dorang kata aku memilih. Aku jawab la balik sebab-sebab aku tak boleh nak terima tawaran tu. Dan salah satu sebab UTAMA adalah aku terikat dengan JPA ni. Dan lagi sekali aku di salahkan tak merebut peluang dan pengalaman yang di beri.

4. Dorang nasihatkan aku untuk terima je tawaran dari private hospital sementara dapat tawaran keje kerajaan. Cakap memang la senang. Yang kene bayar penalti kalau aku lari kontrak kat private hospital tu sape? AKU gak kan??? Bukan dorang. "Awak keje la private dulu, nanti dah ade pengalaman, baru keje kerajaan"....erk~ lain macam je bunyi. Aku terpikir, aku freshie, kalau aku buat silap time kat private hospital, semua aku kene tanggung. kalau kat hospital kerajaan, kerajaan kene tanggung. Sebab itukah dia cakap camtu?


Itu kisah aku tak puas hati dengan dorang. Tapi aku pon ade silap gak. Aku ni fail bab isu-isu semasa. Bile dia tanye, aku pon blur la. Jawab sepatah-sepatah je.

Dia tanye hobi aku. Aku jawab melayari internet, baca blog, chatting. Pastu dia tanye aku masuk blog Rosmah ke? aku cakap tak minat politik. Aku suka blog personal. Baca life story orang. Dia cakap pasal bahaya chatting. Aku cakap aku tau dan aku tak bodoh untuk transfer duit bagi orang yang tidak dikenali. Dia tanye aku Facebook, aku cakap aku tak berminat.


Teruk gak kene hentam arini. Intebiu yang paling teruk. Intebiu private senang je.

Kawan aku pon kene hentam semalam. Penemuduga tu siap cakap suruh apply lagi tahun depan je. Cari pengalaman dulu. Kalau ko dah tak bagi keje, macam mane nak ade pengalaman. Kang aku kata bangang kang..marah plak. Tapi memang bangang pon.

Tapi kan...aku pikir satu je. Kalau dorang tanak amik aku, dorang la rugi. Dah tanggung aku belajar 4 tahun, pastu tanak gunakan khidmat aku...kan? kan? kan?

hahahahahahahahahahahahaha~

naDDy: intebiu punye pasal, aku berlapar. kul 3 petang baru aku makan dengan lahapnye di mcD.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Along kata muka aku ade ong!

Iye...betol...percayalah~

Bukan Along bukit beruntung...bukan Along abang aku...tapi Along yang datang berurusan kat tempat kerja aku semalam.

"Mana??!!!"

Aku dengar orang menjerit...terkejut aku...Rupa-rupanye lelaki cina tengah bercakap telefon. Tak lama lepas tu ade sorang perempuan bangsa India ke apetah duduk sekali dengan lelaki cina tu.

Aku ingatkan perempuan tu nak cari kerja ke ape..Tapi aku dengar cina tu tanye akaun bank. Pastu time hantar makanan yang di order, aku nampak macam surat perjanjian memungut hutang.

Konfem la tu along...

Tiba-tiba Along tu panggil aku, "Melayu semayang kene bayar hutang tak?", "Mestilah...", aku jawab. Pastu dia cerita pasal sorang melayu ni, isteri 2, kereta Mercedes, rumah besar, pinjam duit kat dia, pastu takmo bayar. Aku nak keje, dia pegi cerita macam-macam plak.

Yang aku tak puas hati pasal Along ni, dia order makanan macam-macam, pastu dia suh peminjam tu yang bayar. Kesian aku tengok perempuan tu korek duit nak bayar bil.

Bile perempuan tu dah blah, Along tu panggil aku. Dia tanye, "u sudah kawin?" "boyfren ada?" "kalau tada, saya jadi u punye boyfren" "U PUNYA MUKA BANYAK ONG"

Aku jawab satu perkataan je, " HA??!!!" , pastu aku blah...

Pastu aku tengok Along tu tidor kat sofa. Dia kata nak tidor kejap, dia suh tengok-tengokkan kete dia kat luar, takut kene saman sebab parking kat tempat takleh parking. Along pon takut bayar saman...ape daaa..



naDDy: ade gak customer panggil aku sayang..hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rocker bagi surat cinta


Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhir kata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rocker sejati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akhirnya aku tombang

Dah 2 hari aku tak pegi keje. Semalam aku demam mengejut, arini aku ci-bi. Ape itu ci-bi? Tunggu di akhir entri.

Kelmarin aku balik keje kol 12mlm. Semua bos2 Italian Cone Pizza turun padang dan bos paling besar bagi training lagi sekali. Dalam kul 10lebih, bos besar start training. Training pertama, cara-cara nak bancuh air. Cappucino. Cafe Mocha, Cafe Latte, Hot Chocolate, Ice Blended itu, Ice Blended ini. Aku agak kagum sebab bos paling besar pon tau buat keje. Selalunye bos tau bagi arahan. Pantas dan cekap dia buat keje. Perkiraan aku untuk berhenti kerja terbantut sebab sekurang-kurangnya aku dapat sesuatu keje kat situ. Takde la keje macam robot.

Balik keje, cam biasa ar, mandi semayang dan online jap. Lepas dah tutup laptop, takleh tido. Tetiba dalam kol 2 lebih aku MENGGIGIL KESEJUKAN. giler punye sejuk..terketap-ketap bibir aku. aku off kipas, capai sweater, pakai suar panjang. tapi still sejuk. padahal selimut dah setebal toto dah (comforter). Takleh tahan agi dah. Aku pegi bilik mak aku, ajak mak aku tido sekali dengan aku. Nak haba panas. Mak aku kata aku nak demam kot. Then dia follow aku pegi bilik aku. Settle satu masalah.

Dalam pada aku menggigil kesejukan tu, aku jugak menahan sakit perot. Gile punye dia putar. Sejuk lagi...sakit perut lagi...Takleh tidor aku malam kelmarin. Suhu badan aku mencecah 38.6°C, mak aku kata badan aku panas giler tapi aku menggigil kesejukan.

Mak aku kata aku demam sebab tak cukup rehat, keje je takde cuti. Pastu balik lambat. Ni pon dia dah sound aku awal-awal takyah pegi keje selagi tak sihat betol.

Arini demam aku dah settle tapi perut plak buat hal. Masuk ni je dah 10 kali aku keluar masuk bilik termenung atau nama manjenye jamban. Sakit macam nak tercabut usus tapi keluarnye sikit...hehe..Minggu lepas akak aku yang dah kawin sakit perut, beberapa hari lepas akak aku yang lagi sorang sakit perut, arini aku plak...aduyai~

Dah 2 hari tak pegi keje, esok kene pegi ar. Tadi pon manager dah call tanye datang keje ke tak. Kalau nak datang, leh je. Tapi kene letak toilet sebelah kedai, supaya senang aku berlari ke tandas. tapi tu pon kalau sempat ar..hehehe..

Malam ni kene pegi tempat keje, bos besar nak bagi training kedua. Rasa rugi kalau tak pegi tapi kene mintak kebenaran bos besar kat rumah ni dulu la.


ci-bi ialah cirit-birit..lebih sopan bukan?


naDDy: hati-hati dan jaga kesihatan korang. sekarang musim taun...doktor cakap, bukan aku cakap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 jam tiap-tiap hari

Mula-mula 4 jam 4 hari, sekarang 11 jam tiap-tiap hari. tolak 2 jam rehat, lebih kurang 9 jam aku bekerja. Sebab tu la aku tak update belog. Jalan-jalan kat blog orang pon kurang. Baca tapi tak komen. Ada gak yang tak baca, sori la eh. Aku penat gile. masuk keje kol 12 tengahari, rehat kul 5.30-7.30 petang dan balik kol 11malam.

Ramai tanye, "camne keje? bes?" Best memang best tapi penat ar. Bayangkan aku berdiri je selama bekerja tu. Nak curi-curi duduk pon susah sebab ade cctv. Pastu kene jalan laju-laju. Sebab kalau lambat, nanti customer marah, bos pon marah.

Dulu aku tanak keje yang kene berhadapan dengan orang ramai. Low self confident sket ar. Tapi sekarang aku suke, bole kasi up self confident aku. Orang tak tau kalau kita tak confident, kalau kita pandai cover. So, cover la sebaik mungkin...hehe..

Sepanjang lebih kurang 3 minggu aku bekerja, ade beberapa kategori customer yang aku dapat kenalpasti.

1. Keluarga...yang ni selalunya cina. Sekali datang 5-8 orang. Penuh kedai. Order banyak-banyak. Italian Cone Pizza gak yang untung. Ada yang friendly, ade yang fussy..manusia kan.

2. Couple...tak kira lelaki perempuan, atau lelaki-lelaki..Ya! Lelaki-lelaki...gay la kan. Sebabnya dah 3 kali couple tu datang berdua. Dari gaya dorang pon leh agak. Muka hensem tapi sayang, gay. Aku tak cakap dengan member keje aku pon dorang leh perasan..hehe

3. Budak sekolah...selalunye cina la. Balik sekolah, singgah makan ramai-ramai. Banyak betol duit dorang ni. Sekali makan banyak-banyak, of course la kene charge mahal-mahal. Tapi 1 je aku tak suke, al maklumlah baru balik sekolah, macam-macam bau ada..tahan saje la..hehe.

4. Yang ni aku tak tau nak kategori ape. Ade customer perempuan melayu yang selamba badak hisap rokok. Italian Cone Pizza ni leh duduk luar kedai gak, khas untuk smoker atau sape yang suke menghirup angin malam la. Kalau siang-siang duk luar, panas ar~ Yang aku takleh lupe dialog customer sorang ni. Dia cakap dengan anak buah dia. "Duduk luar la ye sayang, auntie nak hisap rokok". Aduh~ bawak budak kecik, takyah ar hisap rokok. Nanti-nanti la.

Haaa....dan yang paling bes, masa aku keje aku nampak 2 couple. Perempuan agak berumur dan lelaki tu dalam lewat 20an. Siap pegang-pegang tangan lagi. Aku terkedu dan terpikir..Ini ke sugarmummy dan toyboy? Selalu baca je, ni nampak depan mata.

Macam-macam jenis manusia ade kan. Tapi aku suke customer yang leh melawak dan faham kesibukan kitorang. Lagi satu, kitorang tak cukup staff. Sape nak keje, leh la apply.


naDDy: update gak akhirnye. aku nak bersiap pegi keje..daaa~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adik aku

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.

Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah..

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.

Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.

Namun

adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.

Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


naDDy: aku takde adik dan ini bukan kisah aku. sape ade adik, sayang la adik masing2 ek. akak dan abang jugak~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cantik salah, tak cantik pon salah

kalau lelaki, tukar cantik kepada hensem

Tak cantik, nak cantik. Bila dah cantik, jadi masalah plak. Cemane tuh?

Aku pernah terpikir, susah tak jadi orang cantik ek? Yela, pegi mane2 mesti ade orang usha. Silap2 boleh kene kacau. Yang lebih teruk lagi, jadi mangsa rogol...Nauzubillah~

Kalau yang tak cantik, nak jadi cantik. Macam-macam produk di gunakan..krim itu, krim ini...nak putihkan muka...nak hilangkan jerawat...nak hilangkan parut...buat pelastik surgeri pon ade...

Orang yang cantik ni selalu konfiden je. Orang yang kurang cantik plak, selalu rendah diri, malu2. Tapi kan cantik tu subjektif. Kalau pon kita tak yakin pada diri kita, jangan tunjuk kat orang. Biar kita je yang rasa.

Tak di nafikan imej tu penting. Kene jaga personaliti. Tapi jangan sampai melampau dah la. Jangan mengubah sampai apa yang kita buat tu jadi haram dan berdosa.



__________Cantik vs Tak Cantik__________

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Ajoi untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada... Pengarah tersebut mengarahkan Ajoi menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Ajoi melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Ajoi : "Kamu memohon sebagai apa?"

Calon 1 : "Sekretari"

Ajoi : "Kamu merasa cantik ke tak?"

Calon 1 : "lebih kurang macamtu la"

Ajoi : "Permohonan Kamu tidak diterima."

Calon 1 : "Sebabnya?"

Ajoi : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok... "

Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"

Ajoi : "Makin lah saya tidak terima."

Calon 1 : "kenapa pulak ?"

Ajoi : "Buat sakit mata aje


naDDy: kalau nak dipikirkan masalah ni, sampai bile2 tak sudah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenapa aku suruh undi

kat seblah kanan tu ade kotak undi. tapi takyah tanda pangkah, lipat kertas dan masukkan dalam kotak undi. ni undi moden.


aku buat kotak undi tu sebab ade blogger kata layout ni tak lawa. aku tak kesah kene tegur. sebab kadang2 layout blogger menyakitkan mata, menyusahkan baca. jadi, bile orang tegur, kita tau la layout tu ok ke tak. Kalau tak, orang malas nak baca. Yelah, isi bagus tapi sebab layout tak bes, isi tak sampai. Kan tak syok tu.


Tak logik la kalau kita buat blog tapi tanak orang baca, tanak orang komen. Kalau camtu, baik private kan je. Bila ade orang baca blog kita, pastu komen2, mesti hati berbunga. Pastu semangat nak berblog pon bertambah.


Aku dah nak buang kotak undi tu. kalau sesiapa yang baca entri ni dan ade komen pasal layout ni, bagitau la ye. Aku tak kesah.


Aku ni cepat bosan, suke tukar2. Masalahnye kebanyakan layout yang cantik, sume gelap2. Aku nak buat cemane.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 jam 4 hari

Aku penah tulis pasal Pizza berbentuk kon. Aku cakap ada sambungan. Ni la sambungannya.


Yang sebenarnya....dragon ballz ade 7 bijik kesemuanya.hehe...


Yang sebenarnya, aku dah 4 hari keje kat Italian Cone Pizza tu. Setiap hari keje 4 jam, selama 4 hari. 4 hari ni training je. Keje tanpa gaji. Kalau lulus training, baru la di ambil bekerja. Tapi manager tu kata, mesti akan di ambil punye lah.


__________Hari Pertama__________


Aku datang kul 12tengahari.

"Saya datang nak keje"

"Oh, awak start arini?"

"A'ah"


"Kejap eh, manager takde"


Aku pon tunggu la. Nak dekat 1230, baru manager sampai. Dia suruh Ashvini bagi aku baju, apron dan key. Aku mintak baju size M, suar size 30 tapi yang ade baju size L, suar size 26 dengan 32. Aku amik je la baju tu, suar aku tak amik. Aku pakai suar sendiri. Yang penting hitam. Pastu Ashvini nak bagi key, aku cakap takyah sebab aku dah pakai tudung. Gile pe nak pakai key je, tak pakai tudung..hehe..

Pastu aku diperkenalkan dengan pekerja2 yang ada. Bahagian kitchen semua lelaki, muka comel2 tapi......... Manager tu nama Jack. Dia suh aku jadi runner je aritu. Bukan berlari-lari eh. Tapi tolong sesikit, yela..hari pertama.

Aku kene lap pintu, lap meja, lap cermin. Bagi sesape yang tak tahu, untuk lap cermin, sila gune surat khabar untuk lebih berkilat, bukan gune kain. Lepas abis mengelap, aku kene hantar makanan yang di order. Susah jugak sebab tak kenal rupa bentuk makanan dengan nama. Dah la macam-macam jenis pizza dan spaghetti.. Tak gheti aku heh~

Aku di demo sekali je bagaimana cara2 nak amik order. Pastu bile time customer ramai, tak cukup kaki, tangan dan badan, aku memberanikan diri untuk ambik order. Aku dabel tripel cek. Takut silap. Nasib baik ok.

Walaupun kelam kabot tapi aku seronok. Jack kata " bagus ar U, I belum ajar, U sudah pandai. Esok I ajar lagi."

__________Hari Kedua__________

Aku datang2 je, Jack dah panggil. Dia nak ajar aku cara amik order. Dia terangkan satu2 menu yang ade. Mane sedap, rasa ape, macam mane nak kasi sale tinggi. Baru lah senang sikit aku nak amik order kalau customer tanye ni ape, ni ape ni ape.

Dah 2 hari, lunch hour je mesti ramai customer. Sampai kene amik meja dari luar. Aku pon amik order dengan lebih yakin dan serve pada customer. Satu yang paling penting, lepas dah amik order, kene repeat ape yang di order. So, jangan bosan untuk mendengar apa yang waitress ulang. Kalau silap, jangan nak salahkan waitress plak, sebab dia dah ulang...Tapi customer always right...an? an? an?

Tengah nak kemas2 meja...PRANGGGGGG....botol chilli pepper terjatuh..."Oh my God!" Itu yang terpacul dari mulut aku. Dah asik cakap omputih, tu la jadinya. Bukannye nak sebut "Ya ALLAH'...time tu ade 5 orang customer, bos dan bos yang baru masuk. Aku ingat kene marah, tapi Jack gelak dan dia ajuk aku cakap Oh my God tu.. Tak kene ganti pon sebab dulu Jack penah pecahkan jugak. Punca botol tu jatuh adalah bekas botol-botol tu takde penahan tepi, so menggelongsor jatuh ke lantai, lalu hancur berderai lah ia.

Aku legaaaaaa~

__________Hari Ketiga__________

Aku datang dengan tidak bersemangat. Aku dah rasa bosan. Time bz tu aku suke la tapi bile dah takde customer, aku bosan. Tak tahu nak buat ape.

Aku masuk, tengok Vini takde, Jack pon takde, yang ade 2 orang tukang masak yang comel. Aku tanye salah sorang, "Vini mane?" Pastu dia jawab ape tah. Aku tak paham dan tak dengar dia cakap ape.

Pastu mulakan keje macam biasa. Kemas kalau ade kotor2, amik order, layan customer, senyum dan senyummmmm...Yang kedua penting keje waitress ni kene PERAMAH. Customer masuk kene cakap, "HI MISS/SIR, WELCOME~" kenapa aku capital letter kan? sebab cakap tu dalam nada menjerit, bersunggoh-sunggoh lah. Malu kene masuk lam poket. Bile customer nak balik, kene menjerit lagi, "THANK YOU MISS/SIR, PLEASE COME AGAIN".

Arini aku sorang pekerja perempuan kat Italian Cone Pizza tu. Customer pon tak menyerbu secara serentak time lunch hour. Satu keluar, satu masuk. So, aku berjaya handle kesemua customer dengan baik. Aku keje dalam keadaan hepi walaupon pada mulanya tak bersemangat.


__________Hari Keempat__________

Esok hari keempat.

Tak tahu ape akan terjadi.

Aku nak datang bekerja dengan tak bersemangatlah.

Nanti mesti hepi, macam hari ketiga.hehehe...



naDDy: jangan tanye aku keje cawangan mane dan jangan mintak pizza free kat aku. Aku bukan tokei okey?





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

erk~

Pada hari ini, tengahari tadi....


"Malam ni pukul 9pm I dah nak gerak g Sabah...Nanti U tolong tengok-tengokkan kereta I dan rumah I ok... Kunci I letak kat ofis dady I...Kalau ade pape hal, call I ok..."

erk~ sape plak nih. takpe2.nanti aku reply.


"Bukan ke I ikut U pegi Sabah?hehe....U ni sape daaa.silap orang ar tu..."

Tak lame kemudian dia call.


"Helloo..U ni sape?"

"Helloo..aik..U yang call I, U tanye I sape?"

"Ha...call?"


"Eh silap-silap..U yang sms I tadi kan? U tanye I pulak"


"Ye ke? Jap..jap"
dia tengah cek sms la kot.

"A'ah lah. Sorry2...U ni sape eh?"


"I sape? Takde sape-sape. Ok lah bye..."


"Ok bye"


Pastu dia sms balik.


"Sorry kk...U ni sape?"

"It's ok...I kawan baru U. Balik Sabah nanti jangan lupa belikan I mutiara Sabah tau.

"He he..ok name U ape?"


"Janji tau? Name I naddy. Name U? Wife U sihat?


"Im promis...Im Shah.."
tak balas pasal wife pon..

"U pegi Sabah berapa lame? Dah siap packing ke? Nak I tolong?"


"1 minggu...I dah abis packing"


sms terbehenti setakat tu. Malas dah aku nak layan. Buatnye suami, tunang atau pakwe orang, Buat naya je.hehe...

Time dia call dan sms aku, akak aku ade skali dengan aku. Akak aku kata jangan bagi name penuh. Aku cakap, kalau bagi name penuh pon, dia bukan tau betul ke tak tu name aku.

Aku budget dia anak orang kaya. Yelah, nak pegi Sabah, pastu suh orang tengokkan kereta dengan rumah.

Aku cakap dengan akak aku, "suara dia sedap, mesti tak hensem..hehe.."
Akak aku cakap, "tak hensem takpe, tapi berduit..hehe.."

Teringat aku kat entri apei pasal lelaki/perempuan yang suara sedap tak hensem/tak lawa. Tapi perempuan/lelaki yang suara sedap, lawa/hensem. Tak caya? try baca NI. Aku pon ade buat kaji selidik secara tak langsung dan memang terbukti..hehehe...



naDDy: aku yang dah takde keje.hahaha~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pizza berbentuk Kon

Tau bentuk kon cemane tak? Ala...takkan tak ingat. Time sekolah dulu, dalam subjek Matematik mesti suruh kira isipadu bentuk-bentuk dan salah satunya bentuk kon. Tak pon kon kaler oren yang selalu ada kat tengah atau tepi jalan tu.

[:: Kira isipadu kon tersebut (5m) ::]

Pizza selalu makan tak? Kalau tak selalu, penah makan tak? Tak kesah la Pizza Hut, Shakey's atau Domino's.

[:: Kira diameter pizza tersebut (3m) ::]

Setakat ni faham? Dapat jawab soalan matematik tersebut? Kalau tak dapat, dapatkan jugak jawapannya!!!

Dah tengok gambar kon dan pizza puas-puas? Ingat rupa bentuknya? Dah save dalam memori otak?

Sekarang tutup mata (tutup lepas habis baca ayat ni la) dan bayangkan pizza berbentuk kon.

Bayangkan....bayangkan...bayangkan... (jangan tertidor plak~)













Dapat bayangkan tak? Tak dapat? ermmmm....tengok je la gambar bawah ni.

[:: Hot & Spicy Chicken ::]

[:: Chicken Supremo ::]

[:: Classic Beef Pepperoni ::]

Tiga je cukup la erk? Ni lah produk Italian Cone Pizza. Baru ada 2 cawangan kat Malaysia.

Cheezy and Crunchy.... sedap~

Aku dah makan dah hari Rabu yang lepas. Tujuan keluar lain, tapi lain yang jadi. Apekah? tunggu kesinambungan entri ni. Yang dah tau, dendiam!!!


naDDy: ghisau pon ade nih~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Transformer lagi?

Dulu ade Transformer 3. Ni Transformer 4 plak.




naDDy: takut gak kalau2 laptop aku BERTUKAR

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelacur puasa, GRO tadarus

Terkejut?

Aku pon.

Tu muka depan Mingguan Warta Perdana, Ahad 11 Oktober 2009. Perdana memang terbit awal dari tarikh dia.

Aku petik sesikit je dari berita tu.


Pegawai JAWI, yang menyertai operasi mencegah maksiat di ibu kota pada Ramadhan lalu, berasa sayu menyaksikan beberapa GRO sedang bertadarus al-Quran, sementara menanti pelanggan datang ke kelab malam tempat mereka bertugas.

Seorang GRO memberitahu, walaupun pekerjaan mereka di cemuh masyarakat, namun mereka berasa tidak salah merebut peluang membaca al-Quran di bulan mulia seperti umat Islam lain.

"GRO itu memberitahu saya mereka juga ingin melakukan ibadah sepanjang Ramadhan walaupun bekerja sebagai GRO" "Mereka berkata, tidak semua GRO memilih pekerjaan ini dengan rela hati, sebaliknya ada yang melakukannya kerana terdesak atau di paksa oleh pihak lain," katanya.

Dalam kes berasingan, seorang pelacur muda yang berumur 19 tahun di tahan di siang hari ketika melayan pelanggannya di sebuah hotel murah di Jalan Haji Taib mendakwa dirinya tetap menjalani ibadah puasa walaupun dia menjual tubuhnya.

"Saya sungguh terkejut ketika pelacur it di bawa ke pejabat agama, dia meminta makanan untuk berbuka" "Pelacur itu mendakwa ibadah puasanya tetap SAH kerana dia hanya menerima pelanggan yang sedia memakai kondom sahaja ketika melanggannya di siang hari pada bulan puasa," katanya.

"Saya tidak tahu dari mana pelacur itu mendapat ajaran dan nampak sangatlah dia cukup jahil dalam agama," katanya lagi.



errkk~ terkedu aku.

Bila aku terbaca berita ni, perkataan pertama keluar adalah BODOH...

Tapi aku pikir balik. Dorang ni ade IMAN jugak sebenarnye, cuma tak berapa nak ada.

Aku pikir lagi. Ada gak niat dorang nak buat AMAL IBADAH....kita?

Aku harap, dorang akan di beri TAUFIQ dan HIDAYAH oleh Nya.

Kita ni selalu di beri peringatan, tapi asyik lupa je kan?


naDDy: nauzubillah~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gempa Tsunami

Sejak 2-3 hari ni kita di gemparkan semula dengan gempa bumi dan tsunami.

Aku teringat tsunami yang lepas. Time tu aku kat matrik, Kolej Mara Seremban. Sebelum tsunami terjadi, aku ade mimpi banjir besar kat KL. Penah gak dengar tsunami kat negara omputih dulu tapi tak amik port sangat. Bile terjadi kat Acheh tahun 2004 tu, baru paham kejadian sebenar tsunami.

Masa gegaran pertama, aku tak rasa sangat. Tapi masa gegaran kedua, memang terasa. Time tu malam. Kitorang sume kat asrama la. Aku dengan roomate tengah study atas katil.

Kalau dah name study atas katil, mestilah baring. Sedang aku nak ubah posisi, aku rasa macam bergoyang. Aku ingat roomate aku goyangkan katil, yela..bergurau-gurau. Tapi dia kata tak pon. Dia pon rasa bergoyang. Kenapakah?

Kitorang pegi luar bilik, kat beranda..Tengok luar, ade ape-ape ke. Tanye jiran sebelah bilik, dorang pon rasa bergoyang. Pastu ade sorang bersuara, "agaknya gempa kot?". Dengan gelabahnya, aku capai sweater, sarung tudung dan terus turun bawah.

Bile dah turun bawah, masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing. Ada yang telefon family, tanye rase ke tak gegaran tu. Yang nangis pon ade. Kisah lawak yang aku ingat ade 2,

Pertama,

Dalam sebok2 nak turun dari asrama, aku sempat kejutkan budak bilik sebelah. Dia ni memang kaki tido. Aku pon kejut la dia.
"Naz...Naz...bangun...turun bawah...!!"
"Ha~ kenapa nak turun bawah plak....." dia jawab dalam keadaan mamai
"Gempa la...semua orang turun..."
"Alaaaa....tanak la...."
Pastu aku pon tinggalkan dia. Dia memang jenis yang susah nak bangun dari tido. Nasib baik takde pape jadi kat dia.

Kedua,
Ini diceritakan oleh seseorang.
"Time goyang tu, aku tengah semayang. Tutup lampu semua. Gelap la. Tiba2 bunyi dong...dong...dong...Mangga kat almari bergerak sendiri dan mengetuk2 almari. Aku ingatkan hantu, terus aku berhenti sembahyang, keluar dari bilik"


Dunia dah makin tua, kita pon makin tua. Macam-macam ramalan ada pasal kiamat. Bencana pon dah macam-macam berlaku. Bumi dah mula mengamuk.

Dalam pada tu, ade kejadian menakjubkan berlaku semalam. Di Kuala Terengganu, ada keajaiban dapat dilihat (Sumber : Tolahah )

14

22

3

Kira-kira pukul 10.15 tadi (30.9.09) saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh kakak ipar menyuruh saya turun ke bawah melihat satu fenomena luar biasa bulan dan bintang dikelilingi pelangi. Sungguh menakjubkan… tetapi ada sesuatu yang lebih menakjubkan bila saya melihat kembali gambar yang telah dirakam melalui LCD…. nah terdapat kalimah Allah berhampiran dengan bulan.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS