RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.
Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

G.L.A.M.O.R.O.U.S

UPSR dah abis ke eh? tapi aku ada kisah yang aku tak lupa masa UPSR dulu. tahun 1998. tahun komanwel.

Aritu exam paper ape tah. Aku dah tak ingat. Aku duduk barisan tepi sekali seblah pintu keluar masuk, tapi kira bahagian tengah la. Penjaga peperiksaan semua cikgu dari luar. Tapi ada sorang je cikgu dari sekolah aku tu. Nama dia Cikgu Azman Bin Sabu. Orangnya tinggi, badan bidang besar, kurus tapi kepala kecik je. bukan aku kutuk eh. tapi cikgu ni kira hensem gak la. Dia ni ajar Pendidikan Jasmani. dah kawin dah pon. ada anak dah.

Bila dah abis jawab soalan exam, aku pon kebosanan. Tak tau nak buat ape. Aku tengok orang lain tengah menggelabah jawab soalan lagi. Aku pon semak balik jawapan aku. 2 kali aku semak. Pastu aku taktau nak buat ape. Aku pon letak kepala atas meja...tidor...Yang penting muka menghadap ke pintu. Pintu tu tertutup, so takde orang nampak la, kot-kot ada kejadian yang tidak diingini berlaku..seperti proses kejadian peta dunia dan sebagainya.

Tengah aku sedap-sedap tidor dan lena di ulit mimpi, aku terdengar suara yang aku kenal sangat. Suara lelaki..memanggil nama aku dengan mendayu-dayu...

umiiiiii...........bangun umiiiii..........bangunnnnn..........
umiiiiii...........bangun laaaaa..........bangun umiiiiii......

aku rasa tak sedap. aku angkat kepala...tengok keadaan sekeliling...semua orang tengah tengok aku...rupa-rupanya Cikgu Azman punye suara. Dia kejutkan aku gune mikrofon kat depan dewan. Abis sume orang dengar...aku malu gile time tu...orang semua dok senyum-senyum kambing (memang cam kambing pon). Aku pon bangun, pegi tandas, basuh muka. Masuk dewan, buat muka selamba.

Sejak aritu, kalau aku nak tidor time exam, aku lebih berhati-hati. Aku tanak glamer dalam dewan peperiksaan lagi. Bagi peluang kat orang lain plak.



naDDy: korang penah di glamerkan?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaga

malam ni aku bertolak ke USM Kubang Kerian, Kelantan untuk amik exam Lembaga....lembaga ape? Lembaga Jururawat Malaysia...

**************************

"aik...kata dah abis blaja.exam ape lagi"

"yang tu exam universiti. untuk dapat ijazah. ni exam untuk dapat lesen"

"lesen? lesen ape plak?"

"lesen untuk mempraktikkan ape yang dah blaja. macam doktor...nurse pon kena ada lesen gak."

"oOoOo...kalau tak lulus exam ni cemane?"

"kalau tak lulus ni, leh amik lagi sekali."

"kalau tak lulus lagi?"

"kalau tak lulus lagi...tak leh jadi nurse la. sia-sia la belajar 4 tahun. kena kerja lain la plak"

"oOoOo.. good luck la eh!"

"oKey...mekasih"

**************************

Exam ni serentak seluruh Malaysia... 23 Jun 2009...8 pagi...

kepada kawan-kawan yang seangkatan denganku...SELAMAT MENJAWAB DENGAN BETUL...lulus pon jadi la...

naDDy: semoga selamat segala-galanya!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS