RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Adik aku

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.

Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah..

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.

Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.

Namun

adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.

Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


naDDy: aku takde adik dan ini bukan kisah aku. sape ade adik, sayang la adik masing2 ek. akak dan abang jugak~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Asal raya je balik kampung, asal balik kampung je raya.

Sejak azali lagi memang cenggitu. Asal raya je balik kampung...asal raya je balik kampung...asal balik kampung je raya...

Dulu masa kecik-kecik, semua suka balik kampung. Yela, dapat beraya kat rumah jenjiran. Kalau boleh semua rumah kat kampung tu nak raya. Maklumlah nak kutip duit raya.

Bile dah remaja, rasa dah malas nak balik kampung. Nak beraya dengan kawan-kawan. Nak pegi jenjalan rumah makwe/pakwe. Takkan nak pegi rumah makwe/pakwe, bawak satu family plak kan. Ingat nak meminang ke ape.

Bile dah dewasa, dah berumahtangga, baru la rasa nak balik kampung balik. Yela, nanti sedara mara kata ape plak kan. Pastu nak tayang anak isteri kat sedara. Yang ada anak, suh anak kutip duit raya kat pakcik/makcik. Buat backup di hari kemudian.

Tapi mungkin berbeza untuk yang dah dewasa tapi bujang. Maklumlah dok jauh dari mak ayah. Jumpa mak ayah pon sekali-sekala. So, time raya ni la nak jumpa mak ayah. Amik cuti lama-lama, luangkan masa bersama-sama dan melantak selagi ada makanan di atas meja...kan?

Bila dah tua, memang dok kampung je la. Takyah nak balik memane lagi. Tunggu masa je untuk ke 'kampung selamanya'.

Kenapa kena balik kampung time raya?
  • raya setahun sekali...raya puasa la.
  • time raya semua balik kampung
  • time raya jumpe sedara-mara yang dah lama tak jumpe.
  • time raya boleh kumpul macam-macam...kumpul duit raya, kumpul sedara-mara, kumpul lemak.
  • supaya tak lupa kampung kat mane.
Petang raya aritu aku balik kampung di Tampin, Negeri Sembilan atau Tampin, Melaka. Kat bandar Tampin tu ada pembahagi antara Negeri Sembilan dan Melaka. Kita boleh berada di dua negeri dalam satu masa. Ajaib bukan?

Kat kampung, aku jumpe sepupu, dua pupu, tiga pupu tapi kupu-kupu takde, pegi beraya kot. Masing-masing dah besar, dah berubah rupa bentuk. Yang dah bertunang pon ade, yang kahwin awal tahun ni, dah mengandung dah pon. wah~ cepatnye masa berlalu kan. Perubahan sangat cepat. Kalau aku tak balik kampung, mesti aku langsung tak kenal sedara mara. Terserempak tengah jalan pon, buat selamba je.

Aku yang pada mulanya malas nak balik kampung, rasa seronok plak. Sebab dapat tahu perkembangan semasa sedara-mara semasa sesi borak-borak khas.

Walaupun atok dan nenek dah takde, jangan ingat tak payah balik kampung. Kalau tak balik kampung pon, mesti berkumpul kat salah sebuah rumah. Kalau tak, hubungan kekeluargaan tah kemana.Kalau tak hubungan kekeluargaan tah kemana. Kalau tak hubungan kekeluargaan tah kemana.


naDDy: bukan blog je kene update, pengetahuan sedara-mara pon kene update jugak~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ibu Mertuaku

Suzana dan razman adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

********************

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua


Sumber: Isuhangat

naDDy: ape pekdah benci orang?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ingatkan setan dah kene ikat

Malam tadi ujan lebat...start kul 1 lebih camtu...sampai kol bape, aku tak sedar...tido la..pe lagi...

Masa mula2 ujan tu, aku tak tido lagi. nak dekat kul 2, baru tido.

Semasa ujan turun dengan lebatnya, otak aku ligat berpusing.

"kalau time2 camni, orang nak pecah rumah memang bagus sangat ni. dah la ujan. orang tengah syok tido. pastu bunyi bising pon orang tak sedar"

pastu aku pon tido...bangun sahur cam biasa...tido balik...bangun subuh plak...pastu melepak depan laptop

mak aku macam biasa la...pagi2 melawat tanah jajahan di sekeliling rumah...tiba-tiba mak aku terjumpa kotak untuk isi barang kemas di luar tanah jajahan (baikkan mak aku? melawat tanah jajahan jiran sekali)

kotak je yang tinggal...isi dah takde...

mak aku pegi la tanya jiran aku tu...crite punye crite...2 enset hilang...barang kemas satu kotak tu hilang...eh silap.bukan hilang..di rompak.

menurut orang kene rompak, beliau terdengar bunyi pergerakan dan bunyi bende bergerak tapi mengabaikan bunyi berkenaan kerana menyangkakan bahawa bunyi biasa atau bunyi kucing. barang-barang rompakan tersebut berada di dalam bilik dan orang kene rompak turut berada di dalam bilik tetapi tidak sedar kemasukan perompak yang durjana tersebut.

kejadian seperti ini juga pernah di alami oleh family aku. tapi time tu aku kat hostel. dalam kejadian ni, enset N series abg aku, enset abg aku lagi sorang, dan 2 wallet berisi duit yang beranggaran lebih kurang RM1000, lesap di songlap perompak.tetapi, enset akak aku dan enset ayah aku terselamat.

setelah di siasat, rupa-rupanya modus operandi si perompak adalah memasuki bilik yang tidak berpintu atau pintunya tidak perlu di bukak lalu akan menghasilkan apa2 bunyi. dalam kes rumah aku, 2 bilik abang aku tu memang takde pintu.tutup dengan langsir je. bilik akak aku dan bilik ayah aku ade pintu. kalau nak bukak, akan menghasilkan bunyi bising. nanti orang akan tersedar.

sama jugak dengan kes yang melanda jiran aku malam tadi. perompak ni kira perompak yang terer la.aku salute gak dengan cara dia merompak. mula-mula dia cabut cermin tingkap (ala yang macam kat sekolah tu), pastu dia bukak selak pintu. kalau yang ade selak kat atas dengan kat bawah tu pulak, dia amik cermin, dia letak kat bawah pintu, pastu dia tolak gune batang mop. kemudian operasi merompak di mulakan.

perompak kat kawasan umah aku ni bermusim. dah lama tak buat hal, tiba2 ade je kes. malam tadi tah berapa rumah kene rompak tah. sebab time yang rumah aku kene tu, ade gak rumah lain kene rompak. penah satu hari tu, orang hampir2 nak dapat tangkap perompak ni. time dia tengah nak merompak, orang nampak, pastu kejar. tapi sayang terlepas..kalau dapat, mati la perompak tu di kerjakan.

aku risau gak ni. bilik abang aku yang tak berpintu dulu, dah jadi bilik aku sekarang. kalau kene rompak, laptop...enset....waaaa...mau nangis aku...nauzubillah...mintak di jauhkan....



naDDy: ada gak setan terlepas..aaaiiissshhhh~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah tadika

Semalam berbuka dalam gelap. Kawasan umah aku blackout. Siang tu skali, dah nak dekat time buka tu skali. Candlelight dinner la...lomentik woo..lomentik la sangat.panas lagi..nyamuk lagi..pastu main makan je..kalau ade bendasing pon, main ngap je la.bukan nampak pon..

Pastu mak aku suh sms akak aku, suh beli lilin, betri besar untuk lampu picit-memicit dan aku suh akak aku beli topup.

Kul 9 lebih, baru ade letrik.

Kul 10 camtu, akak aku balik bawak barang-barang yang dipesan dan yang paling penting topup aku. Kredit tinggal 2sen, cemane nak bermesej kan. Kalau dah terdesak sangat je aku tibau enset ayah aku. Bukan ape, ayah aku topup banyak2 tapi tak gune. Aku manfaatkanlah.

"Sape nama kawan tadika ko yang gaduh dengan ko tu? yang bapak dia jurugambar tu?"

"oh...dia tu...ape tah name dia.tak ingat dah aku..nape lak?"

"Dia keje kat kedai topup tadi tu. baru je keje situ"

Tiba-tiba mak aku menyampuk, "mula-mula bukan main kawan baik, sekali bergaduh"
.
Aku membela diri, "dia tu la. sape suh conteng buku orang. conteng pakai marker plak tu. mane bole padam lagi. orang tarik ar rambut dia. putus banyak gak rambut dia. melekat kat tangan. dah la time tu ibu bapa tengah tunggu anak2 nak balik tadika. semua tengok...hahaha"

Akak aku menyampuk, "entahnya..tu pon nak gaduh tarik2 rambut"


haha..ni salah satu kenangan yang aku tak boleh lupe. penah terserempak dengan ayah budak ni, terus aku teringat kisah lama. kalau terserempak dengan budak ni, aku buat2 tak kenal je.


naDDy: aku ex Tadika Kemas Selayang Baru...kemas je tau~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kuah? nasi? tumpah? membazir~

Suatu ketika dahulu,

"slurrppp...slurrppp....ah......"
"slurrppp...slurrppp...ah......"

Bunyi minum air horlick ais oleh si anak.

"slurrppp...slurrppp...ah...."
"slurrppp...slurrppp...ah...."

Bunyi minum air kosong oleh si anak.

Tiba-tiba ada suara muncul, "minum air kosong pon nak berbunyi, macam sedap sangat je"

"sedap ape..nikmat.."


Suatu ketika beberapa hari lepas,

"slurrppp...slurrppp...ah..."
"slurrppp...slurrppp...ah..."

Bunyi minum air kosong oleh si ibu.

Tiba-tiba si anak bersuara, " haha...patutlah orang pon minum berbunyi.membe sume tegur.mak pon sama. sedap eh air kosong?"

"sedap la.."


naDDy: ape simpulan bahasa yang sesuai? sila sambungkan tajuk entri ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku tengah makan ABC, sape nak?

haha...tajuk memang menarik..gile ke ape nak makan time2 camni. kalau tak puasa takpela.


___________ini kejadian semalam___________

"Mak!"

"Ape dia?"

"Arini ari AHAD."

"a'ah..."

"Esok ari ISNIN"

"ha..ade ape?"

"Lusa ari SELASA...hahaha..."

"gelak...gelak.."


___________ini kejadian kelmarin___________


"Mak nak balik kampung ni. Kang ko nak buka, ko rebus bendi tu, pastu goreng ikan"

"Ha? balik kampung buat ape? ermm...yela2"

Lepas asar, aku layan Nur Kasih. yelakan, jumaat tu pegi terawih, mane dapat tengok Nur Kasih.

Jam dah nak pukul 6 petang. Aku kene mula masak. Tapi Nur Kasih tak abis lagi...cemane eh?


"boleh tak kalau aku nak bawak laptop ke dapur? sambil masak, sambil ym, sambil tengok Nur Kasih? aku tanye kat member ym

"ko ni memang gile sengal. ko bawak la. aku doakan sup tumpah atas laptop ko.nanti boleh aku gelakkan ko puas2"

"wey..aku tak masak sup la. camne nak tumpah?"

jam dah pukul 6 petang.

"ah..aku tak kira, aku bawak gak laptop ni pegi dapur"

Masak settle, Nur Kasih settle dan APE YANG PENTING, takde ape2 yang tumpah.



___________ini kejadian semalam jugak___________


tengah syok2 berzikir Lailahaillallah lepas witir sambil kedua tangan aku rileks di bahagian belakang, aku dengar bunyi bedebukkk....botol air jatuh...botol air plastik yang kaler jernih tu...pastu aku rasa tangan aku sakit...

"alahai adik...nape jatuhkan botol atas tangan akak? nape tak jatuhkan atas kepale je" aku tak cakap pon kat adik tu.

pastu aku dengar nenek dia marah dia. tak mintak maaf dengan aku pon tapi takpe, aku tak kesah dan aku masih mampu tersenyum..budak-budak, biase la..






naDDy: ini namanya entri rojak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jubah labuh dan topi rambu-ramba

Ada yang tau, ada yang tak tau aku konvo 16 Ogos yang lepas. Konvo kat USM Penang. Konvokesyen ke 40 dengan tema Memastikan Kelestarian Hari Esok (esok je ke?).

Aku bertolak jumaat malam kul 11 camtu. 2 buah kete, seplo orang. Mak, ayah, abang dan akak ipar, abang dan akak ipar, akak dan tunang akak, anak buah dan aku.
Mula-mula bertolak asing, sebab 1 kete kena pegi umah makcik aku kat subang untuk amik surat tempah apartment dan lagi satu kete pegi amik tunang akak aku kat Setapak.
Lebih kurang kul 1 lebih, berenti kat R&R Tapah. Kasi driver rehat dan minum-minum jap. Ramai gak orang time tu. Abang aku cakap, sume nak pegi konvo kot.
Kul 4.30pagi sampai umah tunang akak aku kat Nibong Tebal. Yang kelakarnya, pusing dua kali gak sebab salah masuk jalan. Tunang akak aku lupa jalan umah dia sendiri. Tak cukup tido punya pasal ar kot.

Lepas dah rehat secukupnya, masa untuk bertolak ke pulau. Lebih kurang kul 10, kuar dari rumah tunang akak aku, pegi kedai mak ayah dia. Pegi makan sebelum bertolak mencari apartment kat Tanjung Bungah.

Check-in kul 2petang, kul 1.50, kitorang sampai kat apartment tu. Mula-mula tak perasan sebab tulisan Leisure Cove kat belah atas skali. Kene dongak baru la nampak.
Time nak check-in, orang tu tanye bape orang. Aku jawab 6 sebab limit dia 6 orang. Kang tak pasal-pasal kene bayar lebih.
Lepas dah angkat barang-barang, aku jenjalan kat apartment tu. Ada swimming pool kat rooftop. Aku pegi la tengok, mane tau nanti leh buat terjunan bebas kat rooftop tu. Terjun ke tepi pantai terus pon boleh sebab apartment dia tepi pantai betul-betul. Time tu kul 3 lebih dan ada 2 mamat putih tengah berjemur.
Pastu sambung lepak dalam apartment tu. Selesa jugak la. Ada 2 bilik, siap periuk, pinggan mangkuk, lengkap la macam rumah.

Kul 5 lebih kuar pegi makan. Makan kat Gurney Drive. Kitorang makan kat gerai-gerai yang dekat dengan roundabout tepi laut tu. Yang besnye makan kat sini, kita lalu je, orang2 gerai tu akan serbu kita. Tak kesah la korang duduk kat mane, setiap sorang dari gerai yang ada kat situ akan datang kat korang dan promot makanan yang dorang ada. Dah macam MLM pon ade. Sambil tunggu makanan, sambil tu usha orang. Macam-macam gelagat ada. Ada gak yang sibuk amik gamba dengan DSLR masing2. Nak letak kat blog agaknye.

Aku makan Sani Char Kuey Teow. Abang aku cakap kat KL pon ada, sedap gak. So, aku pon try. Orang kata kalau dah sampai penang, tak try pasembor, rugi la. So aritu aku try pasembor dari 2 gerai. 1 yang abang aku beli, 1 yang ayah aku beli. Yang ayah aku beli tu sedap sket. Mahal tapi berbaloi la.

Lepas makan, jenjalan kat tepi pantai tu. Dari jauh nampak cantik, bila dah dekat, sampah berterabur.
Bila makanan dah mendap sket. Naik kete, cari jalan nak ke USM supaya esok senang.

On the way nak balik ke apartment, abang aku yang kete lagi satu ingat nak ikut jalan lain. So aku yang dalam kete lagi satu ni follow je la.
Lalu kat bangunan putih cantik...Mahkamah rupanya..Lalu kat tempat bas, ramai orang tengah sibuk-sibuk turun bas..Oh jeti..Lalu kat deretan kedai.Aku sempat nampak ada ayya dok dalam kedai dengan lagi sorang ayya..
Pastu...lalu kat bangungan putih cantik tu lagi.."eh, macam kenal je bangunan ni"...Lalu kat tempat bas, tapi tak ramai orang dah.."eh, ni jeti tadi kan?"...Lalu kat deretan kedai. Ayya dah tinggal sorang, ayya lagi sorang dah takde..

trett..trett..bunyi mesej masuk..."Kita dah sesat"..

Aku dah agak dah. Asik pusing jalan sama je. Ingatkan nak pegi mane2 ke. Rupe2nya dah sesat.Last-last ikut jalan nak ke USM tadi balik. Cari jalan balik semula. Ni semua pasal abang aku nak cari jalan lain.
Kat penang ni kalau dah masuk town, susah nak cari signboard. Lagi satu, jalan dia one way, macam Melaka. Tu sebab senang nak sesat, susah nak cari jalan keluar.
Nasib baik tak pusing-pusing kat situ sampai pagi. Kalau tak, tak berkonvo la aku.

Plan nak berjakuzi kat rooftop apartment pon terbantut. Sebab dah lambat, jakuzi dah tutup, pool pon dah tutup...hampeh je..

Sampai apartment kul 10 lebih. Perut masing-masing dah lapar balik. Penat pusing-pusing kat town. Sampai je apartment, selongkar makanan yang ada. Nasib baik ada beli meggi, beli roti. Makan la berebut-rebut. Tapi berebut tu yang best.
Tak dapat berjakuzi kat rooftop, berjakuzi kat bath tub pon jadi la. Tapi bath tub tu tak cukup panjang.hehe..

Ari ahad tu, kul 5 aku dah bangun. Masak air, sediakan sarapan dan memekak bangunkan semua orang. Takut lambat sampai kat Dewan Tunku Syed Putra tu.
Aku siap-siap kemas sekali, untuk check-out. Book apartment last minute, so dapat semalam je la. Tu pon kira bernasib baik, ada gak kosong.

Kul 7 bergerak ke USM. Aku gelabah gak sket sebab dia kata kena daftar kul 7.30pagi. Nasib baik time aku sampai tu ngam2. Orang pon tak ramai lagi. Macam tak konvo pon ada gak. Tak meriah mane. Mungkin sebab ari last konvo USM.

Sampai je USM, terus cari tempat daftar, amik kad nama. Takde kad, takleh masuk dewan, takleh naik pentas. Time daftar tu, orang dia betul2kan jubah dan topi. Tapi nampak macam tak bes, akak aku tolong betulkan balik. Nasib baik dia dah konvo 2 kali. So, dia la jadi mak andam aku dengan kawan-kawan aku.

Sebelum nak konvo, aku takde semangat langsung. Macam malas nak pegi pon ada. Tapi pagi tu, bila dah tengok member2 dengan jubah konvo, dengan topi rambu-ramba, aku jadi bersemangat dan hati berbunga-bunga..

Sebelum masuk dewan, ada orang betul2kan jubah lagi. Imej tu penting..Dan ada orang bagi hand sanitizer dan screening for H1N1. Lagipon, awal-awal lagi USM dah bagitau kalau ada tanda2 H1N1, jangan datang konvo.

Aku masuk dewan dengan bangganya dan tak sangka aku konvo aritu. Hepi jugak la..Dewan tu takde la besar mane pon. Pentas dia pon sempoi je.
Masuk dewan, cari seat. Kat atas setiap kusi ada 1 paperbag berisi mask, tisu, bekas untuk isi sampah dah leaflet pasal H1N1.

Aritu ada 6 Ijazah yang akan di sampaikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan, Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Forensik), Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ijazah Doktor Pergigian, Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dan Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik..aku menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan..jangan tanya aku Seni Halus tu belajar ape, aku pon taktau...

Konvo aritu takde la skema pon. Sebab budak2 Seni Muzik yang havoc. Orang tepuk tangan, dorang hentak2 kaki. Siap bising-bising lagi. Tapi ok gak, takde la bosan sangat. Seblum stat majlis tu, dorang buat rehearsel ringkas sebab ramai tak datang rehearsel. Tapi ada gak insiden2 yang lawak. Topi rambu-ramba tu terjatuh, 2 kali lak tu. yang sorang tu jatuh lepas amik skrol dan yang sorang lagi jatuh betul2 depan Canselor. Dia tunduk, amik balik topi tu. Yang besnye, canselor pakaikan untuk dia. Semua orang tepuk tangan. Malu pon leh hilang kalau camtu. Nasib baik takde perkara memalukan terjadi kat aku. Cuma kasut je hampir2 nak tercabut sebab longgar. Tah cemane tah rupa aku time atas pentas tu. Kena tunggu gambar siap je la..huhu..

Caya tak aku leh tido time konvo tu? siap mimpi lagi.hahaha..Majlis tu bermula dengan penyampaian skroll, pastu ucapan2. Time ucapan2 tu la aku tido. Tapi time ucapan wakil siswazah tu aku tak tidor. Wakil siswazah tu cina. So bila dia bagi ucapan, ada la sleng cina dia tu. Dan yang kelakar, dia bunyi bunyi srettt....sedut hingus dia. selsema la tu. Abis satu dewan gelak. Dia pon gelak gak. 2-3 kali gak la dia buat bunyi tu..hehe..

Lepas abis majlis, masing-masing sibuk bergambar. Camera di mana2, dah macam artis pon ade. Aku dapat bunga dan 2 patung. Suke dapat sume tu tapi bile dah banyak sangat, takleh nak pegang. Last2 aku bagi je abang aku pegang.

Majlis selesai lebih kurang kul 12. Perut dah lapar, aku dengan famly pegi melantak kat gerai makanan yang ada. Jalan-jalan pakai jubah. Macam poyo pon ada, tapi sebab aritu ari penting aku, dan orang lain pon camtu, so poyo pon poyo la.hehe..

Ahad tu jugak aku pulangkan jubah, amik skrol dan tanskrip, amik frame gambar yang di tempah dan uruskan gambar pentas yang nak di pos ke rumah. Yuran konvo RM60, duit frame gambar RM150, duit gambar RM135 (termasuk kos pos)..banyak gak abis untuk konvo nih.dah la takde gaji, kena bayar benda2 tu plak. Nasib baik ada penderma yang murah hati.hehe..

Lepas dah settle sume, famly aku nak pegi Bukit Bendera plak. Kepala aku dah berat semacam. Pening sebab panas dan ramai orang kat USM tu. Aku ikutkan jela. Sebab bukan selalu datang Penang ni. Tapi tak jadi naik Bukit Bendera sebab orang ramai, kete kabel kol 5 petang baru ada. Time tu baru kol 3.30 petang. Tanak tunggu lama, kitorang tukar plan. Pegi Batu Feringghi, abang aku sebok nak mandi laut.

Sampai Batu Feringghi kul 4.30 petang. Ramai gak orang time tu. Ada yang mandi, ada yang berjemur, ada yang naik kuda, ada yang main jet ski, ada yang main yang macam parachute tu, parasailing nama dia..

Lepas abg aku dah puas mandi laut dengan main jet ski, kitorang gerak balik ke rumah tunang akak aku. Kitorang naik kete yang naik feri..hehe..

Sampai umah tunang akak aku dalam kol 9 malam. Mandi, makan dan berehat.
Isnin, 17 ogos 2009 jam 12tghari, bertolak balik. Brenti kat R&R Tapah kul 2 lebih. Tengah makan...

trett...trett...mesej masuk...

"dah sampai mane?"
"Tapah, brenti makan."
"jangan makan nasi ayam kat kedai cina"
"nape?"
"Tokei cina, tukang masak cina, frontline je pekerja indon, ada tanda halal. tapi kalau dah makan, teruskanlah.membazir amalan syaitan"

memang aku tengah makan nasi ayam dari kedai cina yang di maksudkan. aku tengok ada tanda halal.yang JAKIM punya. aku teruskan makan sebab yakin dengan halal JAKIM tu.
lepas siap makan. pegi borong jambu plak.mak yasarah pesan, so beli je la.beli untuk aku jugak. jambu batu takde biji dan jambu madu..sedap woo..
jalan 2 jam, rehat 2 jam..biasa la klu dah brenti rehat.takkan kejap je kan?

kul 5 petang, aku sampai rumah.kaki lenguh sebab duk dalam kete lama sangat.
arini baru update blog.jenjalan blog lain.mengikuti perkembangan semasa.



naDDy: ni entry bertulis.gambar nanti2. sebab camera tak dapat dikesan buat masa ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pada setiap hari...

Pada setiap hari, maksu saya iaitu tokei blog ini akan datang mengganggu saya yang sedang tidur lena.

Lena kan saya tido? Kesian pakcik/makcik semua kena sengetkan kepala. Tengok gambar bawah ni plak lah.

Ha...ni la saya tengah tidor lena. Pastu maksu saya suh saya bangun. Sebab nak mandikan saya.


Penting sangat ke mandi? Tiap-tiap hari kena mandi plak tu. heran...heran...

Takpelah, mandi je la. Lagi pon maksu yang mandikan.

Gambar mandi maksu tak amik. Sebab censored. Ganti gambar bawah ni je la eh...

http://emo.huhiho.com

Saya tau gamba ni macam tak logik. Pepandai la pakcik/makcik semua logikkan.

Lepas dah sudah mandi. Maksu cuci tali pusat saya dengan spirit (tambah semangat kot). Pastu pakaikan saya pampers, seluar dan baju.

Angkat tangan kanan, pandang kiri~

Angkat tangan kiri, pandang kanan~

Eksesais la pakcik makcik.

Lepas eksesais, saya kena bungkus. Tapi takde lah sampai macam antu bungkos tu.

Lebih kurang camni lah Maksu bungkus saya. Saya redha je diperlakukan sedemikan rupa.

Lagipon, Wan dah pesan kat Maksu saya supaya bungkos saya lepas mandi. Supaya bila besar nanti, kaki saya tak kengkang.

Nak tahu camne rupa saya tido berbungkos?

Ha...camni. Lagi syok tido berbungkos. Rasa secure omputih cakap. Macam ada orang peluk je..hi hi hi

Selepas beberapa ketika, saya pon terlepas daripada bungkosan Maksu itu.

Saya lagi terer la Maksu~

Kalau Maksu takde, saya tidak di bungkos. Sebab ummi kesian tengok saya di bungkus.

Boleh la saya menggeliat sesuka hati saya. Macam video klip saya ni.



hehe...comel tak saya? bergaya kan saya tido?

ok lah. saya nak sambung tido.hobi saya tidor.cita-cita belum pikir lagi.

































eh..eh...saya belum memperkenalkan diri lagi la.

Nama saya Nur Yasarah Binti Mohamad Isa.
Ummi saya nama Haslinda (terima kasih ummi sebab lahirkan saya)

Saya di lahirkan pada 3 Ogos 2009.
Jadi umur saya arini 9 hari.


nur yasarah: sorilah kalau gambar blur. camera tak bermutu...maksu takde, saya la jadi tokei blog ni.hehe

tata...titi...tutu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Pengantin Lama


Arini kita layan gambar~





[:: Berarak ::]


[:: Pelamin ::]

[:: Mak pengantin lelaki ::]

[:: Ayah pengantin lelaki ::]




[:: Kawan-kawan pengantin lelaki ::]


[:: Suap nasi kosong je? ::]

[:: Makan adab-adab ::]




Pengantin perempuan: "Abang, dorang ni tengok ape eh?"
Pengantin lelaki: "Entah la sayang"


Ini gambar perkahwinan abang aku pada 28 Jun 2009. Dah pengantin lama dah. Aku baru dapat gambar ni dari kameraman yang di upah aritu. Ada banyak lagi, tapi takkan nak upload semua. Agak-agak secukup rasa dah la.

naDDy: asik tengok gambar kawin orang je~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS