RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Tenteng

Siang tadi aku tengok cerita Tersasar di JalanMu, arahan Erma Fatima. Cerita yang banyak menang anugerah Skrin 2009 baru-baru ni. Tengok iklan macam bes, pastu kat syok pon ade. Ape lagi, aku download ar. Cite dia boleh tahan la. Memang betol2 menggambarkan masyarakat sekarang tapi aku rasa tu baru sikit. Ade lagi kisah masyarakat yang kita tak tau.

Dadah
Seks bebas
Mak nyah

Pelacuran

Keganasan rumahtangga


itu antara isu dalam cerita ni. Kalau nak tengok, bole download kat www.syok.org. Tapi kene register dulu.

Ada satu scene dalam cerita ni, budak-budak tu main tenteng. Aku teringat time kecik-kecik dulu. Selalu main tenteng petang-petang lepas sekolah. Kalau dah menang satu round, boleh buat rumah la. Siap lukis langsir lagi kat petak yang kononnya rumah kita. Pastu kalau orang lain dapat 'rumah' kita tu, kira 'rumah terbakar'. Kalau tak silap aku, ada banyak nama tenteng ni, tapi aku tak ingat dah.



Sekarang dah takde tanah nak main tenteng. Kalau nak lukis atas simen, nanti ada yang mengamok plak. Nanti lama-lama, dah takde orang tau kewujudan tenteng ni.


naDDy: sape tak penah main tenteng, angkat kaki dua-dua belah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuba jawab

Kalau bercinta, kene berjumpa ke?

Kalau kene, bila masa yang sesuai untuk berjumpa?


Kalau berkawan plak, kene jumpa ke?

Kalau tak jumpa, tapi terus berkawan di alam maya, kekal lama tak?








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku memang tak boleh di harap

....eh bukan...bukan...

Aku memang tak berharap. Aku memang tak berharap untuk lulus intebiu SPA aritu. Masih ingat entri ketidakpuashatian ni. Yela. teruk gak aku kene hentam. Dan patah semangat aku dibuatnya. Sampaikan nak apply private hospital lain pon takde semangat. Nak update blog pon takde semangat.hehe..

Tapi semalam, keputusan intebiu aritu keluar. Kat website SPA tulis 11 Disember 2009, tapi semalam kawan aku sms bagitau keputusan dah keluar. Balik je keje, aku terus on laptop dan cek keputusan.

Dan ini yang aku dapat


Aku di tawarkan untuk 2 jawatan. Alhamdulillah dapat jawatan yang aku nak iaitu Nurse U41. Kawan aku yang di suruh apply balik tahun depan pon lulus intebiu ni. Tapi dia dapat jawatan pengajar nurse U41. Dan ramai lagi coursemate yang intebiu aritu berjaya. Syukur sangat-sangat.

Selepas difikir-fikirkan semula, mungkin penemuduga saja nak uji aku masa intebiu aritu atau dorang memang kene terima aku sebab aku penah di taja oleh pihak dorang.

Ape-ape pon, aku BERSYUKUR sangat-sangatttttttt.


naDDy: tunggu surat tawaran dari kementerian kesihatan plak. kemane aku akan di campak?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sayang sebab ape?

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu tertanya-tanya...perlu sebab ke untuk kita sayang seseorang?

Dulu aku dengan coursemate aku penah bincang pasal hal ni. Sebab boyfren coursemate aku selalu tanye coursemate aku kenapa sayang dia.

Aku cakap dengan coursemate aku, kadang-kadang sayang tu datang dari rasa kesian atau rasa simpati. Tapi sayang tu jugak akan datang dengan tiba-tiba.

Sekarang aku plak dalam dilema. Tertanya-tanya kenapa aku sayang seseorang. Kalau family tu lain lah. Hari-hari kita dengan dorang, susah payah pon dengan dorang. Memang la kena sayang.

Tapi ni sayang seseorang yang kita baru kenal. Baru tak baru sangat la. Lame pon tak lame sangat.

Dari rindu ke sayang, dari sayang ke cinta.

Sekarang ni aku tengah konfius samada aku sayang dia atau rasa sunyi aku yang menyebabkan aku perlu dia untuk berbual setiap hari dan sms setiap hari. Dia tak macam yang aku harapkan dan aku tak tau ape yang serasi antara kitorang. Tapi aku masih rasa rindu dan sayang kat dia.

Aku pon tak tau samada sayang aku ikhlas atau terpaksa. Dah banyak kali aku nak cakap dengan dia tentang hal ni tapi aku takut aku akan mengecewakan dia. Aku memang seorang yang memerlukan kepastian dalam setiap yang aku lakukan.

Perlukah aku bincang dengan dia?
Perlukah aku tanye kenapa dia sayang aku?

Kadang-kadang kita takut untuk terlalu sayang pada seseorang sebab takut kehilangan dia atau sayang kita tidak terbalas seperti yang di harapkan.


naDDy: lame tak update, sekali update entri jiwang...haha~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS