RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Cacat atau maut 2

Ingat kisah budak yang kaki gangrene tu? Boleh baca kat sini...

Sebelum aku bercuti seminggu yang lalu, aku sempat tunaikan keinginan aku untuk bercakap dan memujuk adik tu supaya bersetuju dengan pembedahan yang doktor cadangkan. Susah jugak nak cari peluang untuk berseorangan dengan adik tu. Cakap one-to-one dengan dia. Akhirnya peluang tiba, aku pon merembat peluang tersebut.

Puas aku pujuk adik tu. Cakap pasal umur dia masih muda, tak puas hidup, tak puas nak pergi sekolah, nak kerja, nak balas jasa mak ayah dia. Cakap yang dia akan terseksa lebih teruk lagi kalau tak buang kaki dia tu. Aku tanya kenapa dia takmo buang kaki tu, dia cakap dia tanak cacat, tanak pakai kaki palsu, nanti kawan-kawan ejek. Aku ingatkan adik tu pasal iklan Petronas dulu, yang kaki budak tu melambung time main bola. Aku cakap orang cacat pon boleh berjaya. Dalam pada aku bercakap-cakap tu, airmata aku mengalir...Airmata adik tu pon turut mengalir..Aku sedih mengenangkan nasib dia tapi keputusan bukan di tangan aku.



Lepas aku balik bercuti, aku tanye membe-membe perkembangan adik tu. Dorang cakap adik tu pegi hospital swasta untuk dapatkan rawatan lanjut dan sama jugak, hospital tu mencadangkan kaki adik tu di potong. Memang itu je jalan penyelesaian yang ada.

Sampai situ je la perkembangan adik tu yang aku tau. Aku harap dan berdoa agar keputusan dia berubah dan bersetuju untuk memotong kaki dia. Dan aku harap penyiksaan dia berkurangan.

naDDy: 1 keputusan kecil tapi mampu memberi impak yang besar~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cacat atau maut ???

Entri kat blog ni banyak pasal keje aku kat wad. Sebab kebanyakan masa aku di habiskan di wad dan di wad jugak aku belajar banyak benda tentang hidup, aku belajar banyak benda tentang sikap manusia.


Kali ni aku nak kongsi satu kisah yang bagi aku agak sedih. Walaupun bukan melibatkan ahli keluarga aku, aku rasa sangat sedih dan bersimpati kepada pesakit dan keluarga pesakit.

Pesakit adalah seorang yang berumur 13 tahun, bagi aku dia masih kanak-kanak yang tidak memahami erti kehidupan lagi.Adik ni telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan salur darah di kaki kirinya terputus. Pelbagai usaha telah di lakukan bagi menyambung semula salur darah yang terputus tapi gagal. Pada mulanya, dia hanya berasa kebas dan sejuk pada hujung-hujung jari kaki kirinya. Tapi semakin hari, keadaan kaki adik semakin teruk atau dalam erti kata lainnya 'MATI'. Apa yang di maksudkan mati adalah apabila salur darah terputus, tiada darah mengalir, maka tiada oksigen untuk sel-sel dan tisu-tisu bagi kaki pesakit untuk terus melakukan aktiviti normalnya.


[ Istilah perubatan 'gangrene' , istilah mudah 'mati' - gambar contoh ]

Doktor telah mencadangkan supaya satu pembedahan di lakukan pada kaki pesakit tersebut. Pembedahan itu akan menyebabkan adik itu kehilangan kaki kirinya dari paras bawah lutut ke hujung kaki. Pembedahan ini amat perlu untuk di lakukan kerana jika kaki yang telah 'MATI' ini tidak di buang, kuman yang ada pada kaki yang 'MATI' ini akan tersebar ke seluruh badan adik ni dan jangkitan kuman pada seluruh badan termasuk otak mungkin akan berlaku. Atau dalam erti kata lain, maut menanti adik ni. Bayangkan bangkai kucing yang telah mati walaupun beberapa jam....berulat kan? Macam tu jugaklah yang jadi kat kaki adik ni.

Setelah berkali-kali doktor menerangkan kepada ibubapa adik ni tentang keadaan anaknya dan betapa pentingnya pembedahan di lakukan, ibubapa adik ni tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan anak mereka di potong kaki. Ustaz yang selaku kaunselor bagi pesakit di hospital juga telah di panggil bagi memberi nasihat kepada ibubapa adik ni. Ustaz telah memberi kata dua kepada ibubapa adik tersebut,

"Makcik sanggup terima kecacatan anak makcik atau makcik sanggup kehilangan nyawa anak makcik?"

"Makcik sanggup terima apa-apa saja yang akan berlaku pada anak makcik tapi makcik taknak buat pembedahan"

Aku sedih, sangat sedih...Sedih mengenangkan apa yang bakal berlaku pada adik ni. Memang dia bukan ahli keluarga aku, takde apa-apa hubungan pon dengan aku. Tapi aku dah anggap setiap pesakit adalah ahli keluarga aku dan jika sesuatu yang buruk menimpa mereka, aku amat sedih. Bertambah sedih sekiranya mereka menolak rawatan yang insyaALLAH dapat menyelamatkan nyawa mereka.

Aku juga sedih kerana aku tahu adik ni bakal terseksa akibat jangkitan kuman. Dan satu hari nanti, sekiranya dia ingin di rawat bagi mengatasi jangkitan kuman yang di alami, semua sudah terlambat. Aku sentiasa berdoa agar ibubapa adik ni di beri petunjuk oleh ALLAH s.w.t untuk membuat keputusan yang betul. Aku belum ada anak dan aku mungkin tak paham perasaan ibubapa, tapi sanggup mereka kehilangan nyawa anak mereka demi kecacatan yang bakal di tanggung...YA ALLAH~

Sayang...amat sayang...Umur adik ni masih muda. Sekiranya ibubapa dia bersetuju untuk membuat pembedahan, insyaALLAH dia akan selamat, cuma hidup dalam kecacatan. Dan aku yakin kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup.

Ketika aku taip entri ni, aku sedih dan hampir mengalirkan airmata. Aku rasa macam tak dapat nak membantu adik ni, rasa macam tak berfungsi sebagai seorang nurse dengan sebaik-baiknya. Aku nak sangat bercakap dengan ibubapa adik ni lagi sekali, cuba nak pujuk dorang untuk kali terakhir. Hati aku tak lega selagi tak dapat terangkan dengan keluarga adik ni. Kadang-kadang pesakit dan keluarga pesakit tak paham penyakit yang di hidapi dan aku rasa berbesar hati untuk membuatkan mereka paham. Cuma aku takut tindakan ini menyalahi etika kerja. Kadang-kadang aku pelik jugak dengan etika-etika ni. Terlalu memikirkan profesionaliti tanpa menghiraukan humaniti.

naDDy: bersyukurlah kita masih ada tubuh badan yang sihat dan sempurna jika di bandingkan dengan orang lain~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aritu babi, kali ni haramjadah

Ingat tak kisah aku di babikan? Leh baca kat sini.

Tapi bukan jadi time tu je. Lepas tu pon kene babi gak. Tapi secara berjemaah la. Pagi2 memang kene tukar cadar pesakit. Nak tanak kita kene gerakkan pesakit tapi ada la teknik2 dia. Nak di jadikan cerita ada seorang pesakit ni berumur dalam 15 tahun la. Dia patah tulang belakang dan baru menjalani pembedahan semalamnya. Time nak tukar cadar, kami terpaksa pusingkan dia ke kiri dan kanan. Tapi dia mengadu sakit. Memang la sakit tapi kalau tak gerak, lagi sakit. Pastu dia BABI kan kami yang menukar cadar dia. Siap ugut kitorang lagi. Lebih kurang camni ayat dia, "Siaplah hampa semua. nanti aku keluar, sorang-sorang kena.Siaplah hampa" .

Kenapa aku cakap di babikan secara berjemaah? Sebab time tu ada 3 orang staff nurse termasuk aku yang menukar cadar dia. So, berjemaah lah kan?

Ok, aku teruskan dengan kisah haramjadah plak.

Yang ni berlaku pada hari lain, dengan orang yang lain.

Wad ada 28 katil tetap dan boleh tambah 2 katil tambahan tapi terpaksa guna katil yang tak boleh di tegakkan bahagian kepala untuk jadikannya 30, 45 atau 90 darjah. Dan ada seorang pakcik ni terpaksa di letakkan kat katil ni. Pakcik ni berumur dalam 70-an la. Kaki dia telah di potong di bahagian bawah lutut dan menyukarkan untuk dia bergerak.

Pagi tu dia mengadu penat sebab terpaksa baring rata je. Aku nasihatkan dia untuk duduk bersandar tapi masalahnya dia tak boleh mengengsot ke kepala katil untuk bersandar. So terpaksalah aku dan seorang staff nurse lelaki tarik dia ke arah kepala katil. Tiba-tiba dia mengeluarkan ayat,

'Buat apa lah guna katil haram jadah ni?!! Tukar la katil lain...'

Aku jawab, 'Takde katil lain dah pakcik. Kalau ada kami dah bagi dah'

Beberapa jam selepas tu, tiba masa untuk membuka balutan luka setiap pesakit. Tibalah di katil bersebelahan pakcik 'haramjadah' tadi.

Yang ni pon seorang pakcik jugak, berumur dalam lebih kurang 60-an. Luka dia di bahagian tangan. Pakcik ni tak bagi aku bukak luka dia sebab dia cakap nurse buat kasar, so dia nak buat sendiri. Dengan muka bengisnya, dia membebel-bebel la cakap pasal nurse buat keje ganas la, tak tau dia tu sakit la, ape la. Pastu aku bagi la dia bukak sendiri luka dia. Punye la lama aku tunggu, dia siap leh jawab telefon plak lagi. Bila aku nak tolong, dia marah aku plak. Ayat tak boleh blah yang dia keluarkan adalah,

' Semalam ada budak bodoh mana tah, haramjadah betol dia. Main bukak je balutan pakcik ni. Tak reti kita ni sakit. Dok cakap sikit, sikit...Padahal kita tengah sakit. Bodoh betul la budak tu'

Amboi pakcik ni, lancangnye mulut. Budak tu pelajar, memang la tak pandai. Tapi jangan la sampai macam tu. Yang ni aku cakap dalam hati je. Terkejut aku dengar kenyataan pakcik tu.


Kalau nak tahu, makcik yang jaga suami dia kat katil depan pon boleh dengar 2 kali aku dapat haramjadah. Aku cakap kat makcik tu, 'Harini saya kenyang makan haramjadah makcik..hehehe'.

Kalau budak muda, cakap kurang ajar, aku boleh terima lagi. Dah memang jenis darah panas, maki orang je la keje. Tapi yang ni dah tua. Kubur kata mari, rumah kata pergi tapi mulut nauzubillah lancang. Tau la tengah sakit tapi takkan sampai macam tu kot.

Dan satu pesanan penaja, kalau masuk wad, janganlah ingat nurse-nurse atau doktor-doktor ni nak menjahanamkan diri anda. Kami ni berkhidmat untuk sihatkan anda. Kalau ada pon yang berniat nak menjahanamkan diri anda tu, adalah amat sedikit peratusannya.


naDDy: staff nurse lelaki tu tanya aku haramjadah dalam bahasa omputih ape? ape ek?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kalau dia kawan korang

Aku nak mintak pendapat.

Aku ada seorang kawan. Dia anak sulung. Mak ayah dah bercerai. Ada adik 4 orang, sorang dah keje dan 3 lagi masih belajar. Ayah plak tak berapa nak bertanggungjawab. Tak reti nak bagi nafkah. Mungkin jugak sebok bela anak tiri dengan bini baru. Nak kata tak mampu, mampu je. Sebab boleh pergi bercuti lagi dengan family baru tu.

Masalahnya sekarang kawan aku ni yang kene tanggung family dia. Memang dah jadi tanggungjawab dia sebagai anak sulung. Cuma kadang-kadang aku rasa dia terlalu di bebankan dengan tanggungjawab tu. Mak dia keje biasa je, gaji pon cukup-cukup je.

Bukan aku tak tolong kawan aku ni. Kadang-kadang bila dia cerita dia takde duit nak makan sebab abis duit dok bayar itu ini. Aku hulur la sekadar termampu.

Cuma....

Sampai bila nak tolong?

Ada tak pertolongan cara lain yang aku leh bagi?

Sebab aku tengok masalah ni takkan abis dan lepas 1 masalah, timbul masalah lain plak.

Korang ada idea tak?


naDDy: lain orang, lain masalah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS