RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

sehari selepas kursus induksi

semalam hari terakhir induksi.

on the way nak balik alor setar, kitorang tersesat sampai ke Perlis. Mane tak nya, sume tak tau jalan, main redah je.

Induksi camne? bes ke?

Ade yang bes, ade yang tak bes.

Banyak ceramah, ada yang mengantukkan, ada yang sampai tak larat nak gelak. Sampai senak perut dan lenguh pipi.

Aktiviti sume bes...Peserta kursus yang sporting dan sempoi...I Like~

Exam, alhamdulillah..soalan boleh di jawab. Syaratnya kene study la.

TETAPI !!!!

Walaupun kursus induksi berakhir semalam, tugasan tak berakhir lagi.

Peserta di kehendaki membuat FAIL MEJA...

fail ke meja? hehehe...kakitangan kerajaan tau la fail meja tu ape. Kalau tak tau, kene pegi induksi balik.


Harap-harap lulus induksi, boleh sah jawatan secepat mungkin.



naDDy: hampir setengah bulan tak bekerja tapi gaji jalan..syok woooo~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Pertama Kursus Induksi

19/07/10 hingga 29/07/10, Hotel EDC, UUM Sintok Kedah.


Penginapan....bagus dan selesa.

Makan............bole la.

Peserta...........76 orang kakitangan kesihatan seluruh negeri Kedah.


Oh ye, ada sorang peserta ni, LELAKI la...sekali tengok, macam kenal. Pastu bila ingat-ingat balik, aku jumpa dia kat Jabatan Kesihatan Negeri masa aku nak lapor diri. Time tu dia nak mintak penangguhan. Sempat gak la borak sikit-sikit. Dia yang tegur aku dulu.hehehe..

Mamat ni SMART...HENSEM...sedap mata memandang la...hehehehe

Nak tegur tapi segan. Macam la dia nak ingat aku. Jumpe pon bulan Februari yang lepas.

Tengok la camne nanti...9 hari lagi~



naDDy: bukan nak cepat 'confirm', tapi nak tambah ilmu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nurse sakit

Kalau orang sakit, nurse jaga.


Kalau nurse yang sakit, sape nak jaga?




hu..huk...huk..huk~ asssssyuuuummmmm!




Jaga diri sendiri je la....kan?


naDDy: nak cari gamba 'sick nurse', jumpe ni ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Paper qualification


Orang kata ramai graduan sekarang paper qualification.

Bila nak buat keje tak reti. Cakap je pandai.

Setuju?

Aku rasa, majikan atau orang atasan tak leh nak samakan graduan yang baru mula bekerja dengan pekerja yang dah lama kerja tapi kurang kelayakan.

Memang ada praktikal time study tapi praktikal tak sama dengan time keje.

Nak salahkan sape?

Silibus kursus yang mengutamakan untuk lulus peperiksaan atau graduan tu sendiri yang takde inisiatif untuk mantapkan skill dia?

Kalau tak bagi peluang kat graduan baru, camne dorang nak pandai...kan?

naDDy: berfikiranlah seperti minda kelas pertama~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

happy busy

biarlah busy mane pon keje, banyak mane pon kje kita, tapi kalau keje dalam keadaan happy, tenang, ada kerja berpasukan, mesti tak rasa beban keje tu. balik lambat pon takpe.


TAPI...


kalau keje tak banyak, tapi keadaan tegang, suasana kerja tensen, buat kerja sendiri-sendiri, mesti rasa macam kerja tu beban sangat. rasa nak balik keje cepat-cepat.


kadang-kadang kita boleh tahu macam mana suasana kerja yang akan kita hadapi dengan mengetahui sikap rakan sekerja kita.


naDDy: korang?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pakar

selalunya kalau seseorang tu terer dalam sesuatu hal atau bidang, dia akan di panggil pakar.

pakar yang berpangkat pon ada.

tapi bila yang dah pakar ni berperangai atau berfikiran macam bukan pakar, nak panggil apa?



errrmmmmm.....pening ah nak pikir!!!




naDDy: otak mu dimanakah? di lututkah atau di kepalakah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tenang

nak tenang? senang je...dah ada guideline pon selama ni.

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH hati itu akan tenang”

(Surah Ar Raad: 28)

camne nak ingat ALLAH? banyakkan zikir..subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar...

contoh, layan lagu-lagu camni:



[Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim ]

ataupon, leh gak tengok-tengok gambar-gambar camni:


naddyforlifenaddyforlifenaddyforlifenaddyforlifenaddyforlifenaddyforlifenaddyforlifenaddyforlife

lagi best kalau dapat tengok budak-budak kecik senyum dan ketawa depan mata kita sendiri. damai je rasa di hati.

oh ye, ni gambar anak buah aku. anak kepada abang dan kakak ipar aku yang kahwin tahun lepas.


naDDy: bawak bertenang, bukan bawak bertendang...okey?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

benci

Senang je kalau benci atau malas layan orang yang menyakitkan hati kat Laman soSIAL ni...

ym.........ignore

skype.....block

fb............delete from friendlist.


hati tak sakit. boleh bersosial dengan tenang...kan?



naDDy: kejam tapi terpaksa~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

loser ke?

aku selalu dengar orang cakap kalau pergi tengok wayang sorang-sorang tu loser. arini aku pergi shopping sorang-sorang.nak rasa tahap ke'loser'an yang orang selalu dok cakap. memang aku bukan pergi tengok wayang, tapi aku buat aktiviti berseorangan.loser kah?

hidup kat tempat orang dah nak dekat 6 bulan, kawan tu ada tapi bukan macam kawan-kawan time student dulu. macam lone ranger la kiranya aku kat sini. transport pon takde. nak guna public transport seperti bas, amatlah mengecewakan servisnya. nasib baik aku ada pakcik teksi yang selalu aku gunakan untuk kemana-mana. mesej je, pakcik tu mesti akan reply. anywhere, anytime, twentyfour hour available. kalau pakcik tu ada hal je, dia akan mesej cakap lambat sikit. jarang la dia tolak permintaan orang yang nak sewa teksi dia.

aku pergi shopping kat bangunan al bukhory sebab dalam tu ada giant. tak ramai orang. so kalau shopping sorang-sorang pon, takde la nampak pelik a.k.a loser sangat kan? tapi...makin nak dekat lunch hour, makin ramai plak orang. berfamily plak tu. aku dah la shopping sorang-sorang, tolak troli, barang banyak gila. terasa agak loser la jugak. aaahhhh...persetankan semuanya. bukan aku curi pon. aku bayar nanti. lagipon aku beli untuk jangka masa panjang., mungkin untuk 5-6bulan yang akan datang. buat stok. al maklumlah aku malas nak keluar. nanti kena keluar sorang-sorang lagi.loser lagi...

aku tengok barang dari satu lorong ke satu lorong. hampir semua lorong aku masuk dan apa je yang berkenan dan rasa perlu di hati, aku letak je dalam troli. makin lama makin penuh troli. aku bukan apa, risau tak cukup cash. lepas beli barang kat farmasi tadi, ada la dalam RM180 dalam purse. Malas nak pegi cucuk kat atm lagi. Aku tanya kat staff giant tu, leh guna bankcard ke kat sini. dia kata boleh. Aku rileks je la amik-amik barang lagi.


[isi troli aku separuh dari isi troli gambar di atas]


Bila dah puas memenuhkan troli dengan makanan, aku pergi beratur kat cashier. ade signboard tulis, 'You can withdraw your cash here'.. erk? boleh eh? lega sikit ati aku kalau tak cukup cash jap lagi. Aku tanye akak cashier tu, 'kak, kat sini leh guna bankcard tak? atau leh withdraw duit ke kat sini?. Sekali akak tu jawab, 'kalau visa card maybank boleh la dik, nak withdraw duit takleh'. lorrr..tulis je lebih.tah ape-ape tah.

Aku dah cuak dah...sekali jumlah harga barang melebihi RM180. Aku cakap akak tu, 'yang lebih tu simpan dulu kak, jap lagi saya datang balik'. Orang yang beratur belakang aku dah tengok lain macam je, dah sengih-sengih. agak loser la disitu sekali lagi. aaaahhh...tapi persetankan semua itu lagi sekali. bukan aku takde duit, cuma tak cukup cash je. Aku pon bayar setakat yang ada dan pergi atm untuk cucuk duit lagi. Pergi balik kat kaunter akak tu dan bayar barang yang aku suh tolak tepi tadi.

Perut dah lapar. Nak singgah marrybrown tapi segan la pulak dengan troli yang banyak barang. dan lagi sekali....persetankan apa orang nak cakap. Aku letak troli kat tepi, aku pergi kaunter, aku order makanan. Yang lapar aku, bukan dorang. Malu letak belakang. Lagipon aku bayar, bukan aku curi.

Dah siap beli makanan kat Marrybrown, aku tunggu pakcik teksi kat luar bangunan dengan troli yang penuh berisi barang. Aku letak troli jauh-jauh dari aku. Aku berdiri kat satu sudut. Aku tengok orang lalu lalang pelik je tengok troli penuh barang tapi tak bertuan. Ada la dalam 20minit troli tu terbiar keseorangan tapi.....takde orang nak curi pon barang-barang dalam tu apatah lagi nak usik.

Bila pakcik teksi sampai, aku lega....keloseran aku berakhir...

Kesimpulannya, tengok wayang sorang-sorang tak la se'loser' shopping satu troli penuh sorang-sorang..hehehehehe...

naDDy: 6 bulan lagi baru shopping besar~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS