RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.
Showing posts with label lembaga jururawat malaysia. Show all posts
Showing posts with label lembaga jururawat malaysia. Show all posts

Surat masa depan

Aku tengah tunggu surat.

Surat masa depan.

Bukan surat yang datang dari masa depan.

Macam la ada mesin masa kan?



Aku tengah tunggu surat.

Surat yang akan menentukan masa depan.

Surat keputusan exam Lembaga aritu.

Lulus/Gagal.



Aku tengah tunggu surat.

Hujung minggu ni atau awal minggu depan.

Ikut hati tak sabar nak tau keputusan.

Tapi hati berdebar-debar.



Aku tengah tunggu surat.

Surat oh surat~

Kalau Lulus, Alhamdulillah.

Kalau Gagal, parah~



naDDy: abang posmen, ada surat untuk aku tak? http://emo.huhiho.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tah ape-ape tah

ni entri pertama lepas lembaga menyerang aku

kenapa aku tak update blog? aku tak online ke? aku busy ke? aku tension sebab lembaga tu hampir2 membunuhku ke?

aku online...aku tak busy sangat pon...dan lembaga itu tidak membunuhku....

tapi aku MALAS

MALAS mahu mengupdate blog tapi RAJIN blogwalking

********************

ramai yang tanya pasal exam lembaga tu..aku kata: "okeylah, jawab je.betul salah belakang kira.aku dah buat yang terbaik (terbaik kah?)

habis exam lembaga, aku sibuk dengan majlis perkahwinan abang aku. abang aku yang kawin, aku yang sibuk? hahahaha..buat-buat sibuk je.

majlis berjalan dan berlari dengan baik walaupun ada sedikit kekalutan di sebabkan ramai orang yang datang.

aku jemput beberapa je kawan aku sebab ni majlis abang, bukan majlis aku. dan yang datang Azira sorang je. Terima kasih sebab datang dan yang tak datang, aku faham masalah kamu.

[:: tak pasal-pasal azira (kanan) glamer ::]

********************

aku dah tak jaga faiz...dan aku tak dapat keje lagi.

ada tawaran kerja tapi aku tolak. sebab kalau lari dari kontrak selama 2 tahun, kena bayar 5ribu. kalu aku lari dari kontrak JPA, kena bayar 100ribu...so how?

sekarang ni dok umah jadi penganggur terhormat

rasa macam apa je hidup camni. tak menyumbang langsung. menghabiskan lagi ada la.

bila aku nak keje ni?

semangat hidup sudah berkurang !!!

********************

naDDy: adehhhhhhhh....tulunnnnnnnn........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaga

malam ni aku bertolak ke USM Kubang Kerian, Kelantan untuk amik exam Lembaga....lembaga ape? Lembaga Jururawat Malaysia...

**************************

"aik...kata dah abis blaja.exam ape lagi"

"yang tu exam universiti. untuk dapat ijazah. ni exam untuk dapat lesen"

"lesen? lesen ape plak?"

"lesen untuk mempraktikkan ape yang dah blaja. macam doktor...nurse pon kena ada lesen gak."

"oOoOo...kalau tak lulus exam ni cemane?"

"kalau tak lulus ni, leh amik lagi sekali."

"kalau tak lulus lagi?"

"kalau tak lulus lagi...tak leh jadi nurse la. sia-sia la belajar 4 tahun. kena kerja lain la plak"

"oOoOo.. good luck la eh!"

"oKey...mekasih"

**************************

Exam ni serentak seluruh Malaysia... 23 Jun 2009...8 pagi...

kepada kawan-kawan yang seangkatan denganku...SELAMAT MENJAWAB DENGAN BETUL...lulus pon jadi la...

naDDy: semoga selamat segala-galanya!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS