RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Asal raya je balik kampung, asal balik kampung je raya.

Sejak azali lagi memang cenggitu. Asal raya je balik kampung...asal raya je balik kampung...asal balik kampung je raya...

Dulu masa kecik-kecik, semua suka balik kampung. Yela, dapat beraya kat rumah jenjiran. Kalau boleh semua rumah kat kampung tu nak raya. Maklumlah nak kutip duit raya.

Bile dah remaja, rasa dah malas nak balik kampung. Nak beraya dengan kawan-kawan. Nak pegi jenjalan rumah makwe/pakwe. Takkan nak pegi rumah makwe/pakwe, bawak satu family plak kan. Ingat nak meminang ke ape.

Bile dah dewasa, dah berumahtangga, baru la rasa nak balik kampung balik. Yela, nanti sedara mara kata ape plak kan. Pastu nak tayang anak isteri kat sedara. Yang ada anak, suh anak kutip duit raya kat pakcik/makcik. Buat backup di hari kemudian.

Tapi mungkin berbeza untuk yang dah dewasa tapi bujang. Maklumlah dok jauh dari mak ayah. Jumpa mak ayah pon sekali-sekala. So, time raya ni la nak jumpa mak ayah. Amik cuti lama-lama, luangkan masa bersama-sama dan melantak selagi ada makanan di atas meja...kan?

Bila dah tua, memang dok kampung je la. Takyah nak balik memane lagi. Tunggu masa je untuk ke 'kampung selamanya'.

Kenapa kena balik kampung time raya?
  • raya setahun sekali...raya puasa la.
  • time raya semua balik kampung
  • time raya jumpe sedara-mara yang dah lama tak jumpe.
  • time raya boleh kumpul macam-macam...kumpul duit raya, kumpul sedara-mara, kumpul lemak.
  • supaya tak lupa kampung kat mane.
Petang raya aritu aku balik kampung di Tampin, Negeri Sembilan atau Tampin, Melaka. Kat bandar Tampin tu ada pembahagi antara Negeri Sembilan dan Melaka. Kita boleh berada di dua negeri dalam satu masa. Ajaib bukan?

Kat kampung, aku jumpe sepupu, dua pupu, tiga pupu tapi kupu-kupu takde, pegi beraya kot. Masing-masing dah besar, dah berubah rupa bentuk. Yang dah bertunang pon ade, yang kahwin awal tahun ni, dah mengandung dah pon. wah~ cepatnye masa berlalu kan. Perubahan sangat cepat. Kalau aku tak balik kampung, mesti aku langsung tak kenal sedara mara. Terserempak tengah jalan pon, buat selamba je.

Aku yang pada mulanya malas nak balik kampung, rasa seronok plak. Sebab dapat tahu perkembangan semasa sedara-mara semasa sesi borak-borak khas.

Walaupun atok dan nenek dah takde, jangan ingat tak payah balik kampung. Kalau tak balik kampung pon, mesti berkumpul kat salah sebuah rumah. Kalau tak, hubungan kekeluargaan tah kemana.Kalau tak hubungan kekeluargaan tah kemana. Kalau tak hubungan kekeluargaan tah kemana.


naDDy: bukan blog je kene update, pengetahuan sedara-mara pon kene update jugak~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 CoMMeNT:

EN.ROBOT said...

ho ho ho blk kmpng,.,.~
byk dpt duet raye..?

░♥si lampu neon♥░ said...

hahahaha lawak la aku bace bende ni..

aku pon da malas nak balikk sbb takde ape dah kat sane..=(

zati_nadia said...

Maknenyer kg ku lagi ajaib laKlu balik kg zati...kta bleh ade kat 3 NEGERI dlm 1 mase.hehe..^_^

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

Robot: banyak.baca entri sebelum2 ni.


neon: ha..ni yang tak bleh ni.

zati: camne plak tu?

Firol said...

tu la sedara marae time tu je semua ada...nak tak nak kena balik..

aku said...

tu la.. ekau lamo tak balik..
den dah koba kan dulu, balik ko kampung ni best..

ken_Tank91 said...

klu raya sebulan sekali best r..
kita semua tak yah keja...
bila beraya ajak anak2 sekali..
wet raya 2 kasi r mak bapak semula.huhuhuhu

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

Firol: tu la.

aku: balik kojap takpo la.balik lamo, melangut yo lah kojo ae.

ken_Tank91: kalau takde anak?

Boneka tak sakit said...

aku puas ati la..!!! *aku jwp

huhu aku punya atuk punya kampung pown tampin.. entah kita sedara kut!!
maner lah tau!

moyang aku manis atuk aku mohd som!! *entah2 la..

aku pown sama lah dgn ko naddy! aku pow tak kenal sedara.. haha.. entahlah!!

kdng2 bila dtg kedai sedara tak kenal time raya baru perasaan dah tu kena hentam on the spot!

nak kena kenal sedara sbnr yer! miskin kaya semua kena kenal!!

aloy_paradoks said...

jangan syok dengan sepupu lak sudahla..

paiseh said...

mak gua asik reya je balik bandar.. tebiat btul!

bias® said...

asal balik kampung jek raya. kalau dekat kampung baru takpe lah. boleh balik hari-hari.

dzul hafixi said...

kalo da duk kampung...
nak alik ane ag??

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

Boneka: tampin kek kg apo?

aloy: tak bley ek? hehe

paiseh: mak ko uptodate.baguslah~

bias: pindah la ke kampung baru.

dzul hafixi: pegi bandar, pastu balik kampung balik.

abang besi said...

abg besi nye kg kt damansara...ape cer?hehehehe...belah abah..kt sini belah mak...=)

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

abang besi: balik bandar la camtu.