RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Seminggu makan sup tulang dari tulang yang sama

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata


"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

naDDy: bersyukurlah..kita dapat gak makan kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 CoMMeNT:

EN.ROBOT said...

aku selalu mkn tak abes.,.,~
insaf2.,,.~

Boneka tak sakit said...

ko kerja apa sbnr yer?
memang banyak org susah kan.. sebab tu aku pown kdng2 cuba juga tak megeluh!!

kesian pulak pk2 org mcm nie! semua org maju diorang masih camtu!

nie semua wakil rakyat kena peka lah sikit!! tak nak terus sampai anak2 dia pown miskin nanti!!

abang besi said...

siannya..cmne la klu kena kt kita ek...kita ni mkn kira mewah la..huhu..sedih la....

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

erk...insaf la naddy..
bln2 pose cenggini,haih~...

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

Robot: aku allergik orang makan tak abis ni.mesti kene jeling kalau kat hostel dulu.


Boneka: aku tak keje.


abang besi: terlebih mewah kita ni.


kakuna: insaf selamanya hendaknye ye..

arnamee said...

salam..

erm..itula selalu makan sikit, dah.
kan,kan?
ish..hbiskan makan tue..

lalala

ZihNuN FaTiN said...

salam..

sedihnye dgr ble bc cte ni...huhu..

bersyukur la kita still lagi leh mkn juadah2 yg berbeza setiap hari...

insaf wlpn slalu bke pose sorang je..lbh baik drp xdpt mkn...huhu..

insaf2...

ueki said...

ini ksh bnar ker cik nad??

waa sian nya

sadis2

Kojack de Alloohaa said...

haaa..tu la kan..kta ni slalu leka n x pnah sdar psal smua ni...kta lupa nak bersyukur...insaf2

bijen m. said...

ak pnh baca ini.
huu.
aku bersyukur ramadhan kali ini.
buat aku bersyukur dgn apa yg ada.
dan aku pergi berbuka di masjid hari hari.
haha.
:D

StingRay said...

pernah baca cerita ni.Memang sedih.
Orang kampung aku pernah buat camni sekali..membe aku ajak panggang ayam kat umah dua...lepas aku makan ayam panggang tu..akak dia mintak tulang tu..nak buat sup.

tergamam aku.

Firol said...

lagi sedih pada tu pun ada

bias® said...

*nangis*

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

arnamee: kan3


zihnun fatin: betol3


euki: kisah ini diforward2.iktibar yang penting.


Kojack: sebab tu kene ade orang ingatkan kita yang pelupa ni.


bijen: bagus.takdelah membazir makanan kat masjid tu.


Stingray: owh..alami sendiri? bagus..


Firol: cemane?


bias: serius? bagus!