RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Nak tegur.....member


"nak marah kang...nak tegur kang...member...

"aku bukan tanak tegur dia tu...member...kang tak pasal2 merajuk"

"gua malas cakap dengan dia, lu macam tak tau dia, dulu gua dah tegur, dia banned gua sampai skang"


"tu member ko, ko la tegur...kang aku tegur, dia kata aku menyebok plak"


"lu punya pasal la...kubor asing-asing"



Macam penah dengar atau sebut je dialog-dialog tu kan? Benda yang kita alami setiap hari.

Hidup kat dunia ni bukan sorang-sorang...datang dari sesebuah keluarga, kemudian ada kawan/member, pastu berumahtangga, pastu tua, pastu ke dalam (kubor la).

Semua tu melibatkan orang lain. Bukan kita sorang je. Hidup ni bukan AKU je tapi KITA dan MEREKA.

Nak hidup sorang? Dalam hutan pon, binatang hidup sesama binatang.




Kawan...Sahabat...Member...Teman... atau apa saja yang seerti dengannya ada fungsi-fungsi tertentu.

Bukan masa senang je sama-sama, masa susah pon kene together-gether.

Kalau member buat silap, jangan tak tegur. Dah tugas kita sebagai member untuk tegur member lain. Kalau tak, takde la namenya member.

Hidup bermasyarakat kan...orang buat silap, kita tegur...kita buat silap, orang tegur.

Kalau asik lu je nak tegur orang, bile orang tegur lu, lu melenting, memang lu nak kena penerajang ar kan.

Takde orang sempurna, mesti ade yang tak kena mane-mane.


Cuba fikir, kita tegur member kita untuk kebaikan jugak kan? Kalau yang saje nak menjahanamkan tu, baik takyah membe dengan orang cenggitu. buang karan je.

Contoh situasi: A dan B adalah BFF (best friend forever...la konon). A ni jenis yang menggedik tahap cipan (cipan pon tak gedik cam A) dan B ni jenis biasa-biasa je. Habis dengan sume orang si A nak mengada-ngada, tergedik-tergedik. Kadang-kadang B ni tahan je dengan perangai si A, dah BFF nak buat camne kan. Tapi bila dah si A ni di kutuk dan di mengata oleh orang lain, dan si B ni tau segala kutukan terhadap A, takkan si B ni nak diamkan diri je. Daripada si A kene sound direct oleh orang lain, baik B yang tegur A...slow talk omputih cakap. Mungkin berat si A nak terima teguran, tapi itu yang terbaik untuk si A.

Bulan-bulan puasa ni, kita ada membe yang tak puasa. Dah la tak puasa, pastu selamba kodok je makan depan kita. Mentang-mentang kita membe dia, dia buat selamba dia je la. Kita ni pon biarlah dia makan...tak puasa. Kita tau dosa tapi kita tak tau dia tau ke tak perbuatan dia tu berdosa. Kita pon diam je, buat selamba kodok gak dengan ketidak puasaan dia tu. Tak tegur, tak buat apa-apa. Malas nak amik port la konon.

Tapi jangan lupa, akhirat nanti kita akan dipersoalkan balik.

"ko dah tau dia tak puasa, dia makan....nape ko tak tegur dia?" "ko sorang je nak pahala? nak masuk syurga?"

Kita ni kene ingat, tugas kita kat dunia selain memperhambakan diri kepada ALLAH s.w.t, menjadi umat Muhamad s.a.w...kita juga kene menyeru kepada orang lain untuk buat apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang di larang.

Takkan nak baik sorang-sorang? Ilmu yang ada, jangan kedekut. Nanti kena tarik semua nikmat tu, baru tau.


TETAPI....nak tegur pon kene berhikmah..secara bijaksana...

Tengok orang tu cemane, cara camne dia leh masuk untuk kena tegur. Baru la tegur.

Ni tak, main terjah je. Nak nasihat orang, kita sendiri yang kena...kan naya tu...

Mungkin mula-mula member tu akan benci kita sebab teguran kita tu, tapi lama-lama nanti, dia yang akan berterima kasih kat kita. Baru dia tau sape THE REAL MEMBER



naDDy: aku ada kawan, ko kawan aku. ko buat silap, aku tegur. aku buat silap, ko tegur. kaunter teguran 24jam!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 CoMMeNT:

Bijen M. said...

jagalah!
hablum minallah wa hablum minannas.
sebaik mungkin.
:D

sekian,
bijen baik

acap rahman said...

2 lar membe..

ezanykun said...

asam garam kehidupan mmg camtu.. hehe..

zati_nadia said...

Untung tau dapat member cam umi..
Tegurannya ikhlas dari hati..
^_^...U ARE MY BEST BEST BEST SAHABAT!
InsyaAllah...kalau xde peluang jumpa di dunia...kita jumpa di SYURGA ek..
Amin....^_^

Jard The Great said...

hhehe... aku jenis yg selalu sound secara direct.. ehehe

abang besi said...

nk tk nk ..klu dh mbr tu,kene jugak la tegur..hmm...

kn?

tkkn nk biar kn je ...

Razman said...

sepak sje mber mu itu..haha.. gle setan ku..

Unknown said...

bijen: yup!


acap: membe lar tu


ezany: kunyit gula takde?


zati: hehe..mekasih..malu syaya~ insyaALLAH


Jard: same la kite


abang besi: baru la membe namenye tu.


Razman: kalau kamu membe aku, mau di sepak juge?

Sharif John said...

Prefer sorang2... kurang sket dosa

Unknown said...

John: itu yang terbaik.orang tu tak malu, kita pon tak serba salah nak tegur.

zati_nadia said...

Seorang mukmin yang bercampur gaul dengan orang ramai & bersabar dengan kesakitan akibat campur gaul lebih baik dari seorang yang tidak bercampur gaul dan tidak sabar dengan kesakitan yang terhasil dari campur gaul itu...(Hadis nabi)

Wallahua'alam...

Anonymous said...

yg aku perasan perempuan memg pantang ditegur..tegur sikit dah nak emo-emo tak tentu pasal.tp kalau lelaki sesama lelaki relax jer....contoohnya nak suh budak2 perlahan kan suara masa main game..."woiii slow sikit aku nak study"..atau pun.."weh takyahlah merokok..abis duit"

Unknown said...

zati: lebih baik buat sesuatu daripada duduk saje. no pain no gain la kan?


fndrocka: pempuan berjiwa halus, memang la cenggitu.yang lelaki plak jenis tak amik kesah.orang tegur pon buat selamba je.jenis tak makan dalam.