RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Ko ni tak paham-paham ke?

Aku dah cakap aku tanak..aku tanak la. Yang ko asyik call aku lagi kenapa? Aku kata jangan call, jangan sms aku lagi dah. Nape la ko tak paham-paham jugak ar?

Semalam kol 1 pagi, ko call aku. Konon nak tanye kabar. Tanya kabar, tak payah la pagi-pagi buta, aku nak tidor. anta sms sudah la. Nak call pon, siang-siang takde ke? Malam-malam buat pe? Nak feeling lebih? Tak payah...

Tadi, ko anta mesej plak...

"Awak percayalah kasih sayang saya pada awak bukanlah main-main. Sebenarnya saya betul-betul ingin jadikan awak isteri saya yang sah, yakinlah"


Aduuhhhh~ isteri mende nye lagi..Isteri ko yang dah ada tu nak campak mane? Ko nak aku bermadu? Aku tak nak. Aku tak hingin. Biarlah tak dapat payung emas pon. Tapi aku tetap tanak..paham...TANAK !!!

Ko nak kat aku lagi buat ape? Ko dah ada anak dah pon. Sorang dah nak setahun, sorang lagi dah 2 bulan dalam kandungan. Ko gak yang bagitau aku dalam telefon semalam. Dahtu, pe ko nak dari aku lagi ha?

Dulu aku memang sayang ko. Tapi tu dulu. Sebelum aku tau ko dah kawin, dah ada anak. Dan sebelum ko mintak yang bukan-bukan dari aku. Aku lari dari ko sebab ko suruh aku tipu mak aku. Suruh aku cakap dengan mak aku yang kita dah terlanjur. Ko ingat aku bodoh? Ko ingat aku gile ke sampai nak menipu mak aku? Syurga aku masih di bawah kaki mak aku tau. Ko pon belum tentu jadi husband aku. Tapi bile aku tau ko dah kawin, dah ada anak. Langsung dah tak terlintas untuk aku kawin dengan ko. TIDAK LAGI.

Ko cakap isteri ko tau pasal aku dengan kau. Tapi aku suruh ko cakap dengan isteri ko untuk call aku, sampai sekarang takde pon call-call aku. Aku nak gak tau, betul ke isteri ko tau segala-galanya pasal aku dengan kau. Betul ke isteri ko benarkan ko kawin dengan aku? Aku sangat-sangat tak yakin dengan ape yang ko bagitau aku. Cukuplah ko tipu aku sekali, ni ko nak tipu aku lagi? Sori ar...Silap orang...

Isteri ko perempuan, aku perempuan. Perempuan mane yang rela di madu? Perempuan mane yang rela berkongsi kasih. Mulut memang cakap ye tapi hati, ko tau ke? Lagipon ko baru 2 tahun kawin dengan dia, ni dah nak kawin lain. Ko ni gile ke ape?

Kadang-kadang aku pelik, ko boleh plak call aku malam-malam. Aku tak angkat, ko call gak 5-6 kali. Baik ko pegi call isteri ko tu. Ko call aku ko dapat dosa je. Ko call isteri ko, dapat gak pahala. Aku tambah pelik bile ko boleh gelak-gelak lagi time cakap dengan aku. Ape ko ni takde perasaan bersalah ke? Aku plak yang rasa bersalah kat isteri ko, kalau-kalau isteri ko memang tak tau pasal ko dengan aku.

Ape punye manusia la ko ni. Aku dah cakap banyak kali. Jangan call..Jangan call..Ko diam jap..Pastu ko call balik.. Ko tau tak, aku jadi bengong lepas ko call. Sakit hati..geram...benci..semua ada..Dah la ko tipu aku. Ni ko nak kacau aku plak...

BODOH BODOH BANGANG BENGONG

aaaaaaarrrrrrrrggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!


naDDy: macam ni punye kes pon ade..aishhh~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

21 CoMMeNT:

abang besi said...

wow!gile ah entry nie!huhu...apsal laki org tu?nk mmpus ke buang tebiat kcau2 nadd gua ni?he...nadd jgn angkat kol dia k...klu dia kol lg,nad ugut nk santet paru2 dia.ok?

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

abang besi: buang tebiat nak mampus.camtu la jadinye.hehehe...santet?apekah?santau ek?

EN.ROBOT said...

waaa,..,kritikal nih.,.~
err,..,betul ae...?
gile desprate (betul ke eja) die tu,..,

peja said...

alasan da tlanjur?gile pe...

nseb baek,hudud xbwat...kalo x...

free2 kna rejam...

acap said...

ishh..
tak rela dmadu..
agagaga.
saba yer cik naddy.
tak pon repot polis.
nti polis tgkap.
masuk lokap.
...

Boneka tak sakit said...

howt juga ko ada juga yg gila kan ko hahaha...
tapi suami org eh..
aku takleh banyangkan lah.. lelaki jenis apa yg kahwen dgn perempuan yg dia tak cintai! pastu buat anak.. pastu pergi merayu kan ex.. dan kata dia yg no1..

ontalah.. tapi aku bdk2 lagi!! aku apa tau hehe..

kimisai said...

bodoh bangang nak mampos..meh gua rejam laki tuh...

kimisai said...

bodoh bangang nak mampos..meh gua rejam laki tuh...

paiseh said...

lu jgn kasar2..
kang dia main benda bukan2 kang susah~

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

Robot: kisah benar la. desperate.

peja: memang gile.

acap: boleh eh report polis?

Boneka: tu pon lelaki bengong gak tu.hipokrit.

kimisai: silakan merejam.

paiseh: abis nak aku lemah lembut? lagi dia naik tocang ar.

tasikmerah said...

kalau ko nk carik geng karate tengkok dia, ko panggil aku yek...



.

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

tasikmerah: wokey!!!

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

dah sampai tahap tak paham bahasa,dasat la ini jantan...! keparat...heheheh...sabor ye nadd..sabor...

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

kakuna: sabor le ni..ko pon geram kan, aku lagi la.

paraxixth said...

lakhanat betul. sape laki tu? biar gua cepuk kat kepala die.

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

paraxixth: laki tu adalah laki yang tak patut di panggil lelaki.

baguslah, dah ade yang nak santau,rejam, karate tengkuk, cepuk kepala...lagi2?

StingRay said...

report polis je beb...





setel.haha

Ariey said...

Naddy tukar je no tlfn habis cite..

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

StingRay: rasa macam lawak plak kalau report polis.


Ariey: tanak.sebab rate hotlink youth club ni.paling murah dah. kalau boleh block no fon orang, bes gak.

abang besi said...

santet je beliau tu wakss!!!

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

bersungguh2 suh santet ek? sampai 2 kali tu.