RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Berape ramai yang sanggup?

Pernah tak time memandu kereta atau menunggang motosikal atau menjadi penumpang kepada pemandu dan penunggang ni, korang menyaksikan eksiden. Tak kesah la eksiden kecik ke besar, serius atau tak serius. Eksiden/Kemalangan atau nama lainnya kecelakaan. Aku tak suke sangat ayat keCELAKAan tu.

Selalunya bile ade eksiden, orang akan memperlahankan kenderaan. Sebab nak tengok ape yang jadi dan tahap keseriusan eksiden tu. Aku pon penah tengok eksiden yang ngeri. Time tu aku sekolah rendah lagi. Tapi time tu aku tak jadi pemandu atau penumpang tapi aku jadi pejalan kaki. Eksiden antara lori minyak dengan motosikal. Penunggang moto tu di heret lebih kurang 10 meter.

Apa yang terjadi?
Penunggang moto tu mati ON THE SPOT.

Apa yang dapat dilihat?
Kesan seretan yang di buktikan dengan DARAH penunggang moto.

Lagi?
KEPALA HANCUR. OTAK BERTERABUR.

Nak tau cemane rupa otak yang hancur lalu berterabur?
Bayangkan telur goreng hancur, tapi telur putih je. Goreng tak berapa masak tapi kaler merah ke pink2 sket. Camtu la.

Sampai sekarang aku masih ingat kejadian tu. Sebab ade pakcik tu marah aku nak tengok dekat-dekat. Biarlah...aku nye mata...hehe

Tapi bukan aku nak cerita kesanggupan tengok eksiden.

Aku terpikir berapa ramai yang sanggup tolong orang yang eksiden.

Siang tadi, on the way balik ke rumah, kat Jalan Duta, ade 4 moto berhenti kat lorong kecemasan. Ingatkan eksiden dengan kete ke ape ke. Aku syak pakcik tu tergelincir dan terjatuh dari moto dan 3 lagi penunggang moto tolong pakcik tu. Sebab pakcik tu duduk atas divider jalan yang belah tepi tu sambil pegang kaki dia. Mungkin sebab hujan, jalan licin, tu yang pakcik tu tergelincir tu.

Tu kira eksiden gak kan? Tapi kira eksiden kecik la.

Mula-mula tu abang aku tanya, "ok ke tak tu?" tanye kat akak ipar aku dengan aku yang dalam kete la. Nampak ok je. Abang aku trus drive meninggalkan pakcik tu. Aku rasa kesian pon ade. Yelah, ok ke pakcik tu? kene pegi sepital tak? sape nak tolong dia nanti?

Aku rasa bersalah pon ada sebab tak tolong pakcik tu. Tapi aku bukan pemandu, jadi aku tak boleh buat ape. Air mataku hampir menitis tadi. Al maklumlah sejak blajar Nursing ni, jadi hati tisu.

Dulu masa akak drive, ada eksiden gak. Lalu betul2 seblah eksiden. Takde kereta pon nak brenti tolong. Aku dengan akak aku nak brenti, tapi mak aku tak bagi sebab mak aku takut tengok darah banyak-banyak.

Agak-agaknya berapa orang la yang sanggup tolong mangsa kemalangan sebelum bantuan sebenar tiba?

Mesti orang ada macam2 alasan untuk tidak menolong mangsa2 tersebut. Takut darah la. Tak reti nak buat apa la. Nak cepat la..Itu la..Ini la..Tapi ingat, setiap pertolongan yang kita hulurkan, akan dapat ganjaran. Walaupon kecik...INGAT!

Aku rasa sepatutnye semua orang kene belajar serba sedikit perubatan, langkah2 penjagaan diri mangsa dan orang yang memberi pertolongan. Yela, kita tolong orang, nanti last-last kita plak sakit. Bahaya memang bahaya bermain dengan darah dan nyawa tu. Sebab tu kene ada langkah berhati2.

[tengok yang dalam bulatan merah tu...macam altantuya.hehe]


naDDy: bayangkan kalau yang eksiden tu keluarga kita~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 CoMMeNT:

Firol said...

teringat aku pernah tolong sorang budak sekolah eksiden awal tahun ni..sayangnya dia meninggal lepas 10 jam bersabung nyawa

Unknown said...

eksiden byk jadi sbb sikap pengguna jalan raya kat negara kite sendiri..
x der toleransi...
org yg bwk kete x tolerate dgn org yg bwk moto...
dan mcm tu jugak sbliknya..
kalau time hujan lagi la..
yg bwk kenderaan 4 roda mmg langsung x reti nak tolerate...
bwk laju x igt dunia...

p/s : blog menarik, saya follow

Unknown said...

Firol: oh. innalillah wa inna ilaihi rojiun.


Ries Lee: sebab tu ade ops sikap.tapi tak berapa nak berjaya. kemalangan tetap meningkat.

Bro Framestone said...

terkedu bro he...23x cancel makan telur seminggu he..23x telur rebus xpe he...23x

peh kat malaysia mmg ramai perihatin...siap tolong memperlahankan kereta untuk melihat apa sebenranye yg terjadi...

out of topic--> waduh...ade2 terjadi ek... sape la yg di sebut2 dalam hati teu sampai org tue call ek...nk gak tahu huhuhu

www.broframestone.com

kimisai said...

uiks...mau tak tak makan klu yg ngeri sangat2,...



bergantung la klu xcdent kecik je tadak hal nk tlg...tp klu yang trgis sgt, sampai pecah pale, terburai perut....MASYAALLAHHHHH>......tak sanggup...bukan aapa...takut nnti cuak nak drve...hahaha







ntah2 muntah kat situ gak...

Sharif John said...

Tolong stakat yg kita mampu sis... sanggup xsanggup, tny diri kita sendiri...

intan izani said...

ish.. ngeri pulak rasnye..
betul2
mmg patut tolong
tapi kdg2 kita takut itu hanya accident tipu2
nak perdaya kita..
melainkan kt yakin itu real
then, mmg patut tlg..

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

Erkk??eksiden>>?? err..aku fobia..hehehe...

bijen m. said...

haa.
yg ni satu lagi sikap masyarakat.
tapi aku nak sentuh perihal kakitangan awam.
dah kata pegawai awam dan berkhidmat utk org awam so tolongla org awam.
dorang tak rasa ke tanggungjawab sebagai penjawat awam tu utk serve kat org awam even bukan bidang mereka.
haih.
dah ada kesenangan terus lupa org awam.
hahak.

Anonymous said...

kecik2 dulu aku perah langgar semut dgn basikal aku! hari nie aku sedar bahawa aku adalah pembunuh! PEMBUNUH!!!

ceh.. altuya ko buat lawak agak2 lah isu sensetif tu!! hehee..

Unknown said...

Framestone: prihatin tak bertempat tu.....rahsia.

kimisai: tu salah satu alasan yang tidak membolehkan untuk menolong la tu.

John: yups...tukar name?

intan: orang skrang, eksiden pon nak tipu2 kan. ish!

kakuna: oleh itu, jauhi eksiden.

bijen: orang awam pon bole bertindak sebagai kakitangan awam kan? awam jugak tu.

Boneka: ko ingat semut je ke ko langgar? hama, kuman, bakteria? ko memang PEMBUNUH!!!

abang besi said...

alamak ade antu plk..huhu....

Unknown said...

abang besi: kawan abg besi ar tu...kan?