RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Bikin malu saja ini orang~

Semalam aku pegi pejabat dia, "BERTUGAS DI LUAR KAWASAN"

Pagi ni aku pegi lagi, pejabat kosong, sorang pon takde.

Petang ni aku pegi,

"Ketua Kampung ada tak?"
"Ketua Kampung kat pejabat penghulu."
"Kat turun bukit tu?"
"A'ah."
"Okey mekasih."

Aku pon pegi ke Pejabat Penghulu. Dari jauh nampak semua berkunci. Pastu ada dua orang pakcik tengah duduk kat kusi meja bawah khemah.

"Ketua Kampung ada?" aku jerit dari jauh.
"Ni nak masuk ikut mane ni? sane ke sane ke sane? " tambah aku sambil menunjuk-nunjuk pintu-pintu yang ada..sume berkunci.

Salah seorang pakcik melambai kat aku, isyarat suruh datang kat dia. Aku pon jalan, pegi kat dia.

"Bak sini tu?" pakcik tu mintak kebenaran nak benda yang ada dalam plastik beg aku.

dalam tu ada salinan sijil dan salinan transkrip untuk di sahkan oleh Ketua Kampung.

Aku dah ragu-ragu, "sape plak pakcik ni, main nak je." aku bermonolog dalaman.

"Err...pakcik ni sape?"

"Tak kenal? ni la Ketua Kampung.." sampuk pakcik yang sorang lagi.

"Ohh...amiklah..tengok-tengok.." terus aku hulur salinan-salinan yang ada tu.

"Anak ni duduk mane?, anak sape?" tanye Ketua Kampung.

"Duk Jalan 13 A, anak Haji Daud, sebelah rumah Hajah Halimah tu."

"Pejabat tak bukak, tu yang duduk bawah khemah ni. Penghulu cuti, saya pon sebenarnye cuti tapi datang jap" Ketua Kampung beramah mesra.

"Oooo...pagi tadi saya pegi pejabat, takde orang"

"Pagi tadi meeting, lepas meeting, hujan plak. Tak dapat nak balik pejabat, saya naik motor je." tambah Ketua Kampung lagi.

"Ni, awak tolong saya. saya sign, awak tarik kertas ni satu-satu"

Kerjasama di antara Ketua Kampung dan aku pon bermula, sampai semua 45 salinan siap di tandatangani.

"Nanti awak pegi pejabat saya balik, suruh pembantu saya cop. Saya tak bawak cop ni" kata Ketua Kampung lagi.

Aku pegi pejabat Ketua Kampung tu balik.

"Assalamualaikum...pakcik, tadi tok ketua dah sign, ni nak cop plak. Dia tak bawak cop" (ha...tok ketua? belasah je)

"Tu cop atas meja, amik la. Cop sendiri. Nasib baik pakcik tak balik lagi"

"Aik..bukan kul 5 ke tutup?"

"Bulan puasa, kul 4 la dik..." time tu dah pukul 4.05 petang.

"Ok dah siap. satu salinan 5 sen, ni ada 45 salinan, jadi...."

Aku menyampuk, "jadi, percuma la..."

"Ek eh, nak percuma ye? Boleh...otograf kat buku ni"

"Kalau nak otograf saya, kene bayar la"

"Ewah-ewah, dia plak mintak bayaran kat kita"

"hehe...mekasih pakcik"

"sama-sama"


Pengajaran yang aku dapat: Lain kali hidup bermasyarakat. Jangan duk terperap je kat umah. Ketua Kampung sendiri pon tak kenal. Bila ade hal, baru nak cari orang tu. Buat malu je tak kenal Ketua Kampung sendiri...aiissshhhh~


naDDy: langkah seterusnya, pos surat-surat yang berkenaan. dateline dah dekat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

15 CoMMeNT:

Unknown said...

ha?? haha.... i rase i pon x taw la sapa ketua kampung i....kalo masuk tv tu..leyh la kenal kot..hehe ;)

kimisai said...

sebbek tak tepikt ngn pkcik tu..ngeh3.

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

owwh...cenggitu upenye cite die..heheh..gigih anak Hj. Daud ni..huhu

Unknown said...

chipsmore: nanti balik umah, jumpe ketua kampung eh.


kimisai: aku tak ingin bermadu~


kakuna: terpaksa menggigihkan diri da~

Firol said...

skrg dah kenal kan senang...

Anonymous said...

hooo~~ tok ketua ko ta knal, anak bujang dia ko knal.. aneh!

Kojack de Alloohaa said...

adoyaaii..klu ak la ketua kmpg tu, da lma ak cepuk hg nih...hahahahaha

Unknown said...

tgok la kalo rajin nk jumpe..hehe ;)

bias® said...

kalau tuai rumah cemaner?

Unknown said...

Firol: yups!


ayu: dia ade anak bujang eh?


Kojack: nasib baik bukan ko ketua kampung aku.


chipsmore: bagus!


bias: rumah boleh di tuai?

abang besi said...

byk nye sijil ade 45..
kn dah,,ketua kg pon tk knl...

nama ketua kg abg besi ialah pakcik kordi.utk info semua..ahakssss...

Kuwe said...

aku tak fhm lah.
masih.tak fhm jugak.

ko mintak cop sign tu utk ape?
hehe

Unknown said...

abang besi: bukan sijil ade 45 la.ade 45 salinan...pakcik kordi yang bela lembu tu? tau ke dia jadi ketua kampung? rosak kampung tu nanti..rosak...


Kuwe: apa tak pahamnya? aku tulis base melayu tu. untuk pengesahan bahawa salinan sijil2 tu adalah sah.

Anonymous said...

ketua kampung pun kenalah mesra rakyat..kena turun padang..bukans aja turun padang main bola tp turun apdang buat aktiviti sama2..tak kira lah aktiviti main congkak ke..gotong royong ke...ni tidak, nak pilihan raya baru nampak muka..ek!

Unknown said...

betol tu..

tapi...tapi...

kalau ketua kampung ajak main teng-teng, orang kampung tanak..camne?