RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Cinta Terlarang 2

sambungan dari Cinta Terlarang 1

Akhirnya, temujanji di rancang setelah ibu Lina memberi kebenaran. Temujanji pertama gagal kerana hari hujan dan menyukarkan untuk Lina dan Fendi bertemu. Temujanji kedua di rancang untuk keesokan harinya. Fendi bertemu Lina tetapi di temani ibu Lina. Mereka bertiga ber'dating' di Restoran Haslam berdekatan dengan rumah Lina.

Pada mulanya ibu Lina hanya ingin membeli barang di pasaraya berdekatan dan pulang setelah bertemu Fendi. Tapi, ibu Lina mengambil keputusan untuk berdating bersama-sama. Sepanjang dating tersebut, ibu Lina lebih banyak bersembang dengan Fendi berbanding Lina. Lina hanya tersenyum dan mengiyakan perbualan mereka. Sambil tersenyum, hati Lina berkata, "ni sape yang dating ni, aku ke mak? baik aku balik je.huhu"

Fendi di soal siasat dengan berbagai-bagai soalan oleh ibu Lina "asal mana? kerja apa? tinggal di mana? dah lama ke kenal Lina?" Fendi menjawab dengan tenang dan selamba. Bercerita tentang tempat tinggal, Fendi menanyakan tentang rumah sewa kepada ibu Lina kerana teman serumahnya mengalami masalah keserasian antara satu sama lain.

Selesai makan, ibu Lina menunjukkan rumah sewa yang kosong kepada Fendi (amaran keras: ibu Lina bukan agen rumah sewa! ). Kemudian mereka bertiga pulang ke rumah masing-masing.

Keinginan Fendi untuk bertemu Lina dengan kadar segera adalah kerana Fendi akan di tukarkan ke Kuantan. Jadi sebelum berpindah lebih jauh, Fendi meng'grab' peluang yang ada.

Sebulan berlalu, Lina tidak mendengar khabar berita dari Fendi. Mungkin Fendi sibuk di tempat baru atau Fendi sudah tidak mahu berhubung dengan Lina.

Lina bukan seorang yang memulakan perbualan, samada di dalam ruang chatting ataupon ber'sms'. Tapi hari itu, Lina terlihat nama Fendi online di Skype. Lina mengambil keputusan untuk menegur dan bertanya khabar kepada Fendi. Borak punya borak, Lina memberitahu Fendi bahawa dirinya telah singlet...eh single...Fendi terkejut dengan nada gembira.

Sejak aritu, Fendi kerap ber'chatting' dengan Lina di Skype. Apabila laptop Fendi mengalami masalah, mereka berhubung melalui telefon. Pantang ada peluang, Fendi pasti menghubungi Lina. Pada waktu malam, mereka berbual hampir sejam.

Apabila Fendi telah mempunyai keberanian untuk menyatakan perasaannya yang sebenar, dia memberitahu Lina bahawa dia telah jatuh cinta kepada Lina dan sayang akan Lina. Lina yang sememangnya telah tahu hasrat hati Fendi, berpura-pura tidak tahu.

"Sejak bila suka Lina?"

"Sejak mata bertemu mata."

"Tapi kenapa Lina? Kenapa sayang Lina?"


"Kena jawab ke soalan tu?"


"Takde lah..Lina nak tahu je.."


"Entah..perasaan tu datang tiba-tiba."


"Ingatkan aritu diam, takmo kawan dah"


"Hehe..." Fendi ketawa kecil



bersambung...

naDDy: suka-suki aku je nak tulis ape...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 CoMMeNT:

zati_nadia said...

Assalamualaikum..

Isk3...x sabor nak nunggu d end citer nih..biasenye novel de yg dwilogi n trilogi...cerpen yg umi tulis nih dah dikira dwilogi...^_^adekah trilogi penamatnyer???hm....itu yg kita nak tau..hehe..hoho..hihi..huihui..

v(^_^)v

Monkey D Luffy said...

ewah2

romantiknya

naDDy said...

zati_nadia: waalaikumussalam. sabar2.makin nak di ringkaskan, makin mencurah-curah plak idea.tah bile nak abis...dwilogi? trilogi? menatang apekah? tolong explain...

MonkeY D Luffy: hehe..biasa la tu.macam tak biasa?

Anonymous said...

sorry....my life would suck whithout u.....

naDDy said...

Anonymous: huh! apekah?