RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Cinta Terlarang 1

Amir, Lina dan Fendi adalah 3 sahabat yang berkenalan melalui laman chatting Skype. Pada awal perkenalan, Lina hanya berkawan dengan Amir dan apabila Fendi memerlukan pertolongan dalam membuat blog, Amir memperkenalkannya dengan Lina. Fendi merupakan teman sekuliah Amir. Lina yang agak mahir dalam membuat blog dan hal-hal berkaitan komputer tanpa segan-silu menghulurkan bantuan kepada Fendi.

Akhirnya, blog berjaya di buat dan banyak ilmu yang mereka kongsi. Persahabatan mereka semakin akrab. Hampir setiap hari berbual di Skype. Berkongsi cerita, bergurau senda dan bertukar-tukar pendapat. Kalau bukan dengan Amir, Lina pasti berchatting dengan Fendi.

Lina merupakan pelajar tahun 3 di sebuah IPTA di pantai timur manakala Amir dan Fendi merupakan pelajar tahun 4 di sebuah IPTA di utara tanahair. Perkenalan mereka bermula semasa Lina di tahun 2 dan Amir di tahun 3. Pada masa itu, Lina baru berjinak-jinak dengan dunia blog. Di sebabkan Lina rajin meng'explore', maka Lina dapat belajar pelbagai perkara dengan cepat dan tangkas. Pengalaman dan ilmu yang di perolehi itulah digunakan untuk mengajar Fendi dan berkongsi dengan orang lain.

Akhirnya, tiba masa untuk Amir dan Fendi menamatkan pengajian mereka. Jadi Lina, Amir dan Fendi sudah tidak dapat berhubung antara satu sama lain melalui Skype. Mereka mengambil keputusan untuk bertukar-tukar no. telefon.

Walaupun mereka jarang berhubung melalui telefon, tetapi persahabatan mereka tidak terputus. Sms bagi bertanya khabar pasti di hantar sekali-sekala.

Setelah 2 tahun berkawan, pada 9 Januari 2009, Lina menerima panggilan daripada Fendi. Lina agak terkejut kerana Fendi tidak pernah menghubungi Lina. Rupa-rupanya, hari tersebut adalah harijadi Fendi, jadi dia dapat membuat panggilan percuma ke semua no. maxis. Agak lama Fendi dan Lina berbual, maklumlah free...Fendi memberitahu yang dia kini bekerja di kawasan berdekatan dengan tempat tinggal Lina. Fendi mengajak Lina untuk keluar bersama-sama sekiranya Lina pulang ke rumahnya. Lina kata "orait je".

Hari ini hari jadi Lina dan sebagai pengguna maxis, Lina juga dapat membuat panggilan percuma ke semua no. maxis. Amir dan Fendi tidak terkecuali dari menerima panggilan dari Lina. Lina menghubungi Fendi terlebih dahulu. Bertanya khabar Fendi, bertanya khabar Amir dan memberitahu Fendi bahawa Lina sudah berada di rumah dan telah tamat pengajian.

Menurut Fendi, Amir kemalangan dan terpaksa bercuti dari pekerjaan yang di lakukan. Di sebabkan Fendi mempunyai urusan untuk di selesaikan, Lina memutuskan panggilan dan mengambil keputusan untuk menghubungi Amir. Walaupun Lina berkenalan dengan Amir terlebih dahulu tapi Lina sudah lama tidak mendengar khabar berita dari Amir. Lina ada meng'sms' Amir tapi Amir tidak membalas. Jadi Lina bertindak mendiamkan diri. Memang betul kata Fendi, Amir kemalangan dan agak teruk. Kaki Amir patah dan perlu di masukkan besi. Amir masih tidak boleh berjalan dan kebosanan duduk di rumah. Setelah hampir sejam berbual di telefon, Lina menamatkan panggilannya dengan Amir.

Lina kembali menghubungi Fendi. Borak punya borak, akhirnya Fendi terlepas cakap. Walaupun secara tersirat, rupa-rupanya Fendi memendam perasaan terhadap Lina. Tetapi, di sebabkan pada masa itu Lina sudah mempunyai kekasih hati, Fendi terpaksa mendiamkan diri. Namun begitu, hasrat Fendi untuk bertemu Lina masih di teruskan. Selama 2 tahun berkawan, Amir, Lina dan Fendi tidak pernah bertemu. Lina hanya pernah melihat gambar Fendi di Friendster. Fendi mengajak Lina untuk keluar bersama dan sebagai anak bongsu, Lina terpaksa meminta kebenaran ibu bapanya sebelum keluar bersama siapa-siapa pon.

bersambung.....


naDDy: percubaan menulis cerpen~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 CoMMeNT:

zati_nadia said...

Assalamualaikum...

huhu..nak jadi "cerpen"ist plak ke umi..apsal cam kenal je "lina" tuh?
^_^hmm...aku curiga..aku curiga..hoho..

naDDy said...

waalaikumussalam...

ni la bila orang dah takde keje.buat benda merepek2.baca blog orang, dapat idea, tulis la..ape lagi...

mungkin apa yang ko curiga tu silap...

Monkey D Luffy said...

mcm kisah benar

best

naDDy said...

adaptasi dari pelbagai kisah.

macam je..tapi tak semestinya benar...kan?

tenkiu~