RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

di label sebagai pandai melawan

dulu cita-cita nak jadi lawyer, tapi tah kot mana yang silap, jadi nurse.

jadi lawyer, leh argue, leh melawan.

ni kita baru nak suarakan pendapat kita sket, dah di label PANDAI MELAWAN.

tau la baru 4 bulan keje, takkan kene tunduk dengan khusyuk dan tawadduk, dengar je cakap, takleh nak bagi pendapat sendiri.

No freedom in expressing opinion...how are we going to improve?

aaaaiiiissssshhhhh~~

Yang atas kes lain, yang bawah ni kes lain plak.


Tadi aku termelawan Doktor Pakar...pakar tu. Tapi tu reaksi spontan aku. Beliau marah sebab ada katil tambahan. Untuk akreditasi, wad tak leh ada katil tambahan. Tapi masalah problemnya, kalau dah wad lain pon penuh, pesakit tu nak campak mana?

In giving care, patient come first right?

Aku bukanlah sengaja nak melawan pon. Kebetulan katil pakcik tu kat seblah tingkap. Bila doktor pakar tu tanya kenapa ada katil tambahan, aku dengan sister jawab dah penuh. Doktor pakar tu cakap balik, 'if Dato' know, u all going to get it'...kene marah la.. Pastu secara spontan aku terbuat gaya seolah-olah nak campak pakcik ke luar tingkap yang betul-betul sebelah katil pesakit tu.Sister sengih je...Doktor pakai tu dok ulang-ulang cakap yang Dato' akan marah. Aku tak pasti dia nampak tak reaksi spontan aku tu sebab aku membelakangi dia.

Time nak balik, akak cleaner tu tegur aku, 'pandai umi bergurau nak campak pesakit ke luar tingkap eh?' Aku jawab balik, 'saya serius tu kak. bukan main-main. Kadang-kadang pesakit memang dah penuh, dia (doktor pakar tadi) suruh masuk pesakit gak. Yang arini apasal nak angin.

Biarlah nak label aku sebagai pandai melawan ke, yang penting pendapat aku di suarakan.



naDDy: lumrah alam pekerjaan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 CoMMeNT:

azuan said...

lumrah kehidupan tue hehe

EN.ROBOT said...

huhu,.,..,garang gak ae,..,~

Anonymous said...

melawan belakang2 jer tu
haha



Latest: Kisah Budak Nak Cepat Matang

zul efron said...

lu jadi orang..
memang penat..

Faizul said...

oh tunang aku pun nama umi jugak.
kekeke tak pepasal.

vv said...

hahaha.. ko memang..
dari dulu mmg sker nak menegakkan keadilan..fight for the rightt
terbaikkkkkk!! =)

Unknown said...

azuan: yups


En Robot: garang bertempat.


Kapten: berdepan la.ramai doktor time tu tau.


zulhafixi efron: abis nak jadi ape?


dude: aku umi nadrah, dia umi ape?


vavavoom: ha..tau pon.hehehe

fndrocka said...

sekarang semua nak takut kat orang atasan..sampai buat kerja pun tak ikhlas..jadi diri sendiri ja

Latest Entri : Peristiwa Subuh