RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Kini ku merasai keberukbenan mu

Istilah baru....keberukbenan...cari la dalam mana-mana kamus, kompom takde.

Aku baru je guna broadband tak kurang tak lebih seminggu. Sekarang baru aku tau kenapa orang panggil berukben. Nak kata slow macam beruk, aku rasa beruk pon lagi laju dan cergas. Tapi kalau nak panggil kura-kura, tak sedap la plak.

Ari pertama dan kedua aku guna memang laju. Bedesuppp peginya..Tapi masuk ari ketiga, dah sampai limit, broadband mula bertukar identiti kepada berukben. Padahal baru download beberapa movie. Aku leh buat keje lain sementara nak loading page. Kalau loading, pastu kuar full page, takpe gak. Ni kuar pon tak abis. Kena refresh balik...Gewam!!! Tapi sabar je la...


"Ko beli broadband asing, pastu ko beli simkad biasa. Nanti ko aktifkan guna fon. Pastu ko leh online macam biasa. Jangan amik postpaid sebab nanti terikat dengan kontrak. Lagipon kalau ko beli simkad biasa, ko boleh gune untuk call and sms jugak. Bila ko nak guna, ko topup la. Ko beli celcom ok gak"

Itu pesanan abang aku.

Aku decide beli simkad maxis sebab dia punya speed lagi laju dari celcom. Tapi sekarang ni, baru aku menyesal tak dengar cakap abang aku. Aku beli maxis dan sekarang, berukben yang aku dapat.

Maxis prepaid broadband ada 2 pakej. Untuk pakej Daily, RM8/day dan limit dia 500MB. Dan untuk pakej weekly, RM 25/week dan limit 2gb.

Seminggu yang aku guna, aku amik pakej weekly sebab lebih jimat. Tapi sebab aku suka download, cepat sampai limit. Bila dah sampai limit, aku masih boleh online tapi dengan kelajuan yang tak berapa nak laju atau dalam erti kata mudahnya, lembab. Aku siap leh tido untuk tunggu abis buffer video yang hanya 5 minit.

Arini aku tukar ke pakej daily. Ingatkan laju la. Tapi sama je. Memang pasni aku nak cari simkad celcom plak. Celcom punya pakej RM 20/week tapi unlimited. Cuma speed dia kurang. Nanti aku nak try celcom plak.

Untung gak guna prepaid, bila-bila masa boleh tukar atau berhenti guna broadband. Kalau amik postpaid, kontrak bertahun gak.

Oh ye...abang aku cakap ada gak orang yang guna handphone canggih-canggih tapi tak tahu yang handphone dia leh guna untuk dijadikan broadband. Just sambung cable ke pc je. Leh la connect internet. So, cek la phone korang. Leh dijadikan broadband atau tak. Nanti jimat la. Tak yah beli broadband lain.



naDDy: It's in your hands

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 CoMMeNT: