RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

lapan ke dua puluh?

arini ari pertama terawih. Lepas maghrib tadi, kat Masjid At-Taqwa Selayang Baru ade buat ceramah. Tajuk dia aku tak sure sebab dengar sayup-sayup je dari rumah dan sempat la dengar sket bile pegi masjid sebelum isyak tadi tu.

NIAT

Nak buat ape2 pon kene mulakan dengan niat. Puasa pon same la. Tak semestinya niat dalam bahasa arab. Dalam bahasa melayu pon boleh, atau ape2 bahasa yang kite paham. Sebab niat tu untuk kita dan Allah tu Maha Memahami. Bile dah terdetik dalam hati tu, kira dah niat la tu. Kalau dah bangun sahur, maknenye kita nak puasa, so dah dikira berniat jugak. Ustaz yang ceramah tu cakap, niat antara Maghrib dan Subuh. Tapi nak berniat tu agak2 la. Jangan la tengah buang air besar a.k.a berak pon kita nak nawaitu saumaghadin...


Tahun ni Masjid At-Taqwa Selayang Baru telah menetapkan untuk buat solat terawih sebanyak 8 rakaat sahaja.


mesti ada mulut2 yang akan cakap...

"nape 8 je? selalu kan 20?" "imam masjid dah malas ke? ke tak larat?"


aku pon tertanye2 kenape 8 rakaat je. dan persoalan aku terjawab masa tazkirah lepas 4 rakaat solat terawih di lakukan.


8 tu paling sikit...20 tu baik...dan 36 tu terbaik...

masa zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu, ada yang buat sampai 36 rakaat. kemudian witir 5 rakaat. jadi 41 rakaat.

ada sahabat yang bertanye kepada isteri nabi, "berapa rakaat nabi sembahyang terawih?"

isteri nabi jawab, "nabi sembahyang 4 rakaat, kemudian berhenti. kemudian sembahyang lagi 4 rakaat. kadang-kala nabi hanya bersembahyang 4 rakaat"

dan ada seorang sahabat yang pernah menjadi makmum pada solat terawih Nabi Muhammad s.a.w.

pada rakaat pertama, selesai membaca al fatihah, nabi membaca surah al-baqarah, yakni surah terpanjang. sahabat menjangkakan bahawa nabi akan berhenti sebelum surah tersebut habis tapi nabi meneruskan bacaan. Kemudian menyambung dengan surah ali-imran dan kemudian dengan surah an-nisaa.

kemudian nabi rukuk, selama nabi membaca 3 surah tadi. kemudian nabi iktidal, selama nabi membaca 3 surah tadi dan kemudian nabi sujud selama membaca 3 surah tadi.

semasa nabi membaca surah, jika terbaca ayat tentang syurga, nabi akan berdoa supaya umatnya masuk syurga. jika terbaca ayat tentang neraka, nabi akan berdoa supaya diampukan dosa dan seterusnya...


ape yang cuba di sampaikan kat sini, bukan kuantiti yang menjadi ukuran, tapi kualiti.


selain tu, fadilat solat terawih adalah sekiranya makmum bersama2 imam sehingga selesai solat terawih. ini yang lebih dituntut.

kalau kita tengok trend orang sembahyang terawih, buat sampai 8 rakaat, pastu balik. tinggal la imam dengan berapa kerat makmum, selesaikan solat terawih sampai 20 rakaat.

cuba bayangkan kalau masjid2 buat solat terawih 20 rakaat dan baca surah panjang2. mesti orang makin kurang sembahyang terawih kat masjid tu. last-last tinggal imam dengan bilal je.

dengan buat 8 rakaat, baca surah panjang sket pon dah ok. orang akan stay sampai abis sembahyang terawih tu. so, dapatla fadilat dia. macam yang dituntut.


kalau ada yang lupe perkara2 asas tentang puasa, boleh baca kat sini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa

kadang-kadang kita lupa, jadi kita kene la saling ingat mengingati.




naDDy: kalau ade tersilap menyampaikan maklumat, maaf lah ye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 CoMMeNT:

chipsmore said...

selamat berterawikh ;)

azuan said...

selamat pose!!
selamta beramal..

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

chispmore: selamat juge~


azuan: selamat2..

ezany said...

btul gak tu ek.. yg penting kualiti bkn kuantiti..

EN.ROBOT said...

komentar yg baik di kala ramadhan ini,.,.tq~

Paradoks said...

Gua mewakili seluruh ahli PARADOKS mengucapkan selamat ber Ramadhan kepada kalian dan moga Ramadahan kali ini menjanjikan seribu kerahmatan buat kita semua. amin.
-Aloy Paradoks

Firol said...

Selamat berpuasa...20 pun best..bergantung pada tmpt dan imamnya lah.. azam tahun ni jom sama-sama selesaikan 20...

SELAMAT BERPUASA

hf said...

Dekat Masjid Al-Ghufran TTDI pon buat 8 rakaat. Ayah cakap..bende nih ikot kepada bilangan org.KAlu buat 20 rakaat tp dapat 1 saff jeh..memang tak patot la..so sebab itu buat 8 rakaat sajeh :)
Selamat ber tarawikh!

zati_nadia said...

Bestnya TERAWIH! ^_^

bias® said...

8 ker? 20 ker? 36 ker? moreh jugak yang ramai org.

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

ezany: betol-betol-betol

Robot: bukankah komentar tu dari orang yang mengomen? tapi yang penting, ilmu tu sampai..ur welkam.

Paradoks: aminnn..

Firol: insyaALLAH

hf: ermm..ye jugak tu.

zati: best memang best!

bias: tau takpe. blum abis terawih, dah ade yang standby untuk moreh.