Arini 14 Syaaban 1430H. Ada apa arini? Lepas maghrib nanti, buku lama kita akan di tutup dan buku baru akan di buka. Buku 555 kita dengan ALLAH. Malam ni malam Nisfu Syaaban.
NISFU SYAABAN
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban
- Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat. Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x atau
- Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah atau
- Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
- Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
- Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
- Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
4. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban).
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
Sumber: http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm, http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3933.0, http://nurelyza.multiply.com/reviews/item/33
naDDy: sebarkanlah walaupun 1 ayat~
4 CoMMeNT:
Syukran UMI atas entrynya..^_^..
Wah..personally..klu ikutkan nafsu..rasa malas nak beramal ibadah..tp alhamdulillah..mudah2an segalanya dipermudahkan olehNYA..DIA yang membolak-balikkan hati manusia..moga Allah kukuhkan hati kita utk beramal hanya keranaNYA..
Sabda Nabi SAW maksudnya:
“ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya ALLAH TIDAK JEMU SEHINGGALAH KAMU SEMUA JEMU. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan SECARA BERTERUSAN walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)
Koreksi diri kita..
"Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan".
[61.As-Saff:2&3]
p/s: Gerun dengan ayat nie..~_~..tapi jangan pula ayat nie mematahkan semangat utk sebarkan ilmu Allah. Allah mahu kita jadi mukmin yang "kamil"(sempurna)..bukan sekadar kamil dalam menyampaikan tapi kamilnya tergambar pada amal diri.
sukur...
Buku 555? Eiii ... apalah isinyer nanti yer? Selamat beribadah.
zati: mekasih atas perkongsian zati jugak.
bias: alhamdulillah.
precious: mesti la nak isi yang elok-elok kan?
Post a Comment