RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Kalau tuhan tu baik, nape ade NERAKA?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."


naDDy: kadang-kadang kita buat tanpa tahu rasional. kurang berfikir barangkali~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

15 CoMMeNT:

EN.ROBOT said...

Allah SWT itu Maha Adil...~
setiap aturanNya, ade hikmahnye yg tersendiri,..,~

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

yup,setiap yang berlaku ade hikmahnye..insyaAllah..[ setuju ngn incek BotBot..]hehehee..

Anonymous said...

wah~~ tobat aku mendengornyer.. mne ustaz tu suda pigi? aku pun ader benda nak tyer kat dia..

Anonymous said...

wah~~ tobat aku mendengornyer.. mne ustaz tu suda pigi? aku pun ader benda nak tyer kat dia..

Anonymous said...

wah~~ tobat aku mendengornyer.. mne ustaz tu suda pigi? aku pun ader benda nak tyer kat dia..

Unknown said...

Robot: betul2.tapi pe hikmahnye, kne pikir sendiri.

kakuna: insyaALLAH..the kelip2 plak?hehe

ayu: tanye saje pada ustaz/ah lain...


aku teringat kompelin pipiyapong: apesal komen 3 kali ni, nak kne terajang?

tapi aku paham internet yang bengong.hehehe

Bijen M. said...

uhh..
bahasanya melayu jati..
xde bau negeri yg mngamalkan dasar 'membangun bersama islam' pon..

hahak..
kdg2 emosi dan nafsu yg mngawal otak..
bnda yg slh pun ingin ditegak..

p/s: aku pon teringat komen pipi..
tapi anggap jerla itu derma di bulan ramadhan..
hahahahahaha..
:P

dengan ingatan tulus ikhlas aidilfitri,
bijan selamat

ezanykun said...

pandai ustaz tu kasi contoh.. menusuk ke kalbu sape yg dengar.. hehe..

zati_nadia said...

Tabik la kat ustaz tue..kreatif tul jawapannya..^_^..

p/s: Bestnya jadi da'ie yang KREATIF..

hysman said...

Tahniah utk Ustaz tu..
bangga klu ade org sekeliling kita yg boleh sama membimbing n mengingatkan kita..
klu saye yg jd pompuan tu pasti da merah padam malu..
hmm..Sesunggunya Allah SWT Maha Adil..

~teringat cite Cinta Sempurna Astro Oasis tiap2 mlm..hahaa

Kuwe said...

part ustaz tu jawab pasal apa tak buat syurga ja.

aku suka ayat dia bha!entry yg bagos utk bulan posa nih.saling mengingatkan kita.

RobinHood said...

ni cerita benar kew?
respect betul kat ustaz tu! tanpa perlu mengunakan petikan hadis@ ayat2 dari al-quran, jawapan yang logik dan mudah diterima orang.

(",)

Unknown said...

bijen: setuju pasal emosi dan nafsu tu...ade eh orang derma terajang? sape nak?sape nak?hehe


ezany: menusuk ke tulang rusuk skali.


zati: kreatif berdakwah tu penting.


hysMan: nape Cinta Sempurna tu?


Kuwe: aku pon suke jugak...bile sebut Kuwe, teringat sitkom pi mai pi mai tang tu. yang episod ade jual kueh tu.tapi sebutan dia kuwe, bukan kueh...kuwe..kuwe..hehe


Robin: ni dari emel. wallahua'lam kebenarannya.ape yang penting mesej yang ingin disampaikan.

Unknown said...

dia kan ustaz sbb tula dpt jawab dengan rasional cuba pompuan tu ckp pada aku @ org lain mcm dia ckp tu dah tentu pompuan tu mkn pelempang dulu..

Unknown said...

kalau api bertemu api, super api la jadinya.