RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

konvo oh konvo !!!

"ingat dah tahun 4 ni senang la sikit" rungut junior ku yang baru memulakan tahun akhirnya.

"takde makna nye ati. dah abis blaja pon tak senang. nak pikir pasal keje plak" balas aku.

skang ni aku tengah pikir pasal konvokesyen. nak menyebut pon payah. konvo je suda..

untuk yang seangkatan denganku. masuk sini untuk maklumat lanjut.

aku ada tanya membe-membe. nak pegi bila? dok mane? pegi dengan sape?

ada yang kata macam tanak pegi. majoriti tak tau lagi. tak plan apa-apa.

aku tengah merancang tapi dalam pale dan otak je. maklumlah keadaan kewangan yang bukan je tak stabil, takde keadaan pon sebenarnya. sebab kewangannya takde..hahaha..

  1. Tarikh penting

amik jubah-------> 10 Ogos 2009

rehearsel--------> 13 Ogos 2009

konvo-----------> 16 Ogos 2009


2. Penginapan

penginapan mungkin di Leisure Cove Resort. aku pon tak tau kat mana. tengah melihat-lihat maklumat yang ada dalam internet ni. Ihsan daripada makcik aku. dia guna nama dia untuk booking apartment tu. menurut katanya, ada kosong. tinggal nak faks maklumat tertentu je. settle satu masalah..Alhamdulillah...

3. Baju

" kata nak beli kain. buat baju konvo. jom la pergi pasar"
" huh~ pasar mana ada yang cantik-cantik. semua fesyen lama."

"dah tu nak pegi mana?"

"aku diam dan membuat muncung."
"bila orang cakap, muncung...muncung. nanti dah nak dekat, baru menggelabah"
"hehehe...aku tersengih"

Jubah USM kaler ungu, so takleh beli baju yang kaler ungu. nanti tenggelam. Fesyen terkini ape eh? Aku tengah blur...tak tau nak bli kain apa..nak buat baju apa...any idea?

[:: jubah yang aku akan pakai nanti. tapi yang oren tu tukar biru muda ::]
p/s: itu bukan aku

aritu masa belum tau tarikh konvo, abang dengan akak aku sibuk tanya bila..bila...dorang yang semangat lebih nak pergi, nak amik cuti awal-awal la...aku buat lantak je. ni bila dah tahu tarikh, banyak lak benda nak kena pikir. aku harap semua berjalan dan berlari dengan lancar.


naDDy: ada borang nak kena isi untuk konvo....................kesyen !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 CoMMeNT:

Afif Zainuddin said...

riak la tu nak pegi konvo??
hehehe~
aku doakan ko terjatuh tangga waktu nak naik atas stage nanti!!
hahaha~
= p

Unknown said...

jahat gile ko ni.tapi aku tak takut ar dengan doa ko tu.doa camtu, tak termakbul.
hahahaha

EN.ROBOT said...

wooo.,.,cam leh terbang je pakai jubah tu,.,.btw, congrat yah.,.,~ :D

Kojack de Alloohaa said...

woohoo..bestnya...tahniah2..!!

Unknown said...

En. Robot: kalau leh terbang..bagus gak tu..tenkiu~

Kojak de Allooha: best ke tak..tak tau lagi...tenkiu juge~

paiseh said...

konvokasi sangat tak best.. tanya laa mereka2 yang menunggu. hahahahaa..!!

Unknown said...

paiseh: itu dapat dijangka.tunggu berjam-jam.tapi naik stage, kejap gila...

InsanBiasa said...

berapa harga apartment satu malam? ehe...

Unknown said...

free je.makcik aku takmo cite kat aku.ada la bawah apa2 holiday tu..

Power Renjis said...

jahat btl member.siap suruh jatuh tangga lg..tp try la..mybe tu kenangan manis buat anda..hihi

Unknown said...

dia tu memang jahat.nasib baik tak terjadi apa2 yang memalukan..