RSS
Blog ini adalah catatan AKU dalam menjalani hidup. Hak AKU untuk menulis, Hak anda untuk membaca dan Hak anda untuk komen. TERIMA KASIH kerana menyinggah, membaca dan meninggalkan komen.

Kan best kalau raya sebulan sekali

Rasa sunyi je dunia blog ni. Sebab masing-masing tak update blog. Sibuk beraya gamaknye. Ada la 2, 3 blogger tegar yang terus update walaupun blogger-blogger lain sibuk beraya.

Arini 1 Syawal, Hari Raya..Rutin hari raya mandi sunat hari raya,pakai baju baru, pegi semayang raya, bertakbir, ziarah menziarahi. Aku mandi sunat hari raya, pakai baju lama je. takde baju baru, duduk rumah tunggu tetamu datang, pegi kubur arwah nenek dan anak buah, pegi umah jiran aku. Rumah jiran yang wajib pegi setiap kali raya adalah rumah seblah ni. Aku panggil Cik Limah. Dah bercucu pon maintain Cik je.hehe..

Aku tak semangat sangat nak raya kali ni. Al maklumlah keje pon tak dapat lagi. Raya dalam keadaan biase-biase je.

Tetapi....

Seminggu sebelum raya, AKU DAH DAPAT DUIT RAYA...duit raya advance...akak aku bagi...RM100

2 hari sebelum raya, AKU DAPAT DUIT RAYA LAGI...abang aku bagi.dia bagi awal sebab dia nak balik rumah mertua dia kat Kelantan. dah lama dia tak bagi duit raya kat aku...RM30

1 hari sebelum raya, AKU DAPAT DUIT RAYA LAGI...abang ipar aku bagi.akak aku tak keje, jadi abang ipar la bagi.dapat lepas subuh...RM50

1 hari sebelum raya jugak, AKU DAPAT DUIT RAYA LAGI...abang aku bank-in kan.sebab dia kan Kelantan.raya rumah mertua...RM100

Pagi raya, AKU DAPAT DUIT RAYA LAGI...ayah aku bagi...RM50

so, JUMLAH TERKUMPUL = RM330


ha...sape kata dah besar tak dapat duit raya? aku dah 23tahun.tapi dapat duit raya lagi tau.

Setakat ni paling banyak aku penah dapat RM400+ time skola aritu la.

Ade sape2 nak bagi duit raya kat aku? silakan...silakan...

naDDy: korang dapat berapa duit raya?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 CoMMeNT:

bias® said...

gila kaya?

Firol said...

dah lama rasanye tak dpt duit raya..makan 10 tahun jugak...

perghhhh kak cho..ate...banyok gayenye..

Anonymous said...

pergh.. best gak bila dh tua dapat duit raya.. :p

Aloy Paradoks said...

Raya taun depan abang abang lu nak adik lelaki lagi sorang tak? gua sudi je.

Unknown said...

bias: kaya sekejap.

Firol: duit raya takde, gaji ade kan?tiap2 bulan lagi tu.

abangpit: bes sangat2.hehe

aloy: tanak2. nanti bahagian aku berkurang. takbley..takbley...

Unknown said...

jd kayo kejapppppppp ..hehe :D

Anonymous said...

naddy : hehe.. ngaku tua nampak.. :P

Unknown said...

chipsmore: yups


abangpit: ceit~ perangkap eh?

Mrs Nurul said...

ko mmg takleh blah nak buat aku jeles e!!!!!

Unknown said...

neon: bukan selalu.jeles la lagi..

Anonymous said...

aku dapat rm200lebih-lebih...hehe..tp skrg dah habehh

Unknown said...

fndrocka: aku punye hampir-hampir habis.hehe..duit mengalir bak air terjun...

abang besi said...

tiap2 bln..kopak la abgbesi bg duit raya...kah kah kah!!!!

Unknown said...

abang besi: eleh.kedekut ar tu.